Wednesday, 30 June 2010

lauk tengahari tadi

hari ini hari yang merupakan tahap kemalasan saya yang cukup melampau..cuba pergi kat blog my story saya tu..jumpalah jawapan nya...
hehe..takde resepi hari ni sebab masak pun main campak2 jek...janji.sekali hadap ngap...licin..




goreng ayam dgn sedikit kacang peas dan jagung muda.goreng ala2 ayam paprik





sayur goreng gondol dgn fishball jek..


kongsi idea org malas....hehe


Tuesday, 29 June 2010

Mi Goreng Mamak


Nape panggil dia mi mamak ek...apa ingat mamak je ada mi ke?jawa pun ada mi tau..bandung pun ada...hehe melalutnya saya..selalu saya buat main2 campak2 je..ni kak hanieliza dah bagi resepi,balun je...

bahan2
500gm mi kuning
100gm daging di hiris
100gm fishball-potong dua le
1 cawan tauge
1 mangkuk sawi
3 sudu cili kisar-boleh tambah kalo nak pedas
1 sudu rempah kari
3 sudu kicap pekat
2 sudu minyak1 labu bawang besar-cincang halus
3 biji telur ayam
3 biji cili hijau-hiris nipis
(memandai je sy tambah 1 kiub ikan bilis)

cara

panaskan minyak
masukan bwg,cili dan rempah.biar garing dan wangimasukan daging.kacau rata
masukan fishball dan fishcake
biarkan kejap
masukan kicap dan mi
ketepikan mi.kat tengah2 pecahkan telur
biar telur masak sedikit,masukan tauge dan sawi
kacau dan gaul rata.
hidang dlm pinggan leper dan hiaskan.



Monday, 28 June 2010

Egg in the basket


sebelum bercerita saya pergi ke rumah SINI..tu yang saya jumpa roti dlm bakul ni..bakulnya mana?mana la saya tau...dah tuan punya panggil roti ni dgn nama tu..rumah Azita zain dia panggil egg in toast..hah yg ini kena...apa2 pun kita buat kita punya suka la nak bg nama apa pun. ya tak..





setelah di make up jadi la serupa ini..ini roti yang kedua.sebab tu kaler dia cantik sikit..yang kat atas tu terlebih garing..cuba lah buat ni utk breakfast


cara saya buat simple je..mula2 lubangkan tengah2 roti dgn permukaan gelas..pastu sapu dgn mentega.susun cheese ke atas roti yg satu lg,letak roti yang berlubang di atasnya.pecahkan telur,masukan dlm oven..dah siap...makan dgn sos kicap..hehe..taklah makan dgn cili sos,mayonis atau apa2 yang you all suka..k

Sunday, 27 June 2010

Tat Keju Blueberi

tart keju

Alahai saya ni kan bukak je blog azita zain jumpa cistat ni tak cukup dgn blog,kat FB pun ada gak..ni yg baru ni rumah Am-Flora pun ada..saya tak pernah makan lg cistat bluebari nih..tart telur tu selalu le......tanya dlm diri sedap ke??puas le saya merayau dr satu rumah ke satu rumah mencari resepi...satu rumah pun takde post resepi..sedih tau..sob3 keee saya tak reti mencari....
Tapi i tell you hah.....cistat ni...memang sedap100 sgt2..tak rugi saya beli buku Pn noraini zakaria....tapi spt biasa ; memandai saya ubah..pn noraini tepek kan aje jem blueberi tu tp saya siap beli jem blueberi yg ada buahnya sekali..dan tiru ala2 cistat Ita.jgn marah ya Ita.....kita tiru rupa nya aje..hehe...panjang na bebelan saya.ni resepi nya ya.di ciplak dari buku Pn Noraini Zakaria.


bahan pastri

450gm tpg gandum
250gm mentega
100gm gula kastor
2 sudu teh air
1 biji telur
1 sudu teh vanila

Inti keju

250gm krim keju
60gm gula kastor
50gm mentega
1 biji telur
200gm inti blueberi (isi dlm)-ni saya buat ikut suka saya
pes blueberi utk hiasan luaran jika suka-ni saya tambah.

cara membuat

Pastri
putar mentega,gula dan esen vanila hingga kembang.
masukan telur dan air.
putar lagi hingga adunan berkrim
masukan tpg gandum dan kacau rata hingga menjadi doh.
Tekan sedikit doh dalam acuan tat dan bakar selama 20 mint hingga masak.

Inti
Putar keju,mentega dan gula kastor hingga kembang.
masukan telur dan putar lagi hingga sebati.
tuangkan adunan keju ke dalam kulit tat yang telah masak tadi.
kalau nak buat cara saya,letak sedikit dulu,pastu letak inti blueberi,tutup dgn adunan keju dan lorek sedikit atasnya dgn pes.
jika tidak letak je adunan keju atas kulit dan letak jem atasnya.
bakar dlm oven selama 15-20 mint.pada suhu 180 hingga masak...

selamat mencuba

Layan gambar je...

Fuuhh...lamanya saya tak update kat sini..takde n3 yang best.. hari ini pun saya bagi jamu gambar jek..kalau sape nak resepi bg tau je..byk na kenduri kawin skang ni..tak terkejar rasanya..sampaikan kenduri tahlil kat rumah kak Erna pun saya terlupa...ya ampoooon kak..lain kali tak buek laie...hehe...
Layan gambar2 dari sarapan pagi saya hari ini hingga tgh hari tadi..........




nasi goreng kampong.saya letak 3 sudu besar cili padi kisar pun ,anak2 kata tak pedas


sotong sumbat beras pulut..resepi main campak2..teragak sgt nak tgk sotong tu buncit.konon2 banyak telur..hehe..pastu terendam elok dlm santan..perghh yang ini sedap betul..masuk bakul angkat le sendiri



kangkung goreng pedas.dgn ikan bilis dan lebih cili api kisar buat nasi goreng pagi tadi..kali ni betul2 pedas..uhh..puas hati aku dapat memedaskan lidah bebudak nih...




Friday, 25 June 2010

Puding Roti


Puding Roti ni resepinya ,saya petik dari majalah saji..sebenarnya puding roti dgn sos kaya..tapi sebab saya rasa puding ni pun dah cukup manis menawan kalbu tak payahlah saya buat sos kaya tu...malas pun ada ni..rasa puding ni ala2 nestum utk budak darwish tu hah...
hana nah ambik bg dak darwish ya...


bahan2

3 keping roti
125ml susu segar
125 gm krim
100gm kismis
25gm gula
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur
1 sudu besar mentega

cara

pukul telur,susu.krim,gula dan esen vanila sehingga gebu
buangkan kerak roti,kemudian sapukan mentega.selepas itu potong ikut suka
kemudian letak atas dulang
taburkan kismis di atasnya dan lapik sekeping lagi roti di atasnya
tuangkan adunan yang di pukul tadi sehingga menutupi ke seluruhan roti.biarkan seketika lebih kurang 30 mint(sy tggu 15 min je)
sementara itu didihkan kukusan.
kukus hingga masak.
dah masak masukan dlm ice box...


*rupa puding saya amat2 berlainan dgn gambar yg dlm majalah..hehe

Tuesday, 22 June 2010

gulai daging dgn ubi kentang



Lauk tengahari ni kita makan masak lemak cili api daging.resepi ada kat SINI.
Tapi daging ni harap2 di rebus hingga empuk dulu ya...tak empuk nanti mak mertua makan
tercabut pulak gigi palsu org tua tu nanti..kena buat lagi yg baru..kihkih...

sayur saya hari ni tuuuuuu...bendir goreng..dah tak tau nak buat apa lg dgn bendir ni kak Erna oi.....akak bagi banyak cam boleh buat meniaga...hehe...



Sunday, 20 June 2010

Lawar Terung.kerabu terung




Ingat dulu2 saya buat lawar buah kuinin??kali ni saya buat lawar terung...apesal nama dia lawar..agak2 saya lah mungkin tok,uwan dulu nak buh nama lawa kot.nak buh nama cantik tak sesuai plak..terung ni ala2 kerabu lah ni..kak pah Aulad tu taulah apa nama jenis terung ni..hehe

bahan2

2 batang terung yang agak besar-disalai atas api hingga empuk,buang kulit dan di potong2
2 sudu besar lada hitam yg di kisar
2 tangkai cili hidup di hiris
2 cawan santan pekat
1 labu bawang besar-di hiris bulat
1 biji limau nipis
gram secukup rasa

cara

sediakan mangkuk
letak terung dan santan
gaulkan bersama bahan2 yang di hiris,lada hitam dan garam
perahkan asam limau
sedia untuk di hidangkan

Saturday, 19 June 2010

Sup Ekor



Adoiyai...ini first time saya masak sup ekor nih....semua ni azfar punya pasal...bawak dia gi pasar tani,lalu kat tempat daging ,tetiba dia suh tanya ekor ada tak mak...waduh pandainya anak bujang ni makan ekoq......saya pun beli le sekilo je...tengok ekor tu terbayang2 je kat depan mata ni,,,si lembu tu dok goyang2kan ekor dia sambil makan rumput tu hah...hehe

bahan2

1 kilo ekor lembu/kerbau
halia
bawang putih
bawang merah
daun seleri
daun bawang
daun sup
carrot/ubi kentang jika suka
rempah sup
rempah 4 sekawan
cili padi
air
kiub ayam/ikan bilis

cara

cuci bersih ekor kemudian di rebus hingga empuk.ketepikan
segala bwg,halia di hiris halus dan sebahagiannya di tumbuk
tumis bhg yg di hiris dalam periuk yg lain
bila dah naik bau masukan bhg yg di tumbuk.
masukan
masukan rempah 4 sekawan
masukan rempah serbuk
masukan daging ekor bersama airnya sekali
didihkan lagi
masukan ubi kentang dan lobak jika suka
akhir sekali masukan kiub,garam,daun seleri,daun bawang dan daun sup.
sedia untuk di hidangkan.
hiaskan dgn bawang goreng dan hirisan cili padi,perahan asam limau.

Friday, 18 June 2010

Sosej Roll




Roti sosej


Hari ni mood saya campur2..rasa cam nak meroti tapi malas pulak nak menguli.nak tak nak memandangkan dah janji dgn bebudak saya buat dlm keadaan mood yg tidak berapa bagus.
Itu yang snap pic dua ketui tu sbb dua tu yg mula2 kuar dr oven.Abaikan benda2 yg enterframe kat belakang tu ya..Roti saya tak lah gebu cam roti cik mat tu hah..saya janji le lain kali saya buat betul2...haiishh...mana la peginya mood ni...

Resepi saya dpt dari dapur CMG...maaf ya mat akak C&P je resepinya ni..tak kosa tul aku hari ni le..



BAHAN-BAHANNYA :-)
1 adunan asas roti, resipi boleh lihat di sini....
14 batang sosej ayamas, rebus 2 minit, toskan dan biar sejuk
Telur (guna baki telur dalam resipi)*
1/2 camca besar susu sejat*(*disatukan dan kacau rata)
Bijan untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Canai doh roti tadi dalam bentuk empat segi tepat, kemudian potong kepada 14 bahagian (dalam gambar tu mat potong 10 jee...), ambik 1 bahagian dan lilitkan pada sosej, pasti kan punca doh tadi berada dibawah lilitan pertama, ini utk mengelakkan doh terbuka. Lilit hingga ke hujung dan selit kan bawah lilitan terdahulu. Kemaskan dan susuh dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap.
  2. Biar 45 minit hingga naik. Sementara itu panaskan oven pada suhu 190C sekurang2nya 10 minit. Sapu roti tadi dengan bancuhan telur + susu cair dan tabur dengan bijan. Bakar roti 25 minit atau hingga peerang keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan....

Wednesday, 16 June 2010

Air Laici Kang Panas


Di sebabkan mr hubby comel saya tu tak brape sehat hari ni,saya dengan rela dan bermurah hati buatkan mr hubby air laici kang..panas lagi ni..bior berpeluh sikit member tu.dah dua hari mr hubby cuti..penat pulak saya nengok dia asek terbaring je..selera makan pun dah kurang

bahan2

buah mata kucing-yg kering
kurma cina-yg kering
buah kembang semangkuk(mangkuk beso mana.aku pun x tau le)-yg kering
selasih
kacang teratai-yg kering
nak tambah bahan2 yg lain pun boleh..saya ada stok yg ini je kat rumah

cara

semua bahan di atas di rendam dgn air panas mendidih
tambah air gula ikut suka nak manis ke tidak
dah siap utk di hidangkan

laicikang ni boleh juga diminum sejuk..tambah ais batu je..

Rendang Pucuk Ubi


semalm saya gi petik pucuk ubi kat rumah kazen saya tu hah.diorang semua takde kat rumah.geram plak tgk pucuk ubi diorang yg gemok2 cam tuannya tuh..hehe..jgn marah ya kazen2 ku sayang..aku buat lebih,kalo ada rezeki you all mggu ni merasa lah korang semua.kalo tak telan air liur je la ya...nak buat ulam saya tak pandai makan,jadi terus suh anak bujang gi pasar beli santan utk buat rendang..nampak je chenggini,tapi pucuk ubi tu garing tau.begitu juga dgn ikan bilis.

bahan2
1 ikat pucuk ubi-ambil yg muda,bersihkan dan ketepikan
santan dari 3 biji kelapa atau
santan segar rm 4
5 ulas bawang kecil dihiris
2 batang serai ditik
ikan bilis Rm2
1 senduk cili api yang telah di kisar halus bersama kunyit hidup


kuah ni nampak merah sedikit sbb cili api nya dah masak2 belaka.kaler merah bila dah campur dgn kunyit jadi la chenggini rupanya

cara2

sediakan kuali
masukan santan,serai,garam,serai,ikan bilis,bawang dan cili api yang telah di kisar
kacau sentiasa supaya tidak melekat dgn api yang sederhana




bila dah agak kering macam kat atas ni baru masukan pucuk ubi tu..jaga api jgn besar.
kacau sehingga pucuk ubi tu kering dan garing..
dah siap dan sedia untuk di hidangkan.

Yee Mee for breakfast

Sebenarnya dah puas saya dok tercari2 yee mee yang mencapai tahap piawaian selero saya.maknanya saya masak tanpa was2..hehe. ..get what i mean..akhirnya saya ketemu juga di Family Store ,Rembau.sesekali shopping mopping di situ best gak..dapat tgk ragam org2 kampung membeli belah..biasanya diorang keluar reramai bila dah hjg bulan..fuuhh seronok saya dengar loghat N.s diorang.. pekat betul...
sepatutnya saya nak masak yee mee sebelah ptg tapi memandangkan pagi2 ni dah takde benda yg nak di buat utk b/fast jadi saya on je masak mee ni.lama sikit kenyangnya anak2 nnt.kan cuti sek ni....





bahan2

1 paket yee mee(dlm tu ada 5 keping)
3 ulas bawang putih-di ketuk
1 mangkuk isi udang
1 mangkuk isi ayam
1 paket fishball
1 ikat sawi
3 tongkol jagung muda
sebuku kecil bunga kobis
1 cwn air
2 sudu besar tpg jagung
1 liter air
2 biji telur
2 buku kiub ikan bilis/ayam
sos tiram
sedikit minyak


cara

panaskan minyak
tumis bawang putih hingga naik bau
masukan 1 liter air
biarkan mendidih
masukan isi ayam,udang,fishball
masukan kiub dan sos tiram
rasakan garam
1 cwn air di kocak bersama tpg jagung-ketepikan
apabila hendak di hidangkan,
masukan sayur2an dan air tepong jagung

ambil 1 keping yee mee,letak atas pinggan dan pecahkan satu butir telur ke atasnya
ambil kuah yang panas2 tadi curahkan atas yee mee/
sedia untuk di hidangkan
jgn lupa hidang bersama cili padi potong









Tuesday, 15 June 2010

Cheese Cake


Hari ini pertama kali saya buat cheese cake dalam hidup saya..ropa2nya..tak ku tahu sungguh mudah amat2 buat cheese cake ni ya..selama ni tahan saya gi beli yang hg nya puluhan hinggit..dah tu tak puas makan plak tu..resepi ni saya cedok kat rumah azita zain.tapi saya derhaka sikit dgn dia..memandai2 je saya gi gubah..topping cheese saya guna resepi ita.base nya tu saya main agak2 je.saya gi beli biskut lemak yg cinonit tu,kisar halus dan gaul dgn butter.pastu tekan2 dlm acuan spring foam.menjadi pulak tu..
minta ampoon ya ita...cheese cake mu sudah ku ubah...sesiapa yang nak kan resepi sila pergi ke rumah AZITA ZAIN ya..



Nasi Dagang versi anymz

nasi dagang versi saya

Dua minggu lepas adik sepupu gi wedding kat kelantan nu,saya pun apa lgi mengirim le beras beras nasi dagang ni hah..Alhamdulillah member bg percuma je...mekaseh kemal..murah rezeki kamu selalu sgt kira halal ngan aku nih..hehe


Bahan2

1 kilo beras nasi dagang kalau tak ada boleh guna
1 pot beras biasa + 1 pot beras pulut
santan ikut sukatan untuk di tanak mcm nasi biasa
3 ulas bawang merah di hiris
halia muda di hiris
1 sudu besar halba
ketiga bahan di atas di cuci dan ketepikan

cara.

beras di tanak mcm biasa mcm kita buat nasi lemak tu
dah kering air taburkan bawang merah,halia dan halba.
kecilkan api dan biarkan hingga masak








Bahan2 utk lauk

1 ekor ikan tongkol/ikan tenggiri/ayam
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia
sedikit lengkuas
2 batang serai
2 sudu besar rempah kari ikan
santan
5 keping asam keping


cara

hari ini saya guna ikan tongkol.
semalam sebelum menumis
ikan tongkol di rebus bersama 2 keping asam keping,sedikit gula dan garam-setelah masak tutup api dan biarkan semalaman
esok pagi2

tumis bawang2,halia,lengkuas dan serai yang telah di kisar
masukan rempah kari ikan
dah naik bau masukan ikan dan sedikit air rebusan ikan
masukan santan dan lebihan asam keping
tambah garam dan sedikit gula sbg perisa.
biarkan ia mendidih sebati.sedia untuk di hidangkan bersama acar timun
Simple je kann.....

Friday, 11 June 2010

Asam Pedas Ikan kembong

Ikan kembong ni saya ambik kat pasar..tuan punya ikan ni pulak ambik tu kat tepi laut kuala sg baru melaka..dlm erti kata lain ikan ni betul2 fresh didatangkan dari laut dalam...
yeeehaa...sikit punya baik n3 saya kann...

rasa2nya resepi asam pedas you all semua dah ada kan..saja saya paste asam pedas ikan kembong ni sbb nak bg tau kat hana jepong,izahdaut dan yatie di usa hari ni akak makan ikan kembong fresh..jgn risau2 ek akak makan akak ingat kat u all semua tau...kihkih...

Thursday, 10 June 2010

Kuih seri muka


Petang tadi saya cuba buat kuih seri muka ciptaan kak hanieliza.resepinya saya C&P kat rumah
HANA tu jer..maleh akak nak salin hana..akak copy je lah ya..minta amponn,nnt akak upah le telur itik 10 biji..cukup??
Beras pulut .adik sepupu bagi percuma.beli di kelate nu..cuba lah try test buat kuih ni..sorry hana akak kuat manis jadi akak tambah gula.elok aje terbentuk kuih ni.




KUEH SERIMUKA

Bahan-bahan
Lapisan Bawah:
  • 2 cawan pulut
  • 2 1/2 cawan santan cair + sikit garam
Cara-cara
  • Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
  • Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.
  • Lapikkan plastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inci.
  • Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
  • Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas

Bahan-bahan
Lapisan Atas
:
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan jus pandan + warna hijau
  • 3/4 cawan gula-saya buat 11/2 cawan
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung kastad
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil garam
Cara-cara
  • Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
  • Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.
  • Kukuskan lebih kurang 30 minit.
  • Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau plastik.

Tom yam Ayam

tom yam ayam

mr hubby ada gulai pucuk paku,saya sebenarnya teragak nak makan tom yam..selera mau makan benda masam..sbb last wk banyak sgt makan gulai lemak2 kat umah org kawin ni...
Resepi sumbangan kak hanieliza....


bahan2 A

500gm ayam di potong kecil2
1 batang lobak merah
1 labu bawang besar(di hiris)
2 batang serai di ketuk
8 biji cili api
2 sm lengkuas(di ketuk)
1 ulas bwang putih(di ketuk)
1 sudu besar pes tom yam
1 batang daun saderi
3 helai daun limau purut(di koyak)
air dan garam secukup rasa

bahan2 B

100gm bunga kobis
2 biji tomato
2 biji limau nipis
1 pokok daun ketumbar

cara

masukan semua bahan2 A dan renehkan hingga lembut

masukan bunga kobis dan tomato.
Biarkan mendidih dan tutup api
masukan air limau nipis dan daun ketumbar
sedia di hidangkan

masak lemak udang dan pucuk paku

Jalan2 di pasar jumpa pucuk paku ni..saya kurang gemar sikit tetapi memandangkan hari ni plan nak masak lemak sayur,jadi saya rembat je la pucuk paku untuk di gulai kan dgn udang.janji mr hubby suka dan saya senang hati..udang kena buang semua kulit kalo tak si wazir tak usik.wazir tak suka udang berkulit..malas nak kopek alasannya...

bahan2

1/2 kg udang
2 ikat pucuk paku
1 batang serai di titik
2 ulas bawang merah di hiris
1 keping asam gelugur
3 cawan santan pekat
garam
1 senduk cili padi yang telah siap di kisar

cara

didihkan santan bersama garam,serai,bawang, asam keping dan cili padi kisar
dah mendidih masukan udang
biarkan 2 minit
masukan pucuk paku
tutup api
sedia untuk di hidangkan

Tuesday, 8 June 2010

Tauhu berkuah sos Rojak


Ha you all pernah tengok kuah rojak chenggini dan yang seangkatan dengannya tak?mcm2 nama dan brand ada.kdg2 saya beli yang jenama SITI tu,yg ini pun okay gak.ini pes time saya guna
jenama yang ini..hari ini member2 lama zaman sek tok kadok jumpa saya kat FB..sembang2 sampai lupo aku nak masak ko...

punggah ice box tgk ada tauhu dan timun.terus saya goreng tauhu,potong timun,taburkan je sos
ni ateh tauhu tu..sedap jugak pe..try la..saya mmg sentiasa simpan stok sos ni dlm ice box.tak pernah putus.



jadi la rupa dia mcm ni
tauhu berkuah sos rojak



Pulut Gulung

minta amponn,saya dah lupa mana la saya gi skodeng resepi ni..durhaka dgn pemilik resepi ni.cam mana la nak berkat..tu la byk na gi merayap rumah org.kan dah lupo..mintak amponn pada tuan punya resepi.mintak halal ya..kihkihkih.........


Bahan - bahan

1/2 kg beras pulut
1/2 biji kelapa parut
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
2 cm lengkuas
50 gram udang kering
4 sudu besar cili kisar
1 sudu teh pati ayam
Garam dan gula secukupnya

Cara Membuatnya :
1. Pulut di kukus dan di tanak sehingga masak. Semua bahan di kisar kecuali
kelapa. Panaskan minyak, tumis bahan - bahan yang di kisar hingga naik minyak.
Campurkan kelapa, gaul hingga sebati. Gaul di atas api sedang, sehingga kelapa
sedikit kering.

2. Pulut yang telah masak tadi di letakkan di dalam loyang alas loyang dengan
plastik. Ambil pulut dan ratakan. Di atas pulut tadi, taburkan kelapa yang telah
di masak tadi. Gulung pulut dan padatkan. Potong - potong dan hidangkan.

Saturday, 5 June 2010

Terima Thank You card

Thnak you card ini saya terima dari Love2Cook..thanx Love..cantik ni.....

Friday, 4 June 2010

Nasi Minyak dan kurma ayam

Ini adalah resepi nasi minyak yang paling senang sekali nak buat yang saya pernah jumpa.
tak banyak bahan tapi puas hati sebab sedap bangat deh.
n3 yang ini saya bagi resepi nasi minyak tu je ya.kurma ayam tu lain kali lah ya.lg pun mesti you all tau dah camno nak buat kan..haha..rancangan cuti masak tak menjadi..
ada orang merayu2 tak larat nak makan yang goreng2 lg dah..


bahan nasi minyak

3 pot beras biasa/basmathi
1 tin susu cair
2 cawan air
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia
semua bahan ini di hiris halus
1 paket kecil 50 sen rempah 4 sekawan
2 kiub ayam
2 sudu besar sayur campuran(mix vege)
3 sudu besar minyak/margerin/minyak biasa pun boleh
1 helai daun pandan

cara


cuci beras.ketepikan
panaskan minyak
tumis bahan2 yang di hiris
masukan rempah 4 sekawan
biarkan hingga hingga naik bau
masukan air dan susu cair
masukan kiub ayam
dah mendidih masukan beras dan daun pandan
tanak seperti biasa.
dah masak sedia untuk di hidangkan.

Thursday, 3 June 2010

minggu ni saya cuti...

saya terpaksa cuti memasak minggu ni..hehe..takdelah sampai mcm tu sekali..saya masak tapi cuma menu yg teramat2 simple sbb saya sibuk membusy kan diri.
hari isnin tu hari dah start anak2 exam jadi kena fokus kat diorang.pastu sek dah mula cuti,maka akan banyak lah undangan2 walimatul urus yang akan saya hadiri.maka gantung periuk lah saya minggu ni tapi tak gantung kuali sbb kuali nak guna utk goreng telur dsbnya..hehehe....
Semalam saya pegi home decor (my feveret place utk ronda2 skang nih) lagi.
layan gambar2 ni ek............


saya beli mangkuk ni untuk mr suami sebab dia suka makan mee yang berkuah.so tukar lah yang baru sikit utk tahun ni


jam cantik.tapi konsep tak sama dgn rumah..ermm..takyah beli














hadiahkan burung cinonit ni untuk rumah baru
Love....hehe..














hadiahkan lampu utk wedding siapa ya..


dah malas lak rasanya nak upload.tenet lembap....

Tuesday, 1 June 2010

kuay teow sup simple...


Saya tak tau nak panggil apa menu kat atas nih.sebab memang totally masak resepi dari kepala saya.saya namakan kuay teow.sup.boleh??Ini memang sarapan feveret anak2 dan mr hubby.anak2 panggil kuay teow gondol berkuah.tak syok le nak letak nama tu kan.tak glamer.bahan2 dia very easy to find.u all bole tambah mcm2.tapi dlm ice box ada tuuu je,jadi ini je yg dpt saya buat.janji anak2 gi sek dgn perut yg kenyang..

bahan2

1 paket kuay teow di rendam dengan air panas.tos dan ketepikan
2 paket fishball.
3 keping fishcake
2 buku kiub ikan bilis/ayam
4 ulas bawang putih
garam secukup rasa
5 cawab air atau air udang-yang ini saya guna air biasa.air udang dah habis.buat mi kari hari tu.
1 ikat sawi/kobis panjang
7 tangkai cili padi di potong2

cara
panaskan minyak
tumis bawang putih
masukan fishball dan fishcake
masukan air
dah mendidih masukan kiub
biarkan dgn api perlahan
bila dah hendak di hidangkan,baru masukan sawi,atau telur jika suka

senang bangat kannn...





minum dgn teh tarik lemak dan berkrim .saya buat teh guna susu ideal cair..berkrim sungguh ....