Thursday, 31 May 2012

Kaswi Durian


Assalamualaikum semua

Bertemu kita lagi hari yang yang terakhir di bulan mei ini..Cepat betul masa berlalu..Nak BW ke dapur kawan2 belum juga berkesempatan lagi..InsyaAllah akan di lakukan dalam sedikit masa lagi..sementara nak menunggu masuknya waktu maghrib,akak luangkan sedikit masa yang ada ni untuk mengupdate entri..
Alhamdulillah sedap rasa kaswi durian..Resepi dari kak besah..
Sesiapa yang tak suka durian tu memang sah2 lah tak suka kuih ni tapi akak memang suka dgn rasa mabeles duyan..hehe
Ini kira quick update..Okay mari kita tengok resepi yang tak jauh bezanya dgn resepi kaswi pandan lemak..Memang berlemak betul rasa kaswi durian...


Kaswi Durian
by anymz mykitchen


Bahan2

1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
2 1/3 cawan santan (1/2 cawan santan + air)
1/2 cawan isi durian
2/3 cawan gula pasir
1/2 st garam
1/2 st air kapur sireh
secawan kelapa parut + secubit garam (jika tak nak cepat basi,kukus 5 min)


Cara

Panaskan air kukusan
Campur rata dan sebati semua bahan.Boleh blend jika suka
Sapu sedikit minyak dalam loyang lepas tu  masukkan semua adunan.Jangan tebal sangat.Lebih kurang  1 inci suku cukup.
Kukus hingga masak.
Lebih kurang 30 min.
Bila sudah betul2 sejuk baru di potong dan hidang..^_^

Tuesday, 29 May 2012

Doh Asas Roti Manis

Assalamualaikum semua

Hari ni kita makan roti..Ada macam2 jenis resepi roti..Ini antara fav akak..Boleh di pelbagaikan dengan berbagai rupa dan bentuk..Sila lah ke dapur Ros ya..Hari ni akak cuma sempat letak gambar yang sempoi aje..Maklum tukang snap gambar2 masakan akak sudah melanjutkan pelajarannya ke kolej matrikulasi Nismilan..Sunyi sepi akak rasa bila anakanda lelaki bongsu akak tu tiada di rumah..Wazir merangkap teman bergaduh,tukang buang sampah,tukang pegi kedai,tukang beli topup mak,tukang start enjin keta,tukang betulkan lampu,tukang repair benda2 yang tercabut di dapur...semua jenis tukang wazir ada.

Sebelum pegi wazir kata.."ajay (nama timangannya di rumah) akan buka blog mak dan tengok mak masak apa tiap2 hari'....huwaaaa ,...lepas ni tugasan snap gambar akan di ambil alih oleh ainul..satu2nya anak yang masih tinggal dengan akak dan yang masih bersekolah...



Doh Asas Roti Manis
by
anymz mykitchen


Bahan2

300 gm tepung roti
50 gm tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
3 1/3 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
1 biji telur (tinggalkan sedikit untuk di glis pada roti nanti)
2 sudu besar butter/marjerin
180 ml susu suam/air suam
1 sudu kecil bread improver

untuk glis*
baki telur + 2 sb susu segar+beberapa titik madu


Cara@ Doh Roti

Kaedah 1
Penggunaan bread maker
Masukkan semua bahan doh dan ikut arahan menguli pada BM masing2 dan tekan start,tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah  di bawah.

Bahagi doh ke 3 bahagian.Biarkan seketika 7 atau 8 min dan baru di bentuk ke bentuk yang di gemari.
Biarkan naik 2 kali ganda dan glis permukaan bun.
Bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 min atau hingga permukaan bewarna perang.
Sejukkan atas redai dan simpan di atas bekas bertutup.

*Akak tulis secara ringkas sahaja di sini..Harap2 you all rajin2lah klik dapur Ros untuk keterangan lebih lanjut ya..Masa akak amat limited skang ni..Nak bergegas ke suatu tempat..

tata



Wednesday, 23 May 2012

Ayam Panggang Penyek Minang

 Assalamualaikum

Apa khabar semua..Hari ni kita tukar menu lah pulak ya..Naik jemu tengok asam keladi tu kan?..kikiki
Hari ni akak buat ayam penyek yang paling simple..Resepi akak ambik dari buku resepi masa akak beli  pemanggang ajaib..Ni kira akak nak promosi pun hado gak nih..
Mula2 dulu memang tak masuk dalam list langsung untuk membeli pemanggang ajaib..Dalam kepala dok kata ala,..pemanggang yang beli kat IKEA tu pun okay gak apa...tetapi bila akak tgk lepas seorang demi seorang rakan dan taulan membeli menda alah ni di tambahan kan lagi en somi suka sangat makan menda yang di panggang2,di salai2..dalam kepala dok berkata lagi..why not?..ceceh..ckp omputih dlm kepala ai tau...di pendekkan cerita..tak nyosa lah beli pemanggang ajaib ni...boleh lihat di sini ya..kalau nak beli contact aje dak nurul tu..
Akak masak ayam penyek ala2 minang ni dgn nasi ayam hantam keromo ..hehe..Sekejap sangat masaknya daging ayam menggunakan menda alah ni tau..sekejap je ayam dah empuk.
Menu hari ni kira nak try kuali baru dan test resepi...mabeles ai tell you...

Ayam Panggang Penyek Minang
by
anymz mykitchen
Sumber:Buku resepi dari Pemanggang Ajaib

Bahan A

2 ketul peha ayam sederhana besar (di penyekkan @ di ketuk2)
Halia sepanjang 2 inci
5 ulas bawang putih
3 sudu besar sos bbq
1 sudu teh serbuk cukup rasa maggi
sedikit air limau nipis
garam secukup rasa
sedikit planta untuk menggoreng


Bahan Sambal

5 batang cili merah
10 biji cili padi
sebiji tomato
5 ulas bawang merah
sedikit belacan
garam,gula dan minyak untuk menumis

Cara

Bahan2 A di tumbuk halus
Ayam di perap bersama2 bahan2 A selama 30 min atau lebih
Bahan2 B di rebus selama 10 min dan di tumbuk bersama belacan yang telah di bakar
Bahan2 tadi di tumis dgn sedikit minyak dalam 10 min.Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Sapukan sedikit planta di atas pemanggang ajaib
Panggang ayam dengan menggunakan pemanggang ajaib hingga masak.
Hidangkan bersama nasi putih (akak buat nasi ayam),ulam2an seperti kacang panjang,timun dan salad..


Ini lah rupa pemanggang ajaib 
Akak minta izin tepek gambar dr FB ke sini ya nurul..

Thursday, 17 May 2012

Asam Rebus Keladi

 Assalamualaikum semua

Minta maaf lah pada pengunjung2  mykitchen baik yang baru mahu pun yg lama.Hari ni akak letak lauk yang biasa2 aje..Lauk ulangan sejak dulu kala tapi lauk ini lah yang sedap kita hirup bila tiba musim panas kan?..Ada pulak ikan masin..Tapi akak takde ikan masin..huhu..Rumah akak susah nak masak laukpauk cenggini..Tidak menjadi kesukaan anak2..jadi setiap kali akak masuk lauk asam rebus keladi ni akak mesti goreng ayam atau buat sambal utk anak2..
Resepi?..ala segan la nak letak..lauk yang biasa sangat ni..

Akak letak resepi sebagai panduan utk anak2 di masa akan datang.Mana tau kalau diorang pun macam akak juga kan,dulu2 lauk begini mmg tak pandang langsung.Bila dah tua2 ni je baru teringin...kekeke

Asam Rebus Keladi
by
anymz mykitchen

Bahan2

3 tangkai batang keladi bersama isinya
segenggam ikan bilis*
3 ulas cili merah*
10 tangkai cili padi*
1 batang serai-di titik
2 tangkai daun kesum
4 keping asam keping
garam secukup rasa
Air secukupnya

bahan2 bertanda * di tumbuk


Cara

Rebus keladi hingga empuk.
Toskan airnya dan ketepikan (akak suka buang air rebusan sbb fobia dgn gatal2 keladi)
Rebus air baru agak2 melepasi kandungan keladi di dalam periuk
Masukkan bahan2 tumbuk,asam keping,daun kesum dan garam secukup rasa
Jerang hingga mendidih
Akhir sekali masukkan keladi yang sudah di rebus tadi..

Mudah je nak buat kan?..

Wednesday, 16 May 2012

Kaswi pandan Lemak

Assalamualaikum

Malam ni mari kita layan kuih kaswi..Di pendekkan story amatlah di syorkan pada puan2 dan tuan2 jika ada, untuk mencuba kuih kaswi yang berlemak ni..Memang sedap lah..
Akak buat 100% ikut resepi.kalau mas mau yang goyang inul akak buat ikut resepi bulat2 sebab nak  hidangkan buat tetamu pd majlis rewang hujung minggu ni nanti..hari ni kira cuba try lah (sama maknalah tu)..kalau lulus melepasi piawaian maka resepi ini akan di guna pakai..Alhamdulillah kena dengan tekak kami..Resepi akak ambik dari rumah Mas@DuniaKu..mak yung yang lincah dan sedang berbadan dua..
Kuih Kaswi ni dah masuk rumah mek Sue,Naz dan Q...



Kaswi pandan Lemak
by
 anymz mykitchen
Sumber:Mas@Duniaku


Bahan :

1 cawan tepung gandum

1 cawan tepung ubi kayu 

1 cawan santan

1 1/2 cawan air perahan daun pandan - 3 helai 

3/4 cawan gula pasir

1/2 sudu teh AIR kapur sireh

1/2 sudu teh garam

1 biji telur  - x kira saiz

beberapa titik pewarna hijau.



secawan kelapa parut (putih sj) + secubit garam.






Cara membuatnya :

Kacau sebati tepung gandum dan tepung ubi kayu dan gula bersama air pandan dan telur. 
Pastu campurkan kesemua bahan2 yang lain. 
Kacau hingga tidak bergentel. Tapis lah adunan ni
Seterusnye, masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak, jgn lah tebal sangat, dalam 3 cm cukup. 
Pastu kukus lah hingga masak.. dalam 20 - 25 minit. (oleh kerana penyediaan x ambil masa lama, eloklah panaskn pengukus sebelum mengadun adunan.)
Bila kaswi dah sejuk, boleh la dipotong dan digolekkan dlm kelapa parut yang telah dicampur dengan secubit garam. 


Wednesday, 9 May 2012

Sup Ayam Kampung

 Assalamualaikum semua

Apa khabar pengunjung2 mykitchen hari ni?...Harap semuanya berada dalam keadaan yang sehat dan bersyukur kerana kita masih lagi dpt bernafas di mukabumi Allah swt ini..
Hari ini akak tunjukkan gandingan lauk sambal gesek akak semalam...takkan nak makan sambal gesek tu aje kan?..mesti ada gandingannya..lauk tumis air ke,sayur masak tumis ke...hehe
Tapi semalam akak buat sup ayam kampung yang sememangnya sentiasa ada dlm stok freezer akak tu..
MasyaAllah akak makan sampai tak ingat..ahaks..^_^..Dah lama tak buat laukpauk kampung..
Okay resepi yang akak tepek kat sini ialah resepi sup tulang yang pernah akak post suatu ketika dahulu.
Mek Jah kata dia suka rasa sup akak..Nanti bila you all nak try resepi ni tukar aje lah tulang atau ekor tu ke ayam ya..Resepi sup ni amat sesuai dgn ayam kampung..,tulang atau ekor..Kalau ayam bandar yang kena inject tu boleh juga tapi macam tak berapa nak ngam..kenapa ya?..agaknya ayam bando ni sesuai buat kepci kan?kan?..
Okay akak tinggalkan sup ayam ni dulu ya..malam2 nanti akak BW ke dapur kawan2..Nak keluar beli barang2 keperluan untuk wazir nak masuk matrik 28hb mei ini nanti...

Sup Ayam kampung
by




Bahan2

2 1/2 kg tulang/ekor
2 batang serai-di titik
8 ulas bawangg kecil-hiris*
5 ulas bawang putih-hiris*
sedikit halia-hiris mancis*
daun limau purut secukupnya kurang lebih 5 helai
daun sup secukupnya
daun ketumbar secukupnya
2 kiub pati ikan bilis
2 sudu besar lada hitam-tumbuk kasar
cili padi hiris ikut suka banyak mana
1 biji limau nipis-ambil jusnya
Rempah penumis 4 sekawan RM1.-bunga lawang,kulit kayu manis,buah pelaga,bunga cengkih
Air secukupnya


Cara

Bersihkan tulang sebaik2nya dan masukkan ke dalam periuk
Masukkan air secukupnya hingga paras menutupi daging/tulang
Masukkan serai
Masukkan 2 helai daun limau purut
Masukkan 3 tangkai daun ketumbar-patah2kan dulu
Masukkan 3 helai daun sup-patah2kan dulu
Jerang tulang sehingga empuk
Tambah air jika nampak air berkurangan dan daging masih belum empuk
Masukkan garam dan kiub
Didalam kuali yang lain tumis bahan2 yang dihiris dan rempah 4 sekawan hingga bewarna keperang2an dengan menggunakan minyak yang sedikit.
Curahkan bawang2 dan halia yang di tumis ke dalam periuk berisi sup tulang dengan minyak2nya sekali.Kalau daging banyak lemak tak perlu curah minyak memadai hanya ambil bawang goreng saja.
Masukkan lada hitam yang di tumbuk kasar
Biar mendidih hingga daging tulang atau ekor empuk
Rasakan garam
Bila hendak di hidangkan jangan lupa perah limau nipis dan taburkan cili padi hiris.

Cuba lah.pasti tidak menyesal.InsyaAllah.....




Dah akak bagi resepi sambal ni semalam
Boleh lah cuba buat bila balik dari pejabat nanti.
takde bacang?..takpe
Boleh juga guna mangga muda atau tak pun cari aje mangga yg separuh masak kat kedai buah tu..




Ada juga goreng ikan kerisi..


Tuesday, 8 May 2012

Sambal Gesek + Bacang Muda

Assalamualaikum semua

Terlebih dahulu nak mintak maaf lah pada semua pengunjung mykitchen hari ni,sebab puan tanah kedaung malam2 tunjuk sambal..Ingatkan nak letak esok entri ni tapi memandangkan esok akak tak ada kat rumah jadi hanya malam inilah saja akak berkesempatan untuk update entri..
Apa khabar semua?..Hari ni akak makan sambal gesek belacan untuk lunch ..Malam?..malam ai tak makan sebab perut sudah kenyang makan cekodok petang tadi..ngeh ngeh.
Untuk pengetahuan semua sambal gesek ni cukup2 di kenali di nismilan sebagai sambal pembuka selera..Cilinya di gesek2 bersama ikan bilis dan bawang merah.tambah sedikit garam dan perah asam limau..perghhhhh...sedap tau...TAPI akak tak gesek..akak org pemalas..malas nak gesek malas nak tumbuk..(lesung batu tu berat sungguh)..jadi akak blender cili api,cili hidup menggunakan mesin pengisar kering..wallla..siappppp..cepat je tau..gaulkan dengan garam dan perah asam limau...sesiapa melintas kat depan ke kat belakang ke konpem akak buat tak tau..gasak le kalau org nak kata sombong bagai...gegege...
Meh kita tengok resepi

Sambal Gesek + Bacang Muda
by
anymz mykitchen

Bahan2

1 biji bacang muda bersaiz sederhana-di cincang kasar
5 biji cili hidup
8 biji cili api/padi
3 ulas bawang kecil
segenggam ikan bilis yang sudah di kopek bersih
sedikit garam
sedikit perahan air limau kasturi.

Cara

Bersihkan bacang muda.Buang semua kulit bacang dan cincang kasar isinya.ketepikan
Cili hidup di belah dua dan di kerat tiga..(supaya senang nanti nak blender)
Masukkan cili hidup ke dalam blender kering.
Masukkan juga ikan bilis yang sudah di bersihkan
Masukkan garam
Kisar kasar.Jangan halus sangat nanti tak sedap
Ketepikan cili hidup
Kisar cili padi bersama bacang
Kisar kasar juga
Kemudian semua bahan di satukan bersama.
tambah garam jika perlu..
Dah siap sedia untuk di hidangkan dan jangan lupa perah asam limau sebelum di hidangkan ya..


*
sambal gesek ni merupakan lauk fav bangah..setiap kali dia balik ke rumah,,mesti merengek nak sambal gesek..Akak tak berapa rajin nak menumbuk bahan2,.. tu yang semua akak bedal blender je ..
Kalau rajin,seeloknya tumbuklah ya...^___________^

Rendang Basah Ayam Kampung

Assalamualaikum semua

Di sebabkan akak ni orang nismilan jati,biasanya rendang kami orang nismilan ni bewarna hitam dan sedikit kering tapi berminyak2 sebab menggunakan santan yang banyak..
Kali ni akak buat rendang yang agak basah dan sedikit berkuah..Sebab akak teringin sgt nak makan rendang dgn lemang..Di samping itu akak boleh jadikan rendang ni separa/separuh gulai..
En suami suka lauk yang berkuah..Bila buat rendang tahan le utk dua atau tiga hari..Panas2kan aje...lama2 jadi kering jugaklah rendang ni..hehe
Rendang ni akak buat dah lama..Rasanya ada dalam 2 minggu yang sudah.Bapa sedara akak merangkap Pak Ndak yang membela ayam kampung telah sudi menaja rendang ayam kampung akak utk hari ini..eh!utk mggu yang lepas...masa tu anak2 semua balik bercuti.Pak Ndak bagi 2 ekor tapi akak masak sekor je..Yang lagi sekor tu rasanya nak buat masak lomak atau mungkin sup...Bila?..Entah lah ek..tgk mood dulu..28hb ni nak hantar wazir masuk kolej matrikulasi di K.Pilah..mungkin juga akak akan merendang semula ayam tu sebagai bekalan buat wazir semasa di sana...
Okay dah..dah takmo merapu..Jom tgk resepi ulangan....


Rendang basah ayam kampung
by
anymz mykitchen



bahan2

1 ekor ayam kampung atau ayam telur
5 biji kelapa atau kalau kita guna santan segar,kita perlukan
1 kg santan (bergantung pada besar ayam)
12 ulas bawang merah-di hiris
5 ulas bawang putih-di hiris
sedikit halia-di hiris dan di racik halus
5 batang serai-di hiris dan di racik halus
kalau suka boleh letak sedikit lengkuas tapi akak tak letak
4 sudu besar cili api yang telah di kisar
4 sudu besar dili kering yang telah di kisar
1 paket kecil rempah rendang/rempah kari daging
2 sudu besar serbuk kunyit atau
2 sudu besar kunyit hidup yang di kisar halus
garam secukup rasa


cara.

bersihkan ayam.toskan
masukan ayam dan bahan2 yang telah di hiris ke dalam kuali
masukan jugak rempah,cili api dan cili kering.
kecutkan ayam dengan sedikit air kelapa atau air biasa lebih kurang setengah jam
sambil2 tu ayam di kacau rata
masukan santan dan garam
kacau rata hingga santan mengeluarkan minyak
rasakan garam
kecilkan api dan rendang lah ayam hingga minyak santan berbuih bagi menandakan yang minyak santan telah betul2 kering dan garing
dah siap dan sedia untuk di hidangkan


Rendang Basah ni sgt sesuai makan dgn lemang,roti atau di ratah.



Bila nak buat rendang basah,setelah masukkan santan,kacau rendang ini hingga mengeluarkan minyak.Rasa dan bolehlah di angkat bila ayam sudah empuk..

*..Peringatan
Jika nak buat rendang ayam basah menggunakan ayam kampung pastikan ayam itu tidak terlalu tua.
kira sedang elok je mudanya..jadi bila kuah sudah mendidih dan mengeluarkan minyak bolehlah di angkat dan sedia untuk di makan.

Monday, 7 May 2012

Nasi Kabsa

Assalamualaikum semua

Adakah ini first entri akak di bulan May?..argghhhh..gasak..sibuk? tak jugak tapi mungkin sebab rasa lemau yg terlampau.Adakah atas faktor usia?.oh tidak ai belum tua lagi tau..belum setengah abad lagi..masih ada masa lagi ni..hehe
Nasi Kabsa ni akak buat minggu lepas..Gambarnya dah lama akak postkan ke FB,baru sekarang akak berkesempatan nak letak resepi di 'mykitchen'..TerimaKaseh pada adik yg berwajah  'awet muda' yang telah mengirimkan rempah nasi kabsa..Alhamdulillah syukur  kepadaNYA sebab dlm ramai2 kawan teringat juga beliau pd akak utk mengirimkan rempah ni..Kalau tidak entah bila lah akak dpt merasa nasi kabsa..hehe
Resepi akak salin aje dari rumah Nor@SGN67.TerimaKaseh atas perkongsian resepi ni..Akak main kopipes je ni Nor..takpe ya..

Nasi Kabsa
by


anymz mykitchen
Resepi:ResepiRaidah
Sumber:Nor@SecubitGaram



Bahan-bahan:
1 ekor ayam (dibelah 2) @ 1 kg daging kambing + tulang
3 pot/cwn beras basmati ~ cuci dan rendam 30 mionit, toskan
4 1/2 pot/cwn @ secukupnya air panas
2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 batang karot ~ diparut
1 biji buah tomato - dikisar
2 sudu tomato puri
1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron)
1 sudu besar rempah kabsa 
1 biji lemon hitam/kering - dicucuk bahagian tengahnya ~ k.nor tak letak
1 biji lada bengala merah (red capsicum) ~ dipotong dadu
1 sudu kecil lada hitam biji/serbuk
2 biji cili merah ~ jgn potong
1/4 cawan kismis
Garam secukup rasa dan gula (kalau suka)
***Klik pada rempah kabsa untuk resepi

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, bawang putih dan besar dan goreng sehingga wangi.
2. Masukkan buah tomato, tomato puree, lemon, saffron dan rempah kabsa dan goreng sebentar.
3. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak. Tambahkan garam secukup rasa dan juga gula.
4. Masukkan karot, capsicum, cili merah, kismis dan beras. Masukkan air panas secukupnya dan masaklah nasi sehingga masak.
5. Kacau/gembur nasi bila nasi betul2 masak, selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur.







Sos:


1 biji tomato ~ hiris 5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris 
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus Garam
 Gula 
Perahan lemon.
Cara penyediaan:
~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.





Yang ini akak tambah sendiri
senang je nak buat ni.
Pilih aje sayuran yg puan2 suka.
Gaulkan bersama mayonis,gula dan sedikit garam..