Wednesday, 29 June 2011

Moist Yogurt Chocolate Cake

Assalamualaikum semua

Di Negeri Sembilan public holiday hari ini sempena menyambut hari israk dan mikraj..
Ramai yang berpuasa di luar sana tu ke?..kalau dah berpuasa hari ni harap2 kita di kurniakan kesihatan yang baik untuk meneruskan puasa sehingga hari khamis nanti ya?
Alhamdulillah akak di kurniakan kesihatan yang baik hari ni..Badan sudah kembali normal selepas berehat panjang semalam..
Sudah lama akak pekenan dengan kek ni..tambahan stok yogurt memang dok ada je lam esbok tu..jadi akak pun mengodek kek ni lewat mlm tadi sambil menunggu bangah balik dari ng China lewat jam 1 pagi semalam.
Takut ada tetamu2 yang tidak di rancang muncul time cuti2 begini,tu yang akak buat kek chocolate nih..dapat jugak di hidangkan buat sesiapa yang tiba2 muncul kan?
Akak ambik resepi dari dapur ibundo kakPah..dan kakpah pulak ambik dari hasil sekodeng rumah cik manggis..terror betul bonda2 berdua ni mengekek...
Hasil air tangan Kakpah dan CikManggis tidak pernah mengecewakan...

Psst..psst..kakpah,pueh bodek dah ni..tak ado apo2 nak boghi ko?.kihkihkih..


Moist Yogurt Chocolate Cake
by
anymz mykitchen
source:dapur ibundo
source:CM



Bahan-bahannya:
1 cawan serbuk koko.
1 cawan air mendidih.
1 cawan butter-suhu bilik.
4 biji telur.
2 1/2 cawan gula halus.
2 tsp esen vanilla.
3 cawan tepung kek*
2 tsp baking soda *
1 tsp baking powder *
1/2 tsp garam halus * (*ayak)
1 cawan fresh yogurt.


akak tidak menggunakan ganache seperti dlm resepi..
stok cream sudah habis..
jadi guna apa yang ada je lah ya..
untuk ganache yang simple lihat di SINI ya


Cara-caranya:
  • Bancuh serbuk koko dengan air mendidih hingga rata.
  • Pukul gula dan butter hingga kembang dan ringan.
  • Kemudian masukkan telur satu persatu,esen vanila,yogurt,tepung yang diayak bersama baking soda,baking powder dan garam tadi.Pukul hingga sebati.
  • Akhir sekali masukkan bancuhan serbuk koko dan pukul lagi hingga rata dan sebati.
  • Bakar dengan menggunakan loyang bulat berukuran 9".Jangan lupa sapukan butter pada loyang dan alaskan dengan baking paper.
  • Bakar hingga masak.
  • Biarkan dalam loyang selama 10 minit baru keluarkan kek.Biarkan kek betul-betul sejuk baru di salut dengan coklat ganache.
Chocolate ganache

450 gm Coklat masakan-potong kecik.
300 gm cream(Cm guna whipping Cream)

  • Masukkan semuanya kedalam periuk yang sesuai.Masak dengan menggunakan api yang kecik sehingga coklat cair.kacau hingga sebati

19 comments:

dedetea said...

eeemmmh enak betul tuh cake,I like it.....

Anna Qawina said...

kak anim : akak bli yogurt sebaldi ritu kn? cer bagi kita sikit..konon2 nak le buat semalam, tgk2 yogurt yg bersisa tu dah masam, takleh guna..huwaa..nak kek..nak kek..tergoda tgk CM buat haritu kn..

pst..pst..bangah bawak balik apo tuk kito? hakhak..

Yatie said...

uwaaa ada kek coklat kat sini..tambah ada yogurt lagi,mesti lagi sedapkan...arini nak wat kek apa ya utk birthday anak sulung yatie.....poning nak mikirin..ekekeke,,

ijayuji said...

Salam kak anim! sedapnyerrr!!!!! kita dah sakit mata tgk umah org sana sini buat kek cekelat, kita ni nak buat asyik ada ajerr alasan tak leh pakai hihihi...

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Kak Anim..
Wah pagi ni dah 2 org tayang kek yogurt ... kak anim punya choc alalala geram plak tgk cake nih..minta septg kasi hawa lah tuh ada byk lagi kan??? hehehe

CT Delima said...

As'salam kak anim

coklat kek memang lah sedap ditabah pulak ada yogurt emm...sedanyaaa. mois dah ct tengok tu kak.

semoga kak anim diberi kesihatan yang baik2 selalu ya :)

tun_telani said...

wah.. pagi2 ni ramai pulak duk tunjuk kek.. menguji keimanan jugak time2 puasa tgk dapur org ni. hehe..
selamat berpuasa kak anim. moga amalan kita diterimaNya iA =)

Cheq Sue said...

tengok pun dah sedap kak nim... lom makan lagi tu...

TopsyTurvyMum said...

Salam Kak Anim,
SAya pun cita2 gak nak buat kek ni bila nampak kat rumah CM hari tuu.
Nampak sedap betul!

Ummi said...

Salam Anim....amboiii..kejam taaauu...suka wat tekak kita marah-marah, bentak-bentak..hehee...mmg terliur habis tengok kek ni tauuu...

kaklong said...

mang aii..sodap boto nampak ea tu..pos la sini sikit ha...

Hanim said...

mmm sedap..:)

Rabiatun Adawyah said...

wahhhh...kak..gebusnyer kek..sedapnyer..meh tukar ngn puding kita kak..

Mas said...

wahhh...bestnya tengok kek coklat tu...
lembut lembab jerk...

Amie said...

mmmmm....dapat sepotong pun jadilah..., mengancam betul!

kasihredha said...

gebussss
dan lembab
sungguh terpesona

Deliah's Deli said...

teringin nk mkn..tp malas nak mgodeh..anta skeping kak :)))

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak..
wah ada kek coklat kat cnie... nak sepotong ada lg x nie akak... nmpk sgt moist sekali... sedaaaap

ibundo said...

kehkeh.. baru datangnak mengekek ni ha. osah lambek e ketapi. Kpah punyo dah solamat lobur lam porut. Sodap kan?