Tuesday, 20 April 2010

Roti Naik

roti naik






Yeeha...roti saya betul2 naik kali ni sesuai dgn nama roti naik tu hah.ini pun selepas ronda2 kat dapur cik mat gebu dgn dapur hanna yg dok kat jepon tu.mekasih ya..akak ciplak terus resepi ni dari korang..ropa roti akak tak lah secantik roti cik mat tu tp janji sekali ngap habih..betui tak..


Bahan-bahan

400 g tepung roti
100 g tepung Hong Kong - saya ikut mat gune tpg gandum je!
250 ml air - hana gune susu segar+ air skit
50 g susu tepung - saya guna susu pekat
3/4 camca teh bread improver
180 g gula perang (brown sugar) - saya ltk 120g gula halus
100 g mentega
11 g yeast segera
1 camca teh esen vanilla
Beberapa titik pewarna kuning-saya x ltk

Cara-cara
  1. Satukan semua bahan2 di atas dalam satu bekas besar, kecuali mentega. Uli hingga menjadi doh, masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang kenyal. Bulat2 kan doh dan biar 45 minit atau naik. Kaedah lain: Masukkan semua bahan tadi ke dalam Breadmaker dan pilih setting untuk "doh". Tekan on dan tunggu hingga siap.
  2. Tumbuk doh untuk membuang udara, bahagikan kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam tin yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar kan 1 jam atau hingga naik.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 15 - 20 minit. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven. Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidang.

1 comment:

CHOCOLATE BAR said...

salam akak..
nak tny roti nie xyah tutup ke nak bg naik??
pastu yis xyah campur gan air dulu ker??