Monday 26 September 2011

Laksa Sarawak 11

Assalamualaikum semua

Nak letak wordless Monday rasa cam tak kena aje.
Tapi itu lah yang akak rasa tambahan pulak menu ni menu minggu lepas.Patut nya laksa ni keluar sebelum akak ke majlis gader2 di rumah Izahdaut malangnya mood memasak dan nak postkan entri semua ke laut..
Alhamdulillah hari ni kesihatan akak pulih sepenuhnya setelah akak bertemu beberapa orang yang bijak pandai dan mengajar serba sedikit apa yg patut akak amalkan semua sudah kembali seperti biasa.kalau Izah,Mas dan Anna nampak akak sehat sebenarnya tidak..InsyaAllah ada masa kita gader2 lagi ,akak story mory kat korang okay..
Nak tepek resepi ke?..Takpe lah nanti akak hantar ke link akak yang lepas2 ya.
pes Laksa Sarawak Hj Manan ni akak dapat dari dua pupu akak Ashraf yang bertugas sebagai pemandu kapalterbang a.k.a pilot di bumi Miri nun.Akak kirim pes ni sebelum Hari Raya tempoh hari.Jenuh gak lah anak bujang (umur 26thn) tu nak kena cari di pasar.(maklum dia tak pernah jumpa pes ni sebelum nih).
Pes yang sebelum ni akak dapat dari seorang adik yang juga tinggal di bumi sarawak nun.setelah seisi rumah merasai kesedapan laksa sarawak ni maka haruslah kami mengulang makan lagi..hehe..(eh!ayat apakah itu)

kalau nak tengok post akak sebelum2 ni sila ke SINI ya..



Laksa Sarawak 11
by
anymz mykitchen
Sumber:DayangJack
Sumber:Hasue

Bahan2 sampingannya simple aje.
Tak banyak dan memudahkan.

bahan-bahan : 6-8 orang makan
  • 200 g pes atau perencah laksa (DJ guna pes laksa HJ Manan)
  • isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)
  • 1/2 kilo udang basah
  • 1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
  • 4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 200-250 ml santan pekat
  • garam dan gula secukup rasa
  • taugeh (dicelur)
  • sedikit daun ketumbar (diracik)
  • limau kasturi secukupnya (dibelah dua)
Cara-cara :
  1. Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan.
  2. Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  3. Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas. Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering.
Resepi Sambal Udang Kering

bahan-bahan :
  • 6 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • sedikit belacan bakar (dikisar)
  • segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)
  • 4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnya
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula
Car-cara :
Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat.

Kelainan yang ada dlm laksa sarawak telur nya di dadar.



Akak tak buat sambal.Kali ni pes hj manan rasa pedas sedikit.
Akak suka sangat.


12 comments:

Kak Sam said...

Semoga kak anymz cepat sembuh. Saya duk tunggu ni cerita kemeriahan gader2 hari tu.

Sheila Shafeareen said...

Assalmualaikum Kak Nim..laksa srwk pernah buat sekali aje..ok juga rasanya..tp kena ada pes baru sdp...

Semoga akk cepat sembuh ye...

Zalieda Zaliedana said...

Kak nim,xsabaq nak tgk pic2,wlaupon jeles bebenor nih,eh akak,xsihat eks,moga lekas sembuh ya,amboi nak gader2 lagi eks,huhu lagilah jeles nih,eh lupa lak nak komen laksa tuh,sedap nmpak kak,tapi kalo da sambal mesti lagi kaw kan,nih mesti kak nim ni mlas nak wat salbal,alasan lah tu kata pes dah pedas,wakaka..Ampon kak nim..

Mas said...

kak anim....
tak berapa sihat yerk..
patut la tengok akak ari tu macam letih jerk...
mas rasa bersalah pulak buat akak tunggu mas lama kat rumah izah...
harap akak cepat2 sembuh macam sediakala yerk akak..
banyakkan berehat dan amalkan apa yg telah akak belajar untuk pulihkan kesihatan akak..
seronokkkk sangat dapat jumpa akak tempoh hari...

laksa sarawak tu...sedapppppnyaaaa
kak anim jangat ligat2 sangat yerk...
tunggu betul2 sihat dulu..

ibudhira said...

salam perkenalan kak anim..

laksa sarawak mmg sedap..baru je buat sabtu lepas..jamu kawan2 makan..heehhe..nway semoga cepat sembuh yer

atie @ ejay said...

sedapnya.. my peberet! nanti nak buat jugak

shaYazz said...

Hai kak..sy SHa......suke tgk resipi2 kat blog akk ni..

tun_telani said...

alahai.. dh lama x mkn.. nmpk gaya kene gi turun miri cari pes hj manan nih. stok lama dh habis. kt bintulu ni semua pes laksa ada tulisan cina, rasa was2 pulak nk beli..
hv a good rest kak. penat masak lomak byk sgt kot ;) nnti bila tun blk semenanjung wat gader2 umah akak ye =)

Amie said...

Assalam Kak Anim,
moga kak Anim cepat sembuh ye, pelan2 buat kerja... jangan paksa diri & banyakkan berehat, serta tenangkan hati & perasaan....

izahdaut said...

la ye ke kak nim, patut nampak muke akak pucat letih je. tapi bila akak senyum nampak ceria balik. sian kak nim kena masak susah2 kami sesedap je makan. adeh..saya doa semoga kak nim cepat2 sembuh mcm sedia kala ye kak..

dari dapur nasya said...

salam kak anim...laksa s'wak ni pebret nasya nih..tapi la ni xleh nak godek2..kehabisan rempah...rasanya mmg sdp kan..

anymz said...

to sam
insyaAllah terimakash ya sam.tu izah dah post dah citer gader2 tu kan?..insyaAllah suatu hari nnt kita jumpa ya.:))


to sheila
terimakaseh ya sheila..rugi tak jumpa hari tu kan?.


to zaliedana
eh mmg kali ni pes hj manan rasa pedas sedikit.entah kenapa lah agaknya tu..anak2 akak pun kata pedas.tapi kira okaylah pd tekak kami..hehe

dah jamu mata dah kat blog izah kan?.:))))



to mas
alhamdulillah sudah beransur dah ni mas.
akak pun rasa gembira sgt dapat berjumpa dgn korang semua.suatu persahabatan yang tersimpul yg tidak akak jangka selama ni..

alhamdulillah berkat rupanya dunia blogging kita ni.semoga kekal kita bersahabat hingga ke akhirnya kan mas?..