Monday, 12 July 2010

Masak lemak ikan senangin



hah tu semua kepala ikan senangin..saiz sedang2 je..kepala aku gulai..badan dia aku goreng..abis tu dah mr hubby ku itu suka ikan goreng..jadi badan2 ikan tu ku goreng semua...
ini feveret semua dlm rumah ni..lada hijau tu masuk masa dah tutup api..makan rangup2..ermmm....

bahan2

3 ekor ikan senangin saiz sedang
1 senduk lada api yang sudah di kisar bersama kunyit hidup
santan dari 2 biji kelapa
2 keping asam gelugor
cili hijau
tomato

cara

jerang santan bersama cili api,garam dan asam keping
dah mendidih masukan ikan
rasakan garamnya dan masukan tomato dan cili hijau
tutup api
sedia untuk di hidangkan

*saya tak letak bawang kerana mengikut resepi asal org tua2 negeri sembilan.tiada bawang dlm masakan mereka tetapi pastikan santannya sgt pekat.




2 comments:

Lady of Leisure said...

agree kalau resepi masak lemak n sembilan yg asli memang takde bawang kan..

anymz said...

ya masak lomak kuning yang asli memang tak letak bawang,,tetapi pastikan asam garam dan santannya cukup