Saturday, 4 June 2011

Asam Pedas

Assalamualaikum semua
Buat apa tuuuuuuuuuuuu
Rumah blogger masak2 sunyi sepi le jawapnya bila tiba hujung minggu ni kan?
Ada yg balik kampung ya.berhati2 di jalanraya.okay.kalau tak balik kampung tu dok diam2 kat rumah.nonton TV takpun tidur le.rehatkan badan dan minda.
Adeh!panjang lebar pulak mukadimah hari ini.
Asam pedas memang kesukaan akak..tak jemu kan?..bagi lah pada akak sebarang asam pedas dari negeri mana pun, pada akak rasanya tetap asam pedas...hehe
meh tengok resepi asam pedas yang akak masak semalam.
Hari ni tak masak.dah gantung piyuk belanga.pi makan free kat rumah org kenduri..


Asam Pedas
by
anymz my kitchen

bahan2

1/2 ekor ikan tenggiri batang-akak guna 6 keping-bersihkan gaul sedikit dgn serbuk kunyit dan ketepikan
1 batang terung panjang-di belah dua dan di kerat 4.rendam dlm air sejuk sebentar
15 tangkai cili kering-di kisar
1 labu bawang besar-di kisar
3 ulas bawang putih-di kisar
2 batang serai-di kisar
sedikit belacan-jika suka-di kisar
3 batang daun kesum-ambil daunnya
2 batang bunga kantan-di belah dua
1 kiub pati ikan bilis
garam secukup rasa
1 mangkuk air asam jawa-agak2 le
1 st serbuk kunyit
minyak untuk menumis

cara

Panaskan minyak di dalam periuk
Tumis bahan2 kisar hingga naik bau
Setelah terbit minyak,masukkan serbuk kunyit,garam dan kiub ikan bilis
Masukkan air asam jawa
Masukkan juga ikan dan daun kesum
Bila sudah mendidih masukan terung yang sudah di toskan airnya dan juga bunga kantan
Jerang hingga terung masak
Renihkan sebentar dengan api perlahan dan tutup api
Sedia untuk di hidangkan.


7 comments:

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak...
waaaah ada asam pedas ler kat cnie... memang diana suka sgt makan asam pedas nie akak.. hehhehe... sedaaaap tu... nak2.. hehehee

mama Tiara said...

sedapnya..lama tak makan asam pedas..asyik makan kari je

CT Delima said...

As'salam kak anim

asam pedas..berkeroncong pulak pepagi hari kak oii. ct minat asam pedas, tambah2 kalau ada ikan pari lagilah laju menokok nasi dalam pinggan.. hahahaha

cuti2 ni tak kemana pun kak anim, Hb kena kerja cuti terpaksa dibekukkan. nak buat macamana, tergolek2 jer lah depan TV tu nanti.. hihihi

Mas said...

akak..mas bersiaran dari kampung ni..kikikiki
wahhh..bestnya tengok asam pedas tu....
pekat jerk kuahnya...

♥LOVE2COOK♥ said...

Alamak sedapnya asam pedas tu kak!!! Terliur tengok :)

Treat and Trick said...

Sedapnya asam pedas tu, kalau dekat boleh tumpang makan....

YNA said...

erm syoknye tgk.meleleh air liur lagi.blh try buat ni.biasa sy buat asam pedas, kisar kunyit hidup n cili hidup skali.so bila masak kuah dia akan berkaler kuning.hehe cara org tganu.n x pernah letak bunga kantan n belacan.hehe blh try nextime ni.husband suka yg merah mcm ni :)