Tuesday, 8 May 2012

Rendang Basah Ayam Kampung

Assalamualaikum semua

Di sebabkan akak ni orang nismilan jati,biasanya rendang kami orang nismilan ni bewarna hitam dan sedikit kering tapi berminyak2 sebab menggunakan santan yang banyak..
Kali ni akak buat rendang yang agak basah dan sedikit berkuah..Sebab akak teringin sgt nak makan rendang dgn lemang..Di samping itu akak boleh jadikan rendang ni separa/separuh gulai..
En suami suka lauk yang berkuah..Bila buat rendang tahan le utk dua atau tiga hari..Panas2kan aje...lama2 jadi kering jugaklah rendang ni..hehe
Rendang ni akak buat dah lama..Rasanya ada dalam 2 minggu yang sudah.Bapa sedara akak merangkap Pak Ndak yang membela ayam kampung telah sudi menaja rendang ayam kampung akak utk hari ini..eh!utk mggu yang lepas...masa tu anak2 semua balik bercuti.Pak Ndak bagi 2 ekor tapi akak masak sekor je..Yang lagi sekor tu rasanya nak buat masak lomak atau mungkin sup...Bila?..Entah lah ek..tgk mood dulu..28hb ni nak hantar wazir masuk kolej matrikulasi di K.Pilah..mungkin juga akak akan merendang semula ayam tu sebagai bekalan buat wazir semasa di sana...
Okay dah..dah takmo merapu..Jom tgk resepi ulangan....


Rendang basah ayam kampung
by
anymz mykitchen



bahan2

1 ekor ayam kampung atau ayam telur
5 biji kelapa atau kalau kita guna santan segar,kita perlukan
1 kg santan (bergantung pada besar ayam)
12 ulas bawang merah-di hiris
5 ulas bawang putih-di hiris
sedikit halia-di hiris dan di racik halus
5 batang serai-di hiris dan di racik halus
kalau suka boleh letak sedikit lengkuas tapi akak tak letak
4 sudu besar cili api yang telah di kisar
4 sudu besar dili kering yang telah di kisar
1 paket kecil rempah rendang/rempah kari daging
2 sudu besar serbuk kunyit atau
2 sudu besar kunyit hidup yang di kisar halus
garam secukup rasa


cara.

bersihkan ayam.toskan
masukan ayam dan bahan2 yang telah di hiris ke dalam kuali
masukan jugak rempah,cili api dan cili kering.
kecutkan ayam dengan sedikit air kelapa atau air biasa lebih kurang setengah jam
sambil2 tu ayam di kacau rata
masukan santan dan garam
kacau rata hingga santan mengeluarkan minyak
rasakan garam
kecilkan api dan rendang lah ayam hingga minyak santan berbuih bagi menandakan yang minyak santan telah betul2 kering dan garing
dah siap dan sedia untuk di hidangkan


Rendang Basah ni sgt sesuai makan dgn lemang,roti atau di ratah.



Bila nak buat rendang basah,setelah masukkan santan,kacau rendang ini hingga mengeluarkan minyak.Rasa dan bolehlah di angkat bila ayam sudah empuk..

*..Peringatan
Jika nak buat rendang ayam basah menggunakan ayam kampung pastikan ayam itu tidak terlalu tua.
kira sedang elok je mudanya..jadi bila kuah sudah mendidih dan mengeluarkan minyak bolehlah di angkat dan sedia untuk di makan.

10 comments:

Mas said...

perhhh...rendang ayam kampung...
suka sangattt..........

Qasey Honey said...

sedapnye tu Kak Anymz...tp ayam kampung xbape nk suka...bleh gntikan dgn ayam biase tu ekkk kan...hihi

zila 4ever said...

salam kak anymz..owh org nismilan upanya..heh hee kita pun suka rendang kak..makan dgn lempeng..ayam kampung lg la sedapp kan..nak ratah2 jew...:)

Yatie said...

adoyaiiii lapar lerrrr singgah sini, dlm hati ni mmng teringin sangat nak makan rendang..nmpk akak buat, tu yg terliur sangat tu..

rahel said...

Kak Anim,
gue lapar ni..bole tumpang lalu?

tun_telani said...

kak nim, sama laa kita merendang.. tp tun baru wat semalam. hihi.. arini masak nasik, nk try rendang siam tu pulak ^^

Shahriah Abdullah Novelis said...

SAlam Kak Anymz wahh sini ada rendang laaa.. sedapnya.. kecur sudah ni tauu.... nampak ada rendang teringin nak buat rendang.. kang singgah dapur kawan yang lain.. nak buat tu pulak.. waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam kak anim cayang!!!
rindu nyer!!!
kecur nyer tgk rendang ayam kmpg :p
sedapppp

Amelia said...

Hi Kak Anymz, Rendang... ini pun I suka, boleh tambah nasi sepiring.

Lain ari singgah pondok akak kena bawa bib kalo takder I cuci kibod ngn air liur nanti short circuit plak.kekekeke

Jumpa lagi, bye...

azalia hjsalleh said...

kalau lya masak nie mesti mama suka..
ayam kampung fav kami sekeluarga =)