Saturday, 18 June 2011

Sambal Ikan Bilis,Tauhu dan tempe

Assalamualaikum

Waktu entri ini ke udara puan tanah sudah ke rumah orang kenduri..jiran terdekat tuuuu,takkan nak datang makan je tak?..esok2 kalau kita buat kenduri org dtg makan je tau pulak nak marah kan?..kihkih..Hari ni puan tanah rasa sehat jadi dapat le pergi nyibuk2 kan diri.tolong apa2 yang patut..tak pun tunjuk muka je..selebihnya terus kupas bawang diam2..haippp..kupas bawang kerja mokcik2 yang sudah berumur..puan tanah muda lagi jadi haruslah nolong menumis apa yg patut..kan..kan?
Seperti biasa hari sabtu cenggini blog masak2 mesti sunyi lagi kan,tapi tak apalah masuk gak entri hari ni buat rujukan resepi anak2 di masa akan dtg.
Akak suka lauk sambal begini.Anak2 pun suka..kan ke semalam hari berjimat cermat,selain lauk telur tu akak buat le lauk sambal ni jugak..kedua2 lauk habis sekali hadap..malamnya akak goreng mi jek..entri mi di lain kali ya..


Sambal ikan bilis,tauhu dan tempe
by
anymz mykitchen

bahan2

15 tangkai cili kering-cuci dan rebus sebentar
5 ulas cili padi jika suka pedas
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
semua bahan di atas di kisar
2 bungkus tempe-di potong ikut suka ketepikan
segenggam ikan bilis-di rendam
2 keping tauhu-di belah 3 dan potong 4
Garam secukup rasa
sedikit gula
sedikit air asam jawa.
sedikit serbuk kunyit
minyak untuk memasak


cara

Panaskan minyak
Gaul tempe bersama serbuk kunyit dan goreng hingga masak-angkat dan ketepikan
Goreng tauhu hingga masak-angkat dan ketepikan
Goreng ikan bilis hingga garing-angkat dan ketepikan
Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit di dalam kuali
Tumis bahan2 yang di kisar hingga terbit minyak
Kacau sebentar
Masukkan sedikit garam dan gula
Masukkan air asam jawa
Kacau sebati
Akhir sekali masukkan bahan2 yang sudah di goreng tadi
Gaul bersama dan angkat.
Sedia untuk di hidangkan dan sesuai di makan dgn nasi panas...




7 comments:

Mas said...

akak...lama dah mas tak buat sambal gini..
sedappnya tengok...

Ida,Japan said...

nk ngendeng k'anim la....sedap ni, mkn ngan nasi panas2, pas tu goreng telur..fuhh dh cukup tak perlu lauk2 lain.

ijayuji said...

Salam kak anim! waaahhhhh!!! sonoknyerrrr kenduri!!! paling suke kalau mak kita g rewang2 balik mesti dpt kuih2 ke hihihi... tujuan dah ke lain pergi merewang :D

HomeKreation said...

Lauk cam gini memang best... makan hari2 pun takpa

Anna Qawina said...

kak..dah g kenduri tu bawak balik la apap2 yang tak habis tu yer..hehe

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak...
sambal gini kalau d makan ngan nasi panas mmg sedap nie akak... suka makan sambal yg mcm nie...

akak p kenduri yer akak... seronok kan dapat bersama2 memasak ngan jiran2.. kat cnie pun biasanya mcm tu... ramai2 gitu.. seronok sekali

~Norul Mas Hana ~ said...

Salam kak Anim,
sedapnyer sambal nih...pembuka selera btul..lama tak buat..