Tuesday, 8 May 2012

Sambal Gesek + Bacang Muda

Assalamualaikum semua

Terlebih dahulu nak mintak maaf lah pada semua pengunjung mykitchen hari ni,sebab puan tanah kedaung malam2 tunjuk sambal..Ingatkan nak letak esok entri ni tapi memandangkan esok akak tak ada kat rumah jadi hanya malam inilah saja akak berkesempatan untuk update entri..
Apa khabar semua?..Hari ni akak makan sambal gesek belacan untuk lunch ..Malam?..malam ai tak makan sebab perut sudah kenyang makan cekodok petang tadi..ngeh ngeh.
Untuk pengetahuan semua sambal gesek ni cukup2 di kenali di nismilan sebagai sambal pembuka selera..Cilinya di gesek2 bersama ikan bilis dan bawang merah.tambah sedikit garam dan perah asam limau..perghhhhh...sedap tau...TAPI akak tak gesek..akak org pemalas..malas nak gesek malas nak tumbuk..(lesung batu tu berat sungguh)..jadi akak blender cili api,cili hidup menggunakan mesin pengisar kering..wallla..siappppp..cepat je tau..gaulkan dengan garam dan perah asam limau...sesiapa melintas kat depan ke kat belakang ke konpem akak buat tak tau..gasak le kalau org nak kata sombong bagai...gegege...
Meh kita tengok resepi

Sambal Gesek + Bacang Muda
by
anymz mykitchen

Bahan2

1 biji bacang muda bersaiz sederhana-di cincang kasar
5 biji cili hidup
8 biji cili api/padi
3 ulas bawang kecil
segenggam ikan bilis yang sudah di kopek bersih
sedikit garam
sedikit perahan air limau kasturi.

Cara

Bersihkan bacang muda.Buang semua kulit bacang dan cincang kasar isinya.ketepikan
Cili hidup di belah dua dan di kerat tiga..(supaya senang nanti nak blender)
Masukkan cili hidup ke dalam blender kering.
Masukkan juga ikan bilis yang sudah di bersihkan
Masukkan garam
Kisar kasar.Jangan halus sangat nanti tak sedap
Ketepikan cili hidup
Kisar cili padi bersama bacang
Kisar kasar juga
Kemudian semua bahan di satukan bersama.
tambah garam jika perlu..
Dah siap sedia untuk di hidangkan dan jangan lupa perah asam limau sebelum di hidangkan ya..


*
sambal gesek ni merupakan lauk fav bangah..setiap kali dia balik ke rumah,,mesti merengek nak sambal gesek..Akak tak berapa rajin nak menumbuk bahan2,.. tu yang semua akak bedal blender je ..
Kalau rajin,seeloknya tumbuklah ya...^___________^

13 comments:

Amie said...

Assalamualaikum Kak Anim cayang...
tak larat nak guna batu giling dah sekarang ni, kang kita pulak yang terguling-guling kena giling ha hahahh jadinya, namanya pun berubahlah kak, sambal gesek jadi sambal blender... dengan bacang muda tu..hadoiiiii!

SufatihaNur said...

ya Allah kak...smbal gesek ni bahasa begeri ape ekh???

tp mmg ni smbal faveret sy smpai sy kena appendiks dulu...meleleh air liur tgk...kihkih

Kak Rose said...

sodap sampai meleleh air liur tengok sambal gesek nisemilan ni... lapo balik dah perut ni pas membaham laksam!

tun_telani said...

kak anym!! mmg sedap! masa kt uni dulu, housemate tun org nogori. sekali dia buat sambal ni, mmg jakun tun nengok mula2. tp sekali makan.. fuhh.. x hengat dunia! bertambah2 nasik. hihi

TopsyTurvyMum said...

Kak Nim..
Cer tunjuk cara gesek cili tu..Tau gesek biola jer hihihi.

noorsafone said...

Salam Anymz...mkn ngan gulai labu sodap sambal gesek ni...gorengkan ikan masin...mau bertambah nasi.

Mama Hawa/Mama Nani said...

alahai kak anim!!!!
menci tau!!!
mana lah kite nk dpt buah bacang muda???
ngences seh!!!

Amelia said...

Hi Kak Anymz, amboi.....sedap nya sambal. My favorite tapi jenis ini I belum cuba lagi. Nak pi cari bacang lah...

Kak, sambal gesek ini lepas makan boleh gelek golek? kekeke

Kita jumpa lagi, bye...
Salam Kak

Acik Erna said...

anim..buek apo lah..tunjuk ni..moleleh air liur dek sambal gesek ni..he he

ummiaisyah said...

gesek pon gesek la....nk sikit kak anim!

Mas said...

Assalamualaikum kak anim cayang....
menitikk air liur nengok sambal gesek tu kak....
mengeliurkannnnn.....

♥MAMASYAZA♥ said...

alahaiiii terliur akak tgk

Chah said...

kak, ni kalau tak kuar peluh tepi telinga ni tk sah..goreng ikan sekor, geng ngan sambal 'sombong' akak ni...mmg harus tidur tghari tkleh telentang..berat perut...huihui....