Thursday, 9 June 2011

Sosej Roll



Assalamualaikum semua

Buat roti ni walau ada BM pun kena ada mood jugak kan?..Hati akak ni gundah gelana sebenarnya..Tu yang roti tu tak menjadi roll nya..(alasan ke hape ni)
Anak dara akak dapat tawaran buat makeup video dgn sebuah pusat kecantikan jenama terkenal.Ayahnya tidak memberi izin sedangkan dia teringin sangat nak pergi.konon nak jadi model muslimah...tapi maknya teringin sangat anak dara tu mendengar kata ayahnya.serba salah betul akak di buatnya..mmmmmm...makin pressure lah maknya ini di buatnya....Tulun...Tulun...



Sosej Roll
by
anymz mykitchen
Source:CMG


BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 g mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
14 batang sosej "Ayamas"
Bijan untuk hiasan




CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2)
  2. UNTUK SOSEJ ROLL :- Celur sekejap sosej, tos, sejukkan dan lap kering. Tumbuk doh untuk membuang udara, bagi doh pada 14 bahagian. Ambil satu bahagian, tarik sikit dan lilit pada sosej, tapi pastikan hujung dan pangkal sosei tidak tertutup. Lilit dengan kaedah menindih dan hujung doh diselitkan bawah lilitan, tujuan untuk mengelakkan dok terbuka bila kembang nanti. Susun dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Buat hingga siap.
  3. Biar 45 minit, sapu baki telur dan tabur dengan bijan. Bakar 25 minit pada suhu 190C dalam oven yang telah dipanaskan hingga kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan..

dalam susah hati pun ngap gak roti ni..

13 comments:

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

Betul tu..nak meroti kena ada "mood" kalau tak hancus jadi nya...

Kesian Akak... harap sabar..dua dua di sayang...

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Kak Anim..
Betul tuh masak & buat kuih kena mood yg baik..kalau tidak hancusss semua nyer :)

Bersabar byk2 kak... Peluang baik ni kak susah nak dpt ..

Mas said...

akak...
menjadi juga roti tu..
kalau akak happy...bertambah cantik gebu la roti sosej tu...

Mama Hawa/Mama Nani said...

lupa plak...Bak 2-3 ketul utk si Nazli yg mmg suka sosej roll...ki3x

Zaliedana said...

Kak nim,jgn lah ssh ati kak,nnti blood akak bertmbah naik..Nnti dah xawek,eh awet muda..Pstt dah ok dah roti tuh kak..

Sheila Shafeareen said...

salam kak slmt pg...
wah hari ni ramai yg meroti yee nak jugak le.. g rmh ika dah rasa 3 ketul..singah sini nak rasa yg kak nim punya 4 ketul heheh, balik nnt dah kenyang x yah masak...lawa apa roti tu...menjadi npknya

ijayuji said...

Salam kak nim!!! kita tuko roti yer kak mcm mana leh tersama meroti jugak ni hihiih.. tp kitanyer roti gula :D maklomlah perangai mcm budak2 kikiki... cantek dah tu kak roti akak mcm kat bakery ;-)

Acik Erna said...

anim..pandai2 la anim..mana satu nak pujuk dulu..ayah ko anak..he he.
yang ponteng..omak jangan poning..jago kesihatan..

TopsyTurvyMum said...

Salam Kak Anim,
Satu dugaan jugak tu..
Doa la banyak2 supaya dia ikut kata ayahnyer tuu..

Sedap pekena roti akak pagi2 nii:)

izahdaut said...

cantik je kak nim rotinyer tu..
ye la kak nim betui kata TTM tu, doa banyak2 sebab hati ni hanya Allah mampu ubahkan.. insyaAllah ok tuuu

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak...
wah akak... roti tu dah cukup cantik d mata diana tau akak...
diana harap akak bersabar n berdoa kepadaNya.. Insyaallah

Kjee said...

wah anim dah pandai guna BM. senang kan? Anak Kjee pun dah lama tak buat roti sejak badan dia un turut mengembang macam roti. hehehe

Nieza said...

wahh gebusnya roti kak anim ni..menjadi la tu kak...

sian juga kat akak yer pening memikirkan pasal anak tu apapun harap dapatlah dibuat keputusan yg terbaik nanti...akak jaga juga takut naik pula bp tu.