Tuesday 29 May 2012

Doh Asas Roti Manis

Assalamualaikum semua

Hari ni kita makan roti..Ada macam2 jenis resepi roti..Ini antara fav akak..Boleh di pelbagaikan dengan berbagai rupa dan bentuk..Sila lah ke dapur Ros ya..Hari ni akak cuma sempat letak gambar yang sempoi aje..Maklum tukang snap gambar2 masakan akak sudah melanjutkan pelajarannya ke kolej matrikulasi Nismilan..Sunyi sepi akak rasa bila anakanda lelaki bongsu akak tu tiada di rumah..Wazir merangkap teman bergaduh,tukang buang sampah,tukang pegi kedai,tukang beli topup mak,tukang start enjin keta,tukang betulkan lampu,tukang repair benda2 yang tercabut di dapur...semua jenis tukang wazir ada.

Sebelum pegi wazir kata.."ajay (nama timangannya di rumah) akan buka blog mak dan tengok mak masak apa tiap2 hari'....huwaaaa ,...lepas ni tugasan snap gambar akan di ambil alih oleh ainul..satu2nya anak yang masih tinggal dengan akak dan yang masih bersekolah...



Doh Asas Roti Manis
by
anymz mykitchen


Bahan2

300 gm tepung roti
50 gm tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
3 1/3 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
1 biji telur (tinggalkan sedikit untuk di glis pada roti nanti)
2 sudu besar butter/marjerin
180 ml susu suam/air suam
1 sudu kecil bread improver

untuk glis*
baki telur + 2 sb susu segar+beberapa titik madu


Cara@ Doh Roti

Kaedah 1
Penggunaan bread maker
Masukkan semua bahan doh dan ikut arahan menguli pada BM masing2 dan tekan start,tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah  di bawah.

Bahagi doh ke 3 bahagian.Biarkan seketika 7 atau 8 min dan baru di bentuk ke bentuk yang di gemari.
Biarkan naik 2 kali ganda dan glis permukaan bun.
Bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 min atau hingga permukaan bewarna perang.
Sejukkan atas redai dan simpan di atas bekas bertutup.

*Akak tulis secara ringkas sahaja di sini..Harap2 you all rajin2lah klik dapur Ros untuk keterangan lebih lanjut ya..Masa akak amat limited skang ni..Nak bergegas ke suatu tempat..

tata



10 comments:

azalia hjsalleh said...

saya x mahir bab buat roti =(

tun_telani said...

Salam kak anym.. nasib baik dekat je matrix wazir ye, 2minggu sekali blh blk insyaAllah =)
sama mcm citer kak CM td, bila baca tun pun jd sedih terkenang2 mama ngan abah kt kg. kalau blh rasa mcm nk cari kerja dekat2 je ngan rumah.

ps: dh lama x buat roti kosong, asyik makan roti ada inti2 je. cicah air teh petang2 sedap nih.

Shahriah Abdullah Novelis said...

SAlam kak Anymz hadoii sebaknya baca cerita kak Anymzz sha pun sama sedih dan sayu aje hati ni bila berjauhan dengan anak huaaa...

Tak per kak Anymz Ajay pergi untuk kebaikan.. :))

Wahh roti tu yang buat hati sebak ke sini terus ceria.. sha suka roti manis ni.. kalau kat JB orang panggil roti naik..:))

Love2cook Malaysia said...

Don't be sad dear! Nak tapau roti manis...sedapnya! :)

Azie said...

Dear, macam mana nak bagi permukaan roti jadi licin cantik

Unknown said...

Salam k.anym...lama x jenguk2 akak...bz x keruan...hehe, sayu dgr citer akak..kakak asz pun sama smlm ank daftar matik Banting...n hari nie kakak kn tahan wad sbb suspek denggi...btw lama dah asz x buat roti kosong..sodap nmpknyo!!!

Anonymous said...

salam kak anim

sedap tu, tina lama dah tak meroti, malas nak uli hehe

Amie said...

Assalamualaikum Kak Anim cayanggg...
seronok sangat bila tengok rakan2 blogger buat roti, Amie keras tangan ni... agaknya sebab keluarga belah suami pandai buat roti, selalu dapat roti free (dari kilang roti), tu tangan jadi manja kemalasan... tak elok benar perangi Amie ni ye kak Anim he he heh

Unknown said...

baru tgk roti gebus ni dah kreok..kreok perut berbunyi..pandainya akak masak..tlg ajarkan sy boleh..sy ni nk bljr dr internet mmg slow ;(
http://www.1001impianhidup.com/2012/05/tips-isteri-pemikat-dambaan-suami.html

Amelia said...

Hi Kak anymz, your roti nampak sedap dan gebus. Ada lagi tak, tukar ngan I punya ais krim atau kita sama2x makan. LOL

Have a nice day. Salam Kak.