Friday, 18 June 2010

Sosej Roll




Roti sosej


Hari ni mood saya campur2..rasa cam nak meroti tapi malas pulak nak menguli.nak tak nak memandangkan dah janji dgn bebudak saya buat dlm keadaan mood yg tidak berapa bagus.
Itu yang snap pic dua ketui tu sbb dua tu yg mula2 kuar dr oven.Abaikan benda2 yg enterframe kat belakang tu ya..Roti saya tak lah gebu cam roti cik mat tu hah..saya janji le lain kali saya buat betul2...haiishh...mana la peginya mood ni...

Resepi saya dpt dari dapur CMG...maaf ya mat akak C&P je resepinya ni..tak kosa tul aku hari ni le..



BAHAN-BAHANNYA :-)
1 adunan asas roti, resipi boleh lihat di sini....
14 batang sosej ayamas, rebus 2 minit, toskan dan biar sejuk
Telur (guna baki telur dalam resipi)*
1/2 camca besar susu sejat*(*disatukan dan kacau rata)
Bijan untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Canai doh roti tadi dalam bentuk empat segi tepat, kemudian potong kepada 14 bahagian (dalam gambar tu mat potong 10 jee...), ambik 1 bahagian dan lilitkan pada sosej, pasti kan punca doh tadi berada dibawah lilitan pertama, ini utk mengelakkan doh terbuka. Lilit hingga ke hujung dan selit kan bawah lilitan terdahulu. Kemaskan dan susuh dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap.
  2. Biar 45 minit hingga naik. Sementara itu panaskan oven pada suhu 190C sekurang2nya 10 minit. Sapu roti tadi dengan bancuhan telur + susu cair dan tabur dengan bijan. Bakar roti 25 minit atau hingga peerang keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan....

3 comments:

Mrs Infinity said...

salam kaka...wah dalam xde mood pun roti naik cun melecunkan..hebat la

anymz said...

Mra Infinity:mana ada cun.tak gebu.tak puas hati sebenarnya...hehe

kakpah said...

masak ni pun memang ikut mood nim oi...
kalau takde mood janganlah buat. mesti tak puas hati punye..
papepun janji laku dan licin, dah.....