Sunday, 31 October 2010

Shepherd Pie

Apabila hari rajin sedunia berlaku maka ini la yang terjadi..entah mimpi apa ya..muhahahaaaa..

sebenarnya,wazir minta pie ni dah lama..lama sgt2..kesian anak aku tu,mak masak ikut tekak mak pak je..entah kenapa bila makan ni aku rasa gumok satu macam..
resepi aku ambik dari rumah UMMI kuantan dan RIMA..minta halal kan resepinya ya..
nanti bila2 you all nak buat,sila lah view yang aku dah link tu ya sebab aku guna kedua2 resepi dari rumah diorang ni..pandai2lah camne nak cairkan ke,keraskan ke...wazir nak yang nampak cair..
rasanya??...perggggghhhh..memang sedap..sgt sedap..mr laling suka sangat2..
maceh ya ummi
maceh ya rima..


dah makan ni tengahari tadi,aku tak ambik lunch.


cair kesukaan wazir..lembut kentang tu yang enak sekali


lembut2 pun masih boleh di potong


Saturday, 30 October 2010

Sicilian Orange Cake

Buat ni malam tadi..nak tinggalkan untuk anak2 buat kunyahan mereka.jap gi mak pak diorang nak berdua2an gi tgk pengantin..hahaha
.semua orang rasanya dah buat ni..kalau tak silap,asal usulnya dari rumah RIMA,tapi akak ambik dari rumah Hana.
copypaste je..org rajin .cenggitu lah kan...ada jugak yang akak derhaka kan sikit2 sebab utk elak manis..bila nak sedap tu kena lah ubah2 sikit kan..jemput lah makan ya..ni,kopi ada,teh o limau panas pun ada..sedap kek ni rupanya.anak2 suka..betul cakap mat gebu,cara buatnya tak lari dari cara oren moist tu..




Bahan-bahan
  • 250g butter - suhu bilik
  • 250g gula pasir - hana buh 210g je..tuh pong dh manis-akak guna 200gm je.
  • 4 biji telur size M
  • 11/2 sk parutan kulit oren
  • 250g tepung naik sendiri (jika menggunakan tepung gandum + 1sk baking powder)
  • 85ml jus oren
Bahan untuk aising125g gula aising
  • 5 sk jus oren
  • 125 gm gula icing-akak guna 50gm je..



Cara-cara
  • Panaskan oven 170C. Sapu loyang 22cm dengan butter keliling. dan alas loyang dengan baking paper.
  • Pukul mentega dan gula hingga berkrim selama 4-5minit. Pecahkan telur, masukkan satu per satu. Masukkan parutan kulit oren. Pukul lagi hingga kembang.
  • Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan jus oren.
  • Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 45-50min. Cucuk sebelum keluarkan dari oven. Jika kek belom masak dan permukaannya sudah keperangan, letakkan aluminium foil di atas kek supaya kek tidak hangus dan teruskan membakar.
  • Sejukkan kek sebentar di dalam loyang di atas wire rack. Kemudian baru sisipkan.
  • Untuk membuat aising, campurkan gula aising dan jus oren ke dalam mangkuk dan kacau sehingga berkrim. Curahkan ke atas kek tadi dan boleh la dipotong dan dinikmati.



Friday, 29 October 2010

Epok-Epok Sayur



Buat ni untuk minum petang tadi,hari ni express masuk entri sebab esok lusa entah sempat ke tidak akak bukak lappy.almaklum dah mula sibuk dgn undangan majlis2 perkahwinan.sedap epok2 ni..pebret akak nih.posa lah kejap makan daging.minggu ni minggu sayur utk akak..ketam,udang dan yg sewaktu dengannya,jadi musuh ketat kejap.selagi penyakit allergic ni tak hilang.,selagi itulah kena berpantang..
berdondang sayanglah anak2,bahagian ketam maknya tadi sudah diorang agih2kan..huhuhu...
Resepi akak ambil dari majalah Rasa,keluaran ogos 2007.korang semua mesti pandai buat,saja bg idea untuk korang buat masak2.kan tak lama lagi cuti sekolah.meh layan resepi.


bahan2

600gm tepung gandum
100gm marjerin
1 biji telur - di pukul
500 ml air
1 st garam
minyak masak untuk menggoreng secukupnya

bahan2 inti

200 gm taugeh
1 biji timun-di hiris
1 bii sengkuang-di hiris
1 batang lobak merah-di hiris
garam jika suka

bahan2 kuah

5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1 sudu teh bijan
1 sudu makan cuka
gula secukup rasa
garam secukup rasa


cara

1-untuk bahan intinya,taugeh,timun,sengkuang dan lobak merah di gaul di dalam sebuah bekas.ketepikan
2-untuk membuat kulit,masukan tepung gandum,marjerin,telur,garam dan air dalam sebuah bekas
3-uli hingga menjadi doh.bahagikan kpd beberapa adunan dan bentukkan menjadi bebola kecil.kemudian canaikan nipis setebal 1 cm.
4-masukan inti di tengahnya dan klim di tepi seperti membuat karipap.lakukan sehingga habis.
5-panaskan minyak yang banyak di dalam kuali,goreng hingga berwarna kekuning-kuningan.angkat dan toskan.
6-sedia di hidangkan bersama sos cili.





Tauhu Goreng Singapore

tauhu goreng singapore

Hari ni kita gi Singapore makan tauhu goreng pulak ya..sedap ratah2 tauhu cenggini..resepi akak ambik dari rumah Lady yang suka,suka,suka,,..Lady of Leisure...sedap nih..Lady,akak ambik kira halal ya..


Bahan-bahan:

Untuk kuah kacang:
2 cawan kacang tanah
Belacan sebesar ibu jari
1/3 cawan juice asam jawa
1/3 cawan gula Melaka - hancurkan
4-5 biji bawang merah kecik - hiris, goreng dan tumbuk
4 ulas bawang putih - hiris, goreng dan tumbuk
15 biji cili padi - hiris, goreng dan tumbuk
Beberapa sudu kicap pekat
Garam secukup rasa
Air secukupnya

5 keping tauhu - sapu sedikit garam and deep fried sampai kuning keemasan
Timun - potong macam mancis
Taugeh - buang ekor dan celur

Cara-cara:-
  1. Goreng kacang tanah tanpa minyak about 10 minutes kemudian buang kulit dan tumbuk(jangan terlalu halus). Masukkan bahan-bahan kuah kacang yang lain dan gaul sebati.
  2. Potong tauhu yang dah digoreng. Letak timun dan taugeh dan hidangkan dengan kuah kacang

Tauhu Goreng Singapore


tapi menu utama akak hari ini ialah ketam masak lomak cili padi..resepi boleh tgk kat SINI ya..dolu2 akak dah pernah post masak lemak nih..


ketam masak lomak

Thursday, 28 October 2010

cerita hari ini

Hari ni hari yang sungguh memenatkan.Out ke melaka hari ni dengan anak bujang no 2..ada beberapa hal yang perlu di selesaikan..panas bukan main negeri melaka hari ni..rasa terbakar muka..masuk N.Sembilan cenggitu juga..hadoi..jadi,hari ini hakak tak memasak..cuma beli lauk je..tapi sempat la ,
untuk malam ni buat ais blended banana utk my laling..konon2 nak dietlah kan.
senang je membuatnya..blend ais,yogurt,susu segar dan pisang montel,tapi akak guna pisang emas bawa belayar..sebab ada lebihan buat banana crumble tu hari ,.jgn membazir..


ais blended banana
(siap ada background lagi..sila lah duduk sambil minum2 ya..)

konon2 tak mau masak..penyakit malas sudah menyerang,tetiba ainul bersuara..
tolonglah masak mak..lauk beli siang tadi tak sedap..issh..ainul,penat org masak,awak kata tak sedap...jadi akak cuma sempat buat sambal sardin je la..dan my laling yang konon2 nak diet tadi sudah tergoda dgn sambal sardin..bertambah2 pulak makan nasi tadi nampaknya..
sedap ya bang,,..mmmm..pasni,kalau tambah lagi kilogram tu jgn salahkan kita lagi ek??....



sambal sardin

selepas bacaan yassin,semua meluru ke dapur,mencari nasi dan roti untuk makan dgn sambal ni

Wednesday, 27 October 2010

congo bars





Apa kat atas tu??..hahaha..rumah IZAH dah ada,rumah IKA mek siam tu pun dah ada,semua ambik kat rumah RIMA...tak tahan terus ku cuba jugak buat benda alah ni..nyesal pun ada..sebab apa???...sebab bila dah makan,tak tau bila nak berhenti....muhahaa...dasyat kan penangan congo bars ni..hehe..rasa nya ada lemak2 butter,ada lemak2 kacang,..alhamdulillah sebaik keluar aje dari oven,ada pulak tetamu datang bertandang..izah akak copy je ya..tak larat nak menyalin bagai dari rumah rima dan ika tu..kira copy halal lah ya




bahan2

2 3/4 cawan tepung serbaguna (all purpo
se flour) - saya guna gandum
2 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
2/3 cawan butter- dilembutkan - saya guna 150gm
1 lb. gula perang lembut(light brown suga
r)- saya guna 310gm
3 biji telur
1 sudu teh vanilla essence
11.5 ounce milk coklat chip - saya guna 200gm coklat dicincang
1 cawan kacang pecan dicincang- izah guna kacang gajus,saya juga
segenggam kismis hitam- izah tambah,saya tidak

Caranya:

Menggunakan mixer:

Ayakkan tepung bersama baking powder dan garam ke dalam mangkuk yang besar dan ketepikan.
Satukan butter dan gula perang menggunakan mixer se
hingga benar-benar sebati.
Masukkan telur satu persatu dan sebatikan dengan perlahan-lahan menggunakan mixer.
Masukkan pula essence vanila dan sebatikan.
Kemudian masukkan adunan tepung dan sebatikan.
Akhirnya masukkan pula coklat chip dan kekacang, dan satukan.

Menggunakan
tangan:

Ayak tepung, baking powder dan garam, ketepikan.
Satukan butter dengan gula sehingga benar-benar sebati. Disarankan menggunakan belakang sudu untuk memudahkan kedua-duanya sebati.
Masukkan telur satu persatu ke dalam adunan butter dan gaul sebati setiap kali telur dimasukkan
.
Masukkan vanila, kacang dan coklat.
Akhirnya masukkan adunan tepung.

Griskan loyang 13x9 dengan sedikit butter. Bakar pada suhu 170 C selama 30 minit.











Gulai lemak ikan masin bernangka

salam semua ya Puan2,..hari ni kita makan lauk kampung je ya puan2..hari tu akak dah cakap ,akak gi pasar tani,nanti akak akan masak lauk yang pelik2..tapi yang ini tak pelik..yang ini sedap hingga menjilat jari..gulai ikan masin kurau dgn nangka...nangka pun beli ya puan2..pokok nangka kat sebelah rumah ni tak berbuah,nanti bila dah hujung thn,bila dah musim tengkujuh tu baru lah dia nak berbuah..meh kita layan resepi mudah dari org negori ni ya puan2...



bahan2

1/2 biji nangka yang sudai siap di kupas kulitnya
ikan masin-suka hati ikan masin jenis apa
ikan masin kurau
saya guna
3 ketul kepala dan 1 isi ikan
1 batang serai-di titik
2 ulas bawang kecil di hiris-jika suka-saya tak letak
20 tangkai cili padi-di tumbuk nak pedas tambah lagi
sedikit kunyit hidup-di tumbuk
2 biji kelapa atau santan Rm3


cara

rebus nangka hingga empuk,ketepikan
letak santan di dalam periuk,kalau menggunakan santan yang dah siap,tambahkan 2 cawan air ke dalam santan.kalau guna kelapa ,perah kelapa sebanyak 3 atau 4kali
masukan cili padi yang telah di tumbuk
masukan serai
masukan ikan masin
masukan juga nangka
didihkan hingga keluar minyak santan
saya tak letak garam sebab ikan masin itu sudah cukup masin.
masakan ini elok di masak pekat2 supaya tak terasa, rasa masin ikan tersebut.


saja beli nangka yang ada biji cenggini..habis licin nangka ni aku kerjakan



Tuesday, 26 October 2010

Banana Crumble

Semalam dok kemas2 almari sebab dah terlalu padat dgn majalah2 lama.jumpa resepi ni dari majalah mingguan wanita ,thn bila aku dah tak ingat tetapi resepi dari en zulkarnain.

Impression pertama dari anak2 mereka berkata 'ermmm...sedapnya mak'..tapi hakak nak ingatkan lah ya..kalau anak tak ramai,buat setengah adunan je lah bagi sesiapa yang sudi nk mencuba tu..
hari ni amir anak yang kat matrik,tangkak tu balik untuk menghabiskan cuti semester pertamanya,tu yang aku buat banyak tu ,sebab biasanya bila amir dah ada kat rumah , tempat ni jadi pot untuk kawan2 dia dok berkumpul..
Hidangan ini sesuai di jadikan sebagai hidangan pencuci mulut..




bahan2 doh

250gm mentega
150gm gula ising
1 biji telur
350gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanila
Pisang emas secukupnya

cara menyediakan doh

Pukul mentega dan gula ising hingga tepu
masukkan telur dan kemudian masukkan tepung dan esen vanila





cara membuat

Ratakan doh setebal 1/2 cm di dalam dulang pembakar yang telah di griskan dengan mentega
Setelah rata,susunkan pisang emas yang masak ranum rapat-rapat
Parutkan lebihan doh tadi di atas pisang yang telah di susun tadi.
Taburkan gula pasir di atas doh yang di parut tadi
Bakar dalam ketuhar 160c/320F selama 30 minit








Pindang pucuk cemperai


salam semua,ni nak post n3 hari ahad..kenal tak daun ni?tempat lain aku tak tau la di panggil apa ek,kat tempat aku di Rembau ,N.sembilan ni di panggil pucuk cemperai..namanya pelik kan..
tak tau cuba rajin2 sikit gi google ke,cari kat kamus dewan ke..haha..dulu2,ya la masa bebudak aku tak suka makan.pelik kenapa la nenek suka sangat masak ni,tapi biasanya org dulu2 cuma rebus dgn keledek atau di buat masak lemak putih dgn keledek..memang super power tapi itu tekak aku masa kini lah..makan pulak dgn sambal belacan atau sambal gesek.perghh!!



Tapi hari tu kakak sedara aku ajar aku masak pindang pulak dgn daun ni..mekaseh kak Erna.
sedap bangat ni..anak2 suka sangat..tapi awas ya..you all perlukan santan yang banyak utk masak pindang n.sembilan..

ini rupa yang sudah di masak.abaikan la serai yg dok terkangkang tu..tak malu tul


bahan2

2 ikat pucuk cemperai
2 genggam ikan bilis-lg banyak sedap sbb manis kuahnya nanti
2 batang serai-di titik
20-25 biji cili api-di kisar halus
3 biji kelapa-buat tiga kali perah.kira ambil patinya sahaja
5 ulas bawang merah-di hiris halus
1 keping asam gelugor

garam secukup rasa

cara

masukan santan,garam,ikan bilis,bawang kecil,cili api kisar dan serai ke dalam kuali
jerang hingga mendidih.api jgn besar sangat
didihkan lagi hingga keluar minyak
masukan daun pucuk cemperai dan masak hingga daun empuk
dah siap.


Sunday, 24 October 2010

chapati roll with sardine and salad

Aku ke pasaraya Giant semalam,ternampak benda ni dok dlm cermin..rasa cam nak beli..isshh..tak cukup kalau beli.benda tu ada 2 keping je kat situ,terus aku reka sendiri je..harap2 rasanya tetap sama..aku tak tau nak namakan apa..tu yang aku namakan chapati roll with sardine and salad..hehe..memandai2 je aku kan..?
tapi serious rasanya sedap..anak2 suka sgt yang penting pakcik tu first time puji ngko..kalau tak tu makan senyap2 je..sedap ke tak sedap ke balun je..agak2 aku perut nya lapo dah tahap gaban kot..tu yang sekali makan sampai 2 keping..tak cukup 10 keping aku buat ni..

bahan2

chapati brand kawan
1 tin sardin
cili merah
saya letak 8 ulas cili api dan 2 ulas cili merah
mayonis
daun salad
butter

cara

hancurkan sardin dgn mayonis dan cili yang telah di tumbuk halus atau cili boleh juga di kisar guna mesin kering.kisar halus.
lenyekan sardin dgn mayonis
ketepikan
panaskan non stick pan dgn sedikit butter
letak chapati dan panaskan hingga masak
letak daun salad atas chapati
sapukan dengan sardin dan gulung atau lipat
sedia untuk di hidangkan.
minum dgn nescafe panas
kalau ada anak kecil tak perlu la letak cili

ini versi lipat sebab nak masuk dalam gambar..aku punya aku gulung je..senang terus ngap dalam mulut

Tom Yam Putih

Ini menu kami tengahari tadi..
hujan..lebat..sejuk..makan masam2..pedas2..memang laaa sedap..
ngeee..terkejut nengok putih ya..tom yam memang ada mcm2 versi ..tapi kali ni aku tak guna tom yam paste..saja nak ubah selera..guna pedas cili padi yang asli..perghh..sejuk2 makan cenggini jgn cerita banyak lah kan..meh layan resepi





bahan2

1/2 ekor ayam di potong kecil2,di bersihkan dan ketepikan
20 ulas cili padi-di ketuk
sedikit lengkuas-di ketuk
1 labu bawang besar-di potong kasar
2 biji buah tomato
2 batang serai-di ketuk
bunga kobis
kobis panjang
cendawan tiram-optional
2 batang lobak merah
1 kiub ikan bilis/ayam-jika suka
limau nipis
daun limau purut
daun ketumbar
garam


cara

jerang air bersama lengkuas dan serai hingga mendidih
masukan ayam,cili padi yang di titik,kiub dan renih hingga ayam masak
masukan bawang besar ,tomato,daun limau purut,daun ketumbar,garam dan perahan limau nipis(limau ikut rasa lah ya)
akhir sekali masukan sayur2an.
jgn lama sgt,rasa dan tutup api..
masakan yang sehat..tiada minyak..dan banyak sayur2an






tu nampak tu suci je daging ayam tu kan..kaler putih lagi tu

Puding Coklat Sos Kastad

salam hari minggu ya..waaah!hari ni kan menu tengahari tak siap lagi dah makan dessert plak..tunggang terbalik lah hidup aku hari ni..hujan2 ni asek ingat nak melantak je..

Ini aku ambik kat rumah DAYANG JACK...seperti biasa lah ya..org2 rajin cam aku ni cuma CnP je..hehe..ampon ya DJ..halal kan resepinya ya..
akak derhaka sikiiit je DJ,akak tambah whip cream atas sos kastad tu..permintaan anak2..






Puding Coklat Sos Kastard

Bahan-bahan : 5-7 orang makan

Puding Coklat :
  • 10 g serbuk agar2 (plain) Cap Tiga Ros
  • 500 ml susu segar
  • 250 ml susu cair
  • 100 ml air
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 2 sb susu pekat
  • 2 sb serbuk koko (bancuhkan dgn sedikit air panas)
  • 1 sb tepung kastard + 2 sb air
  • 1 sb mentega
  • 1 sk esen vanilla
Cara-cara : Larutkan agar-agar dan gula bersama 100 ml air. Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dgn api perlahan. Setelah itu, masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega. Sebatikan. Tutupkan api. Tuangkan ke dlm bekas bersesuaian. Sejukkan.
Bahan Sos :
  • 2 cawan susu segar/susu cair (DJ campurkan kedua2nya)
  • 2 sb tepung kastard
  • 4 sb gula pasir
  • 1 sk esen vanilla
Cara-cara : Satukan kesemuanya di dlm periuk. Kacau hingga tepung larut. Kemudian, dipanaskan dgn api kecil hingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi. Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian, hiaskan dgn coklat urai jika suka.


Nasi Goreng Ikan Sardin

Plan nak buat western breakfast hari ni tapi di sebabkan semalam anak2 meratah lauk, takmo makan nasi, maka hari ni aku plan buat nasi goreng je lah..sayang nasi sejuk tu...skang ni hujan lebat.makan nasi goreng pedas2 memang tak hengat lah kan..dulu pernah post resepi ni,tapi kali ni aku gubah lah sikit..setiap kali buat mesti lain2 cara nya..

bahan2

1 tin kecil ikan sardin-asingkan kuah
20 ulas cili padi(bergantung pd nasi)
2 ulas lada merah
3 ulas bawang putih
1 kiub ikan bilis-optional
1 butir telur
nasi sejuk
minyak

cara

panaskan minyak
kisar dgn pengisar kering atau tumbuk cili padi,cili merah dan bawang putih
bila minyak sudah masak,tumis bahan2 kisar
masukan garam dan kiub
masukan ikan sardin sambil tu hancur2kan ikan
dah elok masak ikan, pecahkan telur
masukan nasi
goreng hingga sebati
sedia untuk di hidangkan



nasi goreng ikan sardin yang sedap di goreng pedas2

Saturday, 23 October 2010

cendawan goreng lagi..

Pagi tadi aku kebas 1 kilo cendawan tiram kat pasar tani..geram amat2 aku tengok cendawan tu.
puas hati dapat goreng gaya cenggini..kali ni aku tambah lada hitam,lada sulah dalam adunan tepung tu..tapi anak2 lebih suka yang original..aku punya ada cili..rasa2 pijar sikit baru sedap kan..buat ni petang2 tadi waktu hujan turun....:D

rasanya no need to paste resepi kan..semua orang tau buat kot..


resepinya ada kat SINI...cuma kali ni aku tambah tepung beras dan serbuk lada hitam dan sedikit lada sulah..cubalah



Ayam Kung Pao


Salam semua,ni..hari ni mesti ramai member2 yang dok makan2 angin kat luar..bawak anak2 jenjalan..hah konyang la korang asek makan angin je..muahaaha
Aku senang hati,sebab hari ni aku dapat melepaskan geram aku kat Pasar Tani..
dah lama aku tak tengok sayur2 kampung..bila jumpa sayur mayur kampung tu,maka for sure korang akan jumpa masakan2 pelik n.sembilan dari aku..
Tapi untuk hari ni di sebabkan hujung minggu,kena layan tekak anak2 lah kan..ambik resepi dari rumah CMG..Mat,lagi sekali akak copy je ya..
issh...korang tau,mr suami aku tu mengalahkan budak kecik bila makan ayam nih..sedaplah agaknya tu..bila aku tanya sedap baaang,,...haram ngko tak mau jawap..huhuhu..





BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping dada ayam, hiris sederhana besar, cuci dan
toskan*
1 camca besar sos tiram*
1/2 camca teh lada sulah*
1 1/2 camca besar tepung jagung*(*disatukan, gaul rata dan perap 30 minit)
1/2 biji red capsicum, didadu
1/2 biji green capsicum, didadu
4 kuntum cendawan butang segar, hiris kasar (boleh ganti yg dalam tin atau abaikan)
8 tangkai cili kering, hiris serong, cuci dan lap kerin
g2
4 ulas bawang putih, cincang halus
1 genggam kacang gajus, digoreng keemasan, toskan
1 1/2 camac besar sos hoisin
1 camca besar kicap cair
1/2 camca besar kicap pekat
1/4 camca teh minyak bijan
3/4 camca teh gula



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak, goreng ayam yang telah diperap tadi hingga masak, angkat dan toskan. Tinggal kan kurang lebih 2 camca besar minyak masak. Masukkan cili kering dan tumis hingga harum, tambah bawang putih, tumis lagi, masukkan cendawan, red n green capsicum. Kacau rata.
  2. Masukkan sos hoisin, kicap pekat, kicap cair, minyak bijan, gula dan gajus tadi, kacau hingga mesra. Tambah ayam dan gaul hingga sos menyaluti daging ayam. Masak hingga sedikit kering. Rasa dan jika kurang masin boleh tambah sedikit kicap cair lagi. Angkat dan hidangkan panas...

Thursday, 21 October 2010

Kek Marble Susu

ni buat kek ni petang tadi..pi meronda kat umah izahdaut nampak kek nih..
zah,lagi sekali hakak CnP jer...masuk dlm list dah lama.rumah kengkawan yang lain semua dah buat aku je yang belum..tapi aku ada satu lagi resepi kek marble ni..takpe kali ni kita guna yang ni dulu..


KEK MARBLE SUSU

Bahan-Bahannya :-)
250 g mentega (nak sedap guna mentega berkualiti tinggi)
230 g gula halus
2 camca teh ovallate
4 biji telur gred A
270 g tepung halus*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
60 g susu pekat manis
2 camca besar serbuk koko
2 camca besar susu cair
1 camca teh coklat emulco

Cara membuatnya :-)
  1. Pukul mentega, ovallate dan gula halus hingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur. Masukkan susu pekat dan gaul rata.
  2. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak. Satu dibiarkan tanpa warna dan satu bahagian di campur dengan susu cair, serbuk koko dan coklat emulco. Gaul hingga sebati.
  3. Tuang secara berselang seli antara adunan tanpa warna dan adunan coklat dalam tin yang telah dilenser dengan mentega dan dasarnya dialas dengan kertas minyak. Kemudian buat beberapa pusingan dengan menggunakan chopstick.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 - 35 minit. Sejukkan 5 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan dan hias ikut suka..

Asam Pedas Ber nenas




ssalam semua..Jap je dah hari khamis kan..cepatnya masa berlalu..tak lama lagi dah nak sambut idul-adha dah..insyaallah semoga bakal2 haji dan hajjah kita mendapat haji yang mabrur kan..amiin
hari ni aku masak gitu2 je..asam pedas tapi kali ni aku letak buah keras,kalau lah aku leh makan belacan,mesti sedap kan..tapi nak buat camno..penyakit allergic ni baru nak beransur sembuh kang tak pasal2 habis naik ruam satu badan..tak aku nafikan memang sedap bila kita kisar semua bahan2 sekaligus..meh kita layan resepi..

Asam Pedas Bernenas(my style)





bahan

5 keping ikan tenggiri
20 tangkai cili kering
8 ulas bawang kecil
4 ulas bawang putih
4 biji buah keras
2 tangkai serai(jika serai besar 1 sudah memadai)
sedikit kunyit hidup
belacan jika suka
daun kesum
1 kiub pati ikan bilis
1 mangkuk air asam jawa (ikut banyak mana nak kuahnya)
garam
nenas (ikut suka byk mana)
minyak


cara

kisar atau blender semua bahan yang bertanda merah.
panaskan minyak dan tumis bahan2 yang di kisar hingga naik bau
masukan kiub dan air asam jawa
masukan garam dan ikan
masukan nenas
kecilkan api dan renih masak asam ini hingga keluar minyak
bila nenas sudah masak rasakan garam
tutup api dan sedia untuk di hidangkan..


Wednesday, 20 October 2010

Sup Daging Pedas masam

Salam semua,hari ni lewat sikit masuk n3,..line lembap sgt hari ni..malas tul rasanya nak melayan internet lembap..tekak rasa nak makan benda pedas2..
ada daging dlm esbok..idea pulak ke laut..langsung gi geledah rumah CMG jumpa le daging pedas masam...aku letak banyak tul cili api..puas rasanya..you all jgn ikut aku,aku ni kan org negori,selera pedas tu dah sebati dlm tekak aku ni hah....meh layan resepi dari rumah Cik Mat gebu kita....



saja letak kurang daun2 tu,bior korang nampak tongkol2 daging seketul2..hahaha


BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram daging,hiris nipis, cuci dan toskan
1 biji tomato, belah 8
2 inci halia tua, hiris halus
5 ulas bawang putih, hiris halus1/2 inci kunyit hidup, hiris halus
10 biji cili padi, diketuk-huiih aku letak lebih..takmo ckp malu
Garam secukup rasa
5 biji limau kasturi, ambil jusnya
Air secukupnya untuk merebus
Hirisan daun sup, untuk hiasan
Hirisan cili padi, untuk hiasanBawang goreng, untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan daging tadi bersama, halia, bawang putih, kunyit hidup dan cili padi ketuk. Tuang air secukupnya dan masak hingga mendidih. Kecilkan api dan renih hingga daging empuk.
  2. Tambah garam secukup rasa dan jus limau kasturi (yang ni bergantung pada tekak masing2, nak masam tambah lebih, nak kurang masam letak sikit yea). Kacau dan masukkan tomato, biar masak sekejap. Rasa dan jika ok matikan api.
  3. Senduk sup dalam bekas sesuai, tabur hirisan daun sup, bawang goreng dan hirisan cili padi. Hidangkan segera selagi hangat....

Tuesday, 19 October 2010

Kek Oren Lembap


Salam semua,Eh!..kenapa kek ku ini pendek??..muahaaha...ini adalah kerna tidak ada stok tepung naik sendiri dalam rumah ku ini,jadi hakak sudah derhaka sama CMG...memandai2 ubah resepi guna tepung bese2 je..pastu aku kawinkan le tepung tu dgn baking powder..eh okay apa..rasa nya tak lari..bau oren nya tetap harum hingga membuatkan mr suami ku tak sabar2 nak merasa..kek ni memang sedap dan gebu dan jugak moist..tak percaya? cubalah!!
resepi aku ambik dari rumah cik mat gebu yang famous amos tu..




BAHAN-BAHANNYA :-)
130 gram mentega
1 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)
1/2 cawan gula halus dan asingkan 1 camca besar
2 biji telur gred "A", asing putih dan kuning
1 biji oren, parut kulit (bahagian kuning sahaja) dan perah jus




CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser bunt-pan dengan mentega, atau guna acuan silicone. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula hingga putih, masukkan kuning telur satu persatu dan putar hingga gebu. Masukkan parutan kulit oren, putar sebati.
  3. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang seli dengan jus oren, hingga habis, pastikan bahan terakhir ialah tepung. Putar rata. Ketepikan.
  4. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan 1 camca besar gula halus yang diasingkan dari 1/2 cawan tadi dan terus putar hingga kental.
  5. Gaul putih telur dalam adunan no 3 dengan kaedah kaup balik, hingga rata dan sebati. Tuang dalam acuan tadi dan bakar selama 40 - 45 minit, cucuk dengan lidi sate jika keluar bersih tanda kek anda telah masak. Keluarkan dari acuan dan sejukkan atas jaringan sepenuhnya..

pulut dan sambal ikan bilis berpetai

Alhamdulillah,sempat jugak lah aku menanak pulut buat mr suami sebelum beliau bertolak ke muar pepagi tadi..ceritanya semalam aku teragak sangat persis org mengidam nak makan petai..entah kenapa lah kena dgn tekak aku ni,..(wey!..adik2 manis semua..aku tau apa ada dlm otak korang tu..takde makna aku ni ngidam bersebab..aku dah nak masuk episod baru dah ni menuju ke alaf setengah abad..haha)
maka petang semalam aku pun masak le sambal tumis ikan bilis berpetai..tetiba mr suami berkata..kalau ada pulut sedap ni..hadoi ..lepas suboh tadi aku tanak le pulut ni..tanak cam masak nasi tu je..tak sempat nak ngukus dah..meh layan resepi ya...


bahan2

2 cawan beras pulut(buat ciput je)
santan secukupnya
daun pandan
serbuk kunyit-optional
garam-jika suka

cara

basuh beras
masukan beras dalam periuk rice cooker
masukan santan betul2 paras lebihkan sedikit saja dari paras beras
masukan serbuk kunyit jika suka
masukan garam-saya tak letak
masak seperti biasa kita masak nasi.

p/s santan tak boleh banyak nanti kembang semacam tidak juga boleh sedikit nanti keras kematu




sambal tumis.resepinya sila lihat di SINI.cuma aku tambah petai je.



P/s hakak ni baru belajar camne nak letak teknik pencahayaan yang betul utk bg gambo2 nampak menarik..utk sementara layan je lah dulu gambo2 kelam dari blog suci ku ini ya..hehe

Monday, 18 October 2010

tukar cat lagi

salam kepada kekanda2 dan adinda2 di rumah main masak2 ni ya...kekanda terpaksa tukar langsir lama yang gelap gelita ni balik sbb nya pihak penaja tak dapat masuk ke rumah yang cantik buatan kayu jati tu...huhuhu..
berpeluh2 ni tau..apa nak buat..
kekanda pun perlukan modal utk main masak2 kan..kalau penaja tak ada mcm mana nak beli barang dapur kan..
ni lepas ni nak ke kedai nak beli lampu kalimantan pulak..kalo tak nanti tercekik pulak adinda2 dan kekanda2 semua bila datang makan nanti..maklum,rumah gelap..nak letak cat putih tuan rumah ni rabun silau..
muahahaha...golak bosar lah korang yo..!

Saturday, 16 October 2010

Pajeri nenas

salam semua,lambat sedikit aku masuk n3 hari ni.bukan apa maklum hari sabtu..rumah ni memang jadi pusat tempat adik2 aku balik berkumpul..kira hari ni hari keluarga lah ..
Aku sebenarnya dah lama ngidam nak makan pajeri nenas nih..rasa masam2 manis..tapi aku ngidam yang takde isi..jgn pikir yg bukan2 pulak ya..
kuah nampak sedikit hitam,sebab aku jerang lama sikit dgn api yg perlahan sebab aku nak biar betul2 mesra rempah tu masuk dlm nenas..kalau nak cenggini,utk makan sekeluarga boleh lah ya tapi kalau untuk kenduri,alamak sampai esok pagi nya lah tetamu kena nunggu pajeri nenas korang...kekekeke.....




pajeri nenas
Sumber Resipi : Kak Liza @ Chef Hanieliza
Bahan-bahan
  • 1 biji nenas [potong kecil]
  • 3 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
  • 1 inci halia ]
  • 5 ulas bawang merah ] tumbuk

  • 2 ulas bawang putih ]
  • 1 sudu besar udang kering [tumbuk] -
  • 1 inci cm kulit kayu manis
  • 6 sudu besar rempah kari ikan [bancuh ngan air]
  • 4 sudu besar minyak
  • 2 sudu besar gula merah/putih
  • 2 sudu besar kerisik
  • Garam secukup rasa
  • 1 tangkai daun kari -




Cara membuat

1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk, kulit kayu
manis dan rempah kari yang digaul dengan air.
2. Masukkan kerisik dan nenas. Kacau supaya rempah tidak melekat pada
periuk.
3. Masukkan santan dan garam serta gula merah/pasir.
4. Masak hingga kuah pekat dan naik minyak

Nota Tambahan
Selain daripada nanas, terung panjang, terung peparu, mangga atau buah kedondong juga boleh digunakan untuk masakan paj

Friday, 15 October 2010

Pari Bakar Bersambal

Di sebabkan terliur menengok pari bakar bersambal kat rumah izahdaut,aku dah tak boleh tahan terus rembat ikan pari kat pasar tani semalam..beli sepotong je sbb mr suami tak makan ikan pari..resepinya aku adjust sana sini le kan..tu izah guna utk 3 potong...hehe
mm..memang sedap izah..anak2 suka..mekaseh ya..mmmmuuaah..lap u lah
akak nya nampak sedikit lebam kan..ni ada daun pisang dan sengaja tak potong kecik2 ikan tu.
jadi membakarnya lebih lah masa sikit..
tu nampak biji cili tu,si ainul yang blend...malas nak gunting halus cili ni lah mak..katanya..
akak CnP je ya zah,senang keje...





PARI BAKAR BERSAMBAL

3 potong ikan pari
Bersihkan pari dan lumurkan sedikit garam dan kunyit. Ketepikan.

Bahan Tumis:

2 batang serai
2 biji bawang besar
3 biji bawang putih
15 tangkai cili kering
belacan sebesar ibu jari
gula.garam
air asam jawa

Blendkan semua bahan di atas kecuali serai. Serai di racik kasar. Tumiskan semua bahan sehingga garing selama 30-40 minit. Perasakan dengan garam, gula dan air asam jawa.

Bahan sayur:

5-6 batang bendi-potong sl ice
1 biji tomato-potong slice
2 biji limau kasturi
5-6 helai daun limau purut- racik






Sediakan aluminuim foil, alaskan dengan daun kunyi t atau daun pisang. Saya tak alas sebab tak de daun, hanya guna aluminuim foil je. Taburkan sedikit daun limau purut ke atas foil, kemudian letakkan sebahagian sambal. Kemudian susun ikan pari di atas sambal. Tuang pula kesemua sebahagian sambal tadi ke atas ikan pari tadi. Taburkan dengan lebihan daun limau purut dan taburkan semua sayur yang dipotong. Bakar pada suhu 200 C selama 40 minit. Angkat dan perahkan limau kasturi. Siap dihidang.