Assalamualaikum semua
Setelah seharian dok termenung akhirnya akak update juga resepi hari ni walau pun dlm keadaan terganggu yang amat sangat...Debaran di dada masih kencang akak rasakan..Ini semua gara2 akak menerima berita yang mengejutkan bila sahabat baik yang akak kenali sejak umur akak 17 tahun dulu telah kembali kepada penciptanya..
Pergilah Aishah.bersemadilah kau di sana..semoga kau aman dan tenang di 'sana'...
Aishah tinggal di bumi Mekah al mukarramah..Akak mula mengenalinya sejak akak mengerjakan umrah yang pertama pada tahun 1981
ketika itu akak berumur 17 tahun ..Keluarga kami saling mengenali dan bersahabat baik.......
kesian anak2 nya yang seramai 8 orang tu...
hanya Allah swt sahaja yang mengetahui apa yang tersurat dan tersirat....
al fatihah..............
Okay roti ni akak buat bila tengok chicken floss bun yg ada dlm dapur kak pah suatu ketika dulu..
Roti kakpah letak sosej di dalamnya..akak pulak kosong macam tu je..puas dpt makan roti panas utk sarapan hari ni....
Chicken floss Bun
by
anymz mykitchen
Resepi:KakPah@ Dapur Ibundo
Bahan A
600 gm tepung HP
100 gm gula halus
20 gm susu tepung
6 gm garam
6 gm bread improver
11 gm yeast (1 peket mauripan)
Bahan B
285 gm air
1 biji telur
1 sudu kecil butter vanila
Bahan C
60 gm butter
dah siap bakar,
sapu atasnya dengan mayonis kemudian sapu dgn chicken floss.
takde chicken floss?
sapu dgn serunding pun boleh.
Masukkan bahan A ke dalam mangkuk adunan. Gaul sebati.
Masukkan bahan B, blend slow speed selama satu minit.
Masukkan bahan C blend high speed selama 20 minit.
Guna pengadun roti ye. Kalau nak uli pakai tangan boleh juga tapi tak gerenti adunan tu menjadi lembut.
Bila siap, keluarkan adunan dan bahagikan adunan kepada beberapa biji bebola seberat 50 gm setiap satu. Lebih kuranglah. Bentuklah sesuka hati. Biar adunan kembang (lebih kurang satu jam). Bila sudah kembang, sapu permukaan dengan campuran telur dan air. (sebiji telur dan air di kocok2 dulu). Taburkan mix vege. Picitkan sos cili dan mayonis. Kalau suka taruk cheese.
Bila siap, keluarkan adunan dan bahagikan adunan kepada beberapa biji bebola seberat 50 gm setiap satu. Lebih kuranglah. Bentuklah sesuka hati. Biar adunan kembang (lebih kurang satu jam). Bila sudah kembang, sapu permukaan dengan campuran telur dan air. (sebiji telur dan air di kocok2 dulu). Taburkan mix vege. Picitkan sos cili dan mayonis. Kalau suka taruk cheese.
Cara akak,
Akak masukkan ke dalam BM seperti biasa iaitu masukkan bahan cair di ikuti dgn tepung dan terus set dough utk roti.dah siap baru akak timbang dan uli.Biarkan naik sedikit baru akak bakar seperti biasa.
14 comments:
salam kak anim..uihh menarik nye roti chicken floss nih..sbijik dh mcm kat bakery...tak lama lagi boleh la bukak bakery...kek pun dh pandai deco :))
Salam Kak Anim..Salam takziah saya ucapkan di atas pemergian sahabat Kak Anim ke rahmatullah..Al Fatihah...
Akak..roti tu nampak gebusss sangat..mesti sedap makan time suam2 suam ni...
alfatihah, moga dipermudahkan segalanya untuk sahabat kak Anim di Sana
menarik betul roti ni, dulu pernah beli tapi tak sedap
salam K.anim.apa kabar?lama atie xsinggah menziarahi k.anim.
Al-fatihah tuk kluarga arwah..
Roti tu nampak sedap & gebu...bila lar atie nk meroti nih..:(
Al-Fatihah untuk allayarham.. semoga rohnya dicucuri rahmat & dihimpunkan dikalangan insan beriman... jenazahnya kebumi di Makkah ke kak? beruntunglah allayarham ye kakk...
akak.. roti akak menggoda2 tekak sy... kat mana ye kak ada jual chicken floss yg disahkan halal kak? dulu2 sy buat roti... sy pernah beli kat kedai bakeri.. tp mmg takde chop halal ler sbb bakeri tu yg re-pack (tak pasti sumber asalnya ada chop halal ke idak).. lepas dah buat & dah sedap2 mkn.. lama2 sy terfikir semula & rasa was2 pulak nak beli.. almaklumla.. makanan membabitkan haiwan tu yg buat was2.. hehe.. (bukan was2 takut bercampur benda lain.. cuma takut guna ayam yg disembelih betul ke idok.. itu je) tercari2 gak kat pasaraya chicken floss tuhh.. tapi tak pernah terjumpa.. dah rindu nak mkn.. hehe.. kat mana ada ye kak?
Al-Fatihah untuk allayarham..
moga rohnya dicucuri rahmat & dihimpunkan dikalangan insan beriman...
kak anim...
dah macam roti kat kedai jerk mas nengoknya....
menggoda....
salam takziah dan al fatihah.....
salam takziah & al-fatihah
salam takziah buat keluarga arwah..
sedap nmpk roti akak tu.
Al fatihah utk arwah sahabat akak..semoga ditempatkan di kalangan org beriman.aminn..
rajin akak meroti..ciken floss tu sah2 xde kat sini..tp dulu mcm pnh tgk djual,tp x ingat kat mana
Assalam Anim, tumpang sedih dgn berita pemergian sahabat Anim tu...tentu banyak kenangan yang indah yang bakal dikenang...semoga roh arwah dicucuri rahmatNya selalu, amiinn...al fatihah.
Apapun chicken floss bun tu nampak mcm bakery punya dah ni....floss tu anim buat ke beli ready made...adeei x kuasa la pulak nak buatnya Nim...mintak 3 ketuii la bun tu...
innalillahi wa innailahi rojiun..
semoga perginya dengan penuh keredhaan semua. dan memberi keinsafan..
kak anim, mana nak beli ciken flos tu? en suami saya banyak2 roti, roti gini je dia makan. atau roti berinti. itu pun susah gak. kena paksa baru makan.tapi klau ada jenis serundin atau floss gini suke je dia
Hi Anymz, how you doin'? I have not seen that sambal jering more than 30 years, but regret it's not on my food list, petai too, ha ha.....but will just take the sambal.
And I have never seen this chicken floss buns.
Looks really sedap best.
You sure one very creative lady, and I wish I am your neighbour.
I bring durians and maybe dapat jemput makan.
So, what's the menu for dinner? Ha ha.
You have a nice day, Anymz.
Lee.
ps, your puchuk ubi is on display at my pondok, *wink*. If you senang drop by, but suggest you standby ayer batu sejok and fasten your seat belt, ha ha ha.
salammmm akakkkkkkkkk...
hehehe... ni nak bgtau kat akak ni.. seronoknya saya... baru2 ni pegi kedai bakeri saya ternampakla si chicken floss ni tauu.. biasa yg saya tengok packing kecik2 yang bakeri repack.. tp kali ni.. tauke cina tu letak sekali yg packing besor yg harga 20 lebih tu.. (tak pastilah pulak 1kg/berapa gram) yg packing besor tu memang adalah chop halal tu & alhamdulillah.. lepas ni yakin ler nak beli yg cina tu repack sbb dia kata yg repack kecik2 tu memang diorang repack dari packing yg besor tu.. alhamdulillah... lepas ni blehla buat roti chicken floss ni..
Post a Comment