Assalamualaikum
Entah kenapa mood nak makan chinese food tiba2 menusuk ke anak tekak..
Ini semua di sebabkan mood berkemas tiba2 datang.Akak menyusun majalah2 lama lalu terpandangkan buku Chinese food dari chef Nazira Noran.Belek punya belek punya belek sehingga hampir2 terbatal puasa..Takleh jadi terus tulis bahan2 yang perlu di beli.Alamak daging takde..Alah beli je daging frozen tu..adeh tak pernah beli daging frozen tapi sesekali apa salahnya mencuba kan?..Kena lah rebus dulu hingga empuk.takut lambat empuk pulak nanti.
Perlu akak tekankan di sini bagi sesiapa yang suka makan chinese food,resepi ni memang di akui terbaik di tekak kami seisi rumah.fullmark lah.Azfar anak sulong akak tu hirup2 kuahnya..
Memang sedaaaaaap sangat..terima Kaseh chef kerana sudi bukukan hidangan Cina ni dan izinkan akak share di sini pulak ya..
Daging Goreng Ala Cina
by
anymz mykitchen
Resepi:Chef Nazira Noran
Bahan-bahan
300 gm daging batang pinang
(di potong nipis dan di perap dgn sedikit garam)
1/2 biji cili capsicum hijau
1/2 biji cili capsicum merah
1/2 biji cili capsicum kuning
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
kesemua bahan di atas di potong memanjang
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos hoisin-ini akak tambah
1 sudu makan kicap manis
sedikit serbuk lada putih
sedikit gula
sedikit daun ketumbar
sedikit daun bawang
1/2 cawan air
1 sudu makan minyak bijan
minyak masak
Cara
Perapkan daging sekurang2nya 10 min.
Panaskan sedikit minyak dan goreng separuh masak daging yang di perap.
Masukkan halia dan bawang putih,tumis hingga wangi dan gaulkan daging tadi hinggas ebati.
Masukkan sos tiram,sos hoisin,kicap manis dan goreng lagi.
Masukkan air dan biarkan mendidih bagi melembutkan daging.
Masukkan serbuk lada putih ,sedikit gula dan goreng hingga daging empuk.
Akhir sekali masukkan cili capsicum.daun ketumbar dan daun bawang.
Hidangkan panas2..
10 comments:
Assalam kak anim,
memang tengok pun dah tahu sedap daging ni..boleh masuk list ni kak..
kak anim,
mmg saya suka la klu lauk daging masak camni. yummy! tp kan klu musim winter camni kami nk tiru lauk ni kira lauk mewah la sbb kena guna capsicum mcm2 kaler. sijibik dh $4. tp lain kaler lain harga tau kak. kaler merah murah skit,hehehe. tomato plak sebiji jer pun dah $2. asal musim sejuk je mesti sayur mayur ni naik harga.
eh, memebebel lak saya. sorriiiii k.anim, hehehe..
Salam kak nim! waahhhhh! kita tumpang makan umah akak jer lah eak sejak2 ni malas sikit nak buat menu berbuka buat yg sempoi2 jerr :D daging mcm ni mmg kita suke! nak2 ada capsicum yg byk tuuuuu suke mcm capsicum! kalau campur2 kat daging mmg best!
Uiiiii ni dah boleh feeling2 brada kat cina ni...
berminat unk buat ni kak...
sure best sebab segala daun ada :)
Assalam Kak Anim,
bab masakan ala-ala Cina memang kita suka, terutama yang ada minyak bijan tu... mmmm mengundang selera!
Kak Anim, Nazira Noran tu kerja sama tempat dengan saya. Teruknya saya sbb tak tau dia terbitkan buku memasak... Dia tu sangat baik dan friendly.
terus lapar tgk pic akak ni. :)
to ayu
masuk kan ayu,jgn tak masuk..:)
to inaku79
mahalnya.frozen kan aje.hehe..(kalau lah boleh di frozenkan mesti dah buat dah kan ina kan?
to lieya
hehe..kena makan chinese food baru leh feeling2 in china kan lieya?
to kasihredha
cuba buat kak.memag sedap resepi ni.:)
to amie
akak pun suka masakan yg ada minyak bijan..aromanya membangkitkan selera.
to aziela
ooooo ya ke ziela?nanti kim salam dgn dia ya..katakan salam terimakasih dari akak.banyak resepi2 chinese food dia yg sudah akak cuba..semuanya sedap2.
to del
alaaaaaa...ya ke ni?..gambar tak berkuah tu del..:)
Assalamualaikum akak anim cayang..
mmg nampak pun dah tau sedap akak... diana pun suka resipi mcm nie.. sedaaap sgt,.. alahai! x sabar nak memasak lepas puasa nie nnt... tergodaaa tgk .. nk cuba gak
Post a Comment