Assalamualaikum semua
Alhamdulillah walau gambar kurang memuaskan tapi akak tetap ada mood untuk menghadirkan diri di sini..
Asyik terlupa.Keluar pekan entah dah berapa kali tapi masih terlupa nak beli card reader.penat betul otak ni bekerja..kdg2 naik geram kat diri sendiri bila penyakit lupa ni memakan diri..
Hantam sajalah labu...nak ambik gambar yg baru,dessert ni pulak sudah habis kena sapu..
Akak buat panna cotta ni petang tadi lepas geram tengok dia menghadirkan diri di rumah IzahDaut..
Cuaca panas betul diluar tu.apa lagi terus akak ke kedai membeli susu..alhamdulillah dulu2 dia hadir di rumah nor@secubitgaram.malah resepi ni pun akak cedok dari sana..terimakaseh ya nor atas dessert yang tersangat2 sedap ni..berebut2 dgn cik abg..katanya semua rasa ada dalam panna cotta ni.sedap.lain kali buat lagi ya..katanya..
hah!boleh saja tapi abang gi beli buah kiwi tu ya..mahai pulak rega buah kiwi tu hari ni..
KIWI PANNA COTTA
by
by
anymz mykitchen
source : Gert (Mango Panna Cotta)
diolah : K.Nor@SecubitGaram
Bahan2:
9gm gelatin (lebih kurang 1 sudu besar dan di lebih sket)
4 sudu besar air
2 ½ cawan susu segar/fresh milk
1/4 cawan gula
1 sudu teh vanila
3 biji buah kiwi ~ blend utk dijadikan puri + 3 sudu besar gula
diolah : K.Nor@SecubitGaram
Bahan2:
9gm gelatin (lebih kurang 1 sudu besar dan di lebih sket)
4 sudu besar air
2 ½ cawan susu segar/fresh milk
1/4 cawan gula
1 sudu teh vanila
3 biji buah kiwi ~ blend utk dijadikan puri + 3 sudu besar gula
Cara2:
1. Masukkan gelatin ke dalam air dan biarkan mengembang.
2. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk dan masak dgn api sederhana hingga susu di bahagian tepi periuk mengeluarkan buih2 kecil.
1. Masukkan gelatin ke dalam air dan biarkan mengembang.
2. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk dan masak dgn api sederhana hingga susu di bahagian tepi periuk mengeluarkan buih2 kecil.
3. Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.
4. Tuangkan ke dalam ramakin atau gelas yg sesuai. Boleh juga jika nak masukkan sedikit potong buah kiwi ke dalamnya.
5. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.
6. Tuangkan puri kiwi keatasnya dan bolehlah dihidangkan.
4. Tuangkan ke dalam ramakin atau gelas yg sesuai. Boleh juga jika nak masukkan sedikit potong buah kiwi ke dalamnya.
5. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.
6. Tuangkan puri kiwi keatasnya dan bolehlah dihidangkan.
** updated:
K.Nor lupa nak mention yg K.Nor ada masukkan 3 su
du besar gula masa blend kiwi.
Ni supaya puri kiwi yg dihasilkan tak terlalu masam.
yang ini akak punya
14 comments:
memang sedap kan kak... kita pun nak buat lagi
Kak nim,amboi sana sini duk tayang panna cotta..Xper ar,kat pg da padang kota,hehe..Jeles nih..Weekend nih nak g giat cari gelatin lah..
hamboiii yg dia gelas besor tu.. k.nim, nak kasi up kaler kiwi tu tambah sket pewarna hijau ya.. lagi cun.. nor lupa nak mention dlm resipi .. ampun buk :)
kan dah kata, tak rugi mencuba :)
Ala kiwi ada 3 biji kat dlm esbok tapi gelatin pulak takde. Hehehe kak gelatin rupa mana erk?
nim, kakpah bawak balik resepi ni.bawak balik penang dulu. jumaat baru balik rumah ekeke..
Kak Nim...sume org pun buat panna-cotta...cek dtg ni...nak ngendeng segelas...teringinnya nak merasa...
ish.. xleh jd nih.. semua duk pakat berpanna-cotta nih.. tun xmerasa pun lagi..
to nazrah
sedap hingga menjilat jari kan?
to zaliedana
eh buat sendiri le..tak aci lah beli2.mmg sedap minum masa cuaca panas..sejuk masuk ke tekak.
to k.nor
ya la nor..tak rugi mencuba..terima kaseh nor..memang sedap..sebenarnya bab2 resepi ni kita mmg kena berani mencuba kan?..biasa la..kdg2 tu sesuai dgn tekak kdg2 tu tidak.sekurang2nya kita boleh merasa kan?..
to kak sam
3 biji kiwi tu masih boleh di gunakan jika keluarga tak ramai sam.
gelatin tu dlm bentuk serbuk..kalo tinggal di penang,menurut chik mimi kat giant ada jual..
to kakpah
amboi kak apo buek lelamo kek penang tu?..makan angin ko?..atau anta anak masuk u..hehe
to cik cek
pasal akak teringin nak merasa tu yang akak buat tu cek..memang sedap..berbaloi.cuba lah..
to tun telani
buat cepat tun..time cuaca panas memang sesuai sgt2..:)
Post a Comment