Monday, 13 August 2012

Biskut Suji Brunei

 Assalamualaikum semua

Apa khabar pengunjung2 my kitchen hari ni?..
Kalau orang lain semua sudah siap packing biskut2 raya utk di bawa pulang ke kampung halaman masing2 akak pulak baru nak mula mengadun biskut2 raya utk tahun ni..Ya agak lambat akak mulakan langkah tahun ni..fobia dgn peristiwa tahun lepas.Bila akak bersungguh2 dan eksited tetiba kami di datangi cerita sedih apabila abang akak meninggal dunia pada 26 ramadhan..Sudah hampir setahun peristiwa berlalu.Semoga roh arwah abang akak di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang yg beriman dan beramal soleh..

Semalam akak buat biskut suji brunei.Sejak dari tahun lepas akak teruja dengan biskut ni sebenarnya bila ramai orang kata biskut ni sedap dan kalau nak tau rasanya kena buat sendiri.Alhamdulillah tahun ni akak berkesempatan dan inilah hasilnya..Ya kalau nak tau sedap atau tidak kena lah buat sendiri.
Apa yg boleh akak katakan,cuba lah bayangkan rasa nestum bercampur pulak dgn susu tepung dan gula sebagai salutan biskut...ermmmmmmmmmm...


Biskut Suji Brunei
by
anymz mykitchen
Sumber:CMG

Bahan2

200 gm minyak sapi
100 gm shortening
180 gm gula castor/gula halus
180 gm cornflakes-di kisar
1 kuning telur
80 gm suji
80 gm tepung jagung
Tepung gandum secukupnya-mat guna kurang lebih 370gm

Bahan salut

Nestum di kisar halus secukupnya
Susu tepung secukupnya
Sedikit gula Icing



Cara

Putar minyak sapi,gula halus dan shortening hingga rata
Masukkan kuning telur dan putar hingga sebati dan rata
Perlahankan kelajuan dan masukkan suji,tpg jagung,cornflakes kisar dan tpg gandum sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yg lembut.CMG guna tpg gandum sebyk 370gm.
Ambil secubit adunan dan gentel sebesar ibu jari,susun dlm loyang pembakar
Buat hingga siap
Bakar dlm oven yg sudah di panaskan pd suhu 180C selma 20 min atau hingga kuning keemasan
Biarkan sejuk atas dulang pembakar
Perlahan2 ambil biskut tadi dan golek2kan dalam bahan salut dan isi dlm paper cup pilihan.


9 comments:

ibundo said...

wah... tak payah dah poi brunai nak makan biskut hikhik..

~~zana@pb~~ said...

Assalam Anymz, hari tu dah intai2 juga resipi ni kat blog sape tah. Cuma suji tu yg kakpb tak faham. Kat rumah ni ada tepung suji semolina, boleh ke guna utk biskut ni?

Sheila Shafeareen said...

salam kak, dah banyak ke buat biskut raya, wahhh menarik le biskut ni..sdp tu...mcm nak cuba buat je tp bebahan sy x beli lg....insyaAllah dlm minggu ni nak megukis juga...

Teacher Basariah said...

sedapnya rupa dia..tahun ni cikgu malas nak buat kuih..beli pun belum lagi ni..hmm..

myda_ahmad said...

singgah sini tgk biskut suji...

Gee® said...

Salam Lebaran K.Nim... bolehlah singgah makan biskut suji brunei nanti yer...

mama sara nur said...

assalam kak
baru je ambik resepi tart nenas k.anymz skrg terpesona dgn suji brunai pulak he he nampak sedap kak
disaluti susu emmm sedapnye

mama sara nur said...

assalam kak
baru je ambik resepi tart nenas k.anymz skrg terpesona dgn suji brunai pulak he he nampak sedap kak
disaluti susu emmm sedapnye

Ummi said...

Assalam Aniiiiimmmm...dah byk wat kukis??? Tumpang sebalang boleh x...kita terhad masa betuii laaa...baru 3 jenis jer...huhuuuu, selamat hari raya ya Anim, makan lemang rendang podeehh, ingat2 Ummi eh...