Monday 25 February 2013

Oblong burger

Assalamualaikum semua

Nak post gambar masak2 akak tak masak..Mood ke laut..Kontraktor dah mula ketuk dinding dapur.
Baru nak pandai belajar menembak..matahari pulak menyorok..Ambik gambar dalam bilik berselindung di sebalik langsir..Dah lah burger tu itammmm bertambah2 itam bila di gaul dgn sos..hehehe..Mahap lah ya gambar kurang memuaskan..
Baru nak berlagak dgn geng kuntau nih...

Hari ni akak buat oblong burger je.Dah lama simpan resepi sos dan dah selalu buat cuma hari ni baru lah berkesempatan mempamerkan buat tatapan pengunjung mykitchen..

Akhir sekali akak nak ucapkan tahniah dan syukur tak terkira pada anak dara akak NurFarah Hanis kerana telah mendapat tawaran utk melanjutkan pelajarannya ke peringkat ijazah di UITM,Shah Alam dalam bidang perakaunan..Dah lama dia tunggu
Utk kakak
Akak...memiliki akak adalah antara perkara yang terbaik berlaku dalam kehidupan kami..
Belajar dan kerja betul2..Fokus dan semoga kakak akan bertemu jodoh dgn pilihan hati lelaki yang beriman dan bertanggungjawab...Tuuuuuuuuu mak dah letak dah benda alah tu..Harap pueh hati..^__^


Oblong Burger
by 
anymz mykitchen
Sumber:Hana 

Bahan-bahan Utama

  • Roti - Seremban Bakery Burger-akak guna roti hotdog
  • Daging Oblong-Brand Iwani-akak guna brand Ramly
  • Bawang Holland-di hiris memanjang-nak goreng boleh/nak yang mentah pun boleh

Bahan Sos Lada Hitam
  • 2 cawan stok ayam- (air+kiub ayam)
  • 1/2 cawan susu segar - hana dan akak buh 1/4 je
  • 1-2 sudu besar lada hitam-di tumbuk kasar..kalau nak pedas tambahlah byk sikit
  • 1/2 biji bawang besar - cincang
  • 2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yg dkehendaki
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu mentega/ marjerin
  • 2 sudu besar tepung jagung-bancuh dengan sedikit air
  • garam dan gula - jika perlu
  • Tumiskan bawang besar hingga naik bau. Masukkan pula stok ayam. Didihkan.
  • Masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan gula jika perlu.
  • Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit untuk mendapatkan kepekatan yang dkehendaki.
  • Goreng daging oblong (tak yah letak minyak) dan lepas tu celupkan ke dalam sos lada hitam.
  • Belah 2 roti dan letak marjerin dan bakar sekejap.
  • Letakkan daging oblong yang telah di celup sos lada hitam kat roti dan taburkan bawang besar yang di hiris.


Untuk geng kuntau
Nah ambik
Sape yang peknen tuh..^__^


4 comments:

Farah Hanis said...

hehehe *blushing* love you lah mak!! :))

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum Kak...Wahhh tangkap leleh ia punya sos...

izahdaut said...

Kikiki.
Mesti niat xbetui..tu yg jdi beger itam.haha
Suke suke...

HaSue said...

lor...sian sy kak..siang td baru refresh yg sblum ni punya n3 rupanya..hee..

Tahniah Farah hanis..semoga mnjadi student cemerlang nanti tau..terus mmbanggakan mak n ayah..kami pun tumpang bangga gak ni...saja nyibuk kn.hehe..

Kaknim,oblong beger?ai diet..menu diet xde ke? Tp nmpk sdp la pulak tuh..hee