Tuesday, 24 September 2013

Chicken Floss Bun

 Assalamualaikum semua

Alhamdulillah janji pd diri kalau boleh nak update resepi setiap hari..Naaaa..sudah tiga hari akak di beri rezeki kesihatan yang baik dan waktu yang cukup terluang utk kita sama2 berkongsi resepi aneka masakan..Syukur alhamdulillah.

Okay hari ini kita meroti pulak ya..
Resepi asal tidak menggunakan sebarang bahan penaik atau bahan pelembut..Bagi sesiapa yang ingin mempelajari  roti tanpa menggunakan bahan2 tersebut boleh email akak ya dan op kos bukan pree..hehe
Walau bagaimanapun pengunjung2 mykitchen boleh juga meneroka resepi utk ciken floss bun ini di SINI..Akak pernah buat suatu ketika dahulu..

Chicken Floss Bun
by
anymz mykitchen


Bahan

selain ciken floss boleh juga di tabur serunding
jika suka..mmg sedap
400 gm tepung roti
8   gm yis
2  gm bread improver
4  gm garam
72 gm   gula
240 gm air
48 gm mentega

Chicken Floss dan mayonis

Cara

Satukan bahan2 kering spt tpg roti,yis,garam dan gula
Gaul guna spatula
Masukkan air dan putar dgn kelajuan perlahan
Tukar ke kelajuan yang sederhana dan putar lebih kurang 3 min
Masukkan mentega dan putar lagi dgn kelajuan sederhana hingga elastik
Timbang setiap adunan sebyk 50 gm
Uli dan rehatkan selama 10 min.
Uli lagi adunan dan rehatkan di atas dulang pembakar sehingga doh naik dua kali ganda
Bakar dgn suhu 180 selama 12-15 min
Dah siap sejukkan dulu roti dan sapu permukaan dgn mayonis dan boleh lah di tabur ciken floss di atasnya


memang menjadi fav seisi rumah roti begini

5 comments:

E-na Zarina said...

gebu roti akak! mana nak dpt ciken flos tu kak

tun_telani said...

kak anymmm... nakkk!!!! kat sini kedai bakery semua cina nyerr.. kat kedai biasa xde jumpa chicken floss. kat bakery xberani nk beli sbb xde tanda halal..

Mas said...

tak aci...tak aci...
ari tu tak de roti.....guling2 dah ni...kekekeke
kak nim...nnti nk tau...tak kiraaaaa
montokkkk2 roti akak tu

ummiaisyah said...

amboi...berdezup-dezup n3 dia.....caiyok kak anim...esok msk apa? ni ada mangkuk tingkat ni..bortingkek-tingkek ni haa..

mala said...

tak berkesempatana bawak balik chic floss hari tu. ada jumpa di giant tapi tak halal.