ini menu kelmarin.masak lemak daging tetel dan nangka..alahai nangka jumpa kat pasar tani..goreng ikan kerisi,ulam2an dan sambal tempoyak colek...sila lah jamu selera ya | ,a |
Wednesday, 31 March 2010
menu kelmarin
Tuesday, 9 March 2010
roti jala dn kuah durian
Ptg tadi tetiba blackout...masyaALLAH brbahang pulak rasanya cuaca..tp entah knape tetiba dtg plak mood nak buat roti jala..apa lagi bincang dgn si bongsu ainul terus bancuh simple roti jala ni
2 cawan tepong gandum
1 biji telor
secubit garam
air agak2 lah ya jagn pekat sgt susah plak nk menjala nnt.
buka peti ais jumpa durian yg sy bekukan dr tahun lepas lg..ada pulak gula melaka..santan lebih buat gulai tgh hari td pun ada jugak,,,apa lg cairkan le gula melaka tu dgn daun pandan,masukn santan.biarkan mendidih..ainul yg mula2 tak suka(sbb dia suka mkn roti jala dgn kari ayam)langsung senyap tak terkata,,sedapnya mak ..kata dia..hehe
Monday, 8 March 2010
lagi lauk simple
Sunday, 7 March 2010
pizza
dinner tadi kami buat pizza..farah baru nak belajar..minta maap lah ya..gambar tak berapa clear..ambik guna hp..camera rosak
bahannya mudah je..sy ambik dr nan ie..minta maap ya nannie..ambik tak minta izin..menurut kata nannie..dia pun ambik dr dapur mat gebu tu hah..
bahan2 doh
500gm tepung gandum
250ml air suam
1 pkt yis
4 sb butter
1 sb gula halus
1 st garam halus
1 st bread improver.(ada jual kat kedai jualan brg2 kek)
1)bancuh yis dgn gula dan 1/2 bhg air suam
2)kacau tunggu berbuih kemudian gaul garam,bread improver dn tepung gandum.gaul hingga rata.lambak atas meja bersih.buat lubang kat tengah2..tuang bancuhan yis,baki air suam dan uli hgga lembut.masukkan butter.uli hingga licin dn kenyal.
3)masuk dlm bekas pizza tekan doh guna jari pastu baru masukkan topping.
bahan2 topping
1 tin susu sos spaghetti preggo
1 pkt sosej ayam
mozarella cheese.(sy guna juga parmesan cheese)
cili capsicum
cendawan butang
tomato.
cuba la buat mudah dn menjimatkan dan yg pasti sedap....
Friday, 5 March 2010
Nasi Ayam mk ndak
Hari ni sy agak rajin sedikit....hari ni hari jumaat..sy buat nasi ayam yg di namakn nasi ayam mkndak....hehe..mkndakku yg dok johor tu yg ajar camne buat nasi ayam ni..cuba laa...
bahan2
lengkuas...sedikit je
halia besar ibu jari
bwg putih bwg merah
serai
semua bahan di atas di blend
tumis bahan di atas bersama 2 kiub ayam dan kulit kayu manis dn bunga lawang.
masukn air agak2 1 jug.then masukn ayam
dah mendidih lama keluarkan ayam. perap ayam bersama kicap
basuh bersih beras dn tanak bersama air rebusan ayam tadi.
ayam yg di perap bersama kicap..keluarkan dan goreng dgn api sederhana.
bahan2 sos cili
cili hidup
cuka makan atau tomato sos
bawang putih
garam dan gula
blender kesemuanya dan pastikan rasanya masam,masin dan manis
hidangkan bersama kuah sup ayam(buat cam biasa je pun takpe),kicap dan sos.jgn lupa timun dan tomato..
Monday, 1 March 2010
lunch dan dinner
tengahari kitaorg makan masak lemak cili api ayam.....
sekarang hubby dah pandai tak mau makan mlm..nk jaga perut dan kesihatan katanya...so saya apa lg bukalah dapur si hanna jumpa prosperity burger..alhamdulillah menjadi hanna thanx..tp saya gubah le sikit,,,makan dgn roti bakar sekeping dan kentang goreng tu hah
cubalah...sedapnya mak kta anak2..takyah gi mcD lagi....hehe..
Subscribe to:
Posts (Atom)