Dato' Ir Haji Mohammad Aidid bin Haji Zakaria
17.7.1962-26.8.2011
(Gambar di atas di ambil bersama dua orang adik perempuan akak)
Abang......
Pemergian mu di tangisi.
Kehilangan mu di rindui.....
Tepat jam 2.52 pagi tanggal 26 ramadhan yang lalu hp ku berdering.Ku lihat nama adik aku (dlm gambar sebelah kanan) yang muncul..Dalam hati aku sudah berdetik,ini mesti berita buruk dan yang lebih buruknya ini mesti bukan orang lain.pasti adik beradik kami..
Aku mulakan bacaan bismilah sebelum menekan punat hijau tanda aku menjawap panggilan.
"kaklang dah bangun?" kata adik..
"sudah"..jawap ku pula
"kaklang duduk elok2 ya"(aku pasti benar dia begitu gusar utk menyampaikan berita buruk itu padaku.)
"dah duduk dah"..jawap ku pula
"ada berita tak baik lah kaklang"....terus spontan aku menjawap..."abang ya"...
"ya kaklang abang dah tak ada".......
Aku matikan talian dan bertafakkur sebentar.Aku termenung.Termenung panjang.sangat panjang....Tiada tangisan.Hanya kaki yang mengigil dan tangan yang terketar2 menandakan aku cuba sebaik mungkin menjaga bp aku dan jantung yang sudah mula berdegup kencang..Aku ambil wuduk bagi menenangkan fikiran dan perlahan aku kejutkan suami aku dari tidur lantas terus memaklumkan berita buruk itu...
Abang memang panggilan kami adik2 kepadanya.Beliau merupakan anak dan juga abang yang kedua dalam keluarga kami.Kami enam beradik yang terdiri dari dua anak lelaki dan empat anak perempuan dan aku merupakan anak perempuan sulung dalam keluarga kami.
Setelah pemergian mak dan ayah aku mengambil alih tugas mak dan abang mengambil alih tugas ayah..Beliau seorang yang sangat2 penyayang dan begitu kasih terhadap adik2 perempuannya.Semua orang mengetahui bagaimana tegasnya beliau menjaga aku masa zaman anak dara.Keluar masuk ku dari rumah hinggalah bagaimana aku berpakaian semua habis di pantaunya.Beliau pernah menjadi abang yang paling aku benci semasa zaman persekolahanku.Aku tidak pernah bebas bergaul seperti gadis2 lain..Abang umpama mata dan telinga mak.Segala pergerakan aku akan di report.Ah!..sukar nak aku ungkapkan bagaimana seriousnya abang menjaga aku.macam lah adik nya ini cantik sangat..
Namun segalanya menjadi longgar apabila aku di pinang orang dan abang sendiri melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat.Kami saling merindui selepas itu.Kami sering berutus surat dan bertukar gambar.walau aku sudah punya anak satu , poskad atau surat pasti sampai ke rumah aku setiap bulan.
Tahun demi tahun berlalu...atas faktor sibuk dan jarak tempat tinggal kami jarang bertemu.
Sesekali abang akan menelefon bertanya khabar.Beliau memang seorang abang yang perihatin.
Seorang yang berjiwa sentimental dan suka mengenang kenangan silam sewaktu zaman kanak2 setiap kali kami bertemu..
Yang membuatkan kami lebih terasa akan kehilangan abang ialah beliau seorang yang sangat2 suka mengusik,mengutuk dan mentertawakan kami.
Bang,hingga ke hari ini kami menangisi pemergian mu..Kami rindu.Rindu segala2 yang ada pada abang.Kini tiada lagi wajah yang menyerupai arwah ayah yang dapat kami tatap bagi mngubat rindu.Abang hampir menyerupai 90% wajah arwah ayah.suaranya juga hampir serupa.
Semuanya sudah menjadi kenangan....
Abang meninggal di sebabkan serangan jantung.Berumur 49 tahun dan meninggalkan seorang balu dan lima orang anak.Tiga daripadanya masih menuntut di Australia.Kebetulan semasa abang menghembuskan nafas yang terakhir anak2nya semua berada di Malaysia..Suatu kebetulan yang amat2 kami syukuri.
Setelah pemergian abang hubungan kami lima beradik yang masih tinggal bertambah2 erat dan rapat..Selalu arwah abang ungkapkan..Antara kita ni siapalah yang pergi dulu kan?...Keluarga kita semua meninggal muda dan selalu pergi di bulan puasa.Tak sangka kata2 yang hanya sekadar kata2 menjadi suatu kebetulan yang nyata.
Kini hilanglah pakar rujuk kami baik urusan dunia maupun urusan ugama..Tiada lagi tempat untuk kami bertanya soalan2 yang berkaitan dengan ugama.
Pergi lah bang..kami redha.semoga abang tenang di sana.Akan kami abadikan semua kenangan dan simpan kemas dalam jauh di sudut hati kami..Seperti yang selalu aku katakan abang sentiasa ada di hati kami..Doa kami yang baik2 sentiasa ada untuk abang di sana..Akan kami pastikan selain doa untuk roh mak dan ayah nama abang juga akan sentiasa tersemat di bibir kami.
Al-Fatihah
p/s
kesihatan abang akak yang sulong juga agak membimbangkan kesan dari penyakit tiroid.