Sunday, 4 September 2011

Selamat Jalan Abang...

Dato' Ir Haji Mohammad Aidid bin Haji Zakaria
17.7.1962-26.8.2011

(Gambar di atas di ambil bersama dua orang adik perempuan akak)

Abang......
Pemergian mu di tangisi.
Kehilangan mu di rindui.....


Tepat jam 2.52 pagi tanggal 26 ramadhan yang lalu hp ku berdering.Ku lihat nama adik aku (dlm gambar sebelah kanan) yang muncul..Dalam hati aku sudah berdetik,ini mesti berita buruk dan yang lebih buruknya ini mesti bukan orang lain.pasti adik beradik kami..
Aku mulakan bacaan bismilah sebelum menekan punat hijau tanda aku menjawap panggilan.
"kaklang dah bangun?" kata adik..
"sudah"..jawap ku pula
"kaklang duduk elok2 ya"(aku pasti benar dia begitu gusar utk menyampaikan berita buruk itu padaku.)
"dah duduk dah"..jawap ku pula
"ada berita tak baik lah kaklang"....terus spontan aku menjawap..."abang ya"...
"ya kaklang abang dah tak ada".......

Aku matikan talian dan bertafakkur sebentar.Aku termenung.Termenung panjang.sangat panjang....Tiada tangisan.Hanya kaki yang mengigil dan tangan yang terketar2 menandakan aku cuba sebaik mungkin menjaga bp aku dan jantung yang sudah mula berdegup kencang..Aku ambil wuduk bagi menenangkan fikiran dan perlahan aku kejutkan suami aku dari tidur lantas terus memaklumkan berita buruk itu...

Abang memang panggilan kami adik2 kepadanya.Beliau merupakan anak dan juga abang yang kedua dalam keluarga kami.Kami enam beradik yang terdiri dari dua anak lelaki dan empat anak perempuan dan aku merupakan anak perempuan sulung dalam keluarga kami.
Setelah pemergian mak dan ayah aku mengambil alih tugas mak dan abang mengambil alih tugas ayah..Beliau seorang yang sangat2 penyayang dan begitu kasih terhadap adik2 perempuannya.Semua orang mengetahui bagaimana tegasnya beliau menjaga aku masa zaman anak dara.Keluar masuk ku dari rumah hinggalah bagaimana aku berpakaian semua habis di pantaunya.Beliau pernah menjadi abang yang paling aku benci semasa zaman persekolahanku.Aku tidak pernah bebas bergaul seperti gadis2 lain..Abang umpama mata dan telinga mak.Segala pergerakan aku akan di report.Ah!..sukar nak aku ungkapkan bagaimana seriousnya abang menjaga aku.macam lah adik nya ini cantik sangat..

Namun segalanya menjadi longgar apabila aku di pinang orang dan abang sendiri melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat.Kami saling merindui selepas itu.Kami sering berutus surat dan bertukar gambar.walau aku sudah punya anak satu , poskad atau surat pasti sampai ke rumah aku setiap bulan.

Tahun demi tahun berlalu...atas faktor sibuk dan jarak tempat tinggal kami jarang bertemu.
Sesekali abang akan menelefon bertanya khabar.Beliau memang seorang abang yang perihatin.
Seorang yang berjiwa sentimental dan suka mengenang kenangan silam sewaktu zaman kanak2 setiap kali kami bertemu..
Yang membuatkan kami lebih terasa akan kehilangan abang ialah beliau seorang yang sangat2 suka mengusik,mengutuk dan mentertawakan kami.
Bang,hingga ke hari ini kami menangisi pemergian mu..Kami rindu.Rindu segala2 yang ada pada abang.Kini tiada lagi wajah yang menyerupai arwah ayah yang dapat kami tatap bagi mngubat rindu.Abang hampir menyerupai 90% wajah arwah ayah.suaranya juga hampir serupa.
Semuanya sudah menjadi kenangan....
Abang meninggal di sebabkan serangan jantung.Berumur 49 tahun dan meninggalkan seorang balu dan lima orang anak.Tiga daripadanya masih menuntut di Australia.Kebetulan semasa abang menghembuskan nafas yang terakhir anak2nya semua berada di Malaysia..Suatu kebetulan yang amat2 kami syukuri.
Setelah pemergian abang hubungan kami lima beradik yang masih tinggal bertambah2 erat dan rapat..Selalu arwah abang ungkapkan..Antara kita ni siapalah yang pergi dulu kan?...Keluarga kita semua meninggal muda dan selalu pergi di bulan puasa.Tak sangka kata2 yang hanya sekadar kata2 menjadi suatu kebetulan yang nyata.

Kini hilanglah pakar rujuk kami baik urusan dunia maupun urusan ugama..Tiada lagi tempat untuk kami bertanya soalan2 yang berkaitan dengan ugama.

Pergi lah bang..kami redha.semoga abang tenang di sana.Akan kami abadikan semua kenangan dan simpan kemas dalam jauh di sudut hati kami..Seperti yang selalu aku katakan abang sentiasa ada di hati kami..Doa kami yang baik2 sentiasa ada untuk abang di sana..Akan kami pastikan selain doa untuk roh mak dan ayah nama abang juga akan sentiasa tersemat di bibir kami.

Al-Fatihah

p/s

kesihatan abang akak yang sulong juga agak membimbangkan kesan dari penyakit tiroid.



37 comments:

lemongrass said...

Innalillah....
Al Fatihah untuk arwah. Semoga roh nya ditempatkan bersama golongan solihin yg lain.
Tak care ye Kak Anymz. Saya tumpang rasa sayu sungguh :-(.

Sheery Dream Cakes said...

Al-Fatihah..
Allah lebih menyayangi arwah..Moga roh arwah tenang d sana.. moga d cucuri rahmat dan d tempatkan d kalangan orang2 yg beriman... Amin..

Acik Erna said...

Alfatihah..semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.
Anim..jaga kesihatan..akak sebenarnya masih risau..bila tengok abang sulong anim yang makin kurus dan risaukan sipah yang tak berapa sihat.

tun_telani said...

ya Allah.. innalillahiwainnailaihirajiuunn.. drNya kita datang, kepadaNya kita pulang.. semoga rohnya tenang di sana dan semoga ditempatkan dikalangan hambaNya yg beriman dan beramal soleh.. aminn..

Mas said...

Alfatihah..
Moga roh arwah tenang d sana..
dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...
Amin.....

cikmanggis said...

alfatihah semoga rohnya bersama sama para solihin dan syuhada...

Ummi said...

Al Fatihah untuk arwah...salam takziah dr Ummi buat keluarga arwah dan jgk Anim...sesungguhnya Allah lebih sayangkan dia..Moga rohnya dicucuri rahmat....amiinn

zaitun @ kak tun said...

Al-Fatihah utk arwah...semoga rohnya sentiasa dirahmati Allah swt

Arina said...

Salam Takziah...Al-Fatihah utk arwah, semoga rohnya ditempatkan bersama sama orang2 yang beriman..

kaklong said...

alfatihah...



begitulah kak,selalunya orang yang baik2 ni disayangi tuhan...
semoga rohnya dicucuri rahmat...amin!

kasihredha said...

Alfatihah
sangat2 terharu
semoga roh abg akak dicucuri rahmat .

K.Nor said...

dariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali.. semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yg beriman lagi bertaqwa..

sabar ya k.nim.. Allah lebih mengasihinya.. semoga k.nim dan keluarga terutamanya isteri dan anak2 arwah tabah dlm menghadapi ujian ni..

Rima said...

Alfatihah and salam takziah dari Rima sekeluarga.. semoga roh nye dicucuri rahmat dan didalam golongan orang orang yg beriman..

Ayam said...

Al fatihah..semuga arwah di tempatkan bersama sama orang orang yang beriman. Amin

Azlita Aziz said...

Assalamualaikum kak anim..
salam takziah dari ita buat kak anim dan keluarga..
semogga roh arwah bersemadi disisi hambanya yg solleh...
Al-Fateha

harleena said...

Al-Fatihah buat keluarga arwah dan Anym... Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 hambanya yang beriman....

Cheq Sue said...

al fatihah...
semoga kak anim tabah menerima kehilangan insan tersayang..

amiey lee said...

alfatihah..takziah ye harap banyak bersabar

Anna Qawina said...

takziah buat akak sekeluarga..

Siti Suhaila said...

al-fatihah..takziah kepada acik sekeluarga

Sue Nahar said...

Takziah

Nur said...

Dah lama Yati tak singgah blog kak Anim. Salam takziah dari Yati, kak Anim. Alfatihah untuk arwah abang Kak Anim.

ilahjy said...

salam aidilfitri dan salam penuh takziah buat kak anim sekeluarga..

izahdaut said...

Alfatihah.. Smoga anak2 Yg ditinggalkannya semtiasa mendoakan arwah. Smoga rohnya ditempat kan brrsama org2 yg beriman

Jun said...

salam kak anim..sedih baca crita akak tp Tuhan lebih sayangkannya..semuga arwah ditempatkan bersama org2 yg beriman...takziah dr jun n family...

Amie said...

al-Fatihah, moga Kak Anim sekeluargnya dapat menerima ketentuan Ilahi ini dengan hati yang redha... daripada-Nya kita dtng, kepada-Nya jua kita kembali kak...

HaSue said...

Semoga kak nim sekeluarga tabah menghadapinya dan redha atas kepergian yg pasti dirasai seisi keluarga..sedih bace citer kak nim..semoga roh arwah tenang di sana..takziah sekali lg..

dZana said...

salam takziah kak.. smga rohnya ditemptkan dlm kalangan org beriman.. amin

Deliah's Deli said...

salam takziah drp kami utk kak anymz sekeluarga,alfatihah bt arwah.

Ayu said...

Salam Takziah buat keluarga kak anim..sedih kita baca tu kak..
semuga roh arwah ditempatkan digolongan orang2 ya beriman..

K.zai said...

salam lebaran dan salam takziah utk anim dan keluara..semoga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yg soleh...alfatihah...amin

Anonymous said...

salam takziah kak anim..

agak terlambat nak mengucapkan takziah...baru baca je ni.semoga arwah abang akak ditempatkan dikalangan orang yang beriman..Alfatihah

sedu sedan juga baca n3 akak nih..

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam K.Anim..Al-Fatihah tuk Arwah..Maaf baru tau arini.Semoga keluarga Arwah & kluarga K.Anim tabah selalu.

Deliah's Deli said...

kak,maman hari tu dah dibuat kari..nanti ada lebih lagi tu nk masak gulai cili padi plak..sedap kak! tkasih. )

Unknown said...

Salam Anymz...agak terlewat ucp takziah dari kami sekeluarga. Yang pergi tetap pergi, yg tinggal seperti anak2nya adalah penyambong kasih sayang arwah. Jagalah mereka sebaik mungkin.

kakwan said...

Salam takziah buat seluruh keluarga arwah, maaf ye anymz K1 terlewat mengucapkan takziah, hrp semuanya tabah..

hapPY zuRa~~ said...

Salam..

Takziah ya kak.. Arwah dlu merupakan bos saya di Senawang.. Lama dah x jumpa.. Lepas berhenti, kadang2 kami ada bersembang di googletalk.. Terkejut sgt bila tahu beliau dah pergi.. Semoga arwah ditempatkan disisiNya.. Amin..