Sunday, 11 March 2012

Red Velvet Cake 2

Assalamualaikum semua

Dan Selamat Berhujung minggu..Ramai yang balik kampung ya..Buat sepupu2 akak yang berkampung di PD nun Selamat Bergembiralah ya..Dan buat adik2 yang sedang dan bakal bercuti di Bandung tu.jangan lupa ole2 untuk saya ya..Akak?..Akak sudah bercuti terlebih dahulu masa ke Langkawi tempoh hari dan sekarang giliran adik2 akak pulak bercuti dan seterusnya akak dan en suami menjadi driver utk menghantar adik2 dan famili mereka ke Airport..Itu sudah termaktub dlm perjanjian..hehe..
Okay akak buat RVC ni semalam..Sudah tak tertahan tengok kek di dapur ayu..dan seperti yang akak sudah janjikan dengan ayu akak akan cuba juga resepi dari dapur ayu dan kami sekeluarga sudah terpekanan dgn resepi yang mmg moist sgt2 dan mmg menepati citarasa kami sekeluarga..Sedap ayu...TerimaKaseh ya sebab share resepi di sini..
Akak juga nak ucapkan termiakaseh pada Lily teman FB yang tidak akak kenali kerana sudi mengorder DFCC..Akak buat dlm keadaan yang sgt tergesa2..Maaflah ya lily andai rasanya tidak menepati rasa di selera lily..
Ada sedikit kesilapan yang akak buat di sini dan akan akak catitkan di sini supaya tidak berulang jika kami nak buat lagi kek ni..Akak guna loyang c/board pan..Akak guna 2 loyang.Lain kali akak akan guna terus loyang bersaiz 7" atau 8" dan boleh lah di potong 3 lapis seperti yang ayu buat supaya nampak cantik lapisannya itu..
Walau apa pun kek ni memang moist...

Red Velvet Cake 2
by
anymz mykitchen

Bahan-bahan

1 2/3 tepung naik sendiri
2 sb serbuk koko
1/2 sk baking soda
110 gm mentega-ayu guna 125gm mentega (akak juga)
1 cawan gula halus

2 biji telur besar-akak guna 3 biji telur gred B
1/2 cawan susu segar
1/4 cawan buttermilk-1/4 cawan buttermilk-ayu buat 1/2 cawan susu segar + 1/2 sb cuka.biarkan hingga 15-20 min- di gunakan 1/4 cawan saja utk resepi ini)

1 sk cuka
1/2 botol pewarna merah cecair atau 1 sk gel warna merah

Cara

Pukul  mentega dan gula hingga berkrim
Masukkan telur satu persatu
Masukkan esen vanila
Masukkan bahan kering yang sudah di ayak,bersama susu dan buttermilk bergilir2 berakhir dengan bahan kering.
Akhir sekali masukkan cuka dan gaul rata
Bakar dalam oven yang sudah di panaskan selama 30-40min di suhu 170C atau mengikut kepanasan oven masing2 hingga masak
Biarkan sejuk 
Lepas tu boleh di lapis dengan frosting cheese dan coklat di atasnya..

Resepi frostingcheese dan coklat ganache bolehlah rujuk DI SINI

11 comments:

Gee® said...

Adoyaiiii.... mengancam la RVC tu... sgt terguda... semlm baru gee beli cuka epal di R&R temerloh, planningnya nk buat RVC petang nanti..tup2x pepagi k.nym dh tayang ek...nyam2x

Unknown said...

Red velvet kaler biru boleh tak? Hehe.....trfikir nak cuba kaler lain la....derhaka ek? Terlior la akk tgk....cuti skolah ni bnyk masa terbuang ni..

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Salam Amynz..yang ini akak reserve untuk minggu depan...ada lagi birthday anak sulung pula.....bolehlah sesuai denganya RVC.

kasihredha said...

kak sila pos kesini sikit kak
please kakkkk...hihi

tak baik tawwww...tayang kek sedap ni

atie @ ejay said...

aduuuuh kak...
mengguda betullah dengan lelehan cekelat tu yang buat saya tak tahan ni

Amie said...

Selamat petang Kak Anim,
cantiknya RVC...comel loteyyy...

ijayuji said...

Salam kak anim! cedappppppnya!! kita kan skrg ni nak buat2 kek takut lerrr, boleh nak buat tp kena buat suku adunan jer kot, suke sgt dgn RV niii, tgk RV akak ni kan dia punyer tekstur tu kita suker!! klu dekat leh suh akak buatkan ajerr, nk buat malas sgt2 skrg ni tapi nk makan sgt2 hihihi..

Yatie said...

rajinnya K.Nim buat kek yg sedap2 sejak2 ni....yatie suka makan tapi malas nak buatlah..kalau boleh pun nak order je dngn akak..he3...

Lee said...

Hi Anymz, ini masuk mulat, habis cherita, lupa diet, lupa namak mak.....looksso delicious.
I think any person can just eat a small piece is a brave person.
This is a at least 3 piece cake, ha ha.
Very impressive.
You have a nice day.
Lee.

♥MAMASYAZA♥ said...

nyummm nyummm mmg nampak sedap sgttt

Ayu said...

wah itu dia..
kek rvc dah jadi dah ya..thanks kak akhirnya ..hehehe..tengok kek akak ni rasa macam nak buat lagi ler..
dah bolehlah akak ambil tempahan yang ni pulakkan kak..