Friday, 17 June 2011

Roti jala

Assalamualaikum

Alhamdulillah selamat buat minum petang tadi..Inilah hasil air tangan Farah(kakak),Amir dan Ainul.kelentang kelentung mereka bertiga di dapur tadi sebab teruja nak guna acuan roti jala yang baru ,di mana baru je akak terima dari chik mimi pagi tadi..terimakaseh mimi..tak sabar2 budak2 ni nak menjala dan lihatlah hasilnya..
Walaupun tak cantik macam hasil air tangan mokcik2 di luar sana tapi can do lah bila mak pak nak makan kan?..Resepi akak ambik dari rumah Yatie.Terima kaseh aunty yatie...memang sedap le makan dgn kari ayam..

Roti Jala
by
anymz mykitchen

Bahan-bahan


  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 cawan susu segar
  • 1 bij telor
  • 1 sudu kecil garam halus
  • beberapa titik pewarna kuning


Cara-Cara
  1. Masukkan semua bahan ke dalam blender.
  2. Blend hingga semua sebati. Biarkan sebentar.
  3. Sediakan kuali leper non-stick dan ceduk adunan dengan acuan roti jala dan tebar/kirai adunan atas kuali.
  4. Gunakan api perlahan. Masak lebih kurang 1 minit.
  5. Angkat dan gulung atau lipat ikut suka. Selamat Mencuba.

kena buat selalu kalau nak mahir.kata maknya..
hehehe


9 comments:

Zaliedana said...

Kak nim,sy pon da wat roti jala bebaru nih,tapi xpost lagi,huhu..Bestlah kan anak2 dah besar,mak diorang leh goyang kaki,sambil bercanda ria,chewah..

Yatie said...

Alahai ghajennya anak dara akak menjala roti ni....leh buat menantu mcm ni..sudi ke..ekekekeke..
lama dah tak buat dan mkn roti jala, bukannya apa sbb malas nak dok depan dapor lelama...hehehehe,,

Chik Mimi said...

assalam kak wah dah smpi ye .thanks sy jual ye kak

tun_telani said...

wahh..sedapnyer roti jala.. tun baru je berangan nk wat wiken nih =)

MOBYDICK said...

Salam ziarh Kak Nim,sedap nampaknya gulai kat atas tu...bagi la resepinya sekali..

kasihredha said...

kak,
dah lama akak cari botol 3 muncung tu kat kedai...tp tak jumpa.
seronoknya bila anak dah boleh masak kan kak :)

cikmanggis said...

wah dah dapat makan hasil tangan anak dara ni..bagus anak mak ni ya:)

ibundo said...

menjalo kito......
orang jalo dapek ikan. ekau jalo dapek ayam hehe..

Diana @ Melley Mey said...

roti jala nie diana x perna lg buatnya... makan jer pandai.. hehehe.. seronok tgk ramai dah buat.. roti jala akak tu nmpk ok ler akak.. bg diana tu dah cukup ok dah tu.. kemas gitu