Friday, 30 March 2012

Bingka Biskut Crackers

Assalamualaikum semua

Di suatu hari yang damai...tiba2 keinginan untuk membakar rasa membuak2..aarrrgghh,,,baik ku bakar bingka aje lah dulu memandangkan semua orang dok kempen2 bingka sekut kraker ni ..maka  tanpa melengahkan masa,lengan baju kurung ku sinsingkan hingga ke siku lalu mula lah aku menyukat satu demi satu bahan2nya berpandu pada resepi yg sudah ku lakarkan di buku conteng tak pakai ainul anak bongsu aku yang selalu perasan comel tu...
Dengan bangganya semua bahan2 aku kisar..dan sudah terbayang2 di depan mata aku untuk menayangkan bingka sekut ni terlebih dahulu di mykitchen dan sudah pasti rasa riak mula menerjah diri ini apabila aku membayangkan yang aku sudah mendahului si Ijah untuk memaparkan bingka sekut yang sudah di tayangkan amalnya oleh Puan Yatie,En CMG,Che Ct dan Puan Mas.
Selesai semua bab terus ku sumbat bingka yg belum masak ini ke dalam oben ku...Dengan bangganya aku pun mengeset waktu..1 jam dr sekarang..TETAPI Tiba2.....

OOOOOmak kau.......Aku silap..aku silap...cam mana ni?.....semua bahan sudah ku sukat dengan betul yang tercicir TELUR 3 biji sedang elok tergolek2 atas sinki....huhuhu....nak buat macamana lagi?...Biarkan je lah
Sekian terimakaseh...
Itulah cerita akak di petang Jumaat ni...
Moral ceritanya..Lain kali masuk dapur jangan berangan.....nanges guling2....
Rasa dia?...ermmmm...tak ada apa2 perbezaan puuuuuunnnnnnnnnnnnnnn (ayat penyedap hati)
Resepi akak ambil dr mek Hana yg dok dlm pantang...dah habis pantang kot
Letak satu je gambar sebab marah kat diri sendiri..Takmo tengok dah gambar yg lain....


Bingka Biskut Crackers
by
anymz mykitchen
Sumber:Hana




Bahan-bahan
  • 140g biskut cracker @ setengah peket
  • 85g tepung gandum
  • 210g gula - kemanisan ikut citarasa masing2
  • 3 biji telur
  • 710ml santan @ susu cair - hana letak 11/2 tin susu cair dan air sedikit
  • 1 sudu besar butter@marjerin@minyak sapi - hana guna butter
  • 1sk pandan paste atau pewarna kuning
  • garam secubit
  • bijan sangai - jika suka
Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 180. Lengserkan loyang dengan minyak.
  • Blend semua bahan kecuali bijan sehingga semua hancur.
  • Tuang ke dalam loyang dan taburkan bijan jika suka.
  • Bakar selama 1jam sehingga keperangan.
  • Sejukkan dan potong.

Kacang Phool

Assalamualaikum semua

Terlalu pantas masa berlalu..rasanya baru sangat melepasi hari Jumaat kini tiba Jumaat lagi.Bulan Mac pun sudah sampai ke penghujungnya...Begitu juga dgn usia..semakin menginjak tahun semakin bertambah umur kita..amalan?..sudah cukupkah?...Fikir2kanlah...berbuatlah kebaikan terhadap saudara sendiri dahulu..ermmm...emo pulak akak pagi2 begini..Sebenarnya sudah letih menghadap manusia2 yang tak reti2 bahasa nih...tak apa...tak apa....biarkan je lah si luncai terjun dengan labunya..biarkan..biarkan...
eh!ke mana pulak akak lari nih..kalau u all tak paham buat2 angguk dan paham je lah ya.....^___^
Mari kita bersarapan dengan kacang phool yang di makan dgn roti hari ni..sedap ni,ambik resepi dari rumah mat power chef CMG...tabik mat..jgn marah no....huhu
Akak guna baked beans je..udah itu aje yg ada dlm rumah...silakan menjamu mata ya...


 kacang phool
by
anymz mykitchen
Sumber:CMG

Bahan2

1 tin kacang phool-di ramas kasar2 (akak guna baked beans tak payah ramas..mat yg ajar ya)
150 gm daging cincang
1/3 cawan jus asam jawa
2 cb kari daging + sedikit air
1 cb cili kisar
5 biji cili merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 in halia * (bertanda * di kisar halus)
garam dan gula secukup rasa

bahan lain

Telur di goreng mata kerbau
Bawang besar di dadu
Tomato di dadu
Cili hijau di potong
Limau kasturi di belah dua
sedikit myk sapi di cairkan-akak guna butter je

Cara

Panaskan minyak dalam kuali
Tumis bahan2 kisar hingga wangi,masukkan cili kisar dan tumis hingga garing,masukkan rempah kari dan daging cincang,masak hingga daging kecut dan tambah air (anggaran 1 cawan)
Bila mendidih masukkan jus asam jawa.
Tambah sedikit garam dan gula
Kecilkan api dan renih hingga pekat
Tambah baked beans dan masak sekejap
Rasa dan matikan api
Cara penyediaannya
Cedok kacang phool ke dalam bekas,letak sekeping telur mata kerbau,tabur tomato bawang dan cili hijau
Tuang sedikit minyak sapi dan perahkan jus limau kasturi..Makan dgn roti canai atau roti biasa...
Akak makan gitu je...kenyang sampai ke petang...

sedapnya pulak
makan gitu2 je pun takpe
Goreng telur tu sekejap ala2 cair gitu ,curahkan atas kacang phool ni dan makan dgn cili sos dan lada sulah..

Tuesday, 27 March 2012

Rendang Sotong

 Assalamualaikum

Ini ajelah menu yang dapat akak hidangkan untuk hari ni..Memang sedap sangat resepi dari CMG..
Sila lah cuba..Tak rugi...Very2 the nice one..ai likeeeee...hehe
Akak guna sotong sederhana besar dan kerat dua saja..Jangan lupa beli yang hak lembut ya.Kalau beli yang besar2 takut liat..Lagi satu sebelum masak,setelah di kerat dua sotong tu akak celur sotong dgn air panas mendidih dan biar terendam selama 2 min kemudian baru akak toskan..


 Rendang Sotong
by
anymz mykitchen
Sumber:CMG

Bahan

Sotong sederhana besar-dlm 600gm
1 cawan santan pekat
1 helai daun kunyit hiris halus
3 helai daun limau purut
1 biji cili hijau-hiris
1 biji cili merah-hiris
1 biji bawang besar-belah enam
4 camca besar cili kisar-akak campurkan sekali dgn 10 ulas cili padi
1 keping asam gelugor
1 1/2 cb kerisik
1 cb gula melaka-akak guna gula biasa
Garam secukup rasa

Bahan Kisar

1 biji bawang besar -sederhana besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai hiris halus


Cara

Panaskan minyak
Tumis bahan kisar bersama cili kisar hingga harum
Masukkan sotong dan tuangkan santan
Masukkan garam,gula,daun limau purut,daun limau kunyit dan asam gelugor
Masak hingga pekat dan skhir sekali masukkan hirisan cili merah,hijau dan belahan bawang besar
Kacau rata dan masak lagi,rasa dan jika ok matikan api
Hidangkan bersama nasi atau ketupat

Sunday, 25 March 2012

Kari Kepala Ikan Dori? / Duri

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah setelah berhempas pulas menyelesaikan satu masalah besar akhirnya dapat jugalah kiranya akak menghadirkan diri di mykitchen ni..Syukur kepada NYA..
Kari kepala ikan ni rasanya sudah beberapa minggu berlalu..Memang sedap sangat ikut resepi Mas..Jangan lupa ke sana untuk menikmati hidangan2 lazat yang Mas sediakan..Akak suka dengan aroma daun kari yang sudah di kisar sebati..Akak memang jarang2 sekali makan ikan dori melainkan kalau buat fish n chip tapi utk menggulai mmg tidak pernah...Sebab rupa dia macam ikan sembilang takut2 en suami tak makan..Memang en suami tak makan ikan sembilang atau ikan keli tapi kali ni alhamdulillah bila tgk kuah kari yg pekat beliau hirup2 kuahnya...Sedaplah mas..Terimakaseh ya...
jamu mata lah dulu naaaaaaa,cheq mau nonton TV...nanti bila2 cheq JJCM ke rumah kawan2 naaaaa..hehehe



 Kari Kepala Ikan Dori
by
anymz mykitchen



Bahan :
 sebelah kepala ikan
1 biji tomato - dibelah 4
5 biji kacang bendi 
jus asam jawa - agak2 yerk
santan 
Air agak2 yerk untuk kuah
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar :
5 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
sedikit lada hitam biji
1 tangkai daun kari - daun sahaja
1 paket rempah kari ikan

Bahan Tumis :
2 biji bawang merah kecil - hiris halus
1 ulas bawang putih- hiris halus
1/4 camca teh halba campur
1 sudu kecil pes cili 






Cara memasak : 
Cuci kepala ikan bersih2, perap dengan garam dan jus limau seketika, cuci dan toskan. 
Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga wangi.
Tuang bahan2 kisar dan kacau sebati dengan menggunakan api sederhana hingga bahan2 tadi pecah minyak, kemudian tuang sedikit air dan biar mendidih.
Kemudian masukkan kepala ikan dan bila mendidih masukkan kacang bendi dan masak hingga mendidih.
Tuang jus asam jawa dan masukkan tomato.
Biarkan seketika dan masukkan santan, garam dan gula secukup rasa, biar masak sebentar
Rasa dan jika ok, boleh dihidangkan...



masih terasa2 keenakan kuah kari nih....
makan dgn papadom dan sambal belacan cicah ulam2an

Sunday, 18 March 2012

Mini Burger

Assalamualaikum semua

Harap2 encik2 dan mak encik sekelian yang berkunjung ke sini sihat seadanya..Alhamdulillah setelah sekian lama bercuti baru hari ni akak kembali dapat bersiaran.TerimaKaseh pada semua yang sudi berkunjung walau pun menunya tak berubah..hehe...
Akak buat mini burger ni hari Sabtu lepas.Idea resepi akak ambil dari majalah saji..Tiba2 rasa teringin nak buat burger sendiri..Tengok pulak dalam gambar comel2 burgernya..Kalau comel begini senang nak makan..Lain kali nak bentuk besar2 pulak.berangan makan burger king..kehkeh
Akak buat burger sebaik saja terlintas di fikiran..faham sajalah bila buat tergesa2 ni kan.Bahan2 apa yg ada dlm rumah ajelah..Untuk hiasan akak cuma ada slice cheese saja.kalau puan2 suka boleh lah hias dgn timun,tomato,salad atau sebarang jenis sayuran yg puan2 suka...


mini burger
by
anymz mykitchen
Sumber Idea:majalah Saji

Bahan2

300 gm  daging cincang-akak guna daging segar kemudian cincang dan blend guna pengisar kering
batang seleri-cincang halus atau sagat
lobak merah-    "  
2 ulas bawang putih-cincang halus
1 st garam-kalau guna daging cincang tak payah letak
1 st lada hitam-lebih pun takpe
1 st lada sulah-ini akak tambah
1 sb tepung
1 sb minyak zaitun-myk masak pun boleh
1 biji telur-di kocak

Cara

Campurkan semua bahan dan jadikan bebola kecil
Leperkan bebola kecil ini mengikut ketebalan yang suka
Goreng mcm biasa kita goreng burger dan curahkan telur yang sudah di kacak terlebih dahulu atas non stick pan
Dah siap masukkan ke dalam roti dan hias macam biasa kita buat burger..

Resepi roti nanti akak tampilkan.Buat sementara jamu lah mata dengan burger ni dulu ya..Seronok makan burger buat sendiri.Boleh buat seberapa banyak yang kita mahu.Puas makan..

Monday, 12 March 2012

Spageti Goreng Ala Kampung

 Assalamualaikum semua

Hari ini akak jamu tuan dan puan dengan spageti goreng ala kampung..Sumber akak dapat dari majalah saji tapi sudah banyak yang akak olah dan menjadikan ia seperti resepi akak sendiri..Resepi asal ada menggunakan jintan dan ketumbar juga sedikit halia dan lengkuas.tapi akak tak berani nak jamin anak2 akan terpikat dgn rasa lengkuas dlm spageti maka akak olahlah resepi dgn mengambil tajuknya aje..Bahan2 yang lain akak buat mengikut selera seisi rumah..
Sedap menu ni memang sesuai dgn tekak suami dan anak2..Akak buat sedikit pedas..Kalau sesiapa tak suka pedas boleh kurangkan cili tu ya...

 Spageti Goreng Ala Kampung
by
anymz mykitchen
Sumber:majalah SAJI


Bahan-bahan

1/2 paket spageti
1 paket daging kisar
1/2 kg udang-di vogelkan
1 tin cendawan butang-hiris nipis
1 biji buah tomato-di potong dadu

Bahan2 kisar

15 tangkai cili kering-kurangkan jika tak suka pedas
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih

Bahan sampingan

3 sb sos cili
3 sb sos tomato
1 kiub pati ikan bilis
sedikit sos tiram
sedikit garam-guna sedikit aje dulu sbb sos tiram dah masin
sedikit gula


Cara

Bersihkan udang dan daging.ketepikan
Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar sehingga naik bau
Masukkan daging kisar dan tumis hingga masak
Masukkan udang dan cendawan
Kacau hingga rata
Masukkan semua sos bersama garam dan gula juga pati ikan bilis
Akhir sekali masukkan spageti dan gaul rata hingga masak atau sehingga agak kering..
Sedia untuk di hidangkan 
Sesuai sangat di hidangkan untuk menu sarapan atau makan malam atau juga majlis2 harijadi..

Sunday, 11 March 2012

Red Velvet Cake 2

Assalamualaikum semua

Dan Selamat Berhujung minggu..Ramai yang balik kampung ya..Buat sepupu2 akak yang berkampung di PD nun Selamat Bergembiralah ya..Dan buat adik2 yang sedang dan bakal bercuti di Bandung tu.jangan lupa ole2 untuk saya ya..Akak?..Akak sudah bercuti terlebih dahulu masa ke Langkawi tempoh hari dan sekarang giliran adik2 akak pulak bercuti dan seterusnya akak dan en suami menjadi driver utk menghantar adik2 dan famili mereka ke Airport..Itu sudah termaktub dlm perjanjian..hehe..
Okay akak buat RVC ni semalam..Sudah tak tertahan tengok kek di dapur ayu..dan seperti yang akak sudah janjikan dengan ayu akak akan cuba juga resepi dari dapur ayu dan kami sekeluarga sudah terpekanan dgn resepi yang mmg moist sgt2 dan mmg menepati citarasa kami sekeluarga..Sedap ayu...TerimaKaseh ya sebab share resepi di sini..
Akak juga nak ucapkan termiakaseh pada Lily teman FB yang tidak akak kenali kerana sudi mengorder DFCC..Akak buat dlm keadaan yang sgt tergesa2..Maaflah ya lily andai rasanya tidak menepati rasa di selera lily..
Ada sedikit kesilapan yang akak buat di sini dan akan akak catitkan di sini supaya tidak berulang jika kami nak buat lagi kek ni..Akak guna loyang c/board pan..Akak guna 2 loyang.Lain kali akak akan guna terus loyang bersaiz 7" atau 8" dan boleh lah di potong 3 lapis seperti yang ayu buat supaya nampak cantik lapisannya itu..
Walau apa pun kek ni memang moist...

Red Velvet Cake 2
by
anymz mykitchen

Bahan-bahan

1 2/3 tepung naik sendiri
2 sb serbuk koko
1/2 sk baking soda
110 gm mentega-ayu guna 125gm mentega (akak juga)
1 cawan gula halus

2 biji telur besar-akak guna 3 biji telur gred B
1/2 cawan susu segar
1/4 cawan buttermilk-1/4 cawan buttermilk-ayu buat 1/2 cawan susu segar + 1/2 sb cuka.biarkan hingga 15-20 min- di gunakan 1/4 cawan saja utk resepi ini)

1 sk cuka
1/2 botol pewarna merah cecair atau 1 sk gel warna merah

Cara

Pukul  mentega dan gula hingga berkrim
Masukkan telur satu persatu
Masukkan esen vanila
Masukkan bahan kering yang sudah di ayak,bersama susu dan buttermilk bergilir2 berakhir dengan bahan kering.
Akhir sekali masukkan cuka dan gaul rata
Bakar dalam oven yang sudah di panaskan selama 30-40min di suhu 170C atau mengikut kepanasan oven masing2 hingga masak
Biarkan sejuk 
Lepas tu boleh di lapis dengan frosting cheese dan coklat di atasnya..

Resepi frostingcheese dan coklat ganache bolehlah rujuk DI SINI

Friday, 9 March 2012

Masak Lemak Udang Bertempoyak

Assalamualaikum semua

Dah puas menjamu selera dgn kek sedappppp tu dan jangan lupa buat ya..Betul kata ayu mmg terbaik setakat hari ni kek DFCC tu dan sudah tentunya akak akan buat lagi dan lagi dan lagi..
Dek cemburu menengokkan gulai telur itik rumah mek Ampang tu tempoh hari akak buat udang bertempoyak ni pulak..Akak terpaksa vogelkan udang tu sebab wazir anak lelaki bongsu akak yg sedang menunggu keputusan SPM tu tak pandai makan udang yang berbaju..Kira bukan tak pandai,malas yang amat le namanya tu kan? malas nak kopek baju udang..leceh katanya...
Pernah akak tayangkan dulu di SINI..
Bagi sesiapa yang tidak ada idea dan kebetulan ada tempoyak di rumah bolehlah cuba menu ni ya...


masak lemak udang bertempoyak
by
anymz mykitchen


bahan2
1/2 kg udang
2 kuntum bunga kantan-di belah 2
2 tangkai daun kesum-hari ni tak letak.takde stok
3 ulas bawang merah -di hiris
1 batang serai
sedikit garam
sedikit gula jika perlu-takot tempoyak masam.tapi akak tak letak sbb tempoyak buatan sendiri.
tempoyak secukup rasa-akak letak 2 senduk nasi.. biar agak pekat dan kuat bau tempoyak.
20 ulas cili padi-di tumbuk halus
sedikit kunyit hidup-di tumbuk
1 liter air

cara

masukan air,garam,cili api,kunyit,serai dan tempoyak ke dalam periuk..
didihkan.
rasakan garam
masukan udang
dah mendidih
tutup api dan sedia untuk di hidang

Tuesday, 6 March 2012

Devil's Food Chocolate Cake

Assalamualaikum semua

MasyaAllah kek yang sangat2 sedap dan sedap dan sedap...sebab akak makan dan makan dan makan sampai tak ingat..hehe..
TerimaKaseh ayu..semalam dok msg dgn ayu asyik bertanya tentang RVC alih2 hari ni akak keluarkan kek devil ni pulak......mekaseh banyak2..tak jemu2 ayu dok menerangkan pada akak tentang coklat ganache dan krim cis tu..alhamdulillah dan insyaAllah dalam sedikit masa lagi keluarlah RVC pulak ya ayu...
Mek Ampang dah buat ke belum tu?..Rasanya ramai yg dah buat kan?..Masa kek ni femes di pasaran akak baru nak merangkak dalam dunia blog masak2 nih..
Kepada sesiapa yang belum mencuba tu,..cubalah..memang berbaloi-baloi...



Devil'sChocolate Cake
by
anymz mykitchen

Bahan2

1 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
3/4 st soda bikarbonat
1/4 st garam
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula perang
65 gm mentega
1 biji telur gred besar
1 st vanili ekstrak
1/4 cawan buttermilk-ayu buat 1 cawan susu + 1sudu makan cuka.Rehatkan 10 min tapi resepi ni guna 1/4 cawan saja.
1/2 cawan air suam

Cara

Set oven 170C.Siapkan tin kek anda.
Ayak tepung,koko,soda bikarbonat,garam dan ketepikan.
Pukul mentega dgn gula sampai ringan dan mengembang,tambah telur.Bila semua sudah sebati masukkan bahan2 kering (tepung,serbuk koko) bergantian dengan bahan2 cair (buttermilk + air suam) dalam tiga bahagian.Terakhir masukkan vanili ekstrak.
Bakar sekitar selama 30 min atau hingga masak.

Cream Cheese Frosting

250 gm cheese cream
125 gm mentega
1 cawan gula ising-ayu dan akak guna 1/4 cawan saja
1 st vanili ekstrak
jus dari lemon-potong dlm satu slice lepas tu perah

*pukul cheese dan mentega sampai creamy saja

farah anak dara sulung akak kata rasa cam marshmallow


Chocolate Ganache


200ml double cream (ayu dan akak guna whipping cream)
250 gm coklat gelap di cincang samapi halus
sedikit garam

Secara double boiler didihkan cream hingga panas.Tambah coklat dan sedikit garam.Kacau rata.
Bila semua sudah cair,angkat dan sejukkan dulu baru sapukan frosting cream dan tuangkan coklat ganache ke atasnya.

Sunday, 4 March 2012

Sup Kepah

 Assalamualaikum semua

Waaaah...dah lama tak update mykitchen masa cuti hujung minggu..Hari ni ada banyak masa time..(anak2 sila jangan guna ayat ini naaaa)
Pagi tadi saja ronda2 berdua dgn Ainul mencari ikang segar di Kuala Sg Baru...Ramai betul orang hari ni..nasib baik orang2 kat situ dah kenal muka sweet akak nih..dapat jugalah akak menyelit dan mempercepatkan proses pembayaran dan penyiangan ikan2 akak tu..hehe..apa punya ayat daaaaaa
Okay hari ni,kali ni dah confirm dah nama seafood yang akak post ni namanya ialah kepah..Ialah selalu bila post lala org kata kepah..sedangkan akak sendiri tak tau macam mana rupa bentuk kepah yang sebenarnya sbb setau akak lala kecik je....Tadi tokey pasar paksa akak beli kepah..
Kepah ni kulit dia tebal tapi isinya sama macam lala jugak..Tanya orang masak apa sedap..
'haiyak!semua selap lah..sweet cour,cup(sup) pun selap lah..'..ermmmm...memandangkan tak pernah try test lala ke kepah ke masak sup hari ni akak memberanikan diri le buat menu ni di tengahari Ahad ni...
Sedap memang sedap tapi akak dan family lebih suka makan lala..Entah apa yang membezakan rasanya aku pun tak tau lah...hehe

Sup Kepah
by
anymz mykitchen

Bahan2

1 kg kepah-cuci bersih ketepikan
1/2 labu bawang besar-hiris
2 ulas bawang putih-hiris
halia-hiris
1 batang serai-di titik
10 ekor ikan bilis-di tumbuk lumat-kalau malas kiub pati ikan bilis pun boleh
Air secukupnya
garam secukup rasa
minyak


Cara

Panaskan periuk
Masukkan minyak
Tumis bahan hiris hingga wangi
Masukkan air,serai dan ikan bilis
Biarkan hingga mendidih
Rasakan garam
masukkan kepah
Kacau hingga masak
Bila nak hidang jangan lupa taburkan dgn daun bawang daun sup dan sedikit cili hiris.

Friday, 2 March 2012

Cream Horn Rolls

 Assalamualaikum semua

Terlebih dahulu ribuan ampun dan maaf akak pohon buat teman2 semua sebab akak tak berkesempatan lagi membalas komen kawan2 semua di sini..ada kala akak buat BW dan kdg2 tinjau2 blog kawan2 semua..walau akak tak sempat komen di dapur you all tapi masih akak berkunjung ke teratak kalian..cuma masa tidak berapa nak mengizinkan lantaran banyak sangat kerja yang perlu akak bereskan..
Ceritanya sangat panjang nanti kalau ada masa akak story mory lah ya...
Di sini juga akak nak jawap pertanyaan dari madiHa dan IzahDaut tentang dari mana akak dpt chicken floss yang di jamin halal..Sebenarnya akak tinggal di daerah yang berdekatan dengan Tampin jadi jawapnya akak beli di sebuah kedai bakery di Tampin...kat situ dia tak tulis chicken floss...Dia tulis serunding ayam..Rupa dia macam chicken floss kan?...harap maDiHa dan izah berpuas hati lah ya..Nak ke?..hehe
Dalam kesibukan yang melanda akak sempat juga menjenguk ke dapur IzahDaut menggodek resepi untuk roti cream horn..Akak buat yang simple2 aje..Isi dia akak guna fresh cream..yang pada akak sangat2 tidak sesuai kalau kita mengambil masa yg lama utk makan cream horn ni..Kalau puan2 agak malas macam saya dan teringin nak letak fresh cream ni aje..boleh juga tapi cepat2 makan sebaik saja ia di sumbatkan ke dalam horn tersebut..bukan apa takut cream tu cair sebelum waktunya...tapi kalau rajin sila buat cream sendiri ya..boleh je guna ice cream cam Izah buat...
Okay lah dah panjang lebar akak celoteh meh jamu selera...oopss...mana kak nim dapat horn a.k.a tanduk tu?..ooo..akak beli di kedai bakery yang akak mentioned tadi ler..dah lama tokey kedai simpan utk akak sbb akak order sejak setahun yg lalu..kekeke
Hah!hambik...panjang lebar akak celoteh..lepas gian ni...hehe


Cream Horn Rolls
by
anymz mykitchen
Sumber:IzahDaut
Sumber:Nor@SGN67



Debab2 macam tuan dia cream horn rolls nih..
Tuan dan Puan boleh guna sebarang jenis resepi roti.
Ikut suka lah ya..
Akak guna resepi  roti kismis yogurt macam di rumah Izah
Nanti akak update resepi kemudian ya..
Buat sementara di hujung minggu ni jamu mata je lah dgn tanduk ni dulu ya...

Thursday, 1 March 2012

Kek Karamel Coklat Moist (Mlong)

Assalamualaikum semua

Dah lama tak update blog ni di waktu pagi..Selalu buat malam2 atau auto post je..memandangkan hari ni ada sedikit masa yang terluang terus akak masukan entri yang sudah lama terperap..jadi jangan minta eks?...dah lama habis..resepi sebiji akak copy paste dari rumah Izah Daut..mekaseh zah sebab memudahkan kerja akak..Kejap2 lagi dah nak keluar atas suatu urusan..InsyaAllah akan BW ke rumah kawan2 selepas itu dan juga teringin nak balas komen kawan yang tak jemu2 datang bertandang..
TerimaKaseh daun keladi akak ucapkan..

Berbalik pada cerita kek ni tadi,sama juga macam izah,akak tersilap langkah,lain kali koko tu kena kurangkan..Kena tulis ni supaya jangan buat silap kali yg kedua..Apa2pun sama juga macam Izah,keknya mmg moist...


Kek Karamel Coklat Moist
by
anymz mykitchen
Sumber:IzahDaut
Sumber:MLong FB



BAHAN KARAMEL:

STEP 1:
2 sudu besar gula pasir dtabur dlm loyang

STEP 2:
buka api perlahan dan buat gula hangus atas dapur gas

STEP 3:
BHN B:
1/2 tin susu cair
70gm gula kastor
1/2 sudu kecil esen vanila
3 biji kuning telur
****kalau nk karamelnye tebal,tambahkan susu cair dan kuning telur

(Izah guna resepi karemal dari ANNA QAWINA yg tebal)-akak juga

1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur
2 biji telur (putih & kuning)


STEP 4:
kacau perlahan dan tapiskan ke dlm loyang gula hangus td

STEP 5:
bakar karamel secara steam bake pd suhu 180'c selama 15min

****sementara tu,siapkan BHN KEK CHOCOLATE MOIST

BHN A:
1 cawan serbuk koko-kurangkan jadi 1/2 cwn
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak

CARA:
satukan semua bahan dlm periuk,kemudian gaul rata dan masak atas dapur gas dgn api perlahan sambil dkacau hgga sebati,dah sebati,padamkan api dan rehatkan sekejap

BHN B:
3/4cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
*semua bhn di atas di ayak

BHN C:
4 biji telur-pukul dgn whisk atau blend

CARA:
satukan BHN B dan BHN C ke dlm BHN A secara berselang seli dan gaul sebati dgn whisk atau senduk
tuangkan adunan ke dlm loyang karamel tadi
bakar secara steam bake pd suhu 180'c selama sejam atau hgga masak...bergantung kpd oven masing2...
dah masak,biar kek sejuk atau hgga kek meregang baru dterbalikkan kek
sedia dhidang