Tuesday, 19 June 2012

Ikan Bilis pun Sodap

 Assalamualaikum semua

Hari ni akak masak lauk paling simple and yet so delicious..delicious lah sgt..Ya lah kalau ikut tekak akak ni memang sedaplah sangat.Ini lah lauk yang selalu akak masak utk bersahur..Kira hari ni akak bagi resepi utk bersahur in advance lah kan?..kihkih..Yang benarnya sekarang ni kan musim panas.Nak masak lauk2 berlemak bagai ni agak kurang laku..Bila buat lauk begini macam tak cukup pulak tadi..
Resepi dia simple je..semua orang boleh buat...

Ikan Bilis Goreng Berpetai
by
anymz mykitchen

Bahan2

Segenggam atau lebih ikan bilis yang elok kualiti-cuci bersih
1 papan petai-kopek dan ambil isinya
1 labu bawang besar holland-hiris bulat
8 tangkai cili padi-hiris
1 tangkai cili merah-hiris
1 biji limau kasturi
Minyak untuk menggoreng



Cara

Panaskan minyak
Goreng ikan bilis hingga garing
Angkat ikan bilis dan toskan minyak
Ambil lebihan minyak dan tinggalkan sedikit di dalam kuali anggaran 2 sudu besar
Tumis bawang besar hingga layu..sebentar saja
Masukkan petai diikuti dengan cili padi dan cili besar
Gaulkan ikan bilis bersama2 dengan petai dan bahan2 lain
Angkat
Letak dalam pinggan dan perah asam limau sebelum di hidangkan.

Friday, 15 June 2012

Rendang Ayam

 Assalamualaikum semua

Dan selamat sejahtera buat semua yang berkunjung ke sini..Hari ni akak tak berapa rajin nak memasak..hanya masak rendang yang paling simple je..blend2 lepas tu terus lebur semua dalam kuali..sebab nak cepat..Terlambat sedikit masuk dapur hari ni,jam 1 baru nak mula sedangkan hari ni hari Jumaat..mujur pagi tadi akak buat sarapan nasi goreng..terlambat sebab apa?..sebab maklum lah sekarang ni kan musim duyan,makanya ramai le tetamu yang datang..Kebanyakan buah2 duyan ni akak agih2kan pada saudara mara..ada yang buat tempoyak.ada yang datang ambik duyan yang elok2 simpan kemas2 dlm tapuware letak dlm freezer..Tahun depan bila teragak nak buat bubur masukan aje duyan yang sudah betapa lama dlm esbok..
Yang benarnya akak buat rendang sebab nak makan dengan ketupat daun palas yang adik bawak masa cuti sekolah tu hari.Akak pesan dalam 10 ketul aje tapi adik ipar baik hati berketul2 di bawanya balik..sudahnya akak sumbatkan aje ke dalam freezer,hari ni bila terasa nak makan akak kukus je balik..
Jemput makan semua.....Resepi?..kawan2 boleh klik aje rendang ,bermacam2 jenis resepi rendang lah yang keluar nanti..

Rendang Ayam
by




makan rendang basah dengan ketupat daun palas memang maveles.


Wednesday, 13 June 2012

Durian Masak lemak Putih

 Assalamualaikum semua

Alhamdulillah bertemu kita di hari ini hari Rabu  13hb Jun 2012..
Ecece..mimpi apa pulak akak ni ya siap dgn letak haribulan bagai...tak ada apa yg istimewanya..saja saja gitu je.
Gambar hari ini telah di snap buat pertama kalinya oleh en suami.Seingat akak lah kan,ini lah kali pertama beliau bermain2 dgn kamera..Kira boleh layan je lah walaupun kedudukan lauk pauk itu bukan mengikut piawaian akak..can do lah kan?..byk songeh merajuk pulak pokcik tu nanti..
Okay hari ini akak masak,durian masak lemak putih..kira bila kita belah duyan tu tetiba buah tu muda dan keras isinya kan,jangan lah di buang..sayang you..apa kata korang kopek ambik isinya dan terus di buat masak lemak..moh tengok resepinya...

Durian Masak Lemak Putih
by
anymz mykitchen


Bahan2

6 ulas isi durian yang muda/keras-kopek dan keluarkan dari bijinya-akak masukkan sekali sbb dah agak lembut sedikit
3 ulas bawang merah-hiris
segenggam ikan bilis-cuci bersih dan di tumbuk kasar
beberapa helai daun kunyit
1 batang serai-dititik
santan-akak guna rm2 santan segar 
2 cawan air
garam secukup rasa

Cara

Didihkan santan bersama air,ikan bilis,bawang merah,serai,daun kunyit dan sedikit garam
Bila sudah cantik mendidih
Masukkan durian yang sudah di kopek isinya
Didihkan hingga isi durian empuk
Rasakan garam
Siap sedia untuk di hidangkan..

Senangkan?.,makan bersama sambal belacan dan ulam2an..juga bersama ikan goreng,ikan masin atau sambal goreng...


bila letak dalam pinggan free (beli sabun daia) ni,
terkenang zaman kanak2 dulu bila makan di rumah uwan..

***
maaf,gambar kurang menarik dan lauknya juga tidak di hias bagai..
Puan tanah kedaung semenjak dua menjak ni moodnya sudah ke laut..:((((

Friday, 8 June 2012

Kari Daging Kerisek

Assalamualaikum semua

Selamat Tengahari buat semua pengunjung2 my kitchen.Kalau dulu akak masak kari ayam kerisek tapi kali ini akak guna daging tetel pula dalam resepi ni..Dan akak juga telah menambah santan ke dalam kari yang ada kerisek..hantam saja lah kan..janji sodap..kikiki



 Kari daging Kerisek
by
anymz mykitchen
Sumber:Mas@Duniaku


Bahan :
  • 1 kilo daging -dipotong nipis dan rebus empuk. Mas guna daging tetel
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 biji bawang besar - dikisar
  • 4 ulas bawang putih - dikisar
  • 1/2 jari halia - dikisar
  • 4 - 5 sudu besar rempah kari daging - dicampur sedikit air dan jadikan pes
  • 1 batang serai - dititik
  • 2 lembar daun kari
  • sedikit kayu manis,cengkih,pelaga - untuk bhn penumis
  • 3 biji kentang - dibelah 4
  • 3 biji tomato - dibelah 4
  • 2 batang lada hijau - dibelah 2
  • 1/2 cawan kerisik
  • 1 keping asam gelugur
  • garam secukup rasa
  • kiub daging knor - Mas tambah
  • 1 helai daun pandan - Mas tambah
  • minyak masak - untuk menumis
  • 1/2 biji bawang besar - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • air secukupnya untuk kuah-akak tambah 200 ml santan
Cara memasak :
  1. Campurkan bahan2 kisar bersama cili kisar.
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang besar dan bawang putih yang dihiris juga daun kari dan daun pandan hingga layu dan masukkan campuran bahan kisar,penumis dan serai dan terus tumis hingga hampir kering lalu masukkan pes rempah kari dan tumis hingga wangi dan terbit minyak.
  3. Masukkan daging rebus bersama air rebusannya sekali dan juga kentang.Bubuh garam, asam gelugur, kerisik, kacau rata dan masak hingga mendidih. Boleh tambah air jika perlu dan masak lagi biar mendidih dan kentang empuk.
  4. Kecilkan api dan masukkan cili hijau dan tomato. Renihkan lagi 10-15 min. Siap untuk dihidangkan.



Thursday, 7 June 2012

Kek Batik Coklat Beragar-agar

Assalamualaikum semua

First entry akak di bulan June ni ialah kek batik agar2..Buatnya simple dan amat mudah sekali.A very quick update .Sebetulnya akak sentiasa dalam keadaan tergesa2 sejak akhir2 ni.Lebih2 lagi di musim cuti sekolah ni..Ada saja kenduri walimatulurus di sini sana sinun..
Okay resepi kek batik akak ambik dari rumah mek Ampang.Alhamdulillah sedap sangat kek versi agar2 olahan dari noorsha,hasue dan resepi asalnya dari  mylla..TerimaKaseh semua.Izinkan akak kongsi kan di my kitchen pula ya sebagai rujukan di masa akan datang..

 Kek Batik coklat Beragar-agar
by
anymz mykitchen
Sumber:IML



Bahan-bahan

2/3 cawan air
1 sk serbuk agar-agar
250 gm butter
125 gm milo
3 sb serbuk koko
1/2 sk serbuk nescafe
1/2 tin susu pekat (tin 505g)-hampir 1/2 tin ikut kemanisan masing2
1 kampit biskut merie * tak habis 1 kampit


Cara-cara

Sediakan Loyang yg dialas plastik bersih(tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dr loyang tanpa mencacatkannya)
Masukkan air ke dalam kuali diikuti serbuk agar2. Kacau sehingga cair.*kacau hingga serbuk agar2 larut dan air mendidih.
Setelah itu masukkan butter dan gunakan api yang kecil sekali...
Apabila sudah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya sebati.
Seterusnya masukkan serbuk koko.... gaul tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul lagi....
*boleh rasa cicip kemanisan yang disukai.
Setelah pekat(adunan yang mengandungi agar2 ini tidak akan terlalu pekat seperti resepi asal),boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan.
Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis
Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.... potong dan siap untuk dihidangkan...
*untuk kek batik coklat beragar2 ni tak perlu semalaman. Jika cukup sejuk dan set di dalam peti es, sudah boleh dinikmati dan dipotong.



Edited:
Nota: Sukatan agar2 boleh dikurangkan untuk tekstur yang kurang pejal.