Friday 23 September 2011

Ayam Masak Kicap Berempah

Assalamualaikum semua

Selamat tengahari buat tetamu2 mykitchen..Kaum lelaki semua ke masjid.kaum ibu buat apa pulak tu ya..
Akak masak goreng2 je hari ni sebab esok nak gantung periuk kan..sebab nak menjamu selera di bumi Ampang nun..Entah apa lah menu yang di hidangkan oleh mek Ampang tu ya..kihkih..akak sekadar mengusik mesti puan tanah tertonggeng tergolek tak sedor diri mlm ni keletihan ke pasar siang tadi..
Okay ayam masak kicap ni memang paling cincai le..main campak2 je bahan2 tu kan..Dah takde idea nak masak apa..mood memasak masih ke laut..Entah mimpi apalah akak skang ni tau.nak update blog bukan main malas kemain..kadang2 tu lain kita rancang lain pulak jadinya..selagi masih berada di bulan syawal ni agak2nya cenggitu lah kita2 semua ni ya.Akak tgk kat dapur kawan2 pun mcm tu juga..kalau dulu siap buat 3 kali post satu hari skang ni buat dua malah kdg2 akak tgk satu je.tapi takpe lah jugak ada juga mengepost entri tak macam akak ni ,satu post simpan sampai dua tiga hari...huhuhu..:(


Ayam Masak Kicap Berempah
by
anymz mykitchen



Bahan2

1/2 ekor ayam-bersihkan dan di lumur dgn serbuk kunyit dan garam
1 labu bawang besar*
5 ulas bawang putih*
1 inci halia*

bahan bertanda * di kisar halus

2 sb serbuk lada hitam
kicap manis secukup nya
sos tiram secukup rasa
2 sb sos tomato
1 kiub pati ayam
1 gelas air
mix vege secukupnya
3 biji ubi kentang-di kupas kulit dan potong wedges-di goreng hingga masak
1 batang lobakmerah-potong sama mcm ubi kentang-di goreng setengah masak
2 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang




Cara

goreng ayam hingga masak.(tak payah sampai garing)
angkat dan ketepikan
Tinggalkan minyak lebihan goreng ayam anggaran 3 sudu besar
Tumis bahan2 yang di kisar hingga naik bau
Masukkankulit kayu manis dan bunga lawang
Kacau
masukkan kicap,sos tiram dan sos tomato
masukkan kiub
masukkan air
Kacau hingga sebati
Biarkan mendidih dan akhir sekali masukkan ayam bersama ubi kentang dan lobak
Masukkan juga mix vege
Kacau sebati dan tutup api
sedia untuk di hidangkan

*tiada penggunaan garam di sini kerana ayam yg di goreng sudah di gaul dengan garam dan penggunaan kicap sos dan kiub sudah membantu rasa masinnya..

9 comments:

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum akak anymz cayang..
waah esok nak p open hse yer akak.. ehhehee...
sama gak ngan diana akak... banyak entri tertangguh nie.. mood mengupdate tu jap ada jap x der.. d tambah lg ngan kerja2 yg perlu d siapkan.. lagi2 ler berperap jer entri tu.. huhuu
akak.. ayam tu... tengok sedaaap ler akak...anak2 paling suka bab kicap2 gini... mmg bertambah2 nasi d buatnya.. lagi2 si irfan tu... ambik kuahnye jer ngan nasi.. banyak bole dia makan .. sedap

kasihredha said...

pos sini sikit kak..lapar ni :))

Anonymous said...

cincai pun nampak sodap....menu simple2 mcm ni pun kadang2 penambat selere keluarga

Nazrah said...

kalau masak kicap berkuah pun sedap ..anak2 kita pasti suka

tun_telani said...

adoii... stressnyer nk menunggu esok habis.. hehe... semoga selamat perjalanan ke ampang.. uhuk uhuk.. jelesnyer..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam kak anymz..

samalah saya kak.. lepas 3 minggu barulah mood berblog mari sikit2..

ada gak mek ampang menjemput sy esok.. tp sayang seribu kali sayang saya betul2 tak dpt dtg.. abang kerja minggu ni (hari sabtu & ahad pun kerja minggu depan satu lagi baru cuti)... tp minggu ni shift malam.. sepupu pun menjemput jugak tu.. husband kata kalau nak pegi kena pegi awal sikit.. so tengahari tu boleh balik tidor.. hehe.. takde rezeki nk jumpa akak.. mesti mek ampang masak best2 esok kan..

Zalieda Zaliedana said...

Kak nim,sy rini xmsk papun kak,malas betoi,lunch tadi hubby tapau ajer,yg post kat blog n3 tertunggak klmarin2..Huhu jelesnya nak g ampang eks,xnak mai pg ka,sy esk nakg taiping..Jauhnya akak nak g smp ampang nun..Moga perjalanan kita selamat ya kak..

Lee said...

Dear Anymz, I am really sad to learn only today you have lost your beloved brother.
My deepest sympathies and condolences to you and your family, your brother's family too.

It is always difficult and sad to lose a loved one, especially one we grew up with.

What though the radiance which was once so bright,
Be now for ever taken from my sight.
Though nothing can bring back the hour,
of splendour in the grass, of glory in the flower,
We will grieve not, rather find strength in what remains behind.


Anymz, my thoughts are with you in your great loss and share your sorrow.
You keep well, Anymz. And may your brother rest in peace with God.
Your Canadian friend.
Lee.

Ida,Japan said...

ayam k'anim nmpk sodap...nk mintak pun mesti dh jd baja.ha.ha