Monday, 29 November 2010

minggu yang stressss

Salam hari Isnin semua..minggu ini minggu yang teramat2 memenatkan akak..
stressssss...dah ni..
mula2 di ikuti dgn rumah akak tak berair bukan sehari bukan dua hari hari tapi 5 hari tu..sbb ada masalah kebocoron paip di tepi jalanraya nuuun..
di ikuti pulak salur paip rumah akak pulak patah....
di sambung pulak dengan majlis2 perkahwinan....
akhirnya semalam tiga orang saudara rapat akak landing kat katil hospital seremban tu.
seorang dah di bawa ke hospital pantai,Bangsar.......
so,.esok akak akan terbang ke Kuala Lumpur...............
bayangkan..........
penat ni woooooo
sape2 ada nak tulun lipat kain?
kalau lah ada mesin lipat kain..
mmmmmmmmmmm...............
tunggu lah senang2 nanti akak update ya..

Jangan Lupakan Daku

Friday, 26 November 2010

sayur bak choy dan tauhu jepun/telur

salam semua,
ini menu makan tengahari tadi .
menu sehat dari hakak..hehehe..
memandangkan dua hari akak cuti main masak2 sebab gi umah org kawin,maka tadi akak buat sayur bak choy dgn tahu jepung ni je..buat lauk ringkas2 dan simple.anak2 suka lah sebab ada ayam sebagai sampingan.akak ratah je sayur tu..

bahan2

1 ikat sayur bak choy(ada 5 tangkai)
2 batang tahu jepun-di kerat 1/2 inci dan di goreng
1/2 cawan isi ayam/udang
2 ulas cili merah-di hiris
4 ulas bawang putih-di cincang
1/2 labu bawang besar-di potong dadu
1 sb tepung jagung
1/2 cawan air
1 sb sos tiram
1 kiub ikan bilis
1 butir telur
sedikit air
minyak utk memasak


cara

panaskan minyak
tumis bawang putih dan bawang besar
masukan isi ayam/udang
masukan sedikit air
masukan sos tiram dan kiub
masukan tepung jagung yg sudah di bancuh dgn 1/2 cwn air
masukan telur,biarkan bbrp saat baru kacau
dah mendidih masukan tahu jepun yg sudah di goreng
akhir sekali nasukan sayur
tutup api dan sedia untuk di hidangkan


ayam ni akak masak chicken teriyaki dgn sos kicap pedas jer..
sesekali ubah selera tak makan lemak2..

Pancake Mayo-by Ainul


salam Jumaat..
Taraaaaaaa....ni pancake ni anak dara kecik akak buat.jgn tanya nape sememeh kat tepi2 tu ,sat gi dia ngajuk pulak.sape pulak nnt nak kemas sinki tu.okay.
biar rupa bughuk janji dapat merasa homemade pancake katanya..
takmo beli yg readymade..
Ni ainul wat bukannya masa sarapan tapi dia buat mlm tadi...nak mula try test buat le tu..kita bagi le can dia guna dapur..lg pun dah besor panjng.dah 14 thn..dah jd bongsu dah tu..jgn nak suruh2 tambah lagi akak pun dah lupa camne nak bersalin..muhahahaaahaaa...
resepi ambik kat rumah MADIHA.madiha pulak kopipes dari rumah k.nor dan kzai..
isshh panjang nya dah pancake ni merantau..




bahan

3 sudu besar butter/majerin ~ dicairkan
1 bj telur (k.nor guna saiz A)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula castor
1 cawan susu segar (boleh guna susu tepung yg dibancuh dgn air)
secubit garam
1 sudu besar jus lemon (k.nor tak letak pun)
11/2 sudu besar mayonaise - tambahan

Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
Boleh guna blender atau guna balloon whisk jer.
Biarkan selama 10 minit.
Goreng dlm frying pan hingga masak.
* adunan ni mmg nampak pekat skit, tp lembut dan gebus jer hasil dia nanti
kalau nak tambah air skit pun tak per, tp jangan banyak, nanti cair. kalau cair pancake kita jd nipis jer, tak cantik.
updated:
bagi yg nak tau kaedah apa yg K.Nor guna utk masak pancake bg menghasilkan saiz yg sama.. (kembar ye Ayu hehe...) meh nak tunjuk :)

Caranya:
K.Nor guna 2 frying pan.
1. frying pan yg saiznya paling kecik kut yg ada kat pasaran dlm 12cm
2. frying pan yg saiznya lebih besar, tak kira la berapa saiznya tu 20cm atau 22cm asalkan lebih besar dr 12cm
3. bila guna pan yg kecik ni kita boleh hasilkan saiz pancake yg sama besar
4. panaskan pan dgn api yg sederhana jgn terlalu kuat
5. masukkan 1 senduk kecik adunan dan masak hingga keluar buih2/lubang2 kat atas permukaannya
6. terbalikkan atas pan yg satu lg tu (yg juga telah dipanaskan)
7. masak hingga pancake masak, angkat dan hidangkan
8. ulang hingga semua adunan habis dimasak.
9. kaedah guna 2 pan ni juga mempercepatkan tempoh memasak pancake, kan. tak la lama sgt anak2 menunggu utk makan :)


gumbira pancake nya di nikmati rakyat jelata seisi rumah.pancake homemade bukannya readymade katanya...

Thursday, 25 November 2010

Condensed Milk Pound Cake

Salam semua,mula2 akak ke rumah RIMA...dah terpesona..Rima buat letak dalam bekas comel2,..akak kata hold dulu,nanti nak buatlah..tapi tiba2 dgn sekelip mata kek ni dah sampai kat rumah YATMARIA...langsung tak boleh tahan terus akak mengadun tengahari tadi..memang sedap lah..
maceh Rima .maceh Yatt
resepi akak ambik dari rumah Yat..


Ingredients
240g good quality butter
90g sugar
1/2 tsp salt
1 cup (304g) condensed milk
3 tsp vanilla paste
240g cake flour
1 1/2 tsp baking powder - I used double acting(akak pun guna yg sama)
4 large eggs



Method
- Sift cake flour and baking powder together. Set aside.
- Cream butter and sugar together till light and fluffy.
- Add in salt and vanilla paste and cream well.
- Pour in condensed milk and cream till well combined.
- Using the mixer on low speed, add in flour in 3 additions. Mix till batter is smooth.
- Add in eggs one at a time. Make sure it's well mixed and smooth.
- Bake at 175 degrees for 1 hour - I baked mine at 170C for 45 mins

Wednesday, 24 November 2010

Award dari Love

Award ni akak dapat dari Love...
Rasanya ini award yang kedua akak terima dari Love.
maceh Love and happy belated birthday....
mmmuuahh...Love you Love.....





Kek Chiffon Pelangi

Salam petang semua.
kan akak pernah cakap dulu,akak kan,kalau bab pelangi2, bab belang2 bagai ni always fail.
selalu dapat markah 2/10.nyampah tau..yatie buat elok je pelangi nya.akak puya belah sana ada ijau,cekelat,kuning,belah sini ada merah ijau,kuning.dah macam kaler bendera akak tengok.
lantak le kan..janji sodap.gebus dan sedikit moist.my pebret.
resepi akak ambik dari rumah yatie.yatie ambik dari Lyza yang mana Lyza pulak ambik dari chef kevin chai.
akak cnP je dari rumah.YATIE.maceh ya yatie..

BAHAN A
  • 6 biji kuning telur
  • 4 tbsp Minyak jagung/minyak masak
  • 60ml Susu segar
  • 1/2 tsp Esen vanila
  • 50g Gula Kastor
  • 110g Tepung naik sendiri
BAHAN B
  • 6 biji putih telur
  • 100g Gula Kastor
  • 1/4 tsp cream of tartar
  • Sedikit pewarna kuning, hijau, pink dan sedikit serbuk koko (yatie guna coklat emulco)
bekas akak besar tu yang yang nampak pendek je kek nya.

CARA2 MEMBUATNYA :
Panaskan oven pada suhu 170C, siapkan tin chiffon berukuran 22 cm atau 9 inci. (tak perlu disapu mentega atau margerine). Ketepikan.
  1. Masukkan Bahan2 B (putih telur) dan gula kastor ke dlm mangkuk mixer dan putarkan sehingga berbuih kemudian baru masukkan cream of tartar putar hingga putih telur kental. (Speed laju).
  2. Dalam bekas yang lain, satukan semua bahan2 A, dikacau dengan whisk hingga sebati. Ketepikan sebentar
  3. Tuangkan adunan A ke dalam adunan B (putih telor).
  4. Putarkan dengan menggunakan whisk dengan kaedah kaup balik hingga rata dan sebati.
  5. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. (Titiskan sedikit warna hijau, warna pink, kuning dan coklat (1 tsp serbuk koko).
  6. Tuang keempat empat adunan yang telah diwarnakan tadi secara berselang seli ke dalam tin yang telah disediakan tadi. (tuangkan warna kuning dulu diikuti warna coklat, warna pink dan akhir sekali warna hijau)
  7. Bakar selama 30 - 40 minit hingga masak.

Award dari Sinar Kehidupan

Rasanya belum layak untuk akak menerima award..
tapi akak berterima kasih daun keladi pada YATIE kerana menghadiahkan award ni..
(isshh rasa cam berucap atas pentas dgn di saksikan oleh datuk K dan siti...kihkih....)



Nickname untuk tuan empunya blog :
  • semua panggil akak anim dan akak selesa di panggil begitu lebih mesra,.ada yang panggil hanim jugak
Ucapan untuk yang memberi award :
  • Terima kasih yatie sebab teringat dan terkenang kat akak.....
6 fav artist / singer / group
  1. siti nurhaliza
  2. maher zain
  3. que haidar
  4. rosyam nor
  5. umie aida
  6. afdlin shauki
Tag award pada 10 rakan blogger :

akak jenguk2 rumah kawan2 yang nak kena tag semua sudah di tag oleh yatie dan izah.
jadi rasa nya sudah fair and square lah tu ya, kan yatie?...hehe


Tuesday, 23 November 2010

gulai daging

Salam semua.
Buat apa tuuuuu?
sibuk ya..anak2 cuti sekolah fenin2 lah tak tau nak masak apa ya.
Akak gi bercuti,3 org anak bujang tinggal di rumah jadi jaga.issh..takleh ikut semua.skang ni musim org pecah masuk..Ya Allah..minta di jauhkan perkara2 yang tidak di ingini.
balik pada cerita akak tadi,masa akak gi holiday,ada lah insan yang mulia hantar daging korban ke telapak akak..dekat 4 kg dok lam esbok tu.nak masak kicap dah jemu.sbb hujung minggu tu hari laling akak tak dapat lauk cili padi(mmg pure org negori),hari ni akak pun masakkan lah..
pernah post resepi ni dulu tapi cam biasa kdg2 versi lain2...

bahan2

1 kg daging batang pinang-di hiris nipis
1 genggam cili api-di kisar
5 ulas bawang kecil-di hiris halus
1 inci halia-di hiris halus batang mancis
2 ulas bawang putih
2 batang serai di titik
5 biji ubi kentang-belah 4
santan dari 2 biji kelapa atau santan segar 1/2 kg
11/2 gelas air jika menggunakan santan segar
garam secukup rasa

cara

daging yang sudah di hiris bersihkan dan rebus hingga empuk
masukan cili api kisar bersama bahan2 yang dihiris dan serai
gaul sebati
masukan garam
masukan santan,tinggalkan santan anggaran 1 cawan nak buat pati dan ubi kentang
masukan juga air jika menggunakan santan segar
kacau hingga mendidih.masukan pati santan
kacau lagi hingga mendidih
tutup api
sedia untuk di hidangkan


ini watak sampingan.ikan cencaru masak taucu


Barbeque

Rasanya ini entri yang last pasal cuti2 malaysia akak kali ni.malam minggu yang lepas,kami 3 beradik pompuan berkumpul gader2 buat makan2,minum2 sambil bakar2 ayam,sotong,udang sambil gossip2...alaaaa..gossip2 membina.bukannya nak kutuk sesiapa pun.adik pompuan bongsu akak tak dapat hadir..banyak keje lah tu gamaknya ya..

kita layan gambar2 je dulu ya.esok lusa akak start main masak2 semula..ni nak kemas rumah,kemas dapur,kemas laman,isshhh..banyaknya kejeeeee......

bakar ayam,sotong.sotong yang ini akak gaul dgn gula,perap kan dulu.pastu baru bakar.fullamak...sedapnya.rasa.masuk bakul,angkat le sendiri cik minah oi..


ayam yang pertama di bakar

ini jugak antara yang terawal

menu western
pic jauh ya.tak nampak?.lantak le.
akak suh nengok je,bukan suh komplen.kihkih

dessert tiramisu.
anak buah akak komplen,kenapa kat rumah makcik dia ni akak buat cheese dia tebal dan sedap kenapa akak buat utk dia punya kurang sedap.jawapannya cik abie oi.,kdg2 kita masak ikut mood.kalo mood bagus rasanya pun bagos,kalau mood tak bagus,rasanya hampeh.tak caya??
cuba masak time lepas kena marah dgn ayah ,menjadi tak?


lagi dessert.
banana crumble
makan dgn ice cream vanilla.no pic eskrim kat sini

sheperd pie


blackpepper sos.
adik akak malas nak beli kicap pekat.
nyampah akak nengok kaler blackpepper tu.
jadi cam gray pepper sos



Monday, 22 November 2010

Cuti-cuti malaysia

Biasanya entri cenggini akak letak kat blog sebelah,tetapi memandangkan akak dah selalu sgt story mory kat situ maka kali ni akak story dan bg info tntg tempat ni kat sini pulak ya.
ainul dan wazir akan menghadapi peperiksaan SPM dan PMR pd thn hadapan,maka diorang akan memulakan kelas2 tambahan pada bulan disember ini nanti.makanya atas sebab itulah akak terpaksa menghabiskan cuti2 mesia untuk anak2 pada bulan nov ini jugak.
akak tak pergi jauh.akak cuma ke Taiping jer.kenapa Taiping?..sebab adik akak dok sana.sambil cuti2 sambil berziarah kebetulan adik perempuan yang seorang lagi jugak berada di sana.maka berkumpul2 lah org2 n.sembilan di bumi Taiping..
Kami ambil peluang ni melawat ke tempat yang di namakan Sentosa Villa..kami sudah pun buat tempahan utk cuti kami yang akan datang.kenapa tak tido masa kami ke sana tempoh hari ya?sebabnya kami tau tempat ni masa hari kami nak balik.letaknya tempat ni tak jauh dari taman tasik Taiping.you all boleh view kat website villa ni..www.sentosa-villa.com




mula2 kita akan jumpa menda alah ni di pintu entrance sebagai menyambut kedatangan kita.aku tak pandai nak namakan alat ni apa ya.aku panggil mesin getah je.okay tak tu?


lepas tu ada peti cadangan pulak kat sebelah mesin tu..any suggestion?anyone??


jenuh farah dan wazir mengejar aleesya.anak buah feveret pd ketika ini.
maklum dia yg terkecik sekali skang ni.


ada di sediakan tempat untuk bbq jugak


yang ini hotel.belum siap

landskap dari tepi


pemandangan dari belakang

pemandangan dari hadapan.
rumah ni dua tingkat.setiap bilik berharga rm178 untuk hari biasa dan 278 utk peak sesson.murah kan?berbaloi2

rumah burung.saja snap sebab cute sangat

akak sedang menjalankan kaji selidik untuk mengetahui berbaloi atau tidak tinggal disini.
hana..ada ala2 suasana kat jepun tak??muhaahahaaa


ini air terjun original tau..tuan punya villa buat landskap yang sungguh indah sekali.ada air sungai. diorang buat kolam jadikan swimming pool sayang sekali wazir terlupa nak snap gambar.


apa ni?
bunga teratai yang belum berkembang kot.?

sudut pandangan dari jauh.

semua di atas insyALLAH akan kami nikmati pada penghujung Disember nanti.


p/s
akak chow dulu nak pi mintak royalti pada tuan punya villa.penat tau aku dok menaip2 cerita nih..
cuba lah korang gi cuti2 malaysia kat bandar Taiping ni pulak yang jarak perjalanan ke Pulau Pinang cuma sejam,atau kalau mau ke Kedah cuma 2 jam perjalanan je.
manakala Taiping,apa ada kat sana????..macam2 ada..4 hari 3 malam di sana,akak naik berkilo2.makanan?..mabeles sampai jadi speechless....hahaha

Sudah Kembali


Yuuuuuhuuuu...salam semua..rinduuuuuu kat adik2,akak2 kat sini....
Ni baru je sampai rumah
Ni tengah pikir2 dan konpius macam mana nak bercerita dan nak mulakan dari mana.
Tuuuuuu Sentosa Villa letaknya di Taiping.tempatnya tersorok tetapi tersangat nyaman.......
nanti akak story mory sikit lebih kurang je lah ya.....
Tempatnya memang best dan harga sungguh berpatutan

Thursday, 18 November 2010

Chicken Teriyaki with Blackpepper Sos

Nanti dulu jgn terkejut!!!....................

Lemang dan rendang .
Ini untuk mek jepun dan mek siam.
ooppss..tak lupa untuk izah yg tak dapat balik beraya.hehe


Salam semua.masa entri yang ini ke udara akak sudah pun melangkah memulakan perjalanan ke Taiping.al maklum akak anak perempuan sulong yang yatim piatu,maka menjadi tanggungjawap akak untuk berkunjung ke rumah adik2 bila2 ada kelapangan bg mengeratkan tali silaturrahim antara kami.
Terima kaseh pada Ben dan kredit untuk beliau sebab mengajar kita2 yang tua ni macam mana untuk buat auto post.,jadi tak adalah blog kita sunyi sepi kan.?
Percaya atau tidak tapi seharusnya awak,..awak..dan awak semua percaya ini lah menu akak masa makan tengahari raya semalam.al kisah azfar anak bujang akak yang sulong minta buatkan western food.jadi akak masak apa yg ada dalam esbok je lah kan?
Resepi akak ambik dari rumah YATIEmemories.resepi asal dari rumah Rinchan.yatie kopipes dari rumah hana.mekaseh yatie and HANA.sedap sangat..akak marinade satu mlm dlm esbok..semua puas hati.anak2 kata mcm makan kat kenny rogers.
Resepi untuk sos akak bagi lain kali ya

yang ni tak boleh potong.hidangkan utk tetamu.yg dah potong semua dah licin sebelum sempat snap gambar



Bahan-bahan

* 2-3 keping dada ayam boneless- atau apa2 bahagian
* 3 inci halia - parut
* 3 ulas bawang putih - parut
* 3 sb madu
* 4 sb kicap manis
* 1 sb gula perang
* 1 sk garam

Cara-cara
  1. Cucuk2kan ayam menggunakan garfu.
  2. Satukan semua bahan dan perap lebih kurang sejam atau lebih dalam peti sejuk.
  3. Panaskan non-stick dengan sedikit minyak dan panggang ayam tadi. Tutup kuali dan sesekali balik2kan ayam.
  4. Curahkan lebihan kuah perapan ke atas ayam dan sentiasa dibalik2kan agar masak sekata dan berkilat.
  5. Dah masak, angkat, hiris2 dan hidangkan. curahkan lebihan kuah ayam tadi.



Tuesday, 16 November 2010

marble chocolate cheese cake

Salam Aidil adha semua..tika ini takbir pun sudah mula berkumandang.
InsyaALLAH esok kita sama2 akan solat sunat aidil adha dan menyempurnakan ibadah korban bersama2 selepas itu.semoga ibadah kita di terima dan mendapat manfaatnya.
marble cheese cake ni memang sedap.mekaseh YATIE..nak buat pun senang,nak menyediakannya pun mudah..cuba lah .....


Bahan A:

  • 250gm mentega
  • 1 1/2 cwn gula halus (gula kastor)
  • 5 biji telor gred A
  • 1/2 cwn serbuk koko *
  • 1 1/2 cwn tepung halus *(saya guna tpng gandum je)
  • 2 sudu kecil baking powder * (bahan * diayak bersama)
  • 1 sudu kecil pewarna coklat/coklat emulco
  • 1/4 cwn susu cair
Bahan B:

  • 250 gm cream cheese
  • 3 sudu besar gula halus (gula kastor)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji telor gred A
Cara-Cara:

  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Lenser tin berukuran 8x8x3 inci. Alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula hingga putih.
  3. Masukkan telor satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur.
  4. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit, berselang seli dngn susu cair hingga habis.
  5. Gaul rata dengan spatula. Dah siap ketepikan dulu.
  6. Dalam mixing bowl lain yang bersih dan kering, masukkan cream cheese, esen vanila dan gula. Putar hingga sebati.
  7. Masukkan telor dan putar hingga gula hancur dan adunan berkrim.
  8. Tuangkan adunan coklat dalam loyang, ratakan.
  9. Tuang pula adunan cream cheese dan ratakan dan buat selang seli hingga habis.
  10. Tuangkan baki adunan coklat(akhir) dan ratakan.
  11. Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dipotong.
  12. Cucuk dngn lidi kecil/btng satay untuk test kek dah masak ke belum....kalau keluar licin bermakna sudah masak. Sekiranya belum masak, tambah sedikit masa lagi.


potong dua ketul je


sedap...



Monday, 15 November 2010

Sicilian Orange Cake Lagi

Salam semua..akak tertinggal ketapi hari ni..sibuk dgn kerja2 rumah.maklum lepas raya plan nak ke utara dua atau tiga hari..hari ni masak campak2 je.pastu gi jenguk2,kacau2 rumah orang.maklum banyak masa..bila dah nak malam baru teragak nak buat cake ni.saja nak try test bekas comey ni pulak..kek ni memang laku oleh rakyat jelata di rumah ni.tapi malangnya akak ni gelojoh.panas2 dah tak sabo2 nak keluarkan,tu yang ada supik2 sikit tu..
keluar aje dari oven ada pulak tetamu yang dtg bertandang.rezeki lah namanya tu..
resepi dah post dulu tapi keluarkan jugak lah ya..





Bahan-baha
  • 250g butter - suhu bilik
  • 250g gula pasir - hana buh 210g je..tuh pong dh manis-akak guna 200gm je.
  • 4 biji telur size M
  • 11/2 sk parutan kulit oren
  • 250g tepung naik sendiri (jika menggunakan tepung gandum + 1sk baking powder)
  • 85ml jus oren
Bahan untuk aising125g gula aising
  • 5 sk jus oren
  • 125 gm gula icing-akak guna 50gm je..



Cara-cara
  • Panaskan oven 170C. Sapu loyang 22cm dengan butter keliling. dan alas loyang dengan baking paper.
  • Pukul mentega dan gula hingga berkrim selama 4-5minit. Pecahkan telur, masukkan satu per satu. Masukkan parutan kulit oren. Pukul lagi hingga kembang.
  • Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan jus oren.
  • Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 45-50min. Cucuk sebelum keluarkan dari oven. Jika kek belom masak dan permukaannya sudah keperangan, letakkan aluminium foil di atas kek supaya kek tidak hangus dan teruskan membakar.
  • Sejukkan kek sebentar di dalam loyang di atas wire rack. Kemudian baru sisipkan.
  • Untuk membuat aising, campurkan gula aising dan jus oren ke dalam mangkuk dan kacau sehingga berkrim. Curahkan ke atas kek tadi dan boleh la dipotong dan dinikmati.








Sunday, 14 November 2010

Jemput2 nasi,kentang berikan bilis

salam petang ahad,petang minggu...kat luar hujan lebat,bunyi guruh berdentam dentum..berani aku dok melayan lappy kan..ala takat bunyi2 guruh je..kilat takde takpe lagi kan..sambil tu kunyah2 jemput 2 nih..sedap wo..cicah2 sos dgn kuah gulai tenghari tadi..perghh..pekena kopi o panas.

bahan2

5 biji ubi kentang-size sedang2 je-di kupas dan di hiris
1 senduk nasi
2 senduk tepung gandum
1 genggam ikan bilis
1 labu bawang besar
daun bawang-di hiris
cili hidup-di hiris
air
garam secukup rasa
minyak untuk memasak

cara
kisar halus nasi dgn air
kisar halus bawang besar dan ikan bilis
dalam satu bekas masukan nasi yg di kisar,ikan bilis dan bawang,tepung gandum,garam,daun bawang,cili hidup,ubi kentang dan tepung.
tambah air jika perlu
panaskan minyak
ambil jemput2 dgn sudu atau jari dan sudukan ke dalam minyak yang panas.
goreng hingga masak




ni mihun sarapan pagi tadi..nak entreprem jugak.takkan jemput2 tu je nak masuk kan.aku pun nak jugak.katanya..hahaha

sekian cerita petang ahad!!!

Saturday, 13 November 2010

Apam Pelangi

Akhirnya dia singgah sini jugak..mula2 tak mau buat.takot berlubang2,lebih takut,takut tak laku.al maklum takde butter bagai..
Tapi bila fikir2 balik tak cuba tak tau...maka ptg tadi akak pun start le mengadun.
mmm...mula2 makan ,.semua kata rasa besa je..pastu tak cukup pulak satu ambik lagi..kemudian ambik lagi..terus tinggal suku itu pun ayah bersuara tinggalkan sikit ayah nak makan cicah kopi masa tgk bola nanti...hehehe
Ikaaaa,hanaaaa,izaaah,mas..akhirnya akak kalah jugak...tapi korang nya lawo aar..ni yang menci bila adik2 buat lawo.kihkih..
resepi ambik dari rumah hana .akak CnP je resepi nya ya..

ni versi org malas.,malas nak pelangi2 kan
Apam Pelangi

Bahan-bahan :
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh ovellet
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 150 gm tepung gandum
  • 150 gm gula halus - Hana dan akak cume buh 90g je
  • 125 ml santan kara
  • 1 sudu teh baking powder
  • garam secubit
  • pewarna

ada lobang sikit2 tu adatlah kan
Cara-cara :
  • Pukul telur dengan gula dan ovelet sampai gebu.
  • Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
  • Masukkan tepung yangg diayak bersama baking powder kacau rata.
  • Bahagi kepada 3 warna yang kita suka. Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak.

Gulai Siput Tersandar

Salam hari sabtu semua..
kenapa ek nama gulai tu tersandar??
Ini adalah di sebab kan batang2 hijau tu nama dia sanda.opps spelling akak tak tau.mungkin sandar dan mungkin jugak sanda.sape2 yg tau tolong betulkan.dulu lupa nak tanya dgn arwah mak akak.arwah mak selalu sebut sanda.rupa dia seakan2 batang keladi tapi lebih halus dan tidak ada masalah gatal bila memakannya.i repeat tidak ada..hahaha..Ini lauk akak tenghari tadi.minta maap pada yg tak makan tu ya..bagi yg makan akak minta maap jugak kalau2 terliur ya....kihkih..
Dulu dah pernah post ni tapi kdg2 cara masak akak selalu bertukar2..meh layan resepi hari ni punya

bahan2

kalau ke pasar beli:

1 bungkus siput sedut laut /sungai
22 tangkai cili padi-di tumbuk halus
3 ulas bawang merah-di hiris
2 keping asam gelugur
2 batang serai-di ittik
santan dari 2 biji kelapa.-akak beli santan segar RM3
air mengikut kepekatan masing2-akak guna lebih kurang 5 cawan
1 ikat sanda/batang keladi/keladi jika suka
garam secukup rasa

cara

bersihkan siput dgn memotong sedikit di hujung ekornya agar mudah utk disedut
cuci bersih dan gaul siput dgn cili kering yg di potong2.
ketepikan.
biar setengah jam utk keluarkan lendir siput(ini petua).lepas tu cuci lagi.toskan.
sediakan santan di dalam periuk.masukan air.masukan garam,asam gelugur,serai dan cili api
kacau sampai mendidih
masukan siput
masukan sanda
kacau lagi hingga masak dan rasakan garam
sedia untuk di hidangkan


lauk pauk macam ni makan waktu cuti hari sabtu dan ahad memang tersandar lah jawapnya lepas tu


ada sayur kangkung goreng sempoi dgn geragau kering