Assalamualaikum semua
Akak dah buat auto post tentang biskut german cookies ni sebenarnya.Tapi entah di mana silapnya post tu hilang begitu saja.Takot jugak nanti bila dah keluar entri yang ini hari ni tiba2 esok lusa keluarlah pulak post yang hilang tu..musykil jugak ni tau..
German cookies ni akak buat awal2 puasa hari tu tapi tak keluarkan entri sebab bagi laluan pada tart nenas.Dengarnya german cookies ni ramai yang ambik dari rumah Rima.Singapore tapi akak ambik dari rumah Naz yang nuuuun dok di kelate tu.Naz pulak ambik dari rumah Happy Home Baking.Ketiga2 blog akak dah link kan.Nanti korang pegi lah ke rumah yang mana2 satu ya.Akak tak pasti pulak cookies ni asal usulnya dari mana.
Okay akak nak sambung buat kerja balik.Petang2 nanti lepas Ainul dan Wazir balik sekolah nak ke Seremban atau mungkin ke KL nak ngukur shopping mall.Fuuuh..betul2 last minit punya keje.Setiap tahun janji dgn diri sendiri takmo shopping last min,tapi tiap tahun tuuuuuu lah keje akak..Anak2 kata last min shopping baru ada feel mak.."Hah!!..banyaklah korang punyo feel.kito jugak yg susah..nak harung jem lautan manusia ni poning tau tak?..."..:D
German Cookies
by
anymz mykitchen
Sumber:Naz@COSK
Sumber Naz dari:Happy Home Baking
Bahan-bahan :
- 125 gm butter, dilembutkan pada suhu bilik
- 40 gm gula icing, diayak
- 1 teaspoon, untuk biskut perisa vanilla
- 2 teaspoon serbuk koko, optional(ditambah jika ingin mendapatkan biskut perisa coklat)
- 125 gm potato starch
- 80 gm tepung kek/tepung gandum
Cara-cara :
- Di dalam mangkuk pengadun, pukul butter dan gula icing hingga gebu dan ringan. Tambahkan asen vanilla dan gaul rata.
- Ayak tepung kek dan juga potato starch ke dalam adunan. Gaul menggunakan spatula hingga mendapat doh yang lembut. Sekiranya doh terlalu lembik dan sukar dibentuk, balut dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk 10-15 minit(Naz simpan 20 minit).
- Gentel doh menjadi bebola-bebola kecil dengan diameter lebih kurang 2cm dan susun di atas loyang pembakar yang telah dilapik dengan kertas pembakar. Tekan setiap bebola dengan garfu untuk mendapatkan corak(celup garfu ke dalam air selepas setiap kali penggunaan untuk mengelakkan doh melekat pada garfu).
- Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 15 minit di rak yang paling atas(tidak perlu membakar sehingga biskut bertukar warna menjadi warna perang) menggunakan api atas dan bawah.