Monday, 31 January 2011

Nampak biasa je..masak kicap ikan senangin.chinese style

Assalamualaikum...
menu ni akak masak sekali masa buat tomyam semalam..nampak masak kicap cincai biasa je kan..?memang pun tapi setiap kali masak cara ni pasti licin dan di gemari rakyat jelata atau tetamu yang datang bertandang.untuk adik2 yang bekerja dan baru mendirikan rumahtangga tu,tak rugi mencuba..neh layan resepi


masak kicap ikan chinese style
by anymz-mykitchen

bahan2

3 ekor ikan senangin sederhana besar/siakap pun boleh. kalau boleh jgn potong cuma kelar2 je
1 labu (dlm 8 ulas) bawang putih-di cincang kasar
2 ketul halia-di cincang kasar
1 cawan kicap manis-boleh tambah jika suka
2 sb kicap masin-jika suka.akak tak letak
2 sb maggi seasoning-jika ada
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
minyak

cara

ikan di bersihkan dan dilumur dgn sebuk kunyit dan garam.
panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing secara deep fry
bila sudah masak,angkat dan toskan.
susun ikan atas pinggan.
gunakan minyak yang sama dalam anggaran 3 sudu besar
tumis bawang putih dan halia
masak hingga wangi.bila warna sudah agak keperangan masukan kicap manis dan maggi seasoning.kacau sebati.bila sudah berbuih angkat dan curahkan atas ikan.

p/s
tidak perlu menggunakan air kerana masak kicap ini memang jenis kering.sesuai di masak utk org dlm pantang dan makan dgn lada hitam.


mudah je kan?...



Sunday, 30 January 2011

Ini bukan termasuk dalam wishlist akak...........

Sejujurnya entri hari ini untuk mengucapkan syukur dan ribuan terima kaseh buat En Mus..suami akak kerana menghadiahkan akak menda alah ni..akak sebolehnya ingin merakam kan rasa terima kaseh ini di blog my story tetapi memandangkan ini berkaitan dgn hal dapur maka akak ingin berkongsi keriangan hari ini dengan kawan2 dan adik2 dari teman sepermainan masak2..
En mus baru tau harga ikan melambung tinggi..nak tergelak pun ado..selama ni beliau masih ingat harga ikan kembong bawah 10 henggit.bila dia ikut akak ke pasar baru2 ni mau terbeliak mata pakcik nengok harga ikan di pasaran..

Permintaannya agar akak terus ke kuala sungai baru,Melaka (ikan dr laut) dan borong ikan banyak2 di sana dan buat simpanan utk dua minggu atau lebih..itu lebih menjimatkan..,katanya.mesti korang terperanjat kan..?
waaah!ramainya rakyat kat rumah kak anim..muhahahaaa....ya betul 10 markah untuk anda..rumah akak menjadi port utk adik2 berkumpul..kalau peti ais yg biasa tu,beso gedabak macam mana pun tetap tak cukup nak isi ikan,ayam daging bagai.belum lagi dgn nugget si ainul dan ais batunya...macam nak muntah dah akak tgk..kalau esbok tu boleh bercakap mesti akak di maki2nya...lemas aku wey..katanya..kekeke

alhamdulillah..rezeki..

tak tau le jenama ni tahan lama mana.



lepas ni kena pikir buat bisnes frozen food lah..hehe

Tom Yam Putih @ Tom Kha

Assalamualaikum...
Alhamdulillah baru kini akak dapat bersiaran dan terima kasih pada yang sudi bertandang dan follow akak tu ya..sibuk sangat semalam dan hari ni..sedang kesejukan kat sini tiba2 ada masalah gigi pulak..hadoiyai dah tua2 ni memacam pulak halnya..
Dengar cerita hari hari ini negeri Johor,N.Sembilan,Mka dan Kuala Lumpur berterusan hujan tanpa henti..negeri lain akak belum dengar beritanya lagi..
dah sejuk2 ni akak layan tomyam jer..resepi hasil skodeng di rumah HANA..akak tambah sayur2an lain jugak ya.maceh adik manis..akak buat sambal thai pedas tu jugak.ada telur dadar jugak tapi tak post gambar nya ya..ala gambar telur je..




HOMEMADE TOM KHA GAI @ Thai Coconut Chicken Soup
Bahan-bahan
  • 1 keping dada@peha ayam boneless - potong kecil-akak ganti dgn sotong.
  • 3 cawan stok ayam @ air
  • 2 batang serai
  • 3 helai daun limau purut
  • 1/2 cawan cendawan butang hiris - boleh campur carrot,akak guna cendawan tiram,bunga kobis dan kobis panjang
  • 2 inci lengkuas - hiris nipis
  • 1 inci halia - ketuk
  • 4-5 atau lebih cili padi-akak buh lebih ada lam 10 biji
  • 1 biji bawang besar - potong baji
  • 1/2 cawan santan
  • 1@lebih biji limau nipis - ambil jusnya
  • 1-2 sudu makan sos ikan
  • sedikit gula
  • daun basil @ ketumbar
Cara-cara
  • Rebus stok ayam@air dan masukkan ayam. Bila ayam setengah masak, masukkan semua bahan2 lain.
  • Didihkan. Jika inginkan lagi masam, perahkan jus limau nipis lagi.
  • Hidangkan panas dengan menaburkan daun ketumbar.


sambal ni resepi nya DI SINI ya..




Saturday, 29 January 2011

Tahniah Yatiememories...


Assalamualaikum semua..

seperti yang di ketahui akak teramat2 sibuk pada hari ini maka tidak ada sebarang entri masakan di keudarakan...maklum tuan rumah pun tidak ke dapur hari ini kerana sibuk menguruskan sesuatu dan melawat FIL di hospital..insyaAllah minggu depan beliau akan di bedah membetulkan tulang pinggulnya dan sudah pasti masuk besi lah tu kan..kesian..dgn umur yang sudah agak lanjut terpaksa menahan kesakitan begitu..
Cuma malam ini akak nak ucapkan tahniah pada adik sahabat blog masak2 ni iaitu YATIEmemories kerana telah berjaya mengumpul follower melebihi 1000 orang..tahniah ya yatie,bukan senang nak dapat tu..





p/s
pada adik2 dan kawan2 yg komen di bawah
esok akak baru dpt buat BW ya..terimakseh sudi singgah,..
luv you all so much lah...

Friday, 28 January 2011

Kek Batik Coklat

Assalamualaikum

Kek batik memang ada macam2 versi..akak pernah post entri ni suatu waktu dulu tapi resepi pilihan HaSue ini ada sedikit kelainan..samada kita patah2kan biskut marie dan susun dlm loyang atau kita susun bulat2 biskut tersebut terus ke loyang..biasa kita gaulkan sekali biskut marie bersama milo dan butter..mmm...pada akak rasa nya tetap ada sedikit kelainan dan memang sedap.anak2 pun suka sebab ada terasa coklatnya kata wazir dan tak jemu2 dia memotong sendiri kek ini..terimakaseh pada Hasue...



kek batik coklat
by:anymz-mykitchen
source:HaSue

Bahan-bahan ( 1 kg )

* 200gm millo
* 250gm butter
* 3 sudu makan serbuk koko
* 1 tin kecil susu pekat manis
* biskut meri secukupnya

Cara-cara

1. Cairkan butter dalam kuali atas api yang kecil sekali...

2. Setelah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit dan gaul sehingga milonya hancur

3. Seterusnya masukkan serbuk koko.... gaul tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul lg....

4. Setelah pekat susun biskut meri di atas loyang(lapik dengan plastik agar mudah dikeluarkan setelah sejuk)lapis ngan coklat selapis demi selapis sehingga habis...

5.Siap...dan biarkan semalaman.... potong dan hidangkan...kalau mahu cepat keras masukkan dalam aisbox dan bila keras potong dan hidangkan...



comot ler sikit...



Puding Roti Sos Kastad

Assalamualaikum semua..dah makan tengahari?...

Rentetan dari roti yang berlebih selepas akak buat Roti Poket tempoh hari,maka terhasil lah puding ini hari ini..jangan membazir..kerak2 roti tu boleh kita makan dgn cicah nescafe atau milo..tapi memandangkan akak dah simpan lama resepi dari HANA ni,akak pun mula lah memudingkan diri..
Sedap kawan2..memang sedap...bila kita bakar aroma yang keluar dari oven tu pun dah cukup buat kita tak sabar2 nak merasa...akak buat setengah daripada adunan di bawah.dan sos kastad tu akak nasihatkan guna 1 sudu kecil tepung kastad dan setengah tin susu cair kalau kita nak sos yang cair.



Puding Roti

Bahan-bahan
  • 8 keping Roti
  • * 500 ml Susu segar
  • * 4 sudu besar Gula halus
  • * 2 sudu besar Butter- cairkan
  • * 2 biji Telur
  • * 1 sudu teh Esen vanilla
  • * 1 sudu besar Tepung Jagung
  • * 1 sudu kecil serbuk cinnamon
  • 2 sudu besar Kismis
Untuk Sos Kastard
  • 1 tin susu cair
  • 2 s/b tepungkastad- hana ltk 11/2 sb je..
  • 2 s/b gula
Cara-cara
  1. Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
  2. Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
  3. Biarkan sebentar dalam 20-30min agar roti terendam sepenuhnya.
  4. Taburkan kismis diatas adunan.
  5. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
  6. Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat.
  7. Tuang ke atas puding roti tadi.

baru keluar dari oven



akak buat telur masak kicap je hari ni..dapat bad news FIL masuk hospital.jatuh di dapur rumah sis in law.dengar cerita patah tulang pinggul...doakan kesihatan nya ya..




Thursday, 27 January 2011

Cream Puff

Assalamualaikum semua...
Hati akak ni nak membaking..nak buat lagi chocolate banana yg tak menjadi tu hari ..selongkar dapur tengok byk yg tak ada..butter pun tinggal seciput je..sayang punya pasal akak pegi sekodeng dapur hana,kot2 jumpa resepi yg guna butter seciput..hah!tu dia...maka terjadi lah kejadian ini...walaupun rupanya sedikit burok tapi janji hakak berjaya melaksanakan versi yg tidak di sangka2 dan di rancangkan ini..kira misi berjaya lah ni ya.
maceh adik manis ya..lain kali akak hendap2 kat dapur tu lagi..cari lagi apa2 yg tinggal seciput.hehehe



saja buka mulut beso2 nak tunjuk isi kat dalam


ini versi terlebih nganga

cream puff

by anymz-mykitchen



Bahan-bahan

  • 100ml air
  • 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
  • 60g tepung gandum- diayak
  • 2 biji telur

Cara-cara

  1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
  2. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
  3. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
  4. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
  5. Masukkan telur, kacau cepat-cepat
  6. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang .Anggaran diameternya ialah 5cm.
  7. Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
  8. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
  9. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.
  10. *UPDATE* Boleh juga guna cara ni. Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam bowl. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan mixer.
Cream Kastad Honey Myr

Bahan-bahan
  • 1 sudu besar tepung gandum - hana gune 2sb tepung kastad
  • 1 sudu besar tepung jagung- so yg nih tk letak
  • 4 sudu besar gula
  • 200cc(1 cup) susu segar
  • 1 biji telur (L size)
  • 1 sudu besar mentega
Cara-cara

> hana kacau semua dlm periuk ngan api sederhana sampai pekat.-akak juga.
ikut aje method ni..insyaAllah menjadi


hah!hambik ko..luas betul nganga mulutnya itewww..


Wednesday, 26 January 2011

Roti Poket

Assalamualaikum,
selamat malam semua..haiihh..jangan tidur lagi belum pun kul 10pm ..ada lagi 40 min nih.
Hari ni cuaca kat bumi akak pijak ni agak sejuk..hujan je dari semalam.alhamdulillah.dah seminggu panas.nak bagi bunga durian keluar lah agaknya ni kan?.kalau asek panas durian tak berbunga..ececeh..cam terror jek bab durian..bila dah sejuk, perut pun asek lapo.laling balik agak awal..asek cari benda nak mengunyah..pastu bising2, kata akak asek masak jek sebab tu dia gemuk...haiisshh
akak mula2 jumpa roti ni dalam email yang di post oleh adik akak melalui kawannya.masa tu tak minat nak cuba.rasa cam renyah kerja dia.bila tgk kat rumah CMG baru2 ni teringin pulak nak mencuba..mat akak ambik tajuk je ya..tak reti nak bg nama apa kat roti ni.

Akak buat sehabis simple yg mungkin sebab semua org dah duduk kat meja menunggu nak makan

bahan2

8 keping roti(rakyat akak ramai.korang buat ikut bilangan rakyat memasing lah ya)
1 tin sardin
1/2 biji timun
2 biji tomato bulat
sedikit mayonis
sedikit garam jika suka
1/2 labu bawang besar di potong dadu
bbrp biji hirisan cili padi-anak2 akak suka pedas


cara buat inti

keluarkan sardin dari dlm tin.keluarkan sosnya.
sardin di hancurkan dan gaul bersama bahan2 yg lain kecuali roti.cara ini sama macam kita buat sandwich sardin.

bahan2 roti

roti
serbuk roti
1 biji telur-di kocak
minyak untuk menggoreng


Gambar akak ambil dari e mail yg di kirim oleh adik

ikuti gambar 1 bermula dari kiri

1-sediakan dua keping roti
2-lenyek roti dengan roller
3-tekan roti dgn penutup termos atau apa2 acuan bulat yg sesuai
4-jadi kan roti berbentuk bulat dan kemaskan


5-celup roti ke dalam telur yang sudah di kocak
6-mandikan telur yang bersalut telur dgn serbuk roti/bread crumb
7-kemudian goreng
8-toskan minyak

cara isi inti

roti yang sudah di goreng,di gunting dua.sebaik ia di gunting,roti akan tersedia berbentuk seperti poket.isi bahan inti dan sedia untuk di hidangkan.


Tips
selain dari sardin bahan2 inti boleh juga di tukar dgn sausage,isi ayam yg di potong kecil2..ikut suka puan2 lah ya..akak nak cepat,akak guna sardin je,..akak suka makan mcm tu je tadi..cuba lah.enak di makan dgn cheesy sos,sos mayonis atau cili sos.




Kari Ayam Kering Ala Rendang

Assalamualaikum....
Hari ni terlambat sedikit masuk dapur maya nih..pagi tadi akak cuma dapat berkunjung ke dapur sebahagian je dari kawan2.tak dapat pergi semua..nanti bila2 akak senang akak jenjalan lagi ya..
Lauk ni sudah lama berada di pasaran cuma akak je baru nak buat..apa yang boleh akak katakan memang sedap resepi dari CMG ni..tapi akak kopipes resepi ni dari rumah YATIE,Johor..eh!boleh gitu ke yatie? sebab dah balik dok Johor kan..hehehehe..
meh tengok resepi ulang tayang dari blog kawan2...tak rugi mencuba.dah habis pun..ooppss..satu lagi nak bg tau akak guna ayam pencen@ayam telur..
akak rebus lebih kurang 11/2 jam ayam tu untuk buat daging nya lembut..memang sedap guna ayam ni.sebab boleh ratah2 tulangnya..cuba lah


kari ayam kering ala rendang

sumber:CMG


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 800 gram ayam, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
  • 2 helai daun kunyit, hiris halus-akak tak guna.anak2 tak suka
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 1/2 camca besar penuh rempah kari daging, bancuh dengan 1/2 cawan air
  • 3 camca besar cili kisar
  • 800 ml santan
  • 3 camca besar madu
  • Garam secukup rasa
  • 8 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 3 biji buah keras*(*dikisar halus)
  • 2 camca besar kerisik-yatie tambah ni tapi akak tak letak
BAHAN TUMIS :-)
  • 3 biji bawang merah, hiris
  • 1 ulas bawang putih, hiris
  • 1 kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum.
  2. Tambah bahan kisar halus dan cili kisar, tumis hingga garing, masukkan rempah kari tadi dan biar hingga terbit minyak. Masuk ayam dan masak hingga ayam kecut.
  3. Tuang santan dan masukkan madu serta asam gelugor.
  4. Kacau dan masak hingga kering, Tambah garam secukup rasa dan juga hirisan daun kunyit. Gaul hingga rata.
  5. Masak sekejap lagi dan boleh diangkat. Hidangkan bersama nasi dagang dan acar mentah.




Tuesday, 25 January 2011

Masak Lemak Cili Padi Ikan Kurau masin Bernenas

Waaalllaaa..hari ini sedap betul makan nasi..buat kawan2 dan adik2 yang singgah sini cuma boleh ambik bau je lah ya..oleh kerana tuan rumah tak boleh makan ikan masin maka hanya 2 ketul yang tertera dalam gambar ni je lah yang ada ya.kalau mau nenas tu pun boleh ambik..tak apa.tuan rumah pun tak makan nenas...hehe..jadi .....
'apo pasal ko masak kalau semuo ko tak boleh makan?'...isshhh..terngiang2 suara ada org marah2 tu..jawap akak,. 'saja . sebab nak menghabiskan ikan masin dan nenas yang dah berkurung lama lam esbok tu.' dah nak menopos dah nenas ni hah..meh kita layan resepinya ya.
Akak masak main lebur semua hari ni sebab bahan2nya dalam jumlah yang amat kecil.jangan takot..insyaallah kalau sesiapa nak cuba,sila kan..



gulai Ikan Kurau masin

bahan2

2 ketul kepala ikan kurau masin
1/4 biji nenas-di buang kulit keras dan mata nya.-akak tak buang mata sebab malas
1 mangkuk santan pekat-lebih kurang 1 biji kelapa
1 gelas air campurkan dgn santan pekat
10 ulas cili padi-di tumbuk halus
sedikit kunyit hidup-di tumbuk halus

cara

masukan semua bahan2 ke dalam periuk dan kacau hingga mendidih.
cuba rasa dulu kalau tawar baru buh sedikit garam jika tidak, tak perlu.sebelum akak masak,ikan masin ni akak rendam dulu jadi masin nya sudah tidak terasa di tambah lagi rasa masam nenas sudah keluar maka akak tambah 1/2 sudu kecil garam supaya kuahnya tidak pecah minyak.gulai masak lemak cili padi kalau kurang garam,kuahnya akan pecah atau dlm bahasa negeri taik minyak


silakan.bismillah



sambal udang berpetai.resepi kat sini

ini lauk sampingan.dah plan nak masak,blender buat hal,di tumbuk aje cili kering tu, sudahnya nampak tak sebiji2 biji cili tu..isshhh
nah ambik potai tu yo lah yo....

Chocolate Bottom Banana Square

Assalamualaikum.
Salam Pagi Selasa pada semua rakan2 yang berkunjung...
Haaiiip...ko jgn senyum2 zah tgk ayat formal akak nih..sesekali nak gak merasa camne menggunakan ayat baku..kekekeke
Akak buat menda alah ni tengahari semalam.dgn ketiadaan coklat putih atau kacang nib atau yang sewaktu dengannya.kira hantam sajalah labuuuu...buat dgn benda2 apa yg ada dlm rumah je.malas nak kuar2 membeli.(yg benornya terlupa)...
Mula2 tgk menda ni kat rumah zarin pastu kat rumah izah.izah tgk kat rumah hana.hana pulak ambik kat rumah anie@NZ..hah!gitulah asal usulnya menda ni.lain kali akak nak buat lagi ni.nak ikut resepi betul2.siap ada tabur2 kacang dan guna bekas yang sedikit lebar.
kalau kat ruma izah dia kata rasa macam kek,kat rumah akak rasa dia macam brownies pun ada.pepun memang sedap.





RESEPI CHOCOLATE BOTTOM BANANA SQUARE

ambil dari:izahdaut


Bahan2
  • 1/2 cawan butter
  • 1 cawan gula
  • 1 biji telur
  • 1 sk esen vanila
  • 1 1/2 cawan pisang lenyek (lebih kurang 3biji size medium)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk baking soda
  • 1/2 teaspoon salt
  • 1/4 cawan serbuk koko - hana buh 2sb je
  • 1 cawan chocolate chips dan kacang nibs

Cara-cara
  • Dalam mangkuk, pukul butter dan gula. Masukkan telur, esen vanila dan juga pisang lenyek. Pukul sebati.
  • Dalam mangkuk lain, satukan tepung, baking powder, soda dan juga garam. Ayak dan masukkan ke dalam adunan. Gaul sebati.
  • Bahagikan kepada 2 bahagian. Masukkan satu bahagian dengan serbuk koko dan kacau rata. Griskan loyang 9 x 13-inci.. Tuang adunan secara berselang seli atau ikut suka. Taburkan choc-chips dan almond/kacang nibs.
  • Bakar suhu 170 selama 30min atau hingga masak. Sejukkan dan potong 24 square

belang yang tak berapa nak menjadi.tak sabar2.panas lagi akak gi potong.rosak habis tekstur nya.


Monday, 24 January 2011

French Loaf with Cheese and Tuna

Assalamualaikum semua
Akak pernah post roti ni tahun lepas kalau tak silap kat SINI..
Roti ni sedap di makan sewaktu minum2 petang,makan malam atau sarapan pagi pun boleh..suka hangpa lah na, nak makan waktu bila..

Tu tajuk tu akak hantam keromo je..apa nama yang sebenarnya akak pun tak tau.
Meh tgk bahan2 dan cara membuatnya ya.kalau dulu akak letak tuna dulu lepas tu baru tomato,kali ni akak letak tomato dulu.dgn cara ini pasti anak2 makan juga buah tu kan..


French Loaf with Cheese and Tuna

bahan2

1 batang french loaf(ala yg jual kat supermarket,roti panjang yg keras kematu tu)
1 tin tuna/sardin
1 biji buah tomato di hiris bulat2 nipis
1 sudu teh lada putih/lada hitam
beberapa keping cheese-kali ni akak guna mozarella cheese
butter

cara

french loaf di potong bulat2 atau menyerong
tuna atau sardin di lenyek hancur
ambil sekeping french loaf yang sudah di potong
sapu butter di atasnya
letak tomato
letak tuna/sardin yang sudah di hancurkan di atas tomato
tabur serbuk lada putih/hitam
akhir sekali letak cheese yang sudah di potong kecil2
sedia untuk di bakar.
bakar hingga keperang2an.
dah siap..


nah ambik lah sorang satu.kalau suka makan le dgn sos.
akak makan mcm tu je.

sekelip mata je semua ni licin masuk mulot..



Sambal Ayam Berkacang

Selain dari menu ikan kukus tu semalam akak jugak masak ayam sambal kacang untuk lunch maklum anak2 ada yang nak balik ke destinasi masing2...masak la lebih sikit kot2 ada yang nak bawak bekal pulak kan.
Masakan ni lebih kurang macam kita buat sambal jugak cuma tambah sedikit bahan2 lain.


bahan

12 ketul ayam
15 cili kering*-di rebus,tos dan ketepikan
1/2 labu bawang besar*
4 ulas bawang putih*
5 biji buah keras*
1 batang serai*
1 inci halia*
sedikit lengkuas*
semua bahan di atas di kisar bersama
3 sudu besar sos tomato
11/2 cawan kacang tanah yang telah di goreng tanpa minyak dan di tumbuk
sedikit gula
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
minyak untuk menggoreng


cara
ayam di bersihkan dan di lumur dgn serbuk kunyit dan garam
panaskan minyak
goreng ayam hingga 3/4 masak.ketepikan
keluarkan sedikit minyak bekas gorengan ayam tadi
dengan minyak yg sama tumis bahan2 yang telah di kisar hingga terbit minyak
masukan garam dan gula
masukan ayam yang sudah di goreng tadi
masukan sos tomato
akhir sekali masukan ayam
gaul bersama dan kacau hingga sebati
sedia untuk di hidangkan







Sunday, 23 January 2011

Steam Ikan Siakap

Salam petang ahad
Apa lah menu minum petang kawan2 semua ya..Akak baru dapat luruskan pinggang hari ni..agak sibuk sedikit dua tiga hari ni.Ikan ni akak masak masa tengahari tadi..memang sedap makan lauk2 macam ni masa musim panas.selain sup atau masak steam ada pulak ulam2an kan.banyak kan makan sayur dan buah ketika ini..cuaca kat tempat akak memang panas terik.
meh tengok resepi campak2..hehehe..campak2 pun sodap kan?...

Steam Ikan Siakap

bahan2

1/2 ekor ikan siakap-bersih dan ketepikan
1/2 labu bawang besar-di cincang
2 ulas bawang putih-di cincang
1/2 inci halia-di hiris mancis
2 batang serai di hiris halus
1 biji tomato-di potong baji
4 sb sos plum
1 sb sos tiram
2 sb cili padi yang telah dihiris halus
secubit garam-akak tak letak
secubit lada hitam

cara

panaskan kukusan
gaul semua bahan bersama ikan dan letak ke atas pinggan kukusan
kukus hingga ikan masak
keluar dan hidangkan.jgn lupa perah limau nipis.


siakap steam ni memang sedap


Friday, 21 January 2011

Layan gambar

Assalamualaikum semua
Hari ini meh kita layan gambar jek ek..
Akak masih sibuk lagi ni
Ni sarapan semalam..nasi goreng cina dan lauk hari rabu lepas sweet sour ketam..
mahap tak post entri ni awal2..




sweet sour ketam..rupa cam sambal kan?..

Thursday, 20 January 2011

Jom Berkenalan-di tag oleh nor secubit garam

Penutup tirai akak malam ni dengan entri jom berkenalan dari nor,secubit garam..harap nor puas hati ya..akak dah cuba jawap sebaik mungkin nih..





APAKAH STATUS ANDA
OOO........Akak sudah kawin.seorang ibu kepada 6 orang anak.seorang kakak kepada 3 org adik perempuan dan seorang adik kepada dua orang abang.

CERITAKAN TENTANG DIRI ANDA
Nama penuh akak boleh di lihat di facebook..bagi sesiapa yang dah jadi friend akak di facebook tu tau lah semuanya kan?
Akak di lahirkan 47 tahun yang lalu di bumi N.Sembilan.Hah!!..sekarang dah tau umur akak kan?..bg sesiapa yg muda tu tapi akak panggil akak tu akak minta maaflah ya..nanti tlg response ya,boleh di perbetulkan balik dan bagi sesiapa yg lebih tua tu tapi akak panggil nama je tu pun minta ampon gak..Akak di besarkan di merata tempat tapi sebahagian besar hidup remaja akak di habiskan di Kuala Lumpur.akak kembali ke bumi n.sembilan pada tahun 92 selepas merantau mengikut suami bertugas di kedah selama 8 tahun.Akak mempunyai 6 orang anak yang terdiri dari 4 lelaki dan 2 perempuan yang berumur 15-26 tahun.Akak juga macam Nor berkahwin di usia muda dan atas pilihan keluarga..tak sempat pun result STPM nak keluar akak dah di nikahkan..jodoh pilihan keluarga,alhamdulillah sudah mencecah 27 tahun bulan march ni.cerita2 lain akak dah jelaskan sikit di entri di bawah di 25 random things about me.

CERITAKAN TENTANG BLOG ANDA
Blog anymz mykitchen wujud setelah beberapa bulan akak lancarkan blog my story..itupun akak berhenti sekejap dari berkarya sebab sebulan selepas akak post blog my story ,akak di timpa penyakit.lama juga akak berdiam diri sehingga lah datang idea untuk mewujudkan blog my kitchen ni.
Akak terpanggil untuk mewujudkan blog mykitchen setelah adik2 akak sering menalipon dan bertanya resepi2 yang mudah seperti masak kari,gulai cili api dsbnya.maklum adik2 kehilangan ibu sejak mereka masih gadis lagi.atas sebab tu akak selalu masak2 yang nampak simple dan mudah untuk diikut sebab peringkat awal akak wujudkan blog mykitchen untuk anak2 gadis yang baru berkahwin dan baru nak belajar masak.Akak tak sangka akak akan mempunyai ramai kawan di sini dan akak berdoa moga persahabatan ini akan wujud di alam realiti pula.
cuma kadang2 bahasa yang akak gunakan agak mengelirukan sebab sebenarnya akak masih dalam proses pemulihan..kalau berada di depan akak, pasti ramai yg tau akak mengambil masa sedikit utk mengeluarkan ayat sebab masalah urat saraf di otak ini di sebabkan serangan strok 2 tahun lepas.
tengok!!!..cerita blog dah jadi cerita diri akak pulak..huh..belasah je lah ya..hehe..

APAKAH PANDANGAN ANDA TENTANG DUNIA BLOG
Baik,Bagus,Hebat dan fantastik dan bombastik..
Di sini kita boleh beramal.produce resepi boleh di kira beramal juga apa.Alhamdulillah kadang2 resepi yang kita siarkan ada yang di cuba dan sudah jadi mata pencarian pada kawan2 yang lain.
Dunia blog juga boleh jadi tempat privasi bagi kita untuk melepaskan tension.boleh luahkan perasaan.,boleh mencari dan memberi ilmu.
pokoknya kalau tujuan baik,baiklah yang kita dapat..kalau tidak sebaliknya lah..


NASIHAT ANDA PADA RAKAN2 YG BARU NAK BUAT BLOG..
Ikhlas lah dalam berkarya..cari lah kawan seramai yang mungkin..mana tau mereka juga boleh jadi teman karib kita suatu hari nanti..

NYATAKAN KEUNIKAN PADA BLOG ANDA
Blog akak tak ada yang unik cuma sekerap mungkin akak akan cuba post kan masakan2 dari n.sembilan.yang kadang2 bak kata anak2 akak,'mak ni,rumput pun nak buat lauk'..hehe..ini sebab diorang selalu lihat akak masak sayuran hijau yang pelik2 di buat lauk

SAMPAI BILA NAK MENULIS BLOG DAN IMPIAN ANDA DLM DUNIA BLOG
InsyALLAH sampai bila2..sampai akak dah tak mengenal huruf dan tak pandai nak menaip lagi..maklum keluarga akak tidak mempunyai umur yg panjang di sebabkan masalah penyakit macam akak ni.jadi selagi boleh berkarya selagi itu lah akak di sini..dan impian akak dalam dunia blog ialah selain dari akak ingin bertemu kawan2 di sini secara realiti akak juga ingin beramal melaluinya dgn terus memberi resepi2 terpendam simpanan arwah mak dan nenek.bak kata abg akak.'ko ni benda ni boleh buat duit habis semua resepi kau tulis kat blog.'
hehe..terus abg akak sendiri rasa seram nak turunkan ilmu nya pada akak.hehe



TAG 5 ORANG YG ANDA NAK KENAL SGT..

Akak tak tag sebab kawan2 yang akak nak tag dah di tag oleh rakan2 yang lain..