Wednesday, 6 February 2013

Sambal Sotong

 Assalamualaikum semua

Dan Selamat Pagi kepada semua pengunjung my kitchen hari ini.Apa khabar semua..
Dah beberapa hari ni akak dok tayang kek aje kan?..Takut jemu hari ini kita makan sotong pulak.
Mahal betul harga sotong sekarang ni..Tapi nak buat macam mana kan?Tekak nak makan.mahal tak mahal beli aje...Nasib baik la en suami rajin menghantar akak ke Kuala Sg Baru,Melaka.Dapat jugak la akak rembat sotong,udang,ikan jenahak...cukup la stok utk seminggu..
Minggu ni kena masak lauk pauk yg tak ada di kafetaria wazir.Jemu makan ayam katanya esp nasi ayam..
Jadi semalam mak masak le sambal sotong dan sup ikan jenahak....Sup ikan tak payah post kat sini lah ya..Lauk dah biasa tu.....
Meh tgk resepi simple dari my kitchen.Simple sangat2 dan resepi ni khas utk adik2 yang bergegas balik dari kerja dan terus menyingsing lengan memasak utk keluarga..^_^

Sambal Sotong
by
anymz mykitchen

Bahan2

1/2 kg sotong size sederhana
20 tangkai cili kering
3  labu bawang besar-2 biji di potong bulat
3 ulas bawang putih
Garam secukup rasa
1 sudu kecil gula
2 cawan Minyak


Cara

Bersihkan sotng.
Buang kulit luar yang bewarna hitam
Belah dan kerat dua
Cuci bersih dan toskan airnya
Cili kering di rebus hingga kembang
Kisar cili bersama 1 biji bwg besar dan 3 ulas bawang putih
Panaskan minyak
Tumis cili hingga terbit minyak
Kacau dan masukkan sotong
Biarkan hingga mendidih
Kacau dan kecilkan api.
Masak dalam anggaran 15 min
Masukkan bawang yang di hiris bulat
Tutup api dan sedia utk di hidangkan...


6 comments:

ady said...

as-salam
berselera betul kalu dapat mkn sambal sotong tu..kenakan dgn nasi lemak lagi sedap..

Amie said...

Selamat pagi kak Anim,
betul kata Ady tu... nampak sambal sotong pepagi gini teringat pulak nasi lemak!

Mori Said said...

Selamat pagi anymz... pagi2 dh nampak ada sambal sotong... favourite kita... sedappnya...

izahdaut said...

Blik kerja ni nk buat lah..kikikj

puterinuur.yleo said...

As salam Kak Anim.
Org baru kat sini. Balik keje terus pegi cari sotong. Skrg ni tgh masak but too bad. Saya dh blend bawang besar. Tgh suspen nk tunggu hasilnye.

عبده العمراوى said...



شركة رش مبيدات بالجبيل
شركة عزل اسطح بالهفوف