Wednesday, 1 August 2012

Ikan Berlado

 Assalamualaikum semua

Tak ada idea nak masak apa?..Apa kata hari ni kita buat ikan goreng berlado..
Takde ikan sembilang atau keli?..Boleh saja guna ikan kembung,tenggiri,talapia atau suka hati you all lah ya.
Dengan syarat cili2nya di blend dgn pengisar kering atau kalau rajin boleh saja menggiling..Eh! ada penggiling lagi ke?hehe
Meh tgk sekali lagi resepi simple dari my kitchen...Selamat Memasak...


Ikan Goreng Berlado
by
anymz mykitchen

Bahan2

5 ekor ikan sembilang-yg sudah siap di siang
8 biji cili merah
25 biji cili padi-tak makan pedas kurangkan lerrr
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 keping asam gelugur
minyak utk menggoreng secukupnya
Garam secukup rasa
sedikit gula- segenggam
sedikit serbuk kunyit
5-6 biji limau kasturi

Cara

Ikan sembilang di bersihkan..Cuci dengan limau kasturi dan sedikit garam.Toskan
Ikan kemudian di gaul dengan garam dan serbuk kunyit;ketepikan
Panaskan minyak di dalam
Goreng ikan hingga garing.Ketepikan
Cili merah,cili padi,bawang besar dan bawang putih di kisar menggunakan pengisar kering.
Tambah air lebih kurang sesudu di dlm mangkuk sambal tu
Keluarkan lebihan minyak gorengan ikan tadi dan tinggalkan secukupnya utk menumis cili
Dengan lebihan minyak tadi tumis cili yang di kisar sehingga naik bau.
Masukkan garam,gula dan asam keping
Tumis cili hingga garing.kecilkan api
Susun ikan di dalam pinggan dan curahkan sambal tadi di atas ikan..


Sedap ikan berlado goreng rangup2 gini.
Cubalah
Selamat Berbuka


10 comments:

sury_masury said...

Salam kak nim....sodap ni ikn beladooooo....sukak3 masak ikn keli belado...:-)

kasihredha said...

salam kak
masuk sini nampak ikan berlado pagi2 lagi ni ha kak...hihi

memang akak pun suka masak ikan berlado ni kak...sodapppp

EmbunRosaliza said...

ASsalam kak Nim, sedapnya ikan berlado tu kak, mkn masa buka mesti boleh bertambah nasi ni

Gee® said...

K.Nim, samalah kita... suka ikan berlado mkn ngan nasi panas kan... sedaaaaaappp bangettt!!!

mama sara nur said...

assalam kak
memang sedap,feberet mak sy, tp selalunya wat ikan keli
kalau ada utk sahur pun bagus ni berselera sikit kan

Teacher Basariah said...

nampak sedap ni tapi tgh takdak mood nak makan ikan..huhu

azalia hjsalleh said...

sdpnya ! fav saya ni kak =)

LinRosly said...

Assalamualaikum Anim
Sedapnya...Ikan goreng berlado...anak Kak Lin suka ikan ni nnt leh cuba...

Anna Qawina said...

apa ni..apa ni...

Tina Othman said...

wah sedap ni, kalau guna cili giling atau tumbuk lg sedap kan

tapi kalau tina blend je hehe, nak carik ikanlah, bahan lain ada