Friday, 15 October 2010

Pari Bakar Bersambal

Di sebabkan terliur menengok pari bakar bersambal kat rumah izahdaut,aku dah tak boleh tahan terus rembat ikan pari kat pasar tani semalam..beli sepotong je sbb mr suami tak makan ikan pari..resepinya aku adjust sana sini le kan..tu izah guna utk 3 potong...hehe
mm..memang sedap izah..anak2 suka..mekaseh ya..mmmmuuaah..lap u lah
akak nya nampak sedikit lebam kan..ni ada daun pisang dan sengaja tak potong kecik2 ikan tu.
jadi membakarnya lebih lah masa sikit..
tu nampak biji cili tu,si ainul yang blend...malas nak gunting halus cili ni lah mak..katanya..
akak CnP je ya zah,senang keje...





PARI BAKAR BERSAMBAL

3 potong ikan pari
Bersihkan pari dan lumurkan sedikit garam dan kunyit. Ketepikan.

Bahan Tumis:

2 batang serai
2 biji bawang besar
3 biji bawang putih
15 tangkai cili kering
belacan sebesar ibu jari
gula.garam
air asam jawa

Blendkan semua bahan di atas kecuali serai. Serai di racik kasar. Tumiskan semua bahan sehingga garing selama 30-40 minit. Perasakan dengan garam, gula dan air asam jawa.

Bahan sayur:

5-6 batang bendi-potong sl ice
1 biji tomato-potong slice
2 biji limau kasturi
5-6 helai daun limau purut- racik






Sediakan aluminuim foil, alaskan dengan daun kunyi t atau daun pisang. Saya tak alas sebab tak de daun, hanya guna aluminuim foil je. Taburkan sedikit daun limau purut ke atas foil, kemudian letakkan sebahagian sambal. Kemudian susun ikan pari di atas sambal. Tuang pula kesemua sebahagian sambal tadi ke atas ikan pari tadi. Taburkan dengan lebihan daun limau purut dan taburkan semua sayur yang dipotong. Bakar pada suhu 200 C selama 40 minit. Angkat dan perahkan limau kasturi. Siap dihidang.

7 comments:

kakpah said...

oo.. sodap yo buek ikan pari bakar bersambal ni. kakpah jarang masak ikan pari sobab takdo orang yang goma makan. ado mak sedaro kek melako nun cakap kalau nak buang hanyir ikan pari ni kono basuh dongan air kapur sikit. lopeh tu bileh sampai hilang bau.Ontah, tak ponah buek pun.

ijayuji said...

Salam kak anim! sedapnyerrrrrrrrr ikan pari! kita dah lamaaaaaa sgt tak makan ikan pari dah bertahun tahun rasanyer sbb kita tak jumpa lg pari yg nak dbuat masak kat sini yg byk sume org jual2 hidup tuk bela :D

zarin said...

alamakkkk...sedapnya kak...saya ni tk pernah buat ikan pari bakar..slalu makan kat kedai je..ni kena nak pi kedai makan lah gamaknya ni hahaha

kasihredha said...

sodapnya...

anymz said...

kakpah:ikan pari ni,biaso kalau se boli se suko bau2 dulu..hehe..or nak marah ,marah lah janji tak terboli yang bau hancing..

ijayuji:akak pun baru buat ni ika..selalu akak buat ikan pari masak asam je..hehe
resepi ni pun sedap jugak..anak2 suka sbb ada perisa daun limau tu..jd rasa ala2 tomyam

anymz said...

zarin:..hahaha..cuba bakar pulak zarin..mesti sedap

kasihredha:mmm..dap..dap..

AREzura said...

wah melazatkan betoi pari tu....