Friday, 24 August 2012

Almond London

Assalamualaikum

Masih dalam suasana hari raya lagi..Kawan2 masih sibuk lagi ya..
Akak letak dulu entri tertunggak sekut raya hari ini..Hari tu memang betul2 tak sempat..
Kali ini akak ambik resepi sekut almond london dari dapur yatie..
Sesekali kita tukar le resepi mengikut kesusuaian tekak kita kita kan?..kalau ikut resepi yg sama aje tahun demi tahun takut jemu jugak..Betul tak?..
Alhamdulillah resepi ini boleh masuk list untuk tahun depan.....^_____^

Almond Lomdon
by
anymz mykitchen

Bahan-bahan ( +/- 150 biji )

  • 250 gm mentega
  • 125 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 tsp esen vanilla
  • 50 gm serbuk badam (optional)
  • 200 gm tepung jagung*
  • 300 gm tepung gandum*
  • 2 sudu tepung beras*
  • 1 tsp baking powder*(*di ayak bersama)
  • 200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak)
  • 50 gm badam cincang (utk hiasan)
  • +/- 700 gm coklat (compound coklat lebih baik dr cooking coklat)
  • sedikit butter/shortening utk cairkan coklat




Cara-cara


  1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang
  1. Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi.
  1. Masukkan serbuk badam, kacau
  1. Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi
  1. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh
  1. Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang didalamnyer.
  1. Letakkan diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega
  1. Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit
  1. Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil"
  1. Masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak. (Saya guna pipe untuk sadur coklat...x comot sgt!!) Taburkan sedikit badam cincang utk hiasan
  1. Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan.

4 comments:

Kak Sam said...

Assalamualaikum kak.
Selamat hari raya, maaf kalau saya pernah mengguris hati akak. halalkan segala ilmu yg telah dicedok dari sini.

Amelia said...

Kak Anymz, SELAMAT HARI RAYA KEPADA AKAK DAN KELUARGA.

Salam dari Amelia.

Kukis sedappss.... I suka makan ini.

kasihredha said...

selamat hari raya kakkkkkk anyyymmmz
mohon maaf zahir batin
hugs
ambil 3 ketui almond london buat minum kopi mlm ni

CitarasaKu said...

Salam Anymz ...selamat hari raya.