Sunday, 23 September 2012

Mohon Maaf Atas Segala Kesalahan...Doakan Kami...


ASSALAMUALAIKUM SEMUA

Apa khabar kepada semua pengunjung2 my kitchen..
Akak harap semuanya berada dalam keadaan sehat dan sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah selalu hendaknya...
InsyaAllah apabila post ini berada di alam maya,akak sudah pun bertolak ke Kelana Jaya untuk melaporkan diri dan bergerak ke Madinah seterusnya ke Mekah bagi tujuan menjalani rukun Islam yang kelima..
Alhamdulillah akak dan suami bersama2 dua orang sepupu akak terpilih untuk mengerjakan ibadah haji pada musim 1433H thn ini..
Dan apabila post ini ke udara maka terjawaplah sudah apa penyebabnya yang membuatkan 'my kitchen' agak sunyi pada tahun ini..

Di sini juga akak ingin meminta ampun dan maaf kepada semua pengunjung2 'my kitchen' tak kiralah samada bagi follower atau pun silent reader,minta maaf dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki andai ada salah dan silap akak selama akak berblogging di my kitchen.
InsyaAllah taala akak akan cuba dan cuba membalas komen rakan2 yg telah meninggalkan jejak di sini.Bila??? Hanya Allah jua yang lebih mengetahuinya....^__^



Doakan kami ^_____^



Monday, 3 September 2012

Ayam Kaprau Daun Selasih

 Assalamualaikum semua

Apa khabar semua?
Hari ini akak letak resepi yang sudah lama berada di pasaran namun baru kini akak berkesempatan meletak resepinya..
Dah lama teringin nak mencuba..maklum ada daun selasih..Bila akak ke pasar dan terjumpa dgn daun selasih yg segar baru2 ini terus akak capai aje..Asal mulanya beli daun selasih sbb berhajat nak buat laksa johor tapi masih belum ada kerajinan nak mencubanya lagi..
bagi yg belum mencuba dgn ayam kaprau kjee jgn lupa untuk mencubanya ya..
Sodappppppppp
Buat pedas2......wallllah the taste very the superbbbb...
Mekaseh Kjee......banyak resepi kjee yg best di blognya tu
Minta izin letak resepinya di sini pulak ya kjee..


Ayam kaprau Daun Selasih
by 
anymz mykitchen
Sumber : Kjee
Resepi: Kjee



BAHAN2:

250 gms daging batang pinang dihiris nipis (atau ayam)
2 sudu besar paste tomyam (Kjee guna paste Adabi)
cili api  diketuk2 (ikut kepedasan. resipi asal mesti pedas)
2 labu bawang besar (dibelah lapan dan dicerai2kan)
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos cili (Kjee guna sos cili Thai)
daun selasih (Kjee tak bubuh sebab tak ada. Ada daun selasih sedap sangat)

CARA:

Perap daging yang telah dihiris bersama 2 sudu paste tomyam selama ½ jam. Kemudian tumis 1 labu dulu bawang besar yang telah dikerat 8. Kemudian masukkan cili api yang telah ditumbuk kasar. Setelah agak garing, masukkan hiriisan daging yang telah diperap dan goreng hingga daging kecut.

Kemudian masukkan kicap manis dan sos cili dan terus goreng. Masukkan daun selasih yang telah dipetik2, dicuci dan ditoskan. Kemudian masukkan juga baki 1 labu bawang besar. Setelah bawang besar layu, padamkan api dan hidang.



maaf ini guna kamera cabuk ai..
Apo lah torang bona nih..silau weyyyyyy
Nape lauk kjee gelap lauk ai torang bondorang merah?
Jawapnyaaaaa

Ai lupa nak letak kicap pokat...
Peace Kjee.
Akan di buat lagi resepi ni..mmg mabeles.

Monday, 27 August 2012

Tempahan di HariRaya 2012..

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah hari ini ada yang sudah kembali bekerja.Semoga semua pekerjaan berjalan dengan lancar,
Hari ni takde resepi2 khas..Hanya letak gambar2 tempahan yang telah akak terima semasa menyambut syawal baru2 ini..
Nak buat lebih2 badan akak dah tak boleh terima masa tu.hati teringin nak buat memandangkan ini juga salah satu cabang rezeki bagi akak tapi maklumlah,..hari raya.rasa macam tak larat sgt masa tu tetapi demi janji akak gagahkan jua.Dari dua biji permintaan Intan,hanya satu saja yang larat akak buat..^__^
Harap Intan (biras adik akak) puas hati dan gembira semasa makan pavlova di mlm raya kedua tu hari..hehe


 Menurut Intan,beliau hanya ingin merasa pavlova ni sebab tak pernah makan
Resepi boleh lihat di SINI


 Tak lupa juga tempahan dari adikyang mau pulang ke Taiping.
2 biji kek karamel
Resepi boleh lihat di SINI


Keluarga ipar duai adik akak datang beraya ke rumah akak masa raya ketiga.
Apa lagi akak masak le nasi berlaukkan masak lemak telur itik dgn pucuk ubi.
Hari raya masak nasi memang mabeles betul rasanya..


Masak lemak telur itik di padankan dgn ikan sepat masin.
cuba bayangkan...
Perghhhhhh...sedap tauuuuu..
tak caya?
Raya tahun depan panjang umur cuba buat..
gerenti berulangkali tanak nasi..
hehe

Sunday, 26 August 2012

German Cookies

 Assalamualaikum semua

Kita ni masih lagi dlm suasana hariraya..
Maaf ..agak lambat akak post resepi2 sekut raya tahun ni.Jangan marah ai naaaaa...Janji akak sempat letak..Dulu akak pernah buat ikut resepi Naz di SINI.Kali ni akak cuba pulak resepi dari rumah Ika mek Siam...
TerimaKaseh kepada semua penyumbang2 resepi...

German Cookies
by
anymz mykitchen
Resepi Asal:Rima
Sumber utk Ika:SGN67

Ingredients/Bahan2

125g butter-sebaiknya guna butter anchor atau golden churn
40g icing sugar
125g potato starch
80g superfine flour


Cara/method

Beat butter and icing sugar till fluffy and lighter in colour
Sift in potato starch and plain flour.mix to form a soft dough
Roll into small balls (about 7 g each) and arrange on lined baking tray
Dip the tip of the fork in a bowl of water and press on cookie dough
Bake in preheated oven at 170C for 15 min.


Saturday, 25 August 2012

Tat Keju Blueberi

 Assalamualaikum semua

Rasa macam terkejar2 je akak nak mengupdate entri di sini.Hari tu masa bulan ramadhan sibuk buat itu dan ini.Sekarang baru lah akak boleh bernafas dengan lega.
Hari ni akak tepek resepi cistat ni pulak.
Pernah buat dulu2 di SINI.Tapi untuk resepi crsutnya pengunjung2 my kitchen boleh juga rujuk ke dapur AnnaQawina..sebab kali ni akak order crsut cistat dgn beliau..Masa sudah suntuk sgt hari tu.lagi dua minggu nak raya.Akak tak sempat dah nak buat crustnya,..tu yang akak order je dgn mek anna..mekaseh anna...Akan ku kenang budi baikmu itu..hehehe
Punya lah nak cepat akak tak sempat dah nak design2 dan lorek2 permukaan cis..Ainul yang membantu hanya titiskan aje bluberi ke atas cis..senang citer...

Tat Keju Blueberi
by
Sumber:Buku Resepi Pn Noraini Zakaria


bahan pastri

450gm tpg gandum
250gm mentega
100gm gula kastor
2 sudu teh air
1 biji telur
1 sudu teh vanila

Inti keju

250gm krim keju
60gm gula kastor
50gm mentega
1 biji telur
200gm inti blueberi (isi dlm)-ni saya buat ikut suka saya
pes blueberi utk hiasan luaran jika suka-ni saya tambah.

cara membuat

Pastri
putar mentega,gula dan esen vanila hingga kembang.
masukan telur dan air.
putar lagi hingga adunan berkrim
masukan tpg gandum dan kacau rata hingga menjadi doh.
Tekan sedikit doh dalam acuan tat dan bakar selama 20 mint hingga masak.

Inti
Putar keju,mentega dan gula kastor hingga kembang.
masukan telur dan putar lagi hingga sebati.
tuangkan adunan keju ke dalam kulit tat yang telah masak tadi.
kalau nak buat cara saya,letak sedikit dulu,pastu letak inti blueberi,tutup dgn adunan keju dan lorek sedikit atasnya dgn pes.
jika tidak letak je adunan keju atas kulit dan letak jem atasnya.
bakar dlm oven selama 15-20 mint.pada suhu 180 hingga masak...

TerimaKaseh pada Pn Anna Qawina yang sudi buat crust cistat
Walaupun dah terlambat tapi beliau tidak menghampakan kami..kekeke


Friday, 24 August 2012

Almond London

Assalamualaikum

Masih dalam suasana hari raya lagi..Kawan2 masih sibuk lagi ya..
Akak letak dulu entri tertunggak sekut raya hari ini..Hari tu memang betul2 tak sempat..
Kali ini akak ambik resepi sekut almond london dari dapur yatie..
Sesekali kita tukar le resepi mengikut kesusuaian tekak kita kita kan?..kalau ikut resepi yg sama aje tahun demi tahun takut jemu jugak..Betul tak?..
Alhamdulillah resepi ini boleh masuk list untuk tahun depan.....^_____^

Almond Lomdon
by
anymz mykitchen

Bahan-bahan ( +/- 150 biji )

  • 250 gm mentega
  • 125 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 tsp esen vanilla
  • 50 gm serbuk badam (optional)
  • 200 gm tepung jagung*
  • 300 gm tepung gandum*
  • 2 sudu tepung beras*
  • 1 tsp baking powder*(*di ayak bersama)
  • 200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak)
  • 50 gm badam cincang (utk hiasan)
  • +/- 700 gm coklat (compound coklat lebih baik dr cooking coklat)
  • sedikit butter/shortening utk cairkan coklat




Cara-cara


  1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang
  1. Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi.
  1. Masukkan serbuk badam, kacau
  1. Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi
  1. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh
  1. Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang didalamnyer.
  1. Letakkan diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega
  1. Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit
  1. Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil"
  1. Masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak. (Saya guna pipe untuk sadur coklat...x comot sgt!!) Taburkan sedikit badam cincang utk hiasan
  1. Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan.

Friday, 17 August 2012

Selamat Hari Raya




Alhamdulillah...
Hari raya 1433H sudah semakin hampir..InsyaAllah malam ini merupakan malam terakhir kita berterawih utk ramadhan tahun ini.
Di kesempatan ini akak ingin megucapkan Selamat Hari raya Aidilfitri buat semua pengunjung2 my kitchen,saudara mara dan sahabat handai yang sering berkunjung ke sini.
Mohon keampunan zahir dan batin andai ada kata2 dan gurauan akak dlm dapur 'mykitchen' yang telah membuatkan kalian terkecil hati dan terganggu jiwa dan perasaan.Maklum kita ini hanya hambanya yang hina dan tak lepas dari melakukan salah dan silap.

Sebelum akak mengundurkan diri akak juga ingin mengucapkan ribuan terimakaseh buat semua pembaca yang sering bertandang ke sini sepanjang bulan ramadhan ini.
Walau akak jarang2 update entri baru kalian masih sudi juga menjenguk.
Dan buat semua yang telah memulakan aktiviti menjual tat nenas yang di ambil resepinya di sini,akak doakan kalian akan di limpahi rezeki yang melimpah ruah.
InsyaAllah amiiiiin ^_______^


Monday, 13 August 2012

Biskut Suji Brunei

 Assalamualaikum semua

Apa khabar pengunjung2 my kitchen hari ni?..
Kalau orang lain semua sudah siap packing biskut2 raya utk di bawa pulang ke kampung halaman masing2 akak pulak baru nak mula mengadun biskut2 raya utk tahun ni..Ya agak lambat akak mulakan langkah tahun ni..fobia dgn peristiwa tahun lepas.Bila akak bersungguh2 dan eksited tetiba kami di datangi cerita sedih apabila abang akak meninggal dunia pada 26 ramadhan..Sudah hampir setahun peristiwa berlalu.Semoga roh arwah abang akak di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang yg beriman dan beramal soleh..

Semalam akak buat biskut suji brunei.Sejak dari tahun lepas akak teruja dengan biskut ni sebenarnya bila ramai orang kata biskut ni sedap dan kalau nak tau rasanya kena buat sendiri.Alhamdulillah tahun ni akak berkesempatan dan inilah hasilnya..Ya kalau nak tau sedap atau tidak kena lah buat sendiri.
Apa yg boleh akak katakan,cuba lah bayangkan rasa nestum bercampur pulak dgn susu tepung dan gula sebagai salutan biskut...ermmmmmmmmmm...


Biskut Suji Brunei
by
anymz mykitchen
Sumber:CMG

Bahan2

200 gm minyak sapi
100 gm shortening
180 gm gula castor/gula halus
180 gm cornflakes-di kisar
1 kuning telur
80 gm suji
80 gm tepung jagung
Tepung gandum secukupnya-mat guna kurang lebih 370gm

Bahan salut

Nestum di kisar halus secukupnya
Susu tepung secukupnya
Sedikit gula Icing



Cara

Putar minyak sapi,gula halus dan shortening hingga rata
Masukkan kuning telur dan putar hingga sebati dan rata
Perlahankan kelajuan dan masukkan suji,tpg jagung,cornflakes kisar dan tpg gandum sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yg lembut.CMG guna tpg gandum sebyk 370gm.
Ambil secubit adunan dan gentel sebesar ibu jari,susun dlm loyang pembakar
Buat hingga siap
Bakar dlm oven yg sudah di panaskan pd suhu 180C selma 20 min atau hingga kuning keemasan
Biarkan sejuk atas dulang pembakar
Perlahan2 ambil biskut tadi dan golek2kan dalam bahan salut dan isi dlm paper cup pilihan.


Wednesday, 8 August 2012

Cucur Isi Ketam

Assalamualaikum semua

Singgah di sini sebentar semata2 utk update N3 hari ini.Masih di menu ulangan.Akak buat cucur isi ketam sebagai menu iftar untuk hari ini.Pernah buat dulu di SINI..eh!cam pantun pulak dah bunyi nya..kekeke
Minta maaf pada teman2 yang berkunjung ke mykitchen.Akak masih belum berkesempatan utk BW ke dapur teman2..InsyAllah akan di lakukan dalam sedikit masa lagi..semua yg hadir ke sini telah akak take not..Bukan tak ingat..cuma masa belum mengizinkan.Ni kueh raya satu apa pun belum buat lagi..huhu
Okay lah kita layan dulu resepi cucur isi ketam dgn gambar yang tidak berapa pekenan di mata..tapi gasak..terimalah seadanya dulu ya..:D


 Cucur Isi Ketam
by
Sumber:majalah RASA



Bahan-bahan

50 gm isi ketam-di potong dadu
10 gm jejari kentang-di potong kecil-akak guna kentang biasa
360 gm tepung gandum
1 labu bawang besar*
1/2 biji cili benggala hijau*
2 biji telur
2 sudu makan ikan bilis*
2 sb mix vege-ini akak tambah
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng


Cara

Bahan bertanda * di kisar hingga lumat/hancur
Tuangkan bahan kisar ke dalam mangkuk dan campurkan dengan tepung gandum serta garam.
Gaul hingga adunan menjadi rata.
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan tambahkan air secukupnya.
Pastikan adunan tidak terlalu lembik
Setelah itu masukkan isi ketam dan jejari kentang.Sebatikan.
Akhir sekali sudukan adunan ke dalam minyak banyak yang telah panas.Goreng hingga berwarna kekuningan.Angkat dan toskan.

Akak guna fry pan jadi tidak perlu guna minyak yg banyak.



Cuba lah 
memang sedap

Saturday, 4 August 2012

Ayam Goreng Berempah 'makcik's' Style

Assalamualaikum semua

Hari ini akak tidak mempunyai banyak masa dan hanya mampu post entri ayam berempah ni saja.
Harap pengunjung2 mykitchen semua sehat dan berpuas hati dgn menu hari ini..Cuba lah memang berbaloi.
Maaf hari ni gambar kurang menarik dan ayam agak ireng sedikit gara2 puan tanah kedaung leka mengadap FB terus hangus ayam den..huhuhu...walau apa pun resepi ini mmg tidak menghampakan..kenapa 'makcik"..Makcik tu omak den lah..haha

Ayam Goreng Berempah 'makcik''s style
by
anymz mykitchen
bahan2

1 ekor ayam
2 senduk rempah kari daging
1 senduk cili kering kisar
1 labu bawang besar-di kisar/blender
5 ulas bawang putih-di kisar
2 inci halia-dikisar
seruas lengkuas-di kisar
3 batang serai-di kisar
serbuk kunyit secukupnya
Daun Kari secukupnya
garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng



Cara

Gaul ayam yang sudah di bersihkan bersama2 bahan2 kisar,serbuk kari,cili kering,garam dan serbuk kunyit
Perap selama 3 jam
Panaskan minyak
Goreng ayam bersama daun kari hingga garing
Sedia untuk di hidangkan
Sedap di makan sewaktu masih panas.

Friday, 3 August 2012

French Loaf With Cheese And Tuna

Assalamualaikum semua

Bertemu kita di hari ini.Hari Jumaat penghulu segala hari.Apa khabar semua?Sehat.Tetiba kak nim terajin pulak mengupdate..Tetiba juga kak nim ada masa..Ini sebenarnya post berjadual..Sekali buat 2 entri.
Akak sedikit sibuk waktu ini kerana menjalankan tanggungjawap sebagai menantu mithali..wakaka..Peghasan lah kejap..Mak mertua yang tidak sehat tinggal bersama akak sekarang ni..Semua keperluannya kita yang uruskan..waima ke bilik kecik tu pun perlu di bantu..Takpelah takmo cerita panjang.
.Sekarang kan bulan ramadhan..Carilah keampunan dan redha Allah swt sebanyak yang boleh..
Okay FTWCAT ni akak buat semalam..Bergandingan dgn crab stick rolled tu..Semalam kami berbuka ala2 western gitu..Dgn sweet sour ketam yang ala2 chinese food..hehe..Hambik kau..caca marba..seb baik tak sakit perut..Pernah post dulu di sini
Akak tepek balik resepi lama tu di sini semula.


French Loaf With Cheese And Tuna
by
anymz mykitchen

Anak2 suka makan dengan jalapeno cheese powder yang kat belakang tu


bahan2

1 batang french loaf(ala yg jual kat supermarket,roti panjang yg keras kematu tu)
1 tin tuna/sardin
1 biji buah tomato di hiris bulat2 nipis
1 sudu teh lada putih/lada hitam
beberapa keping cheese-kali ni akak guna mozarella cheese
butter

cara

french loaf di potong bulat2 atau menyerong
tuna atau sardin di lenyek hancur
ambil sekeping french loaf yang sudah di potong
sapu butter di atasnya
letak tomato
letak tuna/sardin yang sudah di hancurkan di atas tomato
tabur serbuk lada putih/hitam
akhir sekali letak cheese yang sudah di potong kecil2
sedia untuk di bakar.
bakar hingga keperang2an.
dah siap..


kat bawah tu crab stcik rolled with mission wraps
kat atas french loaf.
Rajin kan aiiiiiiiiiiiiiiiiiii
hehe


Thursday, 2 August 2012

Crab Stick Rolled With mission Wraps

Assalamualaikum semua

Apa khabar pengunjung mykitchen hari ini?..Harap semuanya berada dalam rahmat dan lindungan Allah swt hendaknya ya..Di setengah2 negeri mungkin mengalami perubahan cuaca yg mendadak..dgn jerebu..sekejap hujan lebat lepas tu panas...Bersabar aje lah dengan keadaan cuaca yg tidak menentu ni kan?
Semalam akak masak simple aje utk berbuka..Along tiada di rumah out station ke Johor Bharu..jadi akak masak sweet sour ketam aje...tak ada gambar sebab pernah post dulu di SINI...tapi tentu tidak cukup dengan sejenis aje lauk kan?Mana nak cukup?..Akak buat juga gulungan dengan mission wraps dan buat gaya KFC kata anak2..Tapi kali ni akak beli mission wraps jenis kentang..Sedap di makan untk berbuka..Tak perlu cari nasi dah..Makan yang ini sekeping aje dah kenyang..Sesuai bg akak2 dan abg2 yang nak berdiet,

Crab Stick Roll With Mission Wraps
by
anymz mykitchen

Bahan2

5 keping mission wraps -akak guna jenis potato
5 batang crab stick size L-yg panjang-di rendam dgn air panas mendidih.tos dan ketepikan
daun salad secukupnya-di leraikan sehelai demi sehelai-ketepikan
Buah tomato secukupnya-di potong dadu-ketepikan
5 keping cheddar cheese
2 biji telur-goreng scrambled
sos mayonis secukupnya
sos cili secukupnya


sangat sedap
Cara

Bentang mission wraps di atas pinggan.
Susun daun salad sehelai
Letak crab stick yang sudah kering
Letak juga tomato dan scrambled egg
Picitkan sos mayonis dan sos cili di atasnya
Gulung atau lipat dua aje
Ikut;lah suka yg mana..



Gambar pinjam dari google

Ini lah dia mission wraps
Ada kat Giant dan pasaraya
Cuba lah hari ini
Boleh juga makan masa sarapan..memang mengenyangkan

Wednesday, 1 August 2012

Ikan Berlado

 Assalamualaikum semua

Tak ada idea nak masak apa?..Apa kata hari ni kita buat ikan goreng berlado..
Takde ikan sembilang atau keli?..Boleh saja guna ikan kembung,tenggiri,talapia atau suka hati you all lah ya.
Dengan syarat cili2nya di blend dgn pengisar kering atau kalau rajin boleh saja menggiling..Eh! ada penggiling lagi ke?hehe
Meh tgk sekali lagi resepi simple dari my kitchen...Selamat Memasak...


Ikan Goreng Berlado
by
anymz mykitchen

Bahan2

5 ekor ikan sembilang-yg sudah siap di siang
8 biji cili merah
25 biji cili padi-tak makan pedas kurangkan lerrr
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 keping asam gelugur
minyak utk menggoreng secukupnya
Garam secukup rasa
sedikit gula- segenggam
sedikit serbuk kunyit
5-6 biji limau kasturi

Cara

Ikan sembilang di bersihkan..Cuci dengan limau kasturi dan sedikit garam.Toskan
Ikan kemudian di gaul dengan garam dan serbuk kunyit;ketepikan
Panaskan minyak di dalam
Goreng ikan hingga garing.Ketepikan
Cili merah,cili padi,bawang besar dan bawang putih di kisar menggunakan pengisar kering.
Tambah air lebih kurang sesudu di dlm mangkuk sambal tu
Keluarkan lebihan minyak gorengan ikan tadi dan tinggalkan secukupnya utk menumis cili
Dengan lebihan minyak tadi tumis cili yang di kisar sehingga naik bau.
Masukkan garam,gula dan asam keping
Tumis cili hingga garing.kecilkan api
Susun ikan di dalam pinggan dan curahkan sambal tadi di atas ikan..


Sedap ikan berlado goreng rangup2 gini.
Cubalah
Selamat Berbuka


Tuesday, 31 July 2012

Butter Bread Puding Dgn Sos Kastad

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah kembali kita bersiaran setelah beberapa purnama..Cewah purnama lah sangat..Baru berapa minggu je kan?..Dah ada orang nak muntah asyik nengok kek karamel je..katanya dah nak muntah hijau dah..Eh! ada yg kata ke?.hehe..
Ya lah selama ni ingatkan kehilangan charger bateri camera..Tu yg dah lama tak snap gambar masak2..Nak ambik gambar lain laptop akak dah meninggal..Sudah tidak kembali lagi jadi say goodbye ajelah pd gambar2 yg ada dlm folder tu..Doc yg merawat pun belum menghantar sebarang khabar berita..huhuhu...sadis sungguh.
Hari ni akak buat butter bread puding resepi dari rumah mek ganu yg kiut miut tu..dah lamatak  buat..Dulu pernah buat versi Hana di sini..
Meh kita tgk resepi...boleh juga melawat ke dapur Nor di T'ganu..Eh! di Secubit Garam..Peace Nor..



BUTTER BREAD PUDING Dgn SOS KASTARD
by
anymz mykitchen


Bahan2


10 - 12 kpg roti 
butter secukupnya
500ml susu fresh
4 sudu besar gula halus
3 bj telur
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar tepung jagung
sedikit kismis dan choc chip

Sapu roti dgn butter dan potong .
Susun ke dlm loyang yg dah digriskan.
Masukkan susu, gula, telur, vanila dan tepung jagung ke dalam sebuah bekas dan kacau hingga sebati.
Tuangkan adunan ni ke atas roti yg dah disusun td dan biarkan meresap lebih kurang 10 minit.
Taburkan kismis dan choc chip ke atas roti td. (kalau nk letak kismis dan choc chip ni selapis demi selapis masa menyusun roti pun boleh jugak.. terpulang la ya)
Bakar puding roti dm oven yg dah dipanaskan (175 -180C) lebih kurang 40 - 45 min atau sehingga masak.
Sejukkan seketika baru lah di potong dan dihidangkan begitu saja atau dgn sos kastard.

SOS KASTARD


1/2 tin susu cair
1 tin air (guna tin susu cair)
3 - 5 sudu besar gula ~ ikut kemanisan sendiri
1 sudu tepung kastard
1 sudu tepung jagung
1 helai daun pandan/1/2 sudu esen vanila
secubit garam

Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masak lah sehingga sedikit pekat.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul.
Sejukkan dan bolehlah dihidangkan bersama Puding Roti.

Thursday, 19 July 2012

Kek Karamel

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah ..Pengumuman langsung dari Tv sudah pun ke udara...InsyaAllah lusa semua umat islam seluruh malaysia akan berpuasa..
Bulan Ramadhan yang kita nanti2kan sudah tiba..dan insyaAllah esok malamkita akan bersolat terawih..
Semoga Allah swt memandang kita di sepanjang bulan ramadhan yang mulia ini dan ibadah kita di terimanya..InsyaAllah amiiiiiin
Akak buat kek karamel sempena kedatangan bulan ramadhan yang mulia..Dah selalu akak buat tapi selalu anak2 merungut tak puas makan..Siap cakap mak asyik buat untuk orang aje..
Maka petang tadi keluar balik lah semua mixer bagai dan start mengadun dua biji sekaligus kek karamel yang sedap ini..
Di pendekkan cerita akak ambik resepi dan menuntut ilmu sampai separuh mahir dari Puan Anna Qawina yang sememangnya sudah fofular dgn kek karamelnya...TQ anakkuuuu...haha
Pernah buat dulu di sini
Akak tepek kembali resepi yang akak ambil dari dapur ana ni ya..

Kek Karamel
by
anymz mykichen
Sumber:Anna Qawina

Bahan2 loyang size 9"

A)  Gula Hangus

2 sb gula (utk buat gula hangus)
*tabur gula dlm loyang dan masak dgn api perlahan
Biar gula hancur dan warna bertukar jadi perang
Ketepikan dulu (gula tersebut akan mengeras dan berbunyi macam kaca pecah)

B)  Bahagian Atas

1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 st esen vanila
3 biji kuning telur
2 biji telur (putih dan kuning)

C) Lapisan Kek

140gm tpg gandum
70gm gula kastor
3 biji kuning telur
135ml air biasa
1 st baking powder
45ml minyak masak-akak guna myk jagung
2 sb susu pekat manis (ana tambah-akak jugak)

D) Meringue

6 biji putih telur
70 gm gula kastor
1 st krim of tartar

karamelnya terhangus sedikit gara2 angkat kain sebab nak hujan..
(banyak lah alasan ko..kak anim oiiiii)



 Cara (Utk cara membuat ni boleh rujuk di SINI)

Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan
Kacau semua bahan (B) perlahan-lahan, jangan bagi berbuih
Tapis bahan (B) dalam loyang gula hangus (A) kemudian ketepikan
Pukul bahan (C), campurkan semua dan pukul dengan senduk. 
Kemudian ketepika
Pukul bahan (D) sampai jadi kembang
Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul hingga sebati
Bahagikan kepada beberapa bahagian & letak pewarna
Masukkan dalam loyang yang ada gula hangus dan keremel tadi (A + B). 
Selang seli warna, letak ditengah-tengah loyang, adunan kek akan terapung
Bakar cara double boiling/waterbath (Loyang kek berada di dalam loyang berisi air panas) -
Akak bakar guna suhu 170 selama 45 min pertama menggunakan api bawah saja..
15 min seterusnya menggunakan api atas dan bawah. 

Cucur Ikan Bilis Air Panas

Assalamualaikum semua

Nampak gayanya sudah ramai kawan2 yg sudah mula menerai bermacam2 jenis biskut raya..
Akak aje yang malas semenjak dua menjak..macam tak cukup tangan je nak buat kueh mueh ni tau..malas ya amat2..
Tambahan sekarang ni hanya tinggal Ainul saja di rumah..Memang malas tahap gaban lah jawapnya..Siapa nak makan?Itulah persoalannya..sebab itulah sejak kebelakangan ini byk gulai2 lemak je dari mykitchen sebab itu masakan rutin org nismilan..
hari ni kita makan cucur atau cekodok pulak..sebenarnya sudah selalu sangat akak buat cekodok guna air panas tetapi di sebabkan cikgu zana ni dah bagi complete resepi utk di guna pakai oleh anak2 di suatu hari nanti maka akak pun minta izin aje lah pd cikgu utk kopipes dan letak di mykitchen pulak ya cikgu..minta halal toiyibban...peaceeeee...hehe


Cucur Ikan Bilis Air panas
by
anymz mykitchen
Sumber:Yatie
Sumber Resepi:DZana



Bahan2

3 cawan tepung gandum*

segenggam ikan bilis (tumbuk kasar)*
1 biji bawang besar potong2 kecil*
1 biji lada merah(dihiris)*
daun sup/bawang (hiris)*
garam secukup rasa*
2 1/2 cwn air panas mendidih
minyak untuk menggoreng
Cara2
1. Satukan bahan bertanda* dan gaulkan kesemua bhn*
2. Bulatkan lubang ditengah adunan.
3. Tuangkan air panas dan kacau dengan cepat. adunan akan menjadi berat n kental spt gambar di atas
4. Bentukkan adunan spt bebola mengikut selera.. kalau nak cepat buatlah besar2 yer
5. Panaskan minnyak.. dan gorenglah dengan api sederhana hingga kekuningan..