Tuesday, 27 September 2011

Ikan Siakap Goreng Berempah Woku

Assalamualaikum semua

Puas akak dok pikir apa nak buat dengan ikan siakap seekor yang sudah dok memerap dalam freezer tu..
Selongkar jap dapur Mas@Duniaku yang amat rajin memasak dan mengupdate resepi..Lalu akak pun terjumpa lah resepi yang mas cedok dari dapur ummi kuantan.Ummi pulak cedok dari majalah SEDAP katanya..dan terus terang akak cakap memang sedap lah resepi ni..Mas guna ikan talapia.
Akak ikut Ummi guna ikan Siakap cuma akak seleweng kan sedikit resepi ni atau orang2 skang kata 'derhaka'kan resepi.Kalau Ummi dan Mas bakar aje ikan tapi akak pi goreng..Saja nak menggoreng.Lain kali akak bakar pulak..Goreng pun sodap apa lagi lah kalau akak bakar kan Mas kan?.Ummi kan???

Cara akak setelah akak gaul dengan air limau dan garam tu akak tambah lah sedikit serbuk kunyit lalu akak goreng ikan hingga agak garing.maklum ikan siakap.

Ada lagi satu penambahan.Akak guna cili kering yang di kisar sebab stok cili padi sudah habis akak buat masak lemak untuk di bawa ke Ampang tu hari..hahahaha
Cuba lah resepi ni memang tak rugi mencuba.
Along siap tanya akak apa nama menu ikan ni..macam rasa masakan Thai katanya..sedapppp..

Ikan Siakap Berempah Woku
by
anymz myitchen


Bahan :
(akak wat sukatan untuk seekor ikan)
  • 2 ekor (550 gm) ikan siakap - dikelar-kelar - Mas guna talapia merah
  • 2 sudu teh air perahan limau nipis (*akak guna limau kasturi jek)
  • 1 sudu teh garam
# Lumur ikan siakap dengan limau nipis dan garam. Perapkan 15 minit. Bersihkan dan ketepikan.
  • 8 helai daun limau purut - buang tulangnya dan hiris halus
  • 4 helai daun pandan - hiris halus
  • 2 helai daun kunyit - hiris halus
  • 3 batang serai - ambil putihnya dan hiris halus
  • 5 tangkai selasih - diambil daunnya (*akak xda stok ni)
  • 2 biji tomato merah - potong dadu
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula pasir
  • 2 tangkai daun bawang - dipotong-potong (*ni akak lupa nk tabur)
  • 3 sudu makan minyak masak untuk menumis


sedap sebab meriah dengan adanya macam2 jenis daun..


Bahan Kisar :

  • 12 biji bawang merah
  • 7 biji cili padi merah (akak guna yg biasa je, campur2)
  • 5 biji buah keras - bakar kejap
  • 3 cm kunyit hidup - bakar (*akak x bakar pun)
  • 2 cm halia
Bahan Pelengkap :
  • Daun senduduk secukupnya (*akak guna daun salad jek)
  • 1 biji timun - dipotong serong
  • 4 tangkai selasih
  • 6 biji cili padi merah hiris untuk tabur

Cara Memasak :
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, daun limau, daun pandan, daun kunyit dan serai sehingga terbit aroma.
  2. Masukkan tomato dan kacau hingga layu.
  3. Masukkan air, gula pasir dan garam. Masak sehingga matang dan mendidih.
  4. Masukkan daun selasih dan ikan siakap. Masak sehingga kuah menyerap.
  5. Sediakan alluminium foil yang telah digriskan sedikit minyak dan letak angkat ikan tadi di atas alluminium foil.
  6. Tuangkan juga semua kuah pekat tadi rata-rata menyaluti ikan.
  7. Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar 180C sehingga ikan masak.
  8. Hidangkan bersama pelengkapnya dan bahan taburan cili padi hiris.
  9. Selamat menjamu selera!!! Hingga menjilat jari uuuuu...

11 comments:

tun_telani said...

kak anim.. tun pun nk letak resepi nii.. wat buka puasa semalam.. mmg sedapp sgt!!

Mas said...

kak anim...
sedappkan ikan berempah woku ni...
hingga menjilat jari kan...
dah jadi resepi no 1 mas tau..he3
lain kali akak try bako lak..
perhhhhh....sangat sedapp tau..

Sheila Shafeareen said...

Salam kak anim, sy pun suka ikan siakap..x kira lah buat masak apa sekali pun, masam manis mmg suka tp yg ni npk lagi menyelerakan berempah..perlu cuba ni....

anymz said...

to tun telani
ya lah tun memang sedap..menyesal pulak sebab lambat mencuba..:)))

anymz said...

to mas
ya lah mas.memang sedap..abg dgn along suka betul..sampai menjilat jari.rasanya bahagian ekor tu abg sorang je habiskan.hehe
lain kali akak nak cuba bakar pulak.:))

anymz said...

to sheila
salam kembali sheila.akak suka kalau ikan siakap di goreng garing2.hari ni tak sempat nak bakar tu yang akak goreng je.kalau bakar mesti sedap ni kan sheila?..
cuba lah sheila.sedap nih..

ibundo said...

umang ai banyak e bahan. Tak poning ko carik daun .
nim, ekau kalau nak datang, roger dulu. Kok tak roger nanti kau jumpo mo pagar yo hehe..

izahdaut said...

Kak nimmm... Saya pun dh buat gak ni. Tapi tak post. Sebb cik abg ai tak saboo nak makan. Hehee.. Cedap kan

Yana Shaiful said...

Salam kak Anim..tergoda lg smpai sini tgk ikan siakap berempah woku..hmm..esk nk p cari ikan siakap..kna try jgk..xtahan dgr rmai citer ttg kesedapnnya hehee

kasihredha said...

salam kak

macam2 jenis daun ada
sure wangi kan

Diana @ Melley Mey said...

tgk ikan nie mmg nampak sgt sedap ler akak.. x perna buat lg yg nie.. kena cari daun2 tu dulu... heheheee... kekdg tu cari2 x jumpa.. kalu x nak masak guna daun2 tu.. pasti senang jer terjumpa kat pasar tu.. :)