Thursday, 10 June 2010

Kuih seri muka


Petang tadi saya cuba buat kuih seri muka ciptaan kak hanieliza.resepinya saya C&P kat rumah
HANA tu jer..maleh akak nak salin hana..akak copy je lah ya..minta amponn,nnt akak upah le telur itik 10 biji..cukup??
Beras pulut .adik sepupu bagi percuma.beli di kelate nu..cuba lah try test buat kuih ni..sorry hana akak kuat manis jadi akak tambah gula.elok aje terbentuk kuih ni.




KUEH SERIMUKA

Bahan-bahan
Lapisan Bawah:
  • 2 cawan pulut
  • 2 1/2 cawan santan cair + sikit garam
Cara-cara
  • Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
  • Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.
  • Lapikkan plastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inci.
  • Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
  • Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas

Bahan-bahan
Lapisan Atas
:
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan jus pandan + warna hijau
  • 3/4 cawan gula-saya buat 11/2 cawan
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung kastad
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil garam
Cara-cara
  • Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
  • Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.
  • Kukuskan lebih kurang 30 minit.
  • Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau plastik.

2 comments:

Lady of Leisure said...

tq sebab share resepi ni... hubby lady suka sangat kuih seri muka ni... suka lapisan hijau tu sebenarnya hehehe

anymz said...

Lady:try la..yg ini pasti terus menjadi