Sunday, 22 September 2013

Snow CheeseCake

 Assalamualaikum semua

Apa khabar pengunjung2 mykitchen dan sahabat2 baru akak di sini.
Alhamdulillah setelah sekian lama hampir 7 bulan rasanya, baru kini akak kembali bersiaran.Bukannya tidak ada masa malah kini akak punya banyaaak sgt masa terluang tapi tu lah kalau dulu masa terluang itu di isi dgn sembang2 dan mengeratkan silaturrahim dgn rakan2 di fb dan blog kini kekangan masa itu di isi dgn mempelajari benda2 baru dan kajian tentang resepi2 terkini..
InsyaAllah dalam masa terdekat akan akak kongsikan resepi2 terkini ya..Doakan akak sehat je..

Baiklah...akak tengok dlm fb ramai betul kawan2 yg sudah mengambil order kek yg sgt mabeles ni..bukan mabeles sangat mabeles kata anak2..Nyesal pun ada bila mula lambat..Alhamdulillah kita kongsikan di mykitchen pulak ya.
Sumber akak dpt dari mek IjahDaut..Dan yang paling seronok akak menggunakan tpg superfine di mana tekstur kejadian kek ini sgt2 istimewa jadinya..Very soft.Gebu ckp melayunya dan saranan akak WAJIB korang mencuba..tak susah malah sangat senang membuatnya.
Akak menggunakan sebyk 3 biji loyang 8" dgn membuat timbangan dlm 270gm seloyang..dan akak jadikan 3 lapisan atau 3 tgkt kek ni..hasilnya Wow!!! sgt sedappppp tauuu.

Cubalah..tak rugi


Snow CheeseCake
by
 anymz mykitchen
Resepi:Sherry @myR
Sumber;IzahDaut


Bahan
  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
  • 100 gram gula halus
  • 100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga) - akak guna tepung superfine
  • 60 gram tepung jagung (maizena)
  • 50 gram air sejuk (dr peti ais)
  • 1 sudu teh baking powder- tak letak
  • 2 sudu makan ovelet
  • 75 gram mentega (dicairkan)
  • izah tambah esen vanilla


  • UNTUK KRIM
  • 1 kotak cream cheese philadelphia
  • 1/2 tin susu pekat manis- izah letak sekadar manis pada selera
  • (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.


  • UTK TOPPING
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan) 
       Dicadangkan parut halus supaya kek tidak muak ketika dimakan.



Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
*izah  bakar kek menggunakan kaedah waterbath
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
*izah potong kek  menggunakan benang
*akak guna 3 biji loyang 8".timbang dulu lebih kurang 270 gm satu loyang
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.



Tak boleh tahan dengan kek yang mewah dengan cheese ni.
Bila makan satu nak satu dan nak satu
Makan dengan perasaan sambil lelap mata gitu..



9 comments:

ummiaisyah said...

salam...rindu nk bc celoteh kak anim..hehehe..kiter pon ulang2 buat kek ni gak...sedap kan!

zana fahmi said...

Assalammualaikum kak Animz. Sekali update...haaa kau, bertingket-tingket..hehe. Zana takut nak buat kek skrg ni. Takut tak jadi satu hal, takut mkn bnyk kalau jadi..haha..yg sebenarnya MALAS. Teringin juga nak buat bila cukup bahan kat rumah:)

ady said...

salam
mmg npk sedap lah kak...sana sini dah mencubanye...

Bbwana adienia said...

salam kenal dr SRC..

hai kak, saya datang sini dan follow..sudi singgah sini ya, www.dapurjirankuberasap.blogspot.com.tq

mala said...

mmg best kek ni!

Kak Sam said...

Assalamualaikum kak...
memang teringin sangat nak makan kek ni. Tapi kesihatan tak membenarkan saya menikmatinya buat masa ini. sabar je la.

Ummi said...

Assalamualaikum Kak Nim cayanggg....waaahh tahniahh...7 bln mengandung...hahahhaa, lahir x cukup bulan nih...Kita lak nasib x 9 bln, 2 bln dah meletups kuar Ayam Penyet...hehe.. Alhamdulillah, semoga masa sentiasa menyebelahi kita ya K.Nim...semata2 untuk berkongsi kerana Allah.. ^__^

paridah said...

anym baru masuk dapur yer...kek anym ni tengok saja dh teringin nk makan...

Gee® said...

Hehehe.... dapor k.nym dh ceria semula... hoyay!!!