Friday, 30 September 2011

Kek Karamel

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah hari ni akak berkesempatan memasukkan entri pendek kek karamel yang akak buat sebelum akak melandingkan diri di katil hospital KPJ,Seremban sejak Rabu lepas.InsyaAllah di entri akan datang akak akan berstory mory tentang hal itu ya.

Hari ni akak sempat jamu kawan2 dengan kek karamel yang di hidangkan oleh Ainul sambil di perhatikan oleh Puan Tanah kedaung yang duduk di sebelah..
Ya....puan tanah dah keluar hospital dan insyaAllah jika di izinkan olehnya akak akan kembali seperti biasa..mana boleh nak pisah2 kan diri dengan lappy ni kan..terutama dengan kawan2 kedaung di sini.wakakaka..


kek karamel
by
anymz mykitchen

Bahan-bahan : Loyang 22cm
(A)-Gula Hangus
  • 2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
  • *tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)
  • Ketepikan dulu (gula tersebut akan mengeras & berbunyi macam kaca pecah gitu)


(B) - Bahagian Atas
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3 bj kuning telur
  • 2 biji telur (putih & kuning)
(C) - Lapisan Kek
  • 140 gm tepung gandum
  • 70 gm gula kastor
  • 3 bj kuning telur
  • 135 ml air biasa
  • 1 sudu teh baking powder
  • 45 ml minyak msk
  • 2 sudu besar susu pekat manis (Ana tambah)
D) Merinque
  • 6 bj putih telur
  • 70 gm gula kastor
  • 1 sudu teh krim of tartar
    Cara-cara :
    • Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan.
    • Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
    • Tapis bahan (B) td dlm loyang gula hangus (A) tadi..ketepikan.
    • Pukul bahan (C) *Ana guna senduk je..ketepikan.
    • Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat dia x jatuh...(meringue)
    • Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..jangan terlebih kacau, agak-agak bercampur sebati je.
    • Bahagikan kpd beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau nak..
    • masukkan ke dlm loyang yg ada gula hangus & keremel tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang, adunan kek akan terapung.
    • Bakar cara double boiling - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja, (bergantung kpd oven masing-masing juga ya)
    • Jika tak pasti keremel dah masak ke belum boleh tambah lagi masa membakar lebih kurang 10 minit,
    • Bila masak angkat & rehatkan 25 minit/setengah jam baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...masa ni dah agak sejuk jadi senang nak keluarkan kek.
    • Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2. Lebih sedap selepas semalaman.
    • Sedap dimakan sejuk.

    ** Suhu membakar bergantung kepada oven masing-masing, jika oven saya jenama ELBA, suhunya agak panas, jadi saya lebih suka guna suhu rendah tapi makan masa yang agak lama. Selamat mencuba ya.. **Kalau ada yang nak bertanya (Ceeh..macam pandai sangat kan..tapi kalau sudi tanya saya sudi jawab InsyaAllah) bolehla komen & tanya, akan saya jawab sedaya upaya saya.

    Wednesday, 28 September 2011

    Sos Kuah Tauhu Sumbat

    Assalamualaikum semua

    Selamat Pagi di ucapkan buat pengunjung2 my kitchen.
    Akak sebenarnya pernah post resepi sos ni suatu ketika dulu.Di SINI,SINI dan juga di SINI.
    Ingatkan tidak ada yang berminat sebab akak belum nampak lagi sesiapa yang mencuba resepi turun temurun dari keluarga akak ni..
    Entah angau apa yang melanda si Izahdaut ni,tetiba menanyakan resepi sos pulak..
    Hari tu dah post kan resepi tak reti2 ke nak mencari cik jah oiii..wakaka
    Takpe lah, Izah punya pasal tambahan pula hari ni hari Rabu hari akak baik hati akak pun buat la sekali lagi entri ulangan tentang kuah sos tauhu sumbat ni.

    Asal usul sos ni menggunakan cuka tetapi memandangkan arwah ayah akak tak boleh makan cuka maka arwah mak akak yakni isteri kesayangan arwah ayah pun terpaksa lah mereka cipta resepi utk memasamkan kuah sos tauhu/rojak nih.Tapi arwah mak akak pesan sebaik2nya gunakan sos tomato kimball sebab sos tomato maggi ada sedikit rasa masam,nanti korang terpaksa menggunakan gula yang banyak pulak..


    Sos Kuah Tauhu Sumbat
    Resepi:Anymz
    by
    anymz mykitchen

    bahan2

    cili kering-rm1
    bwg putih-5 ulas
    bwg kecil-3 ulas
    1/2 botol tomato sos kimball
    gula
    garam
    2-3 cawan air panas



    cara


    cili kering di gunting.keluarkan biji,bersihkan dan di rebus
    kemudian di kisar bersama kedua2 bwg bersama air panas.
    keluarkan.
    dalam mangkuk gaulkan cili kisar bersama garam dan gula dan air panas.
    campurkan sos tomato kimball anggaran 1/2 botol
    lebihkan garam dulu,kemudian rasanya hendaklah ada manis,masam,dan masin
    tidak perlu di masak sebab kita sudah menggunakan air panas semasa memprosesnya

    *
    Perhatian penting
    cili kering di kisar dengan air panas.kita tidak perlu masak sos ni sebab semua bahan kita guna air panas yakni air yang sudah di masak terlebih dahulu.


    s
    boleh makan dengan cekodok.
    boleh juga makan dengan rojak nenda

    Tuesday, 27 September 2011

    Ikan Siakap Goreng Berempah Woku

    Assalamualaikum semua

    Puas akak dok pikir apa nak buat dengan ikan siakap seekor yang sudah dok memerap dalam freezer tu..
    Selongkar jap dapur Mas@Duniaku yang amat rajin memasak dan mengupdate resepi..Lalu akak pun terjumpa lah resepi yang mas cedok dari dapur ummi kuantan.Ummi pulak cedok dari majalah SEDAP katanya..dan terus terang akak cakap memang sedap lah resepi ni..Mas guna ikan talapia.
    Akak ikut Ummi guna ikan Siakap cuma akak seleweng kan sedikit resepi ni atau orang2 skang kata 'derhaka'kan resepi.Kalau Ummi dan Mas bakar aje ikan tapi akak pi goreng..Saja nak menggoreng.Lain kali akak bakar pulak..Goreng pun sodap apa lagi lah kalau akak bakar kan Mas kan?.Ummi kan???

    Cara akak setelah akak gaul dengan air limau dan garam tu akak tambah lah sedikit serbuk kunyit lalu akak goreng ikan hingga agak garing.maklum ikan siakap.

    Ada lagi satu penambahan.Akak guna cili kering yang di kisar sebab stok cili padi sudah habis akak buat masak lemak untuk di bawa ke Ampang tu hari..hahahaha
    Cuba lah resepi ni memang tak rugi mencuba.
    Along siap tanya akak apa nama menu ikan ni..macam rasa masakan Thai katanya..sedapppp..

    Ikan Siakap Berempah Woku
    by
    anymz myitchen


    Bahan :
    (akak wat sukatan untuk seekor ikan)
    • 2 ekor (550 gm) ikan siakap - dikelar-kelar - Mas guna talapia merah
    • 2 sudu teh air perahan limau nipis (*akak guna limau kasturi jek)
    • 1 sudu teh garam
    # Lumur ikan siakap dengan limau nipis dan garam. Perapkan 15 minit. Bersihkan dan ketepikan.
    • 8 helai daun limau purut - buang tulangnya dan hiris halus
    • 4 helai daun pandan - hiris halus
    • 2 helai daun kunyit - hiris halus
    • 3 batang serai - ambil putihnya dan hiris halus
    • 5 tangkai selasih - diambil daunnya (*akak xda stok ni)
    • 2 biji tomato merah - potong dadu
    • 250 ml air
    • 1/2 sudu teh garam
    • 1 sudu teh gula pasir
    • 2 tangkai daun bawang - dipotong-potong (*ni akak lupa nk tabur)
    • 3 sudu makan minyak masak untuk menumis


    sedap sebab meriah dengan adanya macam2 jenis daun..


    Bahan Kisar :

    • 12 biji bawang merah
    • 7 biji cili padi merah (akak guna yg biasa je, campur2)
    • 5 biji buah keras - bakar kejap
    • 3 cm kunyit hidup - bakar (*akak x bakar pun)
    • 2 cm halia
    Bahan Pelengkap :
    • Daun senduduk secukupnya (*akak guna daun salad jek)
    • 1 biji timun - dipotong serong
    • 4 tangkai selasih
    • 6 biji cili padi merah hiris untuk tabur

    Cara Memasak :
    1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, daun limau, daun pandan, daun kunyit dan serai sehingga terbit aroma.
    2. Masukkan tomato dan kacau hingga layu.
    3. Masukkan air, gula pasir dan garam. Masak sehingga matang dan mendidih.
    4. Masukkan daun selasih dan ikan siakap. Masak sehingga kuah menyerap.
    5. Sediakan alluminium foil yang telah digriskan sedikit minyak dan letak angkat ikan tadi di atas alluminium foil.
    6. Tuangkan juga semua kuah pekat tadi rata-rata menyaluti ikan.
    7. Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar 180C sehingga ikan masak.
    8. Hidangkan bersama pelengkapnya dan bahan taburan cili padi hiris.
    9. Selamat menjamu selera!!! Hingga menjilat jari uuuuu...

    Asam Pedas Ikan Senangin Dan Sambal Hitam

    Assalamualaikum buat semua yang berkunjung

    TerimaKaseh buat teman2 yang mendoakan kesihatan akak ni ya..Memang akak sangat2 memerlukan doa dari teman2.Alhamdulillah semalam dapat jugak akak memasak serba ringkas buat suami dan anak2..walau lauk pauknya agak biasa tapi masing2 makan dengan begitu berselera sekali.masak dengan kasih sayang kata mereka.hehe.
    Resepi asam pedas yang kena pada tekak anak2 ada di SINI

    Asam Pedas Ikan senangin
    by
    anymz mykitchen
    Resepi:anymz


    Boleh tahan besar gak la ikan ni.
    Sedap sebab isi ikan senangin memang lembut.


    Sambal Hitam

    Sambal Hitam ni bukan akak yang buat.kalau mau resepi nya boleh lihat di SINI.Akak dapat sambal ni dari rumah IzahDaut.Bukan rumah alam maya ya..Rumah betul2 nih..hehe.
    Hah!ko mas dan ana jangan nak ngengada kata nyesal tak mintak..wakaka.

    Monday, 26 September 2011

    Laksa Sarawak 11

    Assalamualaikum semua

    Nak letak wordless Monday rasa cam tak kena aje.
    Tapi itu lah yang akak rasa tambahan pulak menu ni menu minggu lepas.Patut nya laksa ni keluar sebelum akak ke majlis gader2 di rumah Izahdaut malangnya mood memasak dan nak postkan entri semua ke laut..
    Alhamdulillah hari ni kesihatan akak pulih sepenuhnya setelah akak bertemu beberapa orang yang bijak pandai dan mengajar serba sedikit apa yg patut akak amalkan semua sudah kembali seperti biasa.kalau Izah,Mas dan Anna nampak akak sehat sebenarnya tidak..InsyaAllah ada masa kita gader2 lagi ,akak story mory kat korang okay..
    Nak tepek resepi ke?..Takpe lah nanti akak hantar ke link akak yang lepas2 ya.
    pes Laksa Sarawak Hj Manan ni akak dapat dari dua pupu akak Ashraf yang bertugas sebagai pemandu kapalterbang a.k.a pilot di bumi Miri nun.Akak kirim pes ni sebelum Hari Raya tempoh hari.Jenuh gak lah anak bujang (umur 26thn) tu nak kena cari di pasar.(maklum dia tak pernah jumpa pes ni sebelum nih).
    Pes yang sebelum ni akak dapat dari seorang adik yang juga tinggal di bumi sarawak nun.setelah seisi rumah merasai kesedapan laksa sarawak ni maka haruslah kami mengulang makan lagi..hehe..(eh!ayat apakah itu)

    kalau nak tengok post akak sebelum2 ni sila ke SINI ya..



    Laksa Sarawak 11
    by
    anymz mykitchen
    Sumber:DayangJack
    Sumber:Hasue

    Bahan2 sampingannya simple aje.
    Tak banyak dan memudahkan.

    bahan-bahan : 6-8 orang makan
    • 200 g pes atau perencah laksa (DJ guna pes laksa HJ Manan)
    • isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)
    • 1/2 kilo udang basah
    • 1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
    • 4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)
    • 2 batang serai (diketuk)
    • 200-250 ml santan pekat
    • garam dan gula secukup rasa
    • taugeh (dicelur)
    • sedikit daun ketumbar (diracik)
    • limau kasturi secukupnya (dibelah dua)
    Cara-cara :
    1. Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan.
    2. Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
    3. Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas. Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering.
    Resepi Sambal Udang Kering

    bahan-bahan :
    • 6 biji bawang merah (dikisar)
    • 2 ulas bawang putih (dikisar)
    • sedikit belacan bakar (dikisar)
    • segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)
    • 4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnya
    • sedikit air asam jawa
    • garam dan gula
    Car-cara :
    Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat.

    Kelainan yang ada dlm laksa sarawak telur nya di dadar.



    Akak tak buat sambal.Kali ni pes hj manan rasa pedas sedikit.
    Akak suka sangat.


    Friday, 23 September 2011

    Ayam Masak Kicap Berempah

    Assalamualaikum semua

    Selamat tengahari buat tetamu2 mykitchen..Kaum lelaki semua ke masjid.kaum ibu buat apa pulak tu ya..
    Akak masak goreng2 je hari ni sebab esok nak gantung periuk kan..sebab nak menjamu selera di bumi Ampang nun..Entah apa lah menu yang di hidangkan oleh mek Ampang tu ya..kihkih..akak sekadar mengusik mesti puan tanah tertonggeng tergolek tak sedor diri mlm ni keletihan ke pasar siang tadi..
    Okay ayam masak kicap ni memang paling cincai le..main campak2 je bahan2 tu kan..Dah takde idea nak masak apa..mood memasak masih ke laut..Entah mimpi apalah akak skang ni tau.nak update blog bukan main malas kemain..kadang2 tu lain kita rancang lain pulak jadinya..selagi masih berada di bulan syawal ni agak2nya cenggitu lah kita2 semua ni ya.Akak tgk kat dapur kawan2 pun mcm tu juga..kalau dulu siap buat 3 kali post satu hari skang ni buat dua malah kdg2 akak tgk satu je.tapi takpe lah jugak ada juga mengepost entri tak macam akak ni ,satu post simpan sampai dua tiga hari...huhuhu..:(


    Ayam Masak Kicap Berempah
    by
    anymz mykitchen



    Bahan2

    1/2 ekor ayam-bersihkan dan di lumur dgn serbuk kunyit dan garam
    1 labu bawang besar*
    5 ulas bawang putih*
    1 inci halia*

    bahan bertanda * di kisar halus

    2 sb serbuk lada hitam
    kicap manis secukup nya
    sos tiram secukup rasa
    2 sb sos tomato
    1 kiub pati ayam
    1 gelas air
    mix vege secukupnya
    3 biji ubi kentang-di kupas kulit dan potong wedges-di goreng hingga masak
    1 batang lobakmerah-potong sama mcm ubi kentang-di goreng setengah masak
    2 batang kulit kayu manis
    1 kuntum bunga lawang




    Cara

    goreng ayam hingga masak.(tak payah sampai garing)
    angkat dan ketepikan
    Tinggalkan minyak lebihan goreng ayam anggaran 3 sudu besar
    Tumis bahan2 yang di kisar hingga naik bau
    Masukkankulit kayu manis dan bunga lawang
    Kacau
    masukkan kicap,sos tiram dan sos tomato
    masukkan kiub
    masukkan air
    Kacau hingga sebati
    Biarkan mendidih dan akhir sekali masukkan ayam bersama ubi kentang dan lobak
    Masukkan juga mix vege
    Kacau sebati dan tutup api
    sedia untuk di hidangkan

    *tiada penggunaan garam di sini kerana ayam yg di goreng sudah di gaul dengan garam dan penggunaan kicap sos dan kiub sudah membantu rasa masinnya..

    Tuesday, 20 September 2011

    Moist Chocolate cake

    Assalamualaikum semua

    Malam2 baru akak ada masa nak post entri..Okay jugak lah kan?..janji hado..
    Kek ni akak buat lewat petang tadi sebab wazir nak bawak ke sekolah pagi2 esok..saja nak makan2 dengan kawan2 katanya..
    Resepi chocolate cake ni akak jumpa dalam FB Chef Arm. Jenuh akak mencari balik untuk letak link ke fb chef arm tapi tak dapat2..Kalau Chef Arm terbaca blog akak ni ribuan ampun dan maaf akak pohon ya..Nanti akak cuba cari lagi..Nak klik kat gambar di fb chef pun masih tak dapat.Entah ke mana lah menghilang nya post kek ni di fb chef arm.
    Rasa dia tak jauh beza lah dengan mana2 kek chocolate moist..sedap dan terbaik jugak rasa kek ni.Pada akak bila dah buat, anak2 dok ulang2 makan makna nya sedap lah tu kan?..kan?..


    Moist Chocolate cake
    by
    anymz mykitchen
    Resepi:Chef Arm



    * Bahan A ( Diayak Bersama ) : -

    280gm Tepung gandum
    40g Serbuk Koko
    2 Sudu Teh Serbuk Penaik
    1 Sudu Teh soda Bikarbonat

    * Bahan B : -


    2 Sudu Teh Nescafe ( larutkan Dengan 1 Sudu Teh Air panas )
    280g Marjerin
    200g Gula Halus

    5 Biji Telur Ayam
    1 Sudu Teh Esen Vanila
    250g Coklat Masakan ( Dicairkan )
    1/4 Cawan Air Sejuk ( Betul2 Sejuk )







    * Cara Penyediaannya : -

    1. Pukul marjerin dan gula hingga kembang.Masukkan telur satu demi satu dan pukul sebati setiap kali telur dimasukkan.
    2. Masukkan esen vanila, adunan nescafe serta coklat masakan yang telah dicairkan dan kacau.
    3. Masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit dan diselang-selikan dengan air sejuk dan dikacau sebati.
    4.Masukkan ke dalam acuan kek.bakar dalam ketuhar yang bersuhu 180c selama 1 jam 30 minit.Angkat dari ketuhar dan sejukkan.siap untuk disajikan.

    Cucur Nasi Berikan Bilis

    Assalamualaikum semua

    Pagi2 ni kita makan cucur ikan bilis a.k.a cekodok dulu ya..Tengahari satgi kita tengok pulak hidangan apa yg ada dlm mykitchen ni..Kalau tuan nya rajin ada le sehidang dua lauk pauk kalau tidak kita jamu mata je lah ke dapur teman2 yang lain tu..isshhh tak patut..tak patut..penat2 orang singgah sini asyik2 menu yang sama akak hidangkan..
    Pasti yang dtg jauh2 cam mek Ampang tu menjuih sakan marah kat akak...hahaha...sekali tak mengusik mek Ampang tu tak sah rasanya....
    Masa suruh anak akak wazir snap gambo ni terdengar dia berkata...'apa la mak ni..gambar cekodok pun nak ambik ke'..muhahaha....ko jgn byk songeh wazir...snap je lah..ada gak org tak tau buat cekodok tau..(eh ada ke??)...
    Meh tengok resepi ulangan yang pernah akak post di SINI







    bahan2

    3 biji ubi kentang-size sedang2 je-di kupas dan di hiris
    1 senduk nasi
    2 senduk tepung gandum
    1 genggam ikan bilis
    1 labu bawang besar
    daun bawang-di hiris
    cili hidup-di hiris
    air
    garam secukup rasa
    minyak untuk memasak

    cara
    kisar halus nasi dgn air
    kisar halus bawang besar dan ikan bilis
    dalam satu bekas masukan nasi yg di kisar,ikan bilis dan bawang,tepung gandum,garam,daun bawang,cili hidup,ubi kentang dan tepung.
    tambah air jika perlu
    panaskan minyak
    ambil jemput2 dgn sudu atau jari dan sudukan ke dalam minyak yang panas.
    goreng hingga masak



    Monday, 19 September 2011

    Sup Ketam

    Assalamualaikum semua

    Alhamdulillah kembali akak bersiaran setelah sekian lama akak bercuti.
    Bukan di sengaja kan ya..memang tidak sengaja lantaran akak kesuntukan masa dan sememangnya bukan setakat cuti berblogging akak juga cuti masak2..

    Banyak sangat peristiwa yang berlaku terus badan jadi rasa tidak tentu arah.Hampir2 juga akak memasukkan diri akak ke hospital semasa seminggu berhari raya tapi akak minta en suami meringankan sedikit beban akak agar tidak mempelawa mana2 tetamu yang memerlukan akak masak2 atau menyibukkan diri di dapur.
    Anak2 juga faham dan tahun ini memang tiada kunjungan berduyun2 dari kalangan sahabat anak2.Alhamdulillah tetamu semuanya faham.Termasuklah rakan alam maya akak yang berjiran sebelah kampung dengan akak iaitu Naz.Terimakaseih Naz atas kunjungan Naz dengan baby Hanie dan juga suami.Maaf tiada hidangan istimewa.Memang segala urat saraf akak jem tu hari.Akak hargai sangat2 kunjungan Naz suami isteri dan juga pemberian beras nasi dagang tu.
    TerimaKaseh Naz.Nanti jangan serik2 singgah lagi ya..

    Akak mulakan entri hari ni dengan hidangan sup ketam yang di anggap pelik oleh anak2 di rumah hari ini.Bila dah makan semua kata 'sedapnya maaaaaak'..tak tau lah sedap tu maknanya sup ni betul2 sedap ataupun sedap sebab dah lama sangat tak makan hasil air tangan maknya ini..kekeke
    Hidangan sup ketam ni akak buat sebab hujung minggu masa cuti panjang hari 1 Malaysia hari tu akak berjalan sampai ke Taiping sebab memenuhi undangan kenduri kendara saudara mara yang tinggal di Taiping dan juga di Tapah.Banyak sangat makan makanan berlemak hari ni kita makan sup2 aje lah..
    Resepinya simple amat tapi akak tepekkan jugak di sini buat rujukan anak2 di masa akan datang.



    Sup Ketam
    by
    anymz mykitchen
    Resepi:anymz mykitchen

    Bahan2

    4 ekor ketam-di bersihkan di belah dua-ketepikan
    1 labu bawang besar-di hiris
    3 ulas bawang putih-di hiris
    sedikit halia-di hiris memanjang
    1 batang serai-di titik
    1 kiub pati ikan bilis
    sedikit garam
    Air secukupnya
    daun bawang/daun sup-di hiris
    bawang goreng untuk tabur
    sedikit minyak untuk menumis

    Cara

    Panaskan periuk atau corning ware
    Masukkan minyak
    Setelah minyak panas masukkan bawang2 dan halia
    Goreng hingga wangi dan masukkan serai
    Kacau sebentar
    Masukkan air secukupnya,agak2 boleh menenggelamkan ketam
    Masukkan garam dan kiub
    Bila sudah elok mendidih masukkan ketam
    Didihkan sebentar dan tutup api
    Bila hendak di hidangkan jangan lupa taburkan daun bawang dan sup dan juga bawang goreng.



    Tuesday, 13 September 2011

    Ada Yang Rinduuuuuu?????..

    Assalamualaikum semua

    Sepuluh jari akak susun mohon ampun dan maaf zahir dan batin andai ada kata2 dan bicara akak selama ini yang telah membuatkan teman dan saudara mara juga silent reader yang bertandang ke mykitchen ini dan telah membuatkan kalian semua berkecil hati.maklum kita hanya insan biasa yang tidak lepas dari membuat salah dan silap yang sedar dan juga tidak sedar.

    Rasanya belum terlambat lagi akak pohon kemaafan dari kalian semua sebab kita masih lagi berada dalam bulan syawal,bulan kemenangan.

    Ada yang rindu ke tu?...

    Yang pasti akak memang teramat2 rindu pada teman2 semua dan terimakaseh tidak terhingga akak ucapkan di atas kesudian teman2 menghulurkan ucapan takziah di atas pemergian arwah abang akak baik di mykitchen,mahupun di fb juga menerusi hp.Ada juga yang menalipon bertanya khabar dan berita.
    Terharu sungguh2 akak di buatnya..Tika akak menaip ni pun airmata terasa bergenang mengenangkan akan keikhlasan teman2 semua.Kita tidak saling mengenal hanya dua tiga orang saja yang akak pernah berjumpa namun ikatan menerusi alam maya ini terasa hampir benar dengan teman2 semua.
    Sekali lagi TerimaKaseh buat semua.


    gambar ehsan dr google

    Terasa sepi dunia ini bila kita kehilangan adik beradik yang rapat dengan kita.Akak pernah kehilangan kedua ibubapa tapi bila kehilangan seorang abang baru2 ni sukar untuk akak ungkapkan dengan kata2.Hanya yang pernah merasa saja tahu erti rindu kehilangan orang yang tersayang.

    Di susuli juga rindu pada anak yang seorang ini yang mana Amir telah melanjutkan pelajarannya di UTHM,di Bt Pahat Johor dalam bidang mekanikal engineering setelah menamatkan matrikulasi di Tangkak,Johor.
    Semoga Amir berjaya mencapai cita2 dan di permudahkan segala urusan.



    ikhsan dari google


    InsyaAllah akan akak susuli BW ke dapur teman2 semua dalam sedikit masa lagi.
    Akak masih lagi di landa kesibukan yang melampau.Setelah lima hari kita menyambut syawal,bapa saudara en suami pula meninggal dunia di susuli dengan bapa saudara akak semalam.Namun kami redha di atas pemergian mereka.

    Hujung minggu ini pula insyaAllah akak akan ke Taiping,Perak bagi menghadiri majlis perkahwinan saudara jauh yang bersusah payah mengundang kami sekeluarga.Tiada niat lain kami ke sana melainkan menyambung kembali ikatan silaturahim yang sudah semakin jauh.Sehari selepasnya akak perlu bergegas pula ke Tapah untuk meraikan anak sepupu akak yang akan melanjutkan pelajaran dalam bidang farmasi di Mesir..InsyaAllah semoga perjalanan kami berjalan lancar dan di permudahkan segala urusan.Doakan kami ya..

    Sunday, 4 September 2011

    Selamat Jalan Abang...

    Dato' Ir Haji Mohammad Aidid bin Haji Zakaria
    17.7.1962-26.8.2011

    (Gambar di atas di ambil bersama dua orang adik perempuan akak)

    Abang......
    Pemergian mu di tangisi.
    Kehilangan mu di rindui.....


    Tepat jam 2.52 pagi tanggal 26 ramadhan yang lalu hp ku berdering.Ku lihat nama adik aku (dlm gambar sebelah kanan) yang muncul..Dalam hati aku sudah berdetik,ini mesti berita buruk dan yang lebih buruknya ini mesti bukan orang lain.pasti adik beradik kami..
    Aku mulakan bacaan bismilah sebelum menekan punat hijau tanda aku menjawap panggilan.
    "kaklang dah bangun?" kata adik..
    "sudah"..jawap ku pula
    "kaklang duduk elok2 ya"(aku pasti benar dia begitu gusar utk menyampaikan berita buruk itu padaku.)
    "dah duduk dah"..jawap ku pula
    "ada berita tak baik lah kaklang"....terus spontan aku menjawap..."abang ya"...
    "ya kaklang abang dah tak ada".......

    Aku matikan talian dan bertafakkur sebentar.Aku termenung.Termenung panjang.sangat panjang....Tiada tangisan.Hanya kaki yang mengigil dan tangan yang terketar2 menandakan aku cuba sebaik mungkin menjaga bp aku dan jantung yang sudah mula berdegup kencang..Aku ambil wuduk bagi menenangkan fikiran dan perlahan aku kejutkan suami aku dari tidur lantas terus memaklumkan berita buruk itu...

    Abang memang panggilan kami adik2 kepadanya.Beliau merupakan anak dan juga abang yang kedua dalam keluarga kami.Kami enam beradik yang terdiri dari dua anak lelaki dan empat anak perempuan dan aku merupakan anak perempuan sulung dalam keluarga kami.
    Setelah pemergian mak dan ayah aku mengambil alih tugas mak dan abang mengambil alih tugas ayah..Beliau seorang yang sangat2 penyayang dan begitu kasih terhadap adik2 perempuannya.Semua orang mengetahui bagaimana tegasnya beliau menjaga aku masa zaman anak dara.Keluar masuk ku dari rumah hinggalah bagaimana aku berpakaian semua habis di pantaunya.Beliau pernah menjadi abang yang paling aku benci semasa zaman persekolahanku.Aku tidak pernah bebas bergaul seperti gadis2 lain..Abang umpama mata dan telinga mak.Segala pergerakan aku akan di report.Ah!..sukar nak aku ungkapkan bagaimana seriousnya abang menjaga aku.macam lah adik nya ini cantik sangat..

    Namun segalanya menjadi longgar apabila aku di pinang orang dan abang sendiri melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat.Kami saling merindui selepas itu.Kami sering berutus surat dan bertukar gambar.walau aku sudah punya anak satu , poskad atau surat pasti sampai ke rumah aku setiap bulan.

    Tahun demi tahun berlalu...atas faktor sibuk dan jarak tempat tinggal kami jarang bertemu.
    Sesekali abang akan menelefon bertanya khabar.Beliau memang seorang abang yang perihatin.
    Seorang yang berjiwa sentimental dan suka mengenang kenangan silam sewaktu zaman kanak2 setiap kali kami bertemu..
    Yang membuatkan kami lebih terasa akan kehilangan abang ialah beliau seorang yang sangat2 suka mengusik,mengutuk dan mentertawakan kami.
    Bang,hingga ke hari ini kami menangisi pemergian mu..Kami rindu.Rindu segala2 yang ada pada abang.Kini tiada lagi wajah yang menyerupai arwah ayah yang dapat kami tatap bagi mngubat rindu.Abang hampir menyerupai 90% wajah arwah ayah.suaranya juga hampir serupa.
    Semuanya sudah menjadi kenangan....
    Abang meninggal di sebabkan serangan jantung.Berumur 49 tahun dan meninggalkan seorang balu dan lima orang anak.Tiga daripadanya masih menuntut di Australia.Kebetulan semasa abang menghembuskan nafas yang terakhir anak2nya semua berada di Malaysia..Suatu kebetulan yang amat2 kami syukuri.
    Setelah pemergian abang hubungan kami lima beradik yang masih tinggal bertambah2 erat dan rapat..Selalu arwah abang ungkapkan..Antara kita ni siapalah yang pergi dulu kan?...Keluarga kita semua meninggal muda dan selalu pergi di bulan puasa.Tak sangka kata2 yang hanya sekadar kata2 menjadi suatu kebetulan yang nyata.

    Kini hilanglah pakar rujuk kami baik urusan dunia maupun urusan ugama..Tiada lagi tempat untuk kami bertanya soalan2 yang berkaitan dengan ugama.

    Pergi lah bang..kami redha.semoga abang tenang di sana.Akan kami abadikan semua kenangan dan simpan kemas dalam jauh di sudut hati kami..Seperti yang selalu aku katakan abang sentiasa ada di hati kami..Doa kami yang baik2 sentiasa ada untuk abang di sana..Akan kami pastikan selain doa untuk roh mak dan ayah nama abang juga akan sentiasa tersemat di bibir kami.

    Al-Fatihah

    p/s

    kesihatan abang akak yang sulong juga agak membimbangkan kesan dari penyakit tiroid.