Tuesday, 28 June 2011

Roti Sosej Bercajun

Assalamualaikum semua

Ada yang berpuasa ke tu?..
Alhamdulillah baru ada tenaga sikit untuk mengentri mlm ni..Siang2 tadi tak ada semangat langsung cuma singgah sekejap di rumah IzahDaut yang telah membuat akak tersedak dgn entrinya hari ini..Entri talam yang telah menganggu gugat kedudukan akak di rumah orang kenduri tempoh hari.Akak sedang membantu kawan2 mencuci ayam sebanyak 70 ekor tu.Buat kacau daun betul si Izah sms semata2 nak menanya santan dan air siap ugut2 bagai pulak tu..wakaka
Hari ni akak tak berapa lalu nak makan..
Bila terpandang je roti di rumah Mas ni terus akak ada idea nak buat..maceh Mas..lap you lah mas atas idea bernas nih.
Bila ada cajun tu mesti terbuka selera kan?..cuma akak tambah sedikit Italian herbs.tapi akak tak letak kat sini..terpulanglah pada you all yang membaca ya..kalau teringin boleh letak berbagai2 rempah keluaran 'mc cormick' ni.
Seperti biasa resepi roti kita ambik dari rumah siapa lagi kalau bukan CMG yang anginnya kejap kembang kejap kempis tu..jangan marah ya CMG..gurau2 je nih..

Roti Sosej Bercajun
by
anymz mykitchen


BAHAN-BAHANNYA :
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 g mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
14 batang sosej "Ayamas"
Bijan untuk hiasan


Akak pernah buat roti serupa
sila lihat di SINI ya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik.KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing
  2. UNTUK SOSEJ ROLL :- Celur sekejap sosej, tos, sejukkan dan lap kering. Tumbuk doh untuk membuang udara, bagi doh pada 14 bahagian. Ambil satu bahagian, tarik sikit dan lilit pada sosej, tapi pastikan hujung dan pangkal sosei tidak tertutup. Lilit dengan kaedah menindih dan hujung doh diselitkan bawah lilitan, tujuan untuk mengelakkan dok terbuka bila kembang nanti. Susun dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Buat hingga siap.
  3. Biar 45 minit, sapu baki telur dan tabur dengan bijan. Bakar 25 minit pada suhu 190C dalam oven yang telah dipanaskan hingga kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan..

11 comments:

Deliah's Deli said...

lama btul x jengah dapur akak ni..rindu2an! sebaik dah mkn mlm klu x mau skrin ni sy ngap :)))gebu betul nmpak roti tu.

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam K.anim..sedapnyaaaaaa!gebussss jer roti tue,rajen k.anim.

Rabiatun Adawyah said...

Salam kak...wah..cepatnyer sampai kat rumah akak...tergoda sungguh..cantik plak tu..aiiii...geramnyer..terasa nak ngap ajer nih.

zarin said...

kak anim...windu winduan kat akak..lama sy tk menyinggah sini..asyik tk sempat aje...ish menggoda tul roti tu..td pun plan nk wat pizza an buns for dinner, alih alih tukar jadi kuetiau goreng pasal malas hihi

tun_telani said...

uish.. cajunnnnn~~~ mmg demam cajun betul laa beberapa umah skrg nih. hihi.. tun menanti cajun sampai dgn sebarnyer.. hihi

ijayuji said...

Salam kak anim! waduhhhhhh leh pitam makan cajun jer hihihi... kitanyer cajun byk lagi tuuuuuuuu :D alaaaaa...lama tak wat roti niii bibik asyik tido jerrrr skrg niii buat donut pun uli guna tgn :D makin kesedapanlah si bibik tido :D

Amie said...

assalam Kak Anim,
teringin nak buat roti begini.... sbb anak2 mmg suka, amie kurang mahir bab2 roti....tapi insya-Allah boleh belajar dari kakak kan?

K.Nor said...

cajun.. cajun.. dimana2 ada cajun... hehehehe

kasihredha said...

akak tak pernah buat roti...huhuhh
makan suka :)


miss u kak :)
hugssss

Mas said...

kak anim cayang......
lambat lak bertenggek sini...
besttkan roti sosej bercajun tu..
sedappp...

Diana @ Melley Mey said...

sedaaapnya roti nie ... diana pun lom perna lg cuba buatnya.. cajun pun belum beli2 lg... huhuu.. kena p beli cepat nie nmpknya..:)