Tuesday, 31 May 2011

English Cottage Bread


Assalamualaikum semua
Minta maaf lah hari ni agak lambat akak bersiaran..sibuk sangat hari ni,maklum cuti2 sekolah ni banyak sangat aktiviti yang tidak di rancang..kejap ke KL sekejap ke Melaka.entah apa2 yang di sibukkan tak tau..menyibuk2 kan diri sebenarnya ada laaaa..hehe
Ni akak buat roti ni sebaik aje akak terima oven breadmaker hadiah dari adik semalam..nanti2 akak update post tentang oven tu ya dan jugak nak mintak tolong korang akak ajar guna oven jenis ni.breadmaker yang uli2 terus dia bako..tak dan akak nak ketul2kan jadi bun..seb baik mula2 akak buat ni akak guna english bread dari cik mat gebu kita ni..memang gebu arrrr roti ni.sedap cicah dgn air milo atau kopi..meh dok sini kita sembang2..meh..


English Cottage Bread
by
anymz mykitchen
Source:CMG


BAHAN-BAHANNYA :
200 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
30 gram gula halus
5 gram garam halus
10 gram susu tepung
1/2 camca teh bread improver
1 3/4 camca teh instant yeast
30 gram telur (kacau 1 biji telur, dan timbang)
130 ml air sejuk (dari peti ais)
30 gram mentega
Sedikit mentega, untuk disapu*
Sedikit gula untuk ditabur*

CARA MEMBUATNYA :
  1. Satukan bahan diatas kecuali yang bertanda (*) dan mentega. Gaul hingga semua sebati dan menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat adunan yang kenyal dan lembut. Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan bungkus bekas tadi dengan plastik, perap 1 jam atau hingga naik sekali ganda.KAEDAH LAIN :-Masukkan semua bahan untuk doh ke dalam Breadmaker, kecuali bahan bertanda (*). Pilih setting untuk "doh" dan tekan "on". Tunggu hingga siap.
  2. Gris acuan berukuran 8 inci x 5 inci x 5 inci dengan mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Kemudian gulung doh tadi seperti swiss roll, kemaskan dan masukkan ke dalam acuan tadi. Biar kan selama 45 minit hingga naik.
  3. Dengan menggunakan pisau tajam, toreh memanjang permukaan roti tadi. Sapu sedikit mentega dan tabur dengan gula. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 30 minit atau kuning keemasan bergantung pada oven masing2.
  4. Bila roti masak, keluar dan sejukkan atas jaringan sepenuhnya...

Sunday, 29 May 2011

BBq at Port Dickson

Assalamualaikum semua
Alhamdulillah..Akak dah balik..hehe..
Seronok betul menghabiskan hari minggu di pantai Port Dickson..
Tempat yang akak pilih untuk berkhemah dan berkelah ni tempat yang sungguh cantik sekali pemandangannya..kalau ada sesiapa yang ingin membawa keluarga berkelah dan berkhemah di Port Dickson,akak syorkan pergilah ke Pantai Politeknik di PD..

Kami panggil pantai ni dengan nama pantai Poli sebab utamanya ialah pantai ini terletak di hadapan Politeknik Port Dickson..kedudukan nya betul2 di belakang Hotel KAYNS.tapi sayang sekali akak tak ambik gambar banyak sebab leka bersembang dan bergelak ketawa di sini..
Anak2 cuma sempat snap gambar masa mula2 sampai dan masa sedang mengipas ayam..selebihnya bila dah masuk dalam laut semua sudah terlupa untuk snap2 gambar tapi percaya lah tempat ni memang strategik sekali..cuma akak nasihatkan kalau mau ke pantai Poli ni jgn lupa bawa air kosong banyak2 sebab tempat ni tak ada toilet..kalau sesiapa mau berkelah ke sini dan tak tau tempat boleh lah email akak ya..


Akak yang mula2 sampai.so akak cop port sini.kat pokok besar ni..redup yang amat.


bersihkan pantai dia.sebab kedudukannya betul2 di belakang hotel jadi pantai ni agak terpelihara.memang bersih


Tengok tu.akak tak tipu..putihkan ?



tengah usha2 siapa nak naik pencil boat ni dulu.


lagi satu pic untuk membuktikan kat you all yang akak bercakap benar

sambil anak2 mandi manda..ayah bakar ayam dulu.

Ayam yang sudah hampir siap dan boleh di makan..
Resepi perapan untuk bbq nanti akak bagi ya.
Sekian Terima Kaseh
Selamat Bercuti semua..



Friday, 27 May 2011

Talam Sagu Berlapis

Assalamualaikum
Hari ini terlewat akak bersiaran.
Sibuk di dapur sebab ada projek yang nak di jalankan hujung minggu ini.
Sepatutnya akak masukkan entri ini dua hari lepas..tapi sampai hari ini akak tak tau kenapa hanya gambar yang satu ketul ni aje yg dapat di upload..entah di mana silapnya akak tak tau lah..Gambar yang ini pun ambil masa dekat sejam baru dapat.. hadoii!! ... loteh den.nak ambil gambar sekali lagi kueh nya pulak dah tak ada..internet bermasalah ke?...tak tau lah ek..?

Dah ramai yg buat talam ni.sedap kan?..
Terima kaseh kak wan dan yatie atas resepi talam yang sedap ni..tak sempat akak nak BW..lagi.insyaAllah mlm2 ni kalau ada masa akak jln2 ke rumah u all semua eh..mmmmuuuaaahhhh


Talam Sagu Berlapis
by
anymz mykitchen
Source:YATIE
source:KAK WAN


Bahan-bahan
  • 80gm sago (saya guna 100 gm)
Bahan A
  • 230gm tepung beras
  • 100gm tepung ubi / tepung sagu
  • 400ml santan pekat KARA
  • 350ml air
Bahan B
  • 350gm gula
  • 300ml air
  • 3 helai daun pandan
Loyang 9" empat segi


Cara

  1. Didihkan air yang banyak, masukkan sago dan masak hingga sago menjadi jernih. Tos dan siram dengan air paip. Ketepikan.
  2. Masak bahan B hingga gula larut. Ketepikan.
  3. Satukan semua bahan A, masukkan bahan B, gaul rata dan tapis.
  4. Ketepikan 300ml adunan untuk lapisan atas, masukkan pewarna hijau dan esen pandan. Ketepikan.(Saya letak pewarna kuning)
  5. Kemudian masukkan sago yang di toskan tadi ke dalam baki adunan. Bahagikan kepada 2 bahagian dan warnakan setiap satu dengan warna hijau dan merah atau warna di sukai.
  6. Tuang 1/2 bahagian dari adunan hijau ke dalam loyang 9" yang telah dileser dengan sedikit minyak. Kukus selama 5 minit.
  7. Tuang 1/2 bahagian dari adunan merah, kukus selama 5 minit. Ulangi melapis adunan hijau dan merah berselang seli hingga habis.
  8. Akhir sekali tuang adunan lapisan atas, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit. Biarkan betul-betul sejuk baru di potong.

Thursday, 26 May 2011

Kek Oren Berdadih

Assalamualaikum
Terlebih dahulu nak ucapkan ribuan terima kasih pada Ummi yang sudi mencuba talam mini kacang.Bukan lompang kacang ya izahdaut.hahaha..
Kenaikan traffic yang tiba2 telah membuat akak menjadi musykil,..why?why?.. rupa2nya sifu masak2 kita ada dok mengintai2 ke sini..

Okay kali ini akak mencuba resepi yang akak ambik dari majalah jelita keluaran tahun 1997..
Rasa2nya kek versi gini dah selalu buat kan..?

Akak sebenarnya terpikat pada gambar kelembapan kek yang ada dalam majalah tu.tapi akak tukar dadih ke yogurt.cadangan sebenarnya nak buat apam yogurt yang femes tu tapi bila tgk kek ni langsung takleh blah betul lah..terus akak godek2 mixer dan bako aje..alhamdulillah memang sedap dan tidak menghampakan langsung cuma kalau korang nak buat lain kali kurangkan gula nya ya.dan juga kalau rakyat tak ramai tu elok lah buat setengah adunan je..

kek oren dadih
by
anymz mykitchen
source:majalah Jelita 1997




bahan2

250 gm mentega
400 gm gula kastor-lain kali kurangkan ke 300 gm
2 camca teh serbuk parutan oren
1 camca besar oren sunquick-akak tambah
6 biji telur
1/4 cawan tepung berserbuk penaik
370 gm tepung
166 ml dadih-akak guna yogurt asli



cara

Putar mentega bersama gula kastor,parutan oren dan oren sunquick hingga kembang
Masukkan telur sebiji demi sebiji,putar lagi hingga ia kembang dan sebati serta agak pucat.
Masukkan tepung berserbuk penaik bersama tepung gandum berselang seli dengan dadih.
Putar sebentar hingga ia sebati.
Ratakan adunan di dalam tin bakar pilihan yang di lengser dengan sedikit mentega dan di tabur sedikit tepung gandum.
Bakar ia pada suhu 160 selama 1 hingga 1 1/2 jam.


Wednesday, 25 May 2011

Gempa Bumi


Assalamualaikum semua

Sudah selalu buat tak pernah pulak jadi macam ni.mana silapnya tak tau lah.Puas sudah di kaji selidik..entah2 bekas acuan tu dah di godek dgn span besi oleh maid yang datang tu hari..oh tidak!!!..kalau dia sental guna menda alah tu sudah confirm acuan ni calar balar dan sudah tidak menjadi non stick lagi..mmmm..nak salahkan orang ke atau memang aku yang silap teknik..?

Rasa2nya nak salahkan orang lah.Tak pernah pulak jadi cenggini sebelum ni.Bukannya sekali dua buat.dah banyak kali dah.....

Buruk betul rupa kejadiannya tu kan?..macam di landa garuda je.
Geram sakit hati semua bersatu..mati kutu akak di buatnya..konon2 dah masak nak hadiahkan pada seseorang

Hah!!!,...akak tau siapa yang terkekek2 gelak atau senyum2 simpul.....

Oh ya..Resepinya di SINI


sekian lah hiburan pd malam khamis
terima kaseh kerana sudi singgah dan senyum.

Kari Ikan ala India

Assalamualikum semua.
Ini entri selingan sebenarnya..saja letak buat rujukan anak2 di masa akan datang..
Akak buat kari ni hari rabu lepas.ambik resepi dari rumah mamahawa,dari s'pore.hawa ambik dari rumah ayu dan CMG.kita panjang2kan lah resepi yang simple tapi sedap kan.
selalu kita masak kari main suka2 letak apa2 kan..bila nak masuk resepi dah kacau bilau jadinya..jalan mudah untuk rujukan anak2 kita kopipes je dari rumah sahabat2..resepinya aje kan?..gambar nya gambar yang kita masak lah..hehe


Kari Ikan Ala India
by anymz mykitchen
source:CMG
mamahawa



Kari Ikan Ala India

Bahan-bahan ( 6 - 8 orang )

  • 1 ekor ikan merah, dibersihkan dan potong ikut suka-akak guna ikan tenggiri
  • 2 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 3 biji cili merah*(*dikisar halus)+mam tambah serbuk cili,akak pulak tambah 1 mangkuk kecil cili kisar
  • 3 camca besar rempah kari ikan (mat guna rempah "babas"+(Ayu tambah 3 sudu besar lagi sebab nak banayk kuah)-mama pun-akak juga
  • BAHAN2 TUMIS:-
  • 2 ulas bawang putih, dihiris halus (kalau besar guna 1 ulas saja)
  • 4 biji bawang merah kecil, dihiris halus
  • 1 camca teh halba campur (terdiri dari halba, jintan putih/kasar dan biji sawi)-akak guna talippu.
  • 2 tangkai daun kari
  • BAHAN2 LAIN:-
  • 2 keping asam gelugor+(Ayu tambah 1 keping lagi)- mama ltk asam jawa-akak pun letak asam jawa
  • 2 biji terung. dipotong dan goreng separuh masak-(mama gunakan bendi)
  • 3 biji tomato, dibelah dua
  • 1/2 cawan pati santan (guna santan kotak)-mama x letak tapi akak letak
  • Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)-akak guna 1 kiub pati ikan bilis
  • 2 biji cili merah/hijau, dibelah dua, jgn putus
  • 1 biji mangga muda-(Ayu tambah) - akak letak bendir


Cara-cara
  1. Bersihkan ikan, perap dgn asam limau dan garam, cuci bersih dan toskan. Satukan rempah kari ikan dan juga bahan2 yg telah dikisar tadi. Gaul rata.
  2. Panaskan 1/2 cawan minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga wangi. Masukkan rempah yg telah dibancuh tadi dan masak hingga terbit minyak. Gunakan api perlahan.
  3. Masukkan air (kurang lebih 700ml, atau ikut suka), dan kacau. Biar hingga mendidih. Masukkan ikan, asam gelugor dan perasakan dgn garam, gula dan serbuk perasa jika suka.
  4. Bila mendidih, masukkan pati santan, terung, tomato dan belahan cili hijau dan merah. Biar mendidih seminit dua. Matikan api dan boleh dihidangkan panas2.



Talam Terang Bulan

Assalamualaikum

Unik,Cantik dan Sedap...itulah tajuk yang terdapat dalam majalah saji keluaran Ogos 2006.
Akak teringin sangat nak tau bagaimana rasanya kuih talam ni..tgk dlm majalah tu,ala2 kueh bakul yang dihidangkan masa Thn Baru Cina tapi tengok yang kaler hijau tu di buat dari pulut pulak..aaaahhhh!..baik ku cuba..kata akak dlm hati.kebetulan semua bahan2 ada dlm rumah
Hasilnya memang sedaaaaaaaaaap...tapiiiiiiiiiiiiii...adeh lemaknyaaaaaaaa ..lepas makan rasa masa tu jugak nak pusing padang 10 round.
Nampak cam leceh je nak buat pada mulanya,..mula2 kukus pulut lepas tu keluarkan pulut masukan ke dalam acuan yang lebih kecik.akak guna acuan cupcake aluminium foil tu je.ekceli takde lah susah mana sgt pun kalau korang ada banyak masa..dan untuk merasa satu kelainan eloklah di cuba talam ni..tak rugi dan tak menyesal..


Talam terang Bulan
by
anymz mykitchen
Source:majalah saji


bahan A

300 gm beras pulut (rendam 3 jam dan bubuhkan pewarna hijau)
100 ml santan pekat
200 ml air
1 sk garam

bahan B

130 gm gula
40 gm tepung kastad
150 ml santan
200 ml air
2 biji telur
1/4 sk air abu
1/4 sk garam

bahan C

mentega kacang


Cara

Beras pulut yang di rendam di toskan terlebih dahulu.
Kemudian satukan bahan A (beras pulut,air,santan dan garam) dan kukus selama setengah jam.
Cara mengukus terserah kepada anda.Boleh di lapikkan dengan daun pisang ataupun di kukus dalam loyang.setelah pulut tanak,tuangkan ke dalam mangkuk kecil.Tekan agar ia padat.
Lubangkan bahagian tengah untuk di letakkan intinya.

Satukan pula bahan B,kemudian tapis dan masukkan ke dalam periuk.
Kacau sehingga ia naik wap.
Tuangkan ke dalam pulut yang di lubangkan tadi dan letakkan mentega kacang di tengahnya.
Kukus selama 20 minit sehingga masak.
Angkat,biarkan sejuk dan hidangkan.

sepatutnya bahan2 B kena masak hingga naik wap.tapi akak tak buat.tu yang kaler putih tu.
sepatutnya warna perang.agaknya sebab tu lah peanut butter tu cam lidah terjelir je rupanya..

Tuesday, 24 May 2011

Oreo Cheese Cake Lagi-HAPPY BIRTHDAY

Assalamualaikum

Alhamdulillah berkesempatan jugak akak membuat oreo cheese cake untuk Ainul bawa ke sekolah..Hari ini harijadi Ainul yang ke 15 tahun di kongsi bersama abangnya yang sulong Mohd Azfar yang menyambut harijadi nya yang ke 26 tahun pada hari ini..Ainul mintak akak buat oreo cheese cake buat sahabat baiknya Nysa yang akan menyambut harijadinya pada hari esok 25 hb..seronok ada kawan baik yang boleh di kongsi hari bahagianya bersama2 kan?
Akak dah beberapa kali buat cheese cake..Boleh rujuk di SINI.cuma kali ini akak buat dalam acuan cup cake untuk memudahkan Ainul bawa ke sekolah dan berkongsi bersama sahabatnya itu..

Oreo Cheese Cake
by
anymz mykitchen
source:buku Pn NorAini Zakaria


bahan kek

250gm krim keju
250gm krim putar
80gm gula castor
60ml air
15gm gelatin halal
3 keping biskut oreo di ramas kasar

cara membuat

sediakan tin 7" jenis 'loose tin' yang boleh di buka di bawahnya.
Biskut: Tuangkan mentega ke dalam serbuk biskut oreo dan di gaul rata.Tekan pada dasar acuan hingga padat.sejukan dlm peti ais selama 30 mint.

Kek:Pukul krim putar hingga kembang dan pekat
simpan dalam peti sejuk sebentar.

Dalam bekas lain,pukul krim keju,krim biskut oreo dan gula castor hingga kembang dan berkrim.
Panaskan gelatin dan air hingga cair.setelah sejuk tuangkan gelatin dlm adunan keju dan di pukul sebati.
masukan krim putar yang telah di pukul tadi dan pukul sebentar saja.
Biskut oreo yang telah di ramas kasar di masukan dalam adunan dan di gaul rata,
Tuangkan atas lapisan biskut oreo yang telah keras.
simpan dalam peti sejuk selama 5 jam.



lain kali kena penuhkan





Mohd Azfar dan NurAinul Hanis semoga Rahmat Allah sentiasa bersama mereka.Semoga panjang umur,di murahkan rezeki dan di tetapkan iman..semoga kalian menjadi anak2 yang bertaqwa dan memperolehi kebahagiaan di dunia ini dan jugak di akhirat nanti.amiiin




Monday, 23 May 2011

Masak Tempoyak Ikan Kembong

Assalamualaikum semua

Menu ni akak dah terlupa masak hari apa.tapi cara akak masak akak ikut kawan yang tinggal berdekatan dgn rumah akak ni yang berasal dari Temerloh.masa en suami bawak lauk ikan patin masak tempoyak dari Temerloh tu hari,en suami beria2 menghirup kuahnya dek kesedapannya..apa tak sedap,1 keping ikan patin tu berharga RM30.mahai sungguh.meh kita tengok resepi yang luar biasa ni ya.en suami kata sebiji macam yang Temerloh tu punya..hah!..yo lah tu bang.kekeke... tu kat tekak cik abg akak lah ya..akak kata luar biasa sebab rasanya sedap tapi tak ada bawang langsung.
Akak guna ikan temenung je sbb ikan patin kat sini akak tak jamin sedap..takot membazir.sayang tempoyak tu nanti.(kes kedekut tempoyak lah ni)


Masak tempoyak Ikan Kembong
by
anymz mykitchen


bahan2

5 ekor ikan kembong yang bersaiz besar-di bersihkan dan di toskan-akak guna ikan saiz sedang2 je
2 batang serai*
20 biji cili padi*
kedua2 bahan bertanda * akak kisar sekali dgn air hingga hancur
2 atau 3 senduk tempoyak
4 batang daun kesom
bunga kantan jika suka-tapi akak tak letak sbb takde stok
sedikit garam
sedikit gula-jika perlu
2 keping asam keping-jika perlu
air

cara

Sediakan air agak2 tenggelam ikan
Masukkan tempoyak,cili padi dan garam
Jerang hingga mendidih
Masukkan ikan,daun kesom
Masukkan sedikit gula jika perlu
Jika kurang masam masukkan asam keping
Rasa masak asam tempoyak mestilah ada rasa2 manis,masam dan masin
Jerang hingga mendidih dan sehingga ikan masak
Bila sudah sebati rasa2 itu tutup api dan hidangkan



*Akak blend serai sebab rasanya sekata.sedap.
menurut akak yang berasal dari Temerloh tu,mak dia buat memang langsung tak guna bawang.
betul lah memang sedap rasanya.kalau korang buat tak sedap,bukan salah akak lah tu yo..


Sunday, 22 May 2011

Puding Triffle

Assalamualaikum

Terlebih dahulu akak nak ucapkan salam takziah buat keluarga anak2 yatim dan anak2 Hidayah Madrasah Al-Taqwa,Hulu Langat yang telah terkorban di kejadian tanah runtuh semalam..dari Allah kita datang dan kepada Allah kita di kembalikan.Allah lebih mengetahui.semoga roh mereka di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh.
InsyaAllah. amiiiin

Akak buat triffle ni sekali dengan Nasi Ayam Goreng tengahari tadi.buat triffle sebagai hidangan pencuci mulut.maklum cuti2 ni biasanya en suami suka sangat bagi soklan2 cepumas.seperti tak ada apa nak makan ke?..takde dessert ke?..
Triffle ni akak buat dapat dua bekas mcm yg dalam gambar.memang dapat banyak dgn resepi Nor ni.sedang elok untuk akak seisi keluarga.
Resepi akak dapat dari rumah Nor,SecubitGaram hasil dari sekodeng rumah Nor mlm tadi..Nor, dapur Nor akak dah kemas,kalau masih bersepah jugak maknanya ada orang lain yang datang lah tu..hehe



PUDING TRIFFLES
by
anymz mykitchen
resipi : K.Hanieliza

Bahan-Bahan:
1 bungkus kek swiss roll
1 kotak agar-agar segera (Lady's Choice) - perisa strawberry
1 tin fruit cocktail
2 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula
3 cawan susu segar
1 sudu teh serbuk agar2 ~ yg ni K.Nor tambah




Cara:
1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan kepekatan. angkat dan biar sejuk. (campurkan sekali serbuk agar2)
2. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas [kalau nak cantik..masukkan dlam bekas kaca..nanti nampak lapisan triffle ni] sehingga penuh.
3. Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi.
4. Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.
5. Taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut.
6. Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.
7. Masukkan ke dalam peti sejuk.

Nasi Ayam goreng

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah.bertemu juga kita di hari minggu yang sunyi ni..seperti biasa rakan taulan blog memang selalu menyepikan diri..ini termasuk lah pada puan tanah ni hah..hari ni sebab takde hal di luar,jadi elok je lah puan tanah dok kat rumah dan bereskan apa2 yang patut kan?
Ini lah menu makan tengahari kami sekeluarga hari ini..
Resepi akak ambik hasil skodeng dari blog kawan baik di alam maya nor,secubit garam..nor ambik dari ika,mek siam,ika pulak ambik dari rumah kak cik manggis..fuuhh..!..jauh berjalan resepi nih.alhamdulillah semoga di berkati pada yang empunya resepi..terima kaseh banyak2 atas resepi yang sungguh sedap..cik abg makan sampai tak hengat..lain kali boleh buat lagi..
Akak cNp resepinya dari dapur nor di sini buat rujukan di masa akan datang.terima kasih semua dan selamat menjamu selera dan semoga bahagia di hujung minggu....



Nasi Ayam Goreng
by
anymz mykitchen



Bahan-bahannya:

* 1 ekor ayam- di potong 12 ketul
* 2 sudu kecil garam*
* 1 sudu besar serbuk kunyit*
* 1 sudu besar rempah kari*
* Caranya=> ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
* Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.

Bahan Utk Masak Nasi
  • 1 sudu rempah kari
  • 1 inci halia-tumbuk kasar
  • 4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
  • 2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
  • 1/2 labu bawang besar-potong dadu
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • sedikit kiub ayam
  • sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
  • 2 bay leaves/ daun ketumbar
  • 4 cawan beras basmathi-cuci toskan
  • 4 1/2 cwn air
  • 1/2 cwn susu cair
Cara-Caranya:
  1. Panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk, serbuk lada hitam dan rempah kari hingga wangi.
  2. Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
  3. Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.
  4. Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam, kiub ayam dan daun ketumbar. Masak nasi hingga masak.

boleh juga sediakan kuah sup dan sos pedas macam kita makan nasi ayam yang biasa tu.
Akak tak buat.rasa malas pulak.maklum hari minggu..rasa nak berlingkau je ateh katil.
cuaca sejuk pulak tu.


Friday, 20 May 2011

Laksa Sarawak

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah tercapai jugak hajat akak nak melaksa hari ini..Untuk pengetahuan semua akak tak pernah buat sendiri laksa sarawak ni.selalu makan kat Jusco dan rasa dia memang tak sama langsung..fuuuh..terima kaseh pada yang sudi menghantar pes Hj Manan ni..barulah akak dapat merasa nikmat sebenar laksa sarawak..

Terima kaseh pada 'you know who you are' yang mengirim pes laksa yang teramat2 sedap..memang sakit jiwa makan laksa sarawak ni tau..sebabnya lepas makan kita akan terasa nak lagi dan nak lagi dan nak lagi..terasa2 kat anak tekak..

Resepi akak ambik dari dapur Dayang..terima kaseh DJ sebab sudi share resepi.akak CnP kat sini supaya senang nak buat rujukan bila2 masa teragak nak buat lagi..kalau ada orang baik hati mau kirim pes tu lagi alhamdulillah kalau tidak kita ikutlah macam yang sudah DJ tunjuk ajarkan...kat rumah Hasue pun ada resepi begitu juga kat rumah Nor..kat belakang pes tu pun ada dia tunjuk cara nak memasak laksa ni..sedaaaaaaaap sangat2...




Pes Laksa Sarawak

Bahan-bahan : anggaran 200 gm
  • 8 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 10-12 tangkai cili kering*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 sk ketumbar
  • 1 sk jintan manis
  • 1 sk jintan putih
  • 3 biji buah keras*
  • 2-3 batang serai*
  • 1 inci belacan bakar*
  • 1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
  • 1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
  • sedikit garam
  • sedikit minyak utk menumis
Cara-cara :
  1. Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.
  2. Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan baha-bahan bertanda *.
  3. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.
  4. Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.

Laksa Sarawak (Resepi II)

bahan-bahan : 6-8 orang makan
  • 200 g pes atau perencah laksa (DJ guna pes laksa HJ Manan)
  • isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)
  • 1/2 kilo udang basah
  • 1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
  • 4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 200-250 ml santan pekat
  • garam dan gula secukup rasa
  • taugeh (dicelur)
  • sedikit daun ketumbar (diracik)
  • limau kasturi secukupnya (dibelah dua)
Cara-cara :
  1. Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan.
  2. Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  3. Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas. Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering.
Resepi Sambal Udang Kering

bahan-bahan :
  • 6 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • sedikit belacan bakar (dikisar)
  • segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)
  • 4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnya
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula
Car-cara :
Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat.

maaf gambar kurang menarik