Monday 4 February 2013

Black Forest Swiss Roll

Assalamualaikum

Alhamdulillah akak telah lebih bersemangat untuk kembali mengaktifkan 'my kitchen'..
Hanya ini lah saja caranya akak dpt berbakti pada kalian yang hadhir di sini..terutamanya buat anak2 dan bakal menantu2 akak..tak kira bg anak lelaki maupun perempuan..Blog masak2 juga boleh di jadikan suatu amal jariah yang tidak terjangka oleh akal dan fikiran kerana kita melakukan dengan suatu perasaan halus yang amat sukar untuk di ucapkan dengan kata2...

Swiss Roll ni saja2 akak try test buat....Suka dengan filling fresh yang tebal cenggitu cuma akak tak letak cherry pitted di dalamnya..Takde stok...kehkeh
Membuatnya takdelah sesukar mana cuma kalau kita mau buatan yang lebih halus hendaklah selalu kita merajin kan diri dengan sentiasa berlatih menggulung kek2 yang sedemikian rupa..Betul tak kak1?...Tak percaya sila berkunjung ke blog kak wan ni..Besttttttt.....
Mekaseh k1 kerana sudi berkongsi resepi yang hebat ini.....

 Black Forest Swiss Roll
by anymz mykichen

Bahan A

3 biji kuning telur
75 gm gula kaster
50 ml air
40 ml minyak jagung / minyak masak
55 gm tepung gandum
20 gm serbuk koko
1 sudu teh coklat emulco

Bahan B

3 biji putih telur
2 sudu teh gula kaster
1/8 sudu teh krim of tartar

Bahan C

1 tin kecil dark pitted cherry,toskan airnya
200 ml whipping cream (non-dairy) Putar hingga pekat

Hiasan: Parutan coklat masakn/coklat masakan - akak tak letak


Cara

Ayak tepung dan serbuk koko.Ketepikan
Pukul bahan B hingga kembang dan bertanduk.Ketepikan
Pukul kuning telur hingga kembang di ikuti air ,minyak,,esen vanila dan tepung.
Pukul dengan kelajuan tinggi hingga putih dan gebu.Kaup balikkan dengan adunan B hingga bergaul rata.
Tuang ke dalam loyang.Hentakkan sedikit loyang untuk mengeluarkan gelembung udara.
Bakar dlm oven yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 10-15min.
Sediakan kertas minyak yang lebih besar dari kek.Terbalikkan kek.Keluarkan kertas alasnya.
Sapu whip cream di permukaan kek dan susun dgn pitted cherry,kemudian gulung dengan menggerakkan kertas ke depan seperti menggulung sushi..

11 comments:

Mas said...

wewitttt..
Black Forest Swiss Roll lak..
yg ni mas tak try lagi..
ngendeng yg akak lah...kikikiki

Ummi said...

Amboiii, amboiii ambooiiiii...sakan mengekek....bengkel belakang rumah dah siap dah ke tu? Pasni kuar roti macam2 pulak kan kanda Anim eh...hehe

Ina Mohamed said...

amboiiii...kak anim cayang, entry kek berderet ni, kelassss akak tau! mmg dah aktif betul dapur akak ni, hehehe. bertuah bakal2 menantu akak nanti, cari jer resepi kat sini. banyak pahala tu memberi ilmu masak2 ni. ilmu Allah tu kan luas.

Anonymous said...

wah kak anim lumayan hasil duduk diam ye hehe

sedapnya, tina roll2 ni tak lepas lg, tak berani nak buat takut patah =)

Sidratul Muntaha said...

oklah jugak menjadi la bentuk bulat dia tu
klu kami buat
halfway pecah.
huhuh
sadis..
byk kali alter and counter back n rectify ape yg silap
tpi mgm tak dapat2 jugak
apepun
tak putus asa..
kami akan trus usaha!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

welkambek kak anymz..hehe.. ketinggalan sudah.. rupanya dah beberapa n3 sy tertinggal... alhamdulillah akak dah kembali aktif di dapur maya yg disayangi ramai... betul tu kak..berkongsi resepi kat sini pun pasti ada ganjarannya...

Sue @ Nenie said...

Salam...Sokong-sokong-sokong...setiap resipi yang di paparkan adalah sedekah dan sumber ilmu untuk rujukan sesiapa.... ^___^
Dan nak buat swiss roll tidak sesukar mana tapi nak gulung swiss roll kena selalu praktice....sebab hu hu hu hu hanya orang yang tak pakar menggulung swiss roll dan pernah gulungnya saja yang tahu~Suelah tu....

ady said...

as-salam
Wow, what a delicious and decadent treat!

Amie said...

Bestnya! Kak Anim dah aktifkan diri... jom rempit merempit di dapur kak he he hehh.
Cantik kejadian swiss roll tu, Amie ada belajar buat swiss roll di kelas masakan tapi masih gtak berani buat sendiri kak!

Marsita Yahya said...

Salam...1st time komen kat sini rasanya...apa2 pun swiss roll tak pernah cuba lagi...

Rohah said...

kita pun tak pernah buat roll cake..berniat je, usaha nak buat belum kesampaian lagi..