Akak mula di perkenalkan dgn kek ni masa sambutan bday akak tahun lepas..
memang sedap kek ni apatah lagi kalau di lapis dgn cheese..memang marvelous..
cuma kalau sesiapa yg agak2 anak2 tak berapa perkenan dgn cheese kena pikir dua kali lah ya..mcm rumah akak yang seisi rumah ni memang hantu cheese takde masalah langsung..diorang leh makan dgn sekelip mata je..
bila akak tgk rumah maz ada kek ni,cepat2 akak masuk dalam list..jadi sempena bday laling yang ke 53 hari akak cuba lah bakar kek ni semalam..yang benarnya kek feveret mak bedah..kihkih..
abaikan corak2 sememeh kat cheese tu ya..mak bedah baru nak belajar, tangan dah kematu,seni dah hilang..kira okay lah tu kan?..
meh tgk resepi..........
maceh
MAZ..kek ni memang super duper

Red Velvet Marble Cheese Brownies by ilhamdapur.blogspot
Bahan-bahan (loyang 4 segi 7x7 inci) - update resipi
125g + 1 sudu besar tepung serba guna (all purpose flour) @ tepung kek/tepung halus
1/2 sudu kecil garam
60g mentega - suhu bilik
110g gula halus
1 biji telur saiz A - suhu bilik
1/2 sudu kecil essen vanilla
120ml susu segar - suhu bilik
1/2 sudu besar jus lemon @ 1 sudu besar sunquick oren
1/2 sudu kecil pewarna merah - maz guna merah strawberi
kurang sikit dari 1/2 sudu kecil coklat emulco
1/2 sudu kecil cuka
1/2 sudu kecil baking powder
Lapisan Cheese
Cara
1. Panaskan oven suhu 170 C. Alas loyang dengan paper sheet. Biar kertas lebih dari loyang, senang nak keluarkan kek nati.
2. Satukan susu segar dan jus lemon, biarkan 5 minit.
3. Ayak tepung dan garam. Ketepikan.
4. Dalam magkuk, pukul mentega hingga berkrim, masukkan gula dan pukul lagi dalam 2-3 minit. Kemudian masukkan telur dan vanilla, pukul sebati.
5. Satukan susu segar, pewarna merah dan coklat emulco. Kacau sebati.
6. Masukkan tepung dan campuran susu segar tadi secara bergilir-gilir dengan didahulu tepung dan diakhiri dengan tepung juga dalam adunan mentega. Habiskan dalam 3x tuang.
7. Satukan cuka dan baking powder, biar sehingga keluar buih, kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau sekata. Simpan 2 sudu besar adunan untuk buat marble.
8. Tuang dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh la sediakan lapisan cheesenya.
Lapisan Cheese
Cara
1. Putar cream cheese sehingga berkrim, kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan jus leman dan telur. Putar biar sekata.
2. Tuang atas kek dan amik bancuhan yang disimpan tadi masukkan dalam plastik bag atau buat kelongsong guna paper sheet, pastu gunting sikit hujungnya biar ada lubang kecil, kemudian picit atas lapisan cheese buat garisan melintang, kemudian tarik turun guna lidi satay agar jadi lorek seakan berpetak-petak gitu.
3. Bakar selama 30-35 minit dengan suhu 150 C atau bergantung pada oven masing-masing dengan kaedah steam bath (masukkan loyang kek dalam loyang yang berisi air panas mendidih ye, bkn suam2, macam nak bakar cheesekek, tujuannya agar kek tetap moist dan tidak kering). Sejukkan betul-betul sebelum dipotong. (seeloknya biarkan kek 4-5 jam dalam peti sebelum dipotong agar lapisan cheese betul-betul mengeras). Kemudian keluarkan dan biar seketika dengan suhu bilik sebelum dihidangkan. Selamat Mencuba...

lain kali nak buat lagi.
kali ni, red velvet tu nak buat dua adunan dan guna acuan besar sikit..tgk potongan tepi tu penuh dgn cheese sbb acuan kecik sgt.

meh layan..memang sedap tak terkata.