Tuesday, 31 January 2012

Ayam Goreng KFC

Assalamualaikum semua

Dan selamat Tengahari ..
Bagi sesiapa yang menjadi fren list akak di fb semua sudah ketahui ini gambar tertungak.walau bagaimana pun hari ini menu yang sama akak hidangkan buat penduduk tetap di rumah ni..
Banyak betul kerja hari ni.Terkejar2 dengan en suami menyudahkan kerja2 yang terbelangkai...
Alhamdulillah menjelang jam 1pm semua kerja sudah selesai..pastu teringat ainul dah nak balik sekolah,maknya tak masak lagi..En suami suruh beli aje tapi rasanya cam dah tak kosa je nak beli lauk kat luar..banyak sgt rempah ratus yang boleh membuatkan kita pusing kepala...jadi akak goreng je lah ayam ni yang sudah pasti menjadi kesukaan ainul dan mak bapak ainul juga..Resepi?...

Tu sos wedges tu akak beli online..
sedap tapi tak boleh amalkan selalu..ada rasa sedikit masin utk akak.
Kalau utk org lain okay aje rasanya..


Resepinya sonang yo..


1 ekor ayam
2 biji telur
Tepung goreng ayam KFC jenama pak long
Minyak

Cara
Cuci ayam bersih2..
Gaul kan dengan telur yang sudah di kocok2(sambil bernyanyi lagu dangdut)
Bedakkan pulak ayam tadi dengan tepung
Terus goreng dalam minyak yang terendam.pastikan le minyak tu dah panas dulu ya..Kalo tidak nanti sejuk je pulak minyak tu,camne pulak ayam nak masak..

Resepi roti?
Ada kat sini
fav roti resepi ni
Apa nak susah masukan aje dlm BM..biarlah dia yang buat kerja.
Dah cukup masa keluarkan uli2,gumpal2 letak je dlm dulang terus bakar.

Tepung KFC jenama paklong ni sedaplah.
.beli kat kedai frozen yang baru di bukak di bandar Tampin tu..
lupa nak snap pic.lain kalilah ya.

Resepi coleslaw?
Senang je
Coleslaw cara kak anim
1/2 biji kobis-hiris halus
1 batang lobak merah-sagat halus
1/4 biji bawang besar-sagat halus
mayonis secukupnya
sedikit gula

Gaul semua bahan bersama dan simpan dlm esbok..
Dah nak makan baru keluarkan makan dengan ayam goreng,roti ban dan sos.



Monday, 30 January 2012

Lala-masak lemak

 Assalamualaikum semua

Dan selamat tengahari buat semua yang berkunjung ke sini..Dah makan tengahari ke belum tu?..
Alhamdulillah ni menu fresh from my kitchen nih..baru je masak dan ini lauk kami untuk tengahari bersama2 ikan goreng dan sayur mayur sebagai pelengkap hidangan.Siapa lapar??...meh sini makan tengahari bersama2 kami...Lala fresh dan ikan fresh yang baru kami tangkap di kuala sg baru..terbaikkkkk!!!

Lala-masak lemak
by 






bahan2

1 paket lala@ 1kg
20 tangkai cili padi/api/burung*
sedikit kunyit hidup*
2 sudu makan udang kering-di tumbuk kasar
1 batang serai-di titik
5 ulas bawang merah-di tumbuk kasar
1 keping asam gelugor
garam secukup rasa
2 tangkai daun kucai
2 cawan santan segar
1 cawan air
bahan2 bertanda * di kisar bersama

cara

1-bersihkan lala dan ketepikan
2-masukkan santan,air,serai,sedikit garam bersama bahan2 yang di kisar ke dalam periuk.
3-jerang hingga mendidih
4-biarkan mendidih dalam 2 minit
5-masukan lala dan jerang hingga lala betul2 masak
6-masukan daun kucai dan cili besar untuk hiasan jika suka
7-tutup api
8-sedia untuk di hidangkan..

Sunday, 29 January 2012

Kuih Bakar Pandan 2

 Assalamualaikum semua

Selamat Petang dan harap semua pengunjung2 mykitchen berada dlm keadaan sehat sejahtera seadanya..
Alhamdulillah hari sabtu akak dapat berita baik..
News dari adik akak yang pernah mengidap breast cancer dan kini sudah pulih sepenuhnya dan bebas dari penyakit itu.Sudah beribu2 duit di habiskan untuk membeli ubat dan suppliment sepanjang 5 tahun ini dan moral support dari kami sekeluarga dan adik beradik yang lain memang tidak pernah putus..Begitu juga suami dan anak2nya....Syukur ya Allah Syukur sangat2...

Surau di tempat akak menuntut ilmu ni menyambut mlm maulidurrasul hampir setiap malam..Tak kira lah orang luar nak kata apa kan,...setiap malam kami di sajikan dengan hadis2 Nabi dan cerita sejarah berkenaan dengannya...Apa salahnya kan?..RasulaAllah saw yang mengenalkan kita dgn Islam dan AL Quran..bila tiba bulan keputeraan baginda ni kita banyakkanlah selawat dan memuji kebesaran Allah..tanda terimakaseh kita pada RasulAllah kerana memperjuangkan Islam dan menegakkannya....
Akak buat kuih bakar ni sebagai buah tangan lah ,buat hidangan para ustaz dan jemaah2 yang lain..
Sedap betul kuih bakar resepi zana ni..Rasanya akak belum berani nak tukar resepi lain lagi,sudah terbiasa dengan resepi ni..InsyaAllah akan cuba juga godek2 resepi lain suatu hari nanti...


kuih bakar pandan 2
by
sumber:zana08





Bahan-bahan

* 1 cawan tepung gandum
* 1 cawan gula
* 1 cawan air pandan
* 1 cawan santan
* 1 cawan susu cair (sejat)
* 3 biji telur
* Sedikit pewarna hijau
* Sebagai hiasan- sedikit bijan jika suka


Cara-cara

1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan
2. Blender hingga sebati
3. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi kedalamnya.
4. Taburkan bijan (jika suka)
5. Bakar 40 minit pada suhu 180c/ hingga masak.


Friday, 27 January 2012

Nasi Lemak Tumis

 Assalamualaikum semua

Rindu rasanya nak bersiaran secara akrif kembali tapi apa kan daya,..entah kenapa hari semakin cepat berlalu.Kerja pulak semakin banyak yang menanti...macam tak cukup waktu je...

Malam tadi Ainul dah tanya,mak masak apa utk breakfast esok?..Rasanya nak buat nasi lemak..Kembali si anak dara bersuara..mak jgn buat nasi lemak yg ada kaler2 ya.sentap hati mak nakkkkk...baru teringin nak letak kaler biru lepas tgk rumah mek jah kaler kuning dan rumah Nor kaler ijo...apa kan daya akak buat lah nasi lemak yg suci bersih gitu..kaler asli..dah anak2 nak nasi lemak ori tp mak nya tetap dgn keputusan nak buat juga nasi lemak tumis ni..walllllah...memang sedap..ada rasa nasi dagang pun ada..
Keputusan nya memang best sangat nasi lemak ni dan tak nyesal mencuba...tapi tak buat lauk ayam...ikut kata anak2 buat sambal ikan bilis je...tapi tadak timun...kedai dah tutup.tak dan nak membeli...huhuhu
Akak ambik resepi kat rumah Izah..mekaseh ya adik2 ku sekelian..izah,nor,noorsha,yatie,mamasya dan empunya resepi Jun..org kg sebelah...hehe


Nasi Lemak Tumis
by
anymz mykitchen
Resepi milik:Jun

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

3 cawan beras
2 cawan santan
2 cawan air
1/2 sudu besar halba
1 daun pandan
1 cm halia-hiris halus
1 batang serai-titik
2 biji bawang merah-hiris
garam secukup rasa
1 sudu minyak + 1 sudu minyak sapi


Cara-cara
Panaskan kedua-dua minyak, tumis bawang dan halia hingga garing.
Masukkan air dan santan, kacau hingga pecah minyak.
Bila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai n\dan garam.
Pastu masak seperti nasi lemak biasa..
Hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis/udang/sotong, timun, telur dan ikan bilis goreng.

Nota Dapurmamasya
Utk nasi lemak kuning ni , tambah 1 sb kunyit semasa masukkan santan dan air.



seriyes sedap
cuba lah

Wednesday, 25 January 2012

Snow Almond

 Assalamualaikum

Alhamdulillah,..dapat juga akak bersiaran walaupun sudah agak lewat..Tak pe lah kan,janji mykitchen ni  di update juga.Memang mingu lepas akak agak sibuk sikit..Sibuk menyiapkan beberapa persiapan yang tergendala,gara2 suka sangat buat kerja last minute..insyaAllah lepas ni kena take note betul2..kita ni bukannya muda lagi..tenaga tu tak berapa nak jalan kalau nak buat kerja dlm keadaan yang tergesa2..betul tak?
Okay contest sudah pun berakhir dan kita sudah pun umumkan pemenangnya..betul kata cheq sue...gi langkawi cari pyrex utk buat GA yg akan dtg ya..hehe
Terima Kaseh pada semua ya..lap u all many2 lah...

Snow Almond ni akak buat sempena perayaan tahun baru cina baru2 ni..bukan akak yang sambut ya..tapi rakan sekerja en suami yang menempah gara2 beliau rasa 'very nice',...'very crispy',...'very tasty'...masa diorang berkunjung ke telapak akak masa raya posa tu hari..bila dah kata rasa very the itu dan ini tu terus diorang tanya akak 'Puan,can i order this for CNY'...muahaaaa....rezeki jangan di tolak ya tak.?
Alhamdulillah..sehari sebelum CNY kukis ni sampai lah ketangan Anita bersama2 dgn tempahan red velvet bronis..Semoga diorang semua suka hati..tapi kali ni akak guna resepi dari mak Hana..resepi almond snow yang akak guna masa raya tempoh hari,akak guna resepi kak1 yang mana kak1 guna tepung Rose..kali ni tepung rose ilek..minah kat kedai tu kata,..tpg rose ada masa raya kita je kak..masa raya cina tak ada..

Terpaksalah akak selongkar rumah hana sbb ini resepi lama dari mak hana...sedapppppp resepi ni.tak kisahlah you all nak cuba yang mana satu..
Hana akak minta izin tepek resepi kat sini pulak ya...sebagai rujukan akak di masa akan datang..maceh darling..tak yah susah2 datang sini,.. hana jaga je dania tu...hehe


Snow Almond
by
anymz mykitchen
Sumber Resepi:hanamemories

Bahan-bahan
  • 250g butter
  • 90g gula halus - leh kurangkan
  • 50g badam kisar @ serbuk badam
  • 50g tepung ubi
  • 25g coffeemate
  • 25g nestum - kisar
  • 1sk esen coffee
  • 1 biji telur
  • tepung gandum secukupnya
Utk saduran
  • Chocolate masakan
  • Nestum @ breadcrumbs


Cara-cara
  • Pukul butter dan juga gula hingga kembang. Masukkan telur dan esen kopi dan pukul lagi hingga berkrim.
  • Masukkan badam kisar, tepung ubi, nestum dan coffeemate. Gaul menggunakan spatula.
  • Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli sehingga tidak melekat di tangan atau boleh di terap.
  • Bentukkan ikut suka samada terap menggunakan cutter, bentuk kiub atau bulat2kan.
  • Bakar suhu 170-180 selama 15min atau hingga keperangan. Sejukkan atas redai.
  • Cairkan coklat masakan secara double boiler. Celupkan kukis tadi. Kemudian golek2kan ke dalam nestum@breadcrumbs. Jika buat bulat2 bleh masukkan ke dalam paper cup yg comel2.
  • Simpan dalam bekas kedap udara.

Pemenangnya IALAH...........



Assalamualaikum semua

Yuhuuuuuuuuu
Mesti semua sedang tertunggu-tunggu siapakah gerangannya pemenang yang bertuah tu ya...
Okay akak sudah berjanji untuk mengadili contest ini dengan seadil2nya...Dan bila sudah berjanji,janji hendaklah di tepati..Dan mengikut turutan siapa yang jawap dulu dengan betul..pemenangnya ialah milik



Dan seperti yang sudah akak janjikan,kita akan ada dua pemenang.Setelah Ainul mengambil keputusan untuk buat cabutan bertuah maka melalui cabutan bertuah itu pemenangnya ialah milik


maka dengan itu dengan rasminya akak umumkan pemenang cabutan bertuah telah menjadi milik 


Okay pemenang sudah kita ketahui.Nanti akak akan hubungi kalian untuk alamat.
Minta maaf sangat2 kepada yang tidak berjaya tu ya..Bukan rezeki nampaknya kali ni..Kalau ikutkan rasa nak bagi menang semua tapi apa kan daya kesian pulak kat tokey kedai tu kalau akak borong habis..Nanti tak dapat pulak orang lain nak beli kan?,kena tunggu berbulan2 baru merasa bekas kek dam ni hah..kikiki

Okay kenapa Ainul memilih LANGKAWI sebagai destinasinya?..
JAWAPAN AINUL IALAH:-

1) Sebenarnya Ainul telah menjelajah (cewah ayat cam bagus je) seluruh negeri dalam Malaysia ini kecuali sabah dan sarawak.memandangkan mak ainul akan membawa ainul ke Labuan dlm sedikit masa lagi maka ainul pun bersuara..'mak,ainul tak pernah ke langkawi.best ke kat sana?..tak pernah tgk tasik dayang bunting...bla..bla..pokoknya semua tak pernah lah..
2)Ainul nak borong cekelat byk2..minta maaf makngah CHAH ya..ainul baru berumur 16 tahun dan rasanya ainul masih sehat lagi..dan lagi pun mak ainul tak ada penyakit diabetes..itu mak ainul lah yang cakap..jadi rasa2nya kemungkinan utk ainul kena penyakit tu adalah sangat tipis...hehe
3)mak dan ayah pernah ke bandung.mak kata tempat tu tak best utk ainul.memang kat sana byk kedai FOS tapi makteh ainul yang nak ke bandung tu lebih nak membeli belah di pasar baru yang mana menurut mak ainul tempat tu mmg sgt2 tak sesuai utk aniul.lagi pun mak kata kalau tersilap pandang ainul boleh hilang..(tak taulah mak ni betul ke tidak)...
4)Ainul nak ke langkawi dengan menaiki kereta,walaupun ayah nak sponsor dengan menaiki kapalterbang tetapi kalau naik kereta Ainul boleh ajak famili ke Penang,Kedah dan ronda2 Perlis..Dulu2 mak pernah tingal di Alor Setar tapi waktu tu ainul belum lahir lagi..Dengan cara ini dapatlah Ainul menambah kan pengetahuan dan meluaskan pemandangan bila ayah  dan kami adik beradik bercuti bersama..Mesti seronok sebab dah lama tak bercuti ramai2 macam ni..
5)Sebab utama Ainul nak ke Langkawi ialah Ainul tak sampai hati nak tinggalkan abang Ainul yang bernama Wazir kalau ainul pilih untuk ke Bandung.Kami berdua memang rapat..Pergi bercuti tanpa wazir memang tak syok...

Sekian dulu.Harap makcik2 dan kakak2 semua puas hati dengan jawapan Ainul yang di taip oleh mak dan hampir semua jawapan ini mak yang cadangkan..
hahahahaha


Saturday, 21 January 2012

Sedang menyenaraikan pendekkan finalist...

Assalamualaikum semua

Di sebabkan minggu lepas adalah minggu yang teramat sibuk, maka timbullah idea untuk akak buat GA atau pun contest yang akak mulakan sejak hari Isnin minggu lepas lagi.Sekurang2nya akak biarkan my kitchen pada kawan2 yang malas masak tapi rajin buat homework.hahaha
.
Tapi kan lain pulak jadinya...ada minah kepala senget yang dok ulang2 bagi komen yang sesiapa saja yang membaca pasti gelak tergolek2 hingga pecah perut di buatnya.
Ada juga pencinta mapin yang bagi komen hingga tujoh kali yang bak kata ainul rasa cam nak bagi kak 'tuuuut' menang je mak..kesian..hahaha
Ada juga seorang yang di gelar datin oleh pencinta mapin buat komen khas dengan panjang lebarnya yang telah membuat akak sebagai penganjur tak gering gusi membacanya..
Itu tak termasuk lagi mak yung dan ratu karamel juga ratu dessert jeli jelo (gelaran terbaru oleh datin) tampil memberi komen yang sungguh menggeletek hati kami seisi rumah..
Sesungguhnya kalian memang lawak dari maharaja lawak..
Tak rugi kami tampilkan contest yang akak rasa ibarat penyatuan blogger2 yang bersifat sense of humor..

Alhamdulillah syukur dan terimakaseh pada semua yang sudi bertandang dan melibatkan diri dalam contest..
Bukan hadiah tapi ikatan ukhwah yang kalian jalinkan di sini telah membuatkan kami seisi keluarga benar2 terharu..
Di sini akak juga ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf pada kawan2 yang perasan , pada awal syarat2 yang akak nyatakan ada hadiah untuk pemenang bertindih..yang mana akak delete syarat itu setelah akak rasa tak adil akak buat syarat2 begitu sedangkan akak letak tarikh tutup dlm jangka masa yang begitu panjang..
Untuk lebih adil..En suami telah sudi menaja satu lagi hadiah yang serupa buat pemenang2 yang bertuah...
Bak kata En suami beliau gembira kerana akak mempunyai kawan2 sengal yang baik hati yang telah membuatkan isterinya yang comel (ahaks..) ini tersenyum setiap kali membuka laptop...hahaha....

Okay,..contest sudah pun berlalu..Jangan risau akak tak serik untuk buat contest atau GA lagi..Kali ini akak akan pastikan syarat2nya akak tak silap taip dan hadiah juga pasti yang lebih lumayan..
Tugasan akak minggu lepas semua sudah akak bereskan dengan jayanya.Alhamdulillah selesai sudah..
Hari ini Ainul akan meyenarai pendekkan nama2 mokcik2,kakak2 yang meneka lokasi percutian Ainul dengan tepat...Semua nama telah di catitkan..InsyaAllah nantikan pengumumannya hari Rabu minggu depan.
Kenapa hari Rabu?..
Eh!  Suka hati akaklah kan...hehehehe


Dan terimakaseh sekali lagi akak ucapkan pada teman2 yang bertandang dua tiga kali sehari semata2 untuk baca komen chef kepala senget dan kawan2nya pencinta mapin dan karamel..
Dan buat kawan2 sengal akak ni...akak sayang kalian semua..

mmmmmmmmmuuuuuuuaaaaaaaahhhhhhh

Tuesday, 17 January 2012

1st Contest in Anymz-My Kitchen

Assalamualaikum semua


Semua gambar yang tertera ialah ehsan dari google..

MAHU KAN INI SEBAGAI HADIAH DARI ANYMZ MY-KTCHEN?
SILA BACA DULU...


Selamat Memulakan hari yang baru di minggu yang baru.Apa khabar kawan2 semua dan pengunjung2 baru my kitchen.
Terimakaseh pada sahabat2 baru akak yang sudi follow dan mengikuti perkembangan mykitchen.
Okay jangan kita berlengah lagi ...
Akak teringin sangat nak buat GA di blog akak ni..Tak tahu macam mana nak mula dan akak terpaksa rujuk pada blog teman2 yang pernah menganjurkan GA ni..Akak nak buat yang simple2 je.Saja nak meriuh rendahkan suasana di awal2 tahun sebagai kenangan akak bila tiba hujung tahun nanti...
Akhirnya akak buat keputusan buat contest ajelah..eh tak sama ke contest dgn GA...argghhh gasak je lah.


Ainul anak akak telah di pelawa oleh mak saudaranya iaitu adik akak untuk ke Bandung..Akan tetapi tambang dan segala perbelanjaannya di sana di tanggung sepenuhnya oleh ibubapa Ainul.Tambang pergi dan balik ke Bandung ialah RM400...Bila hajat adik ini di suarakan pada si ayah semasa meminta keizinan beliau,ayah pula bersuara...Mana Ainul nak..kita ke Langkawi dengan RM400 menjadi milik Ainul atau Ainul ke Bandung bersama2 keluarga mak saudara...Jadi soalannya di sini ialah..

APAKAH KEPUTUSAN AINUL?
LANGKAWI?
ATAU
BANDUNG?
Syarat2nya mudah saja 

1) penyertaan terbuka kepada kesemua blogger & bukan blogger.
2.) setiap individu hanya berpeluang meneka SEKALI sahaja... 
3) Hanya terbuka kepada mereka yang tinggal di Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak sahaja. Sekiranya anda tinggal diluar kawasan yang dinyatakan, anda juga boleh cuba meneka dan sekiranya tekaan anda tepat dan berjaya sebagai pemenang, hadiah akan dihantar ke alamat keluarga @ ibu bapa di Malaysia.
4. Hanya seorang peserta sahaja yang layak memenangi hadiah yang ditawarkan...
5.Sila tinggalkan jawapan anda di kotak komen di bawah juga bersama2 email anda.mana yang sudah menjadi friend akak di FB tak perlu lah tinggal kan email address.
tak komen tak ada hadiah ya.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN;
bermula dari hari ini Isnin 16 Januari 2012
berakhir
Jumaat 20 Januari 2012,Jam 12 malam

Semua keputusan akan akak umumkan pada hari Rabu bersamaan 23 Januari 2012
Pemenang akan di tentukan oleh Ainul  kerana hanya beliau sahaja yang tahu jawapannya..


p/s
syarat2 pinjam ayat noorsha..maceh sha.

Saturday, 14 January 2012

Basic Bread

 Assalamualaikum semua

Dan selamat berhujung minggu pada semua pengunjung my kitchen.

Akak buat roti ni lewat petang semalam..terpesona tengok roti ni di rumah Tun semalam..Terimakaseh tun dan mamafami..Sedap dan lembut..Lain kali nak mempelbagaikan rasa atau letak inti...:)
Qiuck update..nak cepat .nak terbang ke Seremban terus ke KL..


Basic Bread
by
anymz-mykitchen
Sumber Resepi:mamafami
Sumber:Tun_Telani

Bahan2:


Bahan A
  • 500g tepung roti
  • 100g gula
  • 30g susu tepung
  • 1 sk garam
  • 1 sk bread softener- optional
  • 1 sk bread improver- optional - tun x letak
  • 4 sk yis


Bahan B
  • 250ml air
  • 1 bj telur- pukul sedikit


Bahan C
  • 80g margerine


Bahan D
  • Gula kasar utk tabur- tun x letak


Cara2:

1. Gaul sebati bahan A
2. masukkan bahan B ke dalam bahan A dan uli sampai licin.
3. masukkan bahan C dan uli sampai adunan tidak melekat ditangan
4. biarkan adunan naik 2 kali ganda selama 30-40 minit.,
5. tumbuk2 utk keluarkan angin. uli sebentar, bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
6. taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 30 minit.
7. bila dh masak, keluarkan dan sapu dgn marjerin utk dapat permukaan yg berkilat.

atau

1. Masukkan semua bahan kecuali Bahan D dalam Bread Maker, pilih setting doh (dlm sejam setengah).
2. bila BM dh siap menguli, kuarkan dan tumbuk2 utk buang angin dia,
3. bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
4. taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 30 minit.
5. bila dh masak, keluarkan dan sapu dgn marjerin utk dapat permukaan yg berkilat.

Akak memang suka makan roti.
hari2 makan roti pun takpe

Friday, 13 January 2012

Fruit Cocktail Pudding

 Assalamualaikum

Hari Jumaat sudah hampir melabuhkan tirainya..Sedih bila mengenangkan masa dan hari semakin cepat berlalu.bertambah usia perlu lah kita semua bertambah matang.Baik dalam menangani masalah mau pun kehidupan.
Akak teringin sekali nak berkongsi satu rahsia dengan korang tapi tunggulah masa yang sesuai..Akak terpanggil sebab sekarang ni nampak gayanya ramai sangat adik2 yang buat blog masak2 dengan sesuka hatinya mengambil gambar dan resepi tanpa izin..Sedih bila perkara2 ini berlaku pada adik2 yang mahir komputer dan bijak dalam kehidupan millinium ini di bandingkan dgn akak yang buta IT dan hanya seorang suri rumah biasa2 yang mengharungi kehidupan seadanya ini..ermmmm...nanti2lah kita berkongsi cerita ya..
Hari ni kita jamu mata dengan puding ni dulu..Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari..Dah berminggu2 bumi nismilan di landa kepanasan..tapi bila hari ni sedang elok kami membasahkan tekak dengan puding yang nyaman,hujan pun turun dgn lebat...
Resepi akak ambik dari Jurnal resepibdaria..


Fruit Cocktail Pudding
by
anymz-mykitchen


 Bahan2

10 gm serbuk agar2
1 tin susu cair
1/2 cawan gula
4 cawan air (boleh kurangkan ke 3 1/2 cwn)
1 tin fruit cocktail

Cara

Campurkan serbuk agar2 bersama gula.
Tambah  4 cawan air dan kacau rata.
Masak hingga mendidih
Masukkan susu dan kacau rata
Tutup api
Tapis buah2an cocktail dan buang airnya..-(tapi akak jadikan air dari cocktail termasuk dlm 4 cwn air tadi)
Masukkan buah2an ke dalam agar2 dan kacau rata-akak potong kecil buah2an ini
Tuangkan ke dalam acuan yang anda gemari dan biarkan sejuk
Masukkan ke dalam peti ais dan biarkan keras

en suami suka makan dgn susu cair begini.
makan masa cuaca panas tapi malangnya sebaik kitorang selesai aje makan hujan pun turun dgn lebatnya.
hahaha


Nota:
Boleh gunakan agar2 pewarna jika suka
boleh kurangkan sukatan air jika suka puding yang lembut
Boleh tambah gula jika suka manis tapi bg akak sedang elok je manisnya tu sbb akak guna air dr fruit cocktail ini sendiri

Thursday, 12 January 2012

Jom ke Jepun...Sushi Rolls

CAK???!!!
Assalamualaikum semua

Entry hari ni khas untuk kakak sedara akak yang awet muda tu, kak ERNA..Baru2 ni sebelum akak ke China kak erna ada post kan di blog beliau tntg kegusaran hatinya nak buat sushi..

Akak dpt beras dari Anie Nagoya.
Anie masih tinggal di Nagoya,Jepun bersama2 suaminya orang sana dan dua orang anak lelaki mereka.Anie ni ada kilang di Tampin..Baru2 ni dia balik melawat kilangnya tu dan terus roger2 akak dan menyampaikan beras ni pada akak dan kak Erna.
TerimaKaseh anie..Ada macam2 gaya buat sushi ni tapi yang selalu akak buat cara simple macam ni lah senang anak2 nak rujuk bila diorang buat sendiri nanti..
Kak Erna utk memudahkan akak,nanti akak leh google mano2 blog ataupun akak boleh refer di SINI
Kesimpulannya  bahan2 nak buat sushi ni kita boleh beli di Jusco,Carrefour atau mungkin di Giant.


Sushi Rolls
by
anymz-mykitchen



Bahan2

3 cawan beras (akak guna beras Jepun)-
kalau takde boleh beli di Jusco atau Giant
lobak merah-di hiris memanjang
Timun Jepun-di hiris memanjang
Crab stick-di rendam dgn air panas mendidih -toskan sebentar dan potong empat memanjang
mayonis
cuka
garam
gula

Cara

Nasi di tanak seperti biasa.
Dah masak gaulkan bersama sedikit cuka,garam dan gula
Bentang nori atas tikar yang di khaskan utk buat sushi.
Letak nasi dan ratakan di atas tikar
Sapu mayonis di atasnya dan susun carrot,timun dan crab stick di atasnya lalu di gulung
Potong kecil2 macam dlm gambar
Dan sedia untuk di hidangkan
Boleh makan dgn kicap dan wasabi

comel tak?comel tak?
ini kes nak cepat
Bila dpt news terus akak bergegas ke semban.
itu yg semua susunan ada sedikit je carrotnya

Ayam Kashmir

Assalamualaikum semua

Hari ni kita layan ayam kashmir ni dulu ya.baru balik dari Kashmir nih..hehe.
Alhamdulillah sedap ayam kashmir hasil tinjauan DJ di Majalah Rasa,Januari 2011..Tak sia2 DJ mencuba dan war2kan di dapur beliau..mekaseh DJ dan akak pula ambik resepi nya dari dapur secubitgaram..Bagus Nor ni,kalau ikut resepi nya mesti akak tak kena darah tinggi sebab garamnya semua secubit je..ahaks...usik2 manja ya Nor..sesekali kita gurau2..tepuk tampar.apa salahnya kannnnn?..Jgn kena lempang sudah..hehe
Okay akak minta izin tepek resepi di sini pulak buat rujukan di masa akan datang..




Ayam Kashmir
by
anymz mykitchen
Resepi:DayangJack
Sumber:SGN67


Bahan-bahan :
1/2 kg ayam (dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak jika suka)

Bahan A :
6 biji bawang merah (dihiris)
1/2 labu bawang besar (dihiris)
3 bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
rempah 4 sekawan
sedikit daun kari

Bahan B :

3 sb puri tomato
1 sb serbuk cili
2 sb rempah beriyani
2 sb rempah kari daging
4 biji tomato (dipotong kecil)
garam dan gula secukup rasa
minyak masak secukupnya
2 biji ubi kentang (dipotong)

Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis semua bahan A hingga terbit bau. Satukan serbuk rempah, puri tomato dan serbuk cili di dlm mangkuk dan bancuhkan dengan sedikit air. Kemudian masukkan ke dalam bahan A tadi dan tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan ayam, ubi kentang dan air secukupnya. Gaulkan. Biarkan ia masak.
Masukkan tomato, garam dan gula secukupnya.
Hidangkan setelah masak.

Wednesday, 11 January 2012

Kek Lapis Kukus Cream Cheese

 Assalamualaikum semua

Alhamdulillah dapat juga akak bersiaran walau pun sudah agak lewat.Apa nak buat hari ni terpaksa kongsi lappy dgn bgh..Bila awal2 dah bagi can, dia naik seronok pulak..lagi pun petang2 tadi akak ada hal yang tergempar jadi terpaksa bergegas ke Seremban untuk menguruskan sesuatu..InsyaAllah semoga segala urusan di permudahkan.
Hari ni akak buat kek lapis kukus.Sudah lama betul tak buat kek cis ni..Berebut2 makan.Sekejap je licin.Akak terlupa sbb masa buat dulu akak buat adunan kek tu dua adunan.Hari ni akak buat satu adunan je.Tu yang nampak kecik je tu..Walau apa pun anak2 suka sangat lah..Cheese dia tebal kan.Amir balik cuti semester..balik sekejap je sebab dia join Pelapis..so masa Chinese New Year nanti dia takde.Tak sampai hati itu yang akak buatkan kek ni utk dia..esok dia dah nak ke Seremban ke rumah adik akak untuk mengajar matematik pada sepupu2nya..
bagi sesiapa yang belum mencuba tu,cuba lah buat kek ni..Memang sedap kan Yatie?


Kek Lapis Kukus Cream Cheese
by
Sumber:Yatie


BAHAN A
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
25 ml air
1 sb tpng gandum

BAHAN B (KEK)

2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
2 sb serbuk koko
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak jagung/masak
1 cwn tpng gandum
1 sk baking soda
1/2 sk baking powder

CARA-CARA


  • Pkl cream cheese bersama dngn gula.
  • Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum.
  • Biarkan sebentar.

  • Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang
  • Setelah kembang masukkan vanilla dan diikuti dngn koko dan garam
  • Masukkan air panas,susu dan minyak
  • Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda dan b. powder yg telah diayak dan gaul sebati.
  • Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian.

CARA MEMASAK.

  • Panaskan kukusan dan balut dngn kain penutupnya.
  • Sapukan sedikit minyak di loyang dan alas dngn kertas minyak
  • Letak adunan coklat dan kukus selama 15 minit.
  • Tuang adunan cream cheese diatasnya dan kukus selama 15 minit.
  • Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya dan kukus lagi selama 20 minit.
  • Sejukkan dan boleh di hidangkan....