Assalamualaikum semua
Dan selamat sejahtera buat semua yang berkunjung ke sini..Hari ni akak tak berapa rajin nak memasak..hanya masak rendang yang paling simple je..blend2 lepas tu terus lebur semua dalam kuali..sebab nak cepat..Terlambat sedikit masuk dapur hari ni,jam 1 baru nak mula sedangkan hari ni hari Jumaat..mujur pagi tadi akak buat sarapan nasi goreng..terlambat sebab apa?..sebab maklum lah sekarang ni kan musim duyan,makanya ramai le tetamu yang datang..Kebanyakan buah2 duyan ni akak agih2kan pada saudara mara..ada yang buat tempoyak.ada yang datang ambik duyan yang elok2 simpan kemas2 dlm tapuware letak dlm freezer..Tahun depan bila teragak nak buat bubur masukan aje duyan yang sudah betapa lama dlm esbok..
Yang benarnya akak buat rendang sebab nak makan dengan ketupat daun palas yang adik bawak masa cuti sekolah tu hari.Akak pesan dalam 10 ketul aje tapi adik ipar baik hati berketul2 di bawanya balik..sudahnya akak sumbatkan aje ke dalam freezer,hari ni bila terasa nak makan akak kukus je balik..
Jemput makan semua.....Resepi?..kawan2 boleh klik aje rendang ,bermacam2 jenis resepi rendang lah yang keluar nanti..
Rendang Ayam
by
makan rendang basah dengan ketupat daun palas memang maveles.
16 comments:
Amboi Kak Anim sayanggggg.... Selamat hari Raya kak! Masya-Allah sedapnya rendang ayam siap dengan ketupat palas lagi...
sedapnyer ketupat tuu.. dh lama betul x makan ketupat daun palas.. mmg tunggu hari raya baru jumpa nih.. tun suka ketupat rebus, pastu goreng pulak.. hihi
amboi..itu menu org malas?? kalau ghajennye cemana plak kat oiii??? Kombinasi yg pergh purghh tu kak...maaf zahir batin ye....:)
salam singgah kat sini kak anim,sedap je rendang tu mkn ngn ketupat palas..mau kena rajin sebenarnya ni masak menu camni..hehhelast mkn ketupat palas beli kat pasar pagi last week.tpi kalau buat sendiri mmg best kan.....byk duyan ye...ada jual tempoyak ke kak..mesti fresh tempoyak kan....mmmmmmmmmm..best nya ada kebun duyan sendiri..:-)
asslm kak Anymz...wah mcm nk raya aje rasanye..sedapnye..fav QH ni..suka sgt mkn rendang n ketupat palas tu...raya ni nk mintak makcik buatkan la..teringin sudahh..hihi
As'kum Kak Anymz waduhh ketupat palas pulak dahh... lama tak makan nak tunggu raya baru dapat merasa.. lawankan dengan rendang waduhhhh enak bangat!
sedapnyer.. nor mmg antu ketupat palas kalau cicah rendang ni kak :)
assalamualaikum....
amboi sedapnya....rasa cam dah raye plak hehehe. pasni balik kg kene makan awal2 ni sebelom meletop, kang berpantang raya xleh nak makan dah huhuhu...
ASSALAM KAK
memang maveles la kak Anymz rendang dgn ketupat daun palas ni
ingat kat mak sy di kampung tu rasa nk suh je mak watkan he he
salam kak anymz..
sedapnya rendang makan ngan ketupat palasa ni, teringat arwah atuk tiap kali raya dia akan buat ketupat palas ni.. ketupat palasnya memang ditunggu2 sejak arwah tak ada dah tak ada sapa nak buat...
bila tgk entry ni sebak pulak...
salam kak anmz
sedapnya ketupat daun palas..rindu nk makan..kat sini ari2 ada org jual ketupat nie..tp bila singgah mesti dh habis..:)rendang pun nmpak sedap sgt:)
ketupat daun palas tu akk chop, sape nak ambik rendang, ambik ler...
syoknya mkn ketupat palas. Kat sini saya jumpa cuma satu tempat je yg jual tp nak masuk tempat tu kena bayo parking dua hengget. Nak beli ketupat dua singgit mcm tak berbaloi la pulak
dah terasa semakin dekat nak raya bila tgk ketupat dgn rendang kak anymz ni.. hehe...
Hi Anymz, how you doin'?
This rendang ayam of yours, makan boleh lupa nama mak, ha ha.
I can just imagine the fantastic scent of your ingredients....
And with ketupat too.
Anymz.....I love this dish!
You keep well, simpan satu lagu dalam hati.
Lee.
salam ukhuwah kak,
sedapnyer makan ketupat ni..mcm nak makan sekarang je..
Post a Comment