Assalamualikum semua..
Oh!kakak2 dan adik2..sila jangan menyampah tengok entri hari ni..buat izahdaut nanti kita set pertemuan dan akan akak lambakkan segala menu pilihan masak lomak kesukaan ko.ya zah?.
Begitu jugak buat adik2 yg lain..jgn risau..insyaallah akan akak tunaikan..tunggulah blogger masak2 buat majlis makan2 ya..hehe(entah bila lah tu)
Entri ni sepatutnya akak post kan semalam.memandangkan semalam akak tak ada masa,lepas masak terus ke rumah adik ipar untuk menziarah PIL..sebab nak hantar lauk dan sedikit kueh.
Saja mau meringankan beban tuanrumah.maklum hujung minggu pasti ramai yg dtg menziarah kedua2nya..
Kali ni akak masak lauk masak lemak ni dalam kuali..
Ikan Tenggiri masak lemak peria
by anymz my kitchen
Bahan2
1 ekor ikan tenggiri size sederhana-di bersihkan,di cuci dgn garam dan asam jawa dan kerat ikut suka dan di lumur dgn sedikit garan dan serbuk kunyit.-ketepikan
25 ulas cili padi-ikut suka,jika tak suka pedas boleh kurangkan
sedikit kunyit hidup-tumbuk bersama cili padi
2 keping asam gelugur atau asam keping
rm 4(santan da naik harga) santan segar-anggaran 2 biji kelapa.-ketepikan 1 cawan
3 cawan air
3 sb air
3 biji peria-belah dan rendam dalam air bergaram
garam secukup rasa
2 ulas limau kasturi- di ambil airnya
cara
jerang kuali atas dapur
masukan ikan,cili padi dan asam keping dan kacau rata.masukan 3 sudu besar air.kacau
masukan santan dan air.kalau kurang kuning boleh tambah sedikit serbuk kunyit.
masukan garam.kacau selalu dan hati2 jgn pecah ikan
dah mendidih masukan peria dan rasakan garam..kalau kurang garam,boleh tambah.
kacau selalu supaya tidak pecah minyak
dah mendidih masukan 1 cawan santan yang sudah di ketepikan.kecilkan api dan biarkan ia merenih hingga keluar sedikit minyak.
Akhir sekali masukan air limau kasturi.tutup api dan sedia untuk di hidangkan..
meh makan