Assalamualaikum semua
Di Negeri Sembilan public holiday hari ini sempena menyambut hari israk dan mikraj..
Ramai yang berpuasa di luar sana tu ke?..kalau dah berpuasa hari ni harap2 kita di kurniakan kesihatan yang baik untuk meneruskan puasa sehingga hari khamis nanti ya?
Alhamdulillah akak di kurniakan kesihatan yang baik hari ni..Badan sudah kembali normal selepas berehat panjang semalam..
Sudah lama akak pekenan dengan kek ni..tambahan stok yogurt memang dok ada je lam esbok tu..jadi akak pun mengodek kek ni lewat mlm tadi sambil menunggu bangah balik dari ng China lewat jam 1 pagi semalam.
Takut ada tetamu2 yang tidak di rancang muncul time cuti2 begini,tu yang akak buat kek chocolate nih..dapat jugak di hidangkan buat sesiapa yang tiba2 muncul kan?
Akak ambik resepi dari dapur ibundo kakPah..dan kakpah pulak ambik dari hasil sekodeng rumah cik manggis..terror betul bonda2 berdua ni mengekek...
Hasil air tangan Kakpah dan CikManggis tidak pernah mengecewakan...
Psst..psst..kakpah,pueh bodek dah ni..tak ado apo2 nak boghi ko?.kihkihkih..
Moist Yogurt Chocolate Cake
by
anymz mykitchen
source:dapur ibundo
source:CM
Bahan-bahannya:
1 cawan serbuk koko.
1 cawan air mendidih.
1 cawan butter-suhu bilik.
4 biji telur.
2 1/2 cawan gula halus.
2 tsp esen vanilla.
3 cawan tepung kek*
2 tsp baking soda *
1 tsp baking powder *
1/2 tsp garam halus * (*ayak)
1 cawan fresh yogurt.
1 cawan serbuk koko.
1 cawan air mendidih.
1 cawan butter-suhu bilik.
4 biji telur.
2 1/2 cawan gula halus.
2 tsp esen vanilla.
3 cawan tepung kek*
2 tsp baking soda *
1 tsp baking powder *
1/2 tsp garam halus * (*ayak)
1 cawan fresh yogurt.
akak tidak menggunakan ganache seperti dlm resepi..
stok cream sudah habis..
jadi guna apa yang ada je lah ya..
untuk ganache yang simple lihat di SINI ya
Cara-caranya:
450 gm Coklat masakan-potong kecik.
300 gm cream(Cm guna whipping Cream)
- Bancuh serbuk koko dengan air mendidih hingga rata.
- Pukul gula dan butter hingga kembang dan ringan.
- Kemudian masukkan telur satu persatu,esen vanila,yogurt,tepung yang diayak bersama baking soda,baking powder dan garam tadi.Pukul hingga sebati.
- Akhir sekali masukkan bancuhan serbuk koko dan pukul lagi hingga rata dan sebati.
- Bakar dengan menggunakan loyang bulat berukuran 9".Jangan lupa sapukan butter pada loyang dan alaskan dengan baking paper.
- Bakar hingga masak.
- Biarkan dalam loyang selama 10 minit baru keluarkan kek.Biarkan kek betul-betul sejuk baru di salut dengan coklat ganache.
450 gm Coklat masakan-potong kecik.
300 gm cream(Cm guna whipping Cream)
- Masukkan semuanya kedalam periuk yang sesuai.Masak dengan menggunakan api yang kecik sehingga coklat cair.kacau hingga sebati