Wednesday, 25 September 2013

Ayam Sambal

Assalamualaikum semua

Hari ni kita makan ayam lah pulak.Dah berapa hari asyik dok makan kek roti jemu pulak ya dak?
Ayam sambal ni kita tanya lah semua org siapa lah yang tak suka . kan?
Antara fav seisi rumah ni..Sebenarnya sambal ayam sesuai di gabungkan dgn semua jenis nasi spt nasi putih .nasi minyak.nasi tomato atau apa2 jenis nasi lah..
Resepi sgt simple.Semua org tau masakan akak mmg ringkas sgt resepinya.Walau bagaimana pun akak sertakan juga di sini buat panduan adik2 yang baru mengenalkan dirinya ke dapur..hihi

Ayam Sambal
by
anymz mykitchen

Bahan2

1/2 ekor ayam di potong ikut suka-bersihkan dan ketepikan
Garam 
Kunyit
Minyak utk menggoreng
15 tangkai cili kering-di rebus hgga kembang
2 hiris halia
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 cawan air asam jawa
1 sudu kecil gula


Cara

Panaskan minyak dalam kuali
Ayam yang sudah di bersihkan di gaul bersama garam dan kunyit dan goreng hingga masak
Sementara itu cili kering yang sudah kembang toskan airnya dan kisar bersama 1 labu bawang besar,halia dan 3 ulas bawang putih
Ayam yang sudah masak angkat dan toskan minyak
Dengan minyak yang sedia ada keluarkan sedikit dan tinggalkan baki secukupnya utk menumis cili
Tumis cili kering yang sudah di kisar hingga terbit minyak
Masukn air asam jawa.garam dan gula secukup rasa
Masukkan ayam dan gaul bersama dan sedia utk di hidangkan
Boleh juga tabur bawang besar yang di hiris bulat sbg hiasan

6 comments:

Gee® said...

Betul Kak Nymz... ayam sambal mmg sedap... boleh ngam dgn nasi minyak atau nasi putih kan... pergh!!

Liza said...

kalau mkn dgn pulut kuning pun sodap ni...

tun_telani said...

zaman belajar dulu tiap2 hari beli ayam sambal kt cafe. mende lain xkene ngan selera.. tp xpenah jemu pon..

Ummi said...

Kak Nim, kita pun masak ayam sambal untuk berbuka hari Isnin kelmarin, pastu lawan dgn sayur labu lemak + daun selasih, goreng ikan masin...melantak x hengattt...hehe. Tp x kuasa nak ambik gambar laa, blk kerja mcm lipas kudung masak, dah nak berbuka...kang ada kena sound dgn cik abg, dah nak berbuka, sibuk nak snap gambauuu...hahaha..

Bbwana adienia said...

salam kak..

fuh, sambal ayam tu nampak pekat..sedapnya.

ady said...

salam
suka mkn dgn roti aje ni..