Friday 6 July 2012

Masak Lemak Tempoyak Terung Telunjuk

 Assalamualaikum semua

Ya Ampuuuun kepada semua pengunjung2 my kitchen..Pusing2 pegi balik akak nengok ada 5 post aje di sepanjang bulan Jun yang lepas..
Apa nak buat kebizian yang terlampau tak dapat menahan akak utk berhenti sebentar dan post sesuatu di sini.Lagi pun puan tanah dah agak jarang masuk ke dapur.al maklum hanya tinggal akak bertiga saja di rumah ini sekarang..nak buat kek? Soalannya siapa nak makan?.Nak masak macam2 juga tak ada siapa yg pandai makan berulangkali..Cuma sekarang ni akak rasa sedikit terhibur sebab Zamir ada di rumah..Universiti cuti semester dua bulan..Lama tu....
Okaylah hari ini anak2 balik cuti hujung minggu.Akak dan en somi pulak ada hal yg perlu kami bereskan..jadi kami tiada di rumah makanya akak pun masaklah lauk kesukaan ramai di rumah ini..
masak tempoyak terung telunjuk..Tempat lain akak tak tau diorang panggil apa terung ni..Makan lauk terung ni dgn asam pedas ikan pari..perggh...sodap gilo tekau..asam podeh tu tak payah resepilah ya...dah byk sangat akak post resepi asam pedas di sini..
Nampak tak watermark kecik tu..hah! itulah hasil nukilan adik manis dr mukah..terimakaseh sayang kerana sudi membantu..Letak wm yang ini dulu,nanti2 ada yg lain..nak tgk sesuai ke tidak..dah banyak sangat gambar2 masakan akak di sini di ambil orang..Tak tau nak cakap macam mana dah..Mungkin ada kelemahan di mana2 dan atas alasan itulah mek mukah sudi membantu akak seadanya...^___^



Masak lemak Tempoyak 
Terung Telunjuk
by
anymz mykitchen

Bahan2

2 ikat terung telunjuk -kurang lebih 15 tangkai-di buang hujung dan tangkai dan belah dua-rendam dlm air sejuk
20 biji cili padi*
sedikit kunyit hidup*
2 batang serai-di titik
sebiji kelapa-atau santan segar
segenggam ikan bilis-cuci bersih
1 senduk nasi tempoyak
Jika guna santan segar-tambahkan 2 gelas air

* di tumbuk lumat


Cara

Didihkan santan bersama cili padi,serai dan ikan bilis
Masukkan tempoyak
Masukkan juga garam secukup rasa
Kacau hingga mendidih
Masukkan terung dan didihkan hingga terung empuk
Tutup api dan sudah boleh di makan denagn nasi panas2..


Alhamdulillah sedap 

14 comments:

Amie said...

Assalamualaikum Kak Anim cayangggg...
sedapnya tengok hidangan lemak tempoyak terung telunjuk tu! Nampak comel je wataermark tu kat tengah2 lauk tu kak...

sury_25february said...

salam kak nim...singgah tumpang makan blh..heheh...sodap tu eh...bertambah2 nasi..:-)

wm tu mcm tak nmpak sgt le kak nim..hehehh..bsr sikit ok kot..:-)

Norzie hany said...

Assalam.
Sedapnya masak lemak tempoyak terung ni makan dgn nasi panas2.

Yatie said...

salam rindu buat K.Nim, harap akak baik2 je...lama tak bersiaran tetiba keluar menu yg malatopsss ni mmng bestlah, lapor di buatnya...

ummiaisyah said...

kalo dh namanya tempoyak..mmg tak perlu kata apa-apa...nasi 3 pinggan la jawapnya!

rahel said...
This comment has been removed by the author.
rahel said...

Sedapnya...lapar pulak tengok terong tempoyak ni..

kasihredha said...

salam kak
lamanya menyepi...
MIL selalu masak terung telunjuk ni...kat kampung byk pokok ni.
Sedapnya kak...akak suka tempoyak.

Kak Sam said...

Assalamualaikum...
Miss u 2. hahaha jgn marah. Errmmm doyan ada lagi tak? teringin sangat ni.

Anonymous said...

salam kak anim, sedapnya

Unknown said...

Mesti sedap rasanya tengok dari gambar jer bole tahu...

inahar ali said...

salam rindu kak anim cayang..pekabo? lamanye kita x mai sini kan..hrp akak sentiasa sihat hendaknye ya!

Love2cook Malaysia said...

Hi Kak Anymz!!! Apa khabar dear?

Wahhh bes kan kalau anak2 di sisi. Kalau takde siapa nak makan...love pun malas nak masak..hehe!

Lee said...

Hello Anymz, wow! I never had this before. Looks so sedap tiga pinggan nasi best.

I can get the lovely scent of that lemon grass here too, ha ha.

Have a great week, Anymz, simpan satu lagu dalam hati.
Lee.